"Shady?" gumamku sambil kening dikerut. Tak usah nak buat muka kaget sangatlah Aleesya. Siapa lagi kalau bukan Shady pelakunya?
Takkan Dhia dan Yohan? Sah-sah dia orang takut 'bini'. Izat pula tidak semesra itu dengan aku, Addy lagilah jauh dari senarai, diakan bestfriend forever kekasihku.
Keluhan aku lepaskan. Tidak tahu sama ada keluhan marah atau pun lega.
Nasib baik Shady ini dilahirkan sebagai lelaki tulen, kalau tadi 'sotong' bukan setakat gelas, dengan Anaz sekali dia sambar. Maklumlah Anaz itu tidak kurang machonya, kalau tak kacak tak mungkin dengan sekali lafaz sudah bergelar kekasihku.
Hamboi! Ingat akad nikah ke dengan sekali lafaz bagai? Aku juih bibir, lantas aku larikan fikiranku yang jauh menyimpang dari tiang agama. Tumpuanku kembali pada anak dato' sewel di sebelahku.
"Bak sini minuman I!" pintaku namun shady menggeleng. Aku cerlung tajam anak mata Shady dalam-dalam sambil bibir aku ketap. Saja nak buat muka garang bagi dia goyah sikit. Tapi riak tegangku seperti tidak memberi kesan pada Shady bila gelaknya makin meleret. Dia ingat aku tengah bercanda? Aku ketap bibir.
Taktik halus tidak berjaya, kali ini aku guna taktik terangan. Macam mana nak lancarkan taktik itu? Apa lagi, rebutlah balik apa yang dia dah ambil tadi. Banyak hensem muka dia!
Gelas ditangan Shady aku capai tapi dia seakan dapat membaca pergerakan badanku, cepat Shady depakan sedikit tinggi gelas yang ada di tangannya. Senyum sinis Shady tak usah cakaplah, buat hati membuak-buak!
Aku makin geram, baju kemeja Shady aku rentap kuat membuat wajahnya kaget. Tidak terlintas pada fikirannya mungkin aku bisa bertindak ganas. Lantaklah! Janji aku dapatkan semula hak aku.
Aku jungkit kaki bagi menggapai gelas yang sudah diawangkan di atas udara, tapi terasa semakin jauh pula jarak antara gelas tersebut dengan tanganku. Aku pandang bawah, kaki Shady turut dijongket. Sudahlah Shady ini tinggi dari aku, tak adil! Dia ingat aku ini adik dia ke nak bawa aku main macam ini. Tak kuasa aku nak layan!
Tapi kau layan jugakan Aleesya? Senyum kau itu bukan main lebar lagi. Mengaku jelah yang kau nikmati permainan Shady ini.
Arh! Diam! Nak juga fikiran ini muncul saat genting macam ini.
Dalam pergelutan hebat kami berdua tiba-tiba terdengar kuat deheman seseorang membuat seranganku terhenti. Pandangan kagetku dan Shady bertemu lalu dengan serentak kepala kami menoleh pada lelaki yang sedang berdiri di tepi dengan dulang ditangan memandang ganjil aku dan Shady silih berganti. Tak pernah nampak orang berebut minuman ke mamat ni?
Pandanganku menangkap pada tubuhku dan Shady yang melekat rapat sehingga tiada udara yang mampu menembusi ruang tersebut, tiba-tiba terasa sesak pula nafasku. Pantas dada Shady aku tolak membuat badannya terdorong sedikit ke belakang. Nasib baik juga air dalam gelas itu diisi hanya separuh, kalau tadi penuh, memang ada yang bermandikan alkohol.
Aku terasa pipiku merah-merah tapi aku tak nak cendol, ini merah menahan malu. Pandai rasa malu juga kau ini Aleesya.
Tapi bila aku ingat balik, bangunan inikan diselaputi bunyi muzik yang kuat berdentum, sambar menyambar sampai nak pecah jantungku diusik tapi boleh pula deheman lelaki itu terdengar. Pelik! Pelik!
"Hah! Sampai pun." Tutur Shady membuat tumpuanku beralih padanya. Shady sudah tersenyum nipis.
Gelas gempal pendek yang ada di tangan Shady letak di atas meja diganti dengan gelas keding dan tinggi. Di dalam gelas tersebut terdapat air berwarna oren, ditepi bibir gelas pula ada hirisan kecil buah oren yang disangkut.
Boleh tahan Shady ini, nak minum jus oren kat sini. Aku tersenyum sehingga mengeluarkan keluhan kecil.
Namun senyumku tidak kekal lama bila dengan selamba Shady memberitahuku, "ini you punya, tadi itu biar dia orang habiskan, okay?" mata aku kedip-kedipkan melihat Shady namun tetap mengambil gelas tersebut dari tangannya.
Betul ke apa yang aku dengar tadi, dia nak aku minum jus oren ini? Dia ingat sekarang ini kami dekat Hawai ke apa? buang tebiat betullah mamat ini.
"Y... you nak I minum ni?" soalku dengan tergagap sambil menuding jari pada gelas yang ada di tangan sebelah kananku, dia angguk yakin membuat aku ketap bibir. Aku lebih rela minum cola dari jus oren.
Aku geleng kepala pada Shady lalu gelas tersebut aku kembalikan padanya.
"Kenapa? You tak suka?" soal Shady. Takkan aku nak bagitahu aku malu nak minum pula, tak logik. Tapi kalau Shady nak sangat aku teguk minuman bajet comel ini, dia pun kena minum sama. Berdua lebih baik.
"You?" soalku menduga, dia jongket kening pada soalanku sebelum dia menjawab, "kita kongsilah baru romantik." Shady mengangkat-angkat keningnya membuat daguku cecah lantai.
Mengadanya Shady ini! Kalau tadi Anaz tak usah cakap, aku sendiri yang akan suap straw ini dalam mulutnya tanpa diminta.
Kedatangan Dhia membuat tumpuan dialihkan padanya. Mata Dhia singgah pada jus oren yang ada di tanganku namun tidak membahas, hanya senyuman kecil dia berikan. Eleh, nak ejek akulah itu.
Dhia bisikkan sesuatu pada Shady membuat Shady berbisik kembali pada telinga Dhia. Mereka lakukan silih berganti sehinggalah Dhia hilang dari pandangan.
"Leesya, I nak pergi main pool dengan dia orang Dhia kejap. You jangan nakal-nakal masa I takde." Pesan Shady sebelum tubuhnya ditelan kegelapan. Sempat aku angguk pada kata-katanya. Tapi suka hati akulah nak nakal sekali pun, sibuk je budak Shady ini!
Semasa aku basahkan tekak dengan jus oren, Cacha menuju ke arahku seraya berkata, "jom pergi dance floor!" tanpa menunggu jawapan, tanganku sudah ditarik Cacha membuat punggungku bangun dari kerusi lalu melangkah mengikut setiap jejak Cacha.
Lantai dansa dibanjiri oleh orang ramai. Sempat mataku menangkap setiap ragam mereka, ada yang buat geli hati, tidak kurang juga ada yang memberi geli. Tapi aku mampir ke sini bukannya nak buat penilaian, kalau tadi masuk dalam peperiksaan akhir takpe juga. Lantak dia oranglah bukannya kacau kehidupan seharianku pun.
Bila kaki terbenam di tengah lantai dansa, refleks badanku melentok dengan sendirinya mengikut bit lagu yang rancak. Cacha paut bahuku, tanganku melingkar pada pinggangnya. Paha saling berlaga sesama sendiri sesekali badan naik turun gilir-bergilir aku dan Cacha lakukan.
Kalau orang normal yang nampak aku dan Cacha masa ini mesti dia orang ingat kami pasangan sejenis. Tapi siapa yang nak ambil kisah semua itu? Ini tempat hiburan bukannya dunia artis yang penuh gosip murahan.
Tika ini penggawa dingin bagai tidak berfungsi dengan baik bila ada titisan peluh berserakan pada wajah dan seluruh tubuhku. Kalau setiap malam mandi peluh macam ini boleh susut lemak-lemak. Tapi elok juga, takdelah susah-susah nak ikat perut lepas ini.
Aku mula tidak senang hati bila mataku tertancap pada dua orang lelaki yang sedari tadi mencerlung tajam ke arah kami, makin lama makin dekat mereka berdua. Sengaja aku tarik badan Cacha masa menari agar kami menjauh dari mereka.
Cacha yang tidak ambil pusing dengan persekitaran terlihat masih seronok berdansa. Habis seluruh tubuhku diraba Cacha, nasib perempuan, aku biarkan saja.
Risauku makin bertandang melihat pada dua barua yang semakin merapat. Kalau tadi pill perapat aku tak kisah, ini manusia, manusia yang nak merapat dowh! Seram!
"Cacha Jom! Aku dah letih ini," dalihku. Sudahlah aku dekatkan mulut pada cuping telinga Cacha, suara pula ditetapkan pada volume paling tinggi bagi melawan pada lagu yang mempunyai set speaker berkuasa kuda. Kalau tak tuli, boleh pekak kawan aku ini. Tapi apa beza tuli dengan tekak? Bukan ke itu benda yang sama.
"Alah, kejap lagilah Leesya, aku tengah enjoy ni," bidas Cacha, makin rancak badannya dilentokkan pada tubuhku, dengan bibir digigit seksi. Apa dia nak menggoda aku ke? Buang tebiat agaknya perempuan ini.
Makin lama makin leka kami berdua dibuai dalam nikmat muzik yang melalaikan. Keringat di kerah lagi tanpa memikirkan masalah dunia.
Tiba-tiba terasa sentuhan pada pinggangku. Helahan nafasnya mengena tepat pada telingaku membuatkan bulu tengkuk berdiri. Lelaki tak guna itu memang cari nahaslah.
Bibir aku ketap, penumbuk dikepal sebelum aku menoleh ke belakang.
Sebentuk senyum melebar menampakkan baris gigi yang putih menangkap pandanganku. Bibir gebunya digerakkan untuk bersuara, "hai!" tuturnya dengan sedikit menjerit. Mata terus aku kecilkan, bingit!
Sekali lagi rasa marahku hilang berterbangan dibawa alunan lagu.
"Hye!" sapaku kembali sambil badan masih dilentokkan tapi tidak serancak tadi, cuma menggoyang kecil punggungku. Pada mulanya dia terkebil-kebil cuba untuk mengikut rentak tarianku. Tapi bila rentak dah dapat diselarikan dia mula bersuara, "enjoy tanpa I nampak." Kepala yang mula terasa lenguh akibat menoleh lama ke belakang membuat aku pusing badan menghadap wajahnya, comel.
Rangkulan pada pinggangku turut berubah posisi malah makin dieratkan lagi. Aku mula mengerakkan bibirku, "mestilah! Kalau tunggu you tadi memang sampai esok pun I tak dapat nak enjoy," Shady tergelak beserta keluhan kecil.
Tiba-tiba tangan Shady gatal menyeka peluh yang berdansa rancak di tepi telinga dan dahiku membuat keningku berkerut.
"Sampai berpeluh-peluh ek you menari? Seronok sangat ini." Bidas Shady, mulut dia muncung sehingga menghasilkan angin buatannya yang mengenai pada seluruh wajahku. Walaupun angin tersebut tidak sekuat kipas angin tapi sudah cukup membuat kulitku terasa nyaman.
Tiupan enaknya terhenti bila kepala dia kalih ke tepi, "siapa dua orang lelaki itu? You kenal ke?" lontaran suara Shady membuat aku menoleh pada dua orang jejaka yang masih mengerling kami tajam. Renungan dia orang mengerikan!
"Tak kenal pun, tapi dari tadi dia orang asyik pandang Cacha je, takut I." Aduku, saja aku nak jual nama perempuan yang tengah sibuk mengedik dengan pakwe dia sekarang ini.
"Cacha? Dia pandang you la Leesya." Shady kerut dahi lalu menyambung tuturnya. "Takpe you tunggu sini, biar I selesaikan masalah ini dengan dia orang." Terangnya membuat mulutku melopong, aku cuba untuk menahan tangannya namun dia sudah pun jauh meninggalkanku. Aku cuak, macam mana kalau Shady diapa-apakan?
Dia masih lagi sibuk berbincang dengan mereka dengan cara gentlemen, janganlah sampai ada babak tumbuk-menumbuk macam dalam kdrama, sudah.
Tidak sampai 10 minit, Shady kembali ke pangkuanku. Dua orang lelaki itu pula sudah ditelan oleh lautan manusia.
"You tak apa-apa ke?" soalan pertama yang terpacul dari mulutku. Wajah dan badannya aku belek mencari kalau ada kesan calar-balar. Shady tersenyum lalu menarik tanganku menghentikan tindakanku, "Leesya I tak apa-apa, I okay."
Melihat pada senyum Shady, baru aku rasa lega sedikit. Namun kening kembali aku kerutkan membuat dia juga turut terkesima dengan riakku. "Dia orang blah macam tu je?" soalku kaget.
Kalau tadi badan Shady ini ketul-ketul macam lelaki bina badan aku tak hairan sangat, ini setakat ada enam ketul papan coklat pada perut, gadis pun belum tentu gerun malahan mahu memamah lagi coklat tersebut.
"Biasalah, ini abang Shady la, siapa tak kenal?" rasa risau berbaur kaget tadi hilang ditelan rasa menyampah bila mendengar keriakan Shady barusan tadi.
Kalau kat kampus bolehlah Shady nak berlagak sebab dah memang dia dalam carta yang teratas menjadi lelaki idaman Malaya tapi dekat sini, siapa je yang kenal dia?
"Tipulah you ini, I tak percaya dua ekor kelawar itu boleh takut dengan hanya seekor arnab macam you ini." Celotehku, mulut Shady terus terlopong, aku sembunyi senyum guna tangan. Shady kecilkan lagi mata sepetnya sambil gigi diketap.
"Leesya! You panggil I arnab? Muka garang macam harimau ini boleh-boleh you panggil I macam itu?" bidasnya namun wajahnya tidak nampak serius, lebih kepada bermain. Hampir tersedak juga aku dalam tawa yang makin pecah.
Serius gua bagitahu lu, muka mamat Shady ini jambu gila, lagi kalau dia dah senyum, lesung pipit kat pipi itu, ampun... bola mata yang tenang boleh jadi bola keranjang melantun-lantun tanpa henti.
"Apa-apa jelah." Jawabku malas.
"You bagitahu dia orang apa sampai senang-senang boleh blah macam itu je?" soalanku muncul lagi, masih tidak tenang selagi dia tidak memberi jawapan.
Shady menjuih bibir, "I bagitahu... yang you ni isteri I." meleret tuturnya. Aku kedipkan mata melihat Shady yang sudah tersenyum tepi.
"I isteri you?" soalku semula sambil menuding jari pada dadaku, "you must be kidding me buddy!" gelak dipaksa keluar dari mulut, bunyinya terdengar ganjil pada pendengaranku.
Shady mengetap gigi, "apa salahnya kalau betul-betul you jadi isteri I?" gelak buatanku terus hilang dengan serta merta mendengar tutur Shady. Aku telan kelat liurku.
"That's impossible!" gumamku. Mataku pandang bawah, entah nak tengok kasut mungkin.
"Nothing impossible Leesya." Betah jawab Shady membuat anak mataku berlari ke pada wajahnya yang terlihat bersungguh-sungguh.
Pandangan matanya yang redup, nampak ikhlas sehingga menimbulkan nian di hati namun cepat-cepat aku hapuskan rasa itu. Aku dan Shady? Kepala aku geleng cuba untuk melarikan bayangan yang tidak sepatutnya.
"Terima kasih adik Shady." Topik perbualan aku tukar. Dagu Shady cecah lantai bila mendengar ayat itu terpacul dari bibirku. Dia menggigit bibir bawah.
"Adik? You panggil I adik?" bidasnya. Jangan sampai aku keluarkan gambar muka polosku dari dompet ini kalau dia nak bukti. Dah adik itu mengaku jelah, tak boleh terima kenyataan pula.
"Dah itu nak panggil abang?" dugaku membuat Shady mengangguk laju. Terus tekakku terasa loya, Anaz yang tua dua tahun dari aku pun tak pernah nak membahasakan dirinya abang. Mengada je Shady ini.
Mata aku gulir ke atas seraya berkata, "anyway thanks again. I really mean it." Dengan ikhlas aku tuturkan. Kalau takde Shady tadi, tak tahulah apa nak jadi.
"Thanks je?" soal Shady membuat dahiku berkerut dengan omongnya.
"You nak apa?" soalku sambil mengemam bibir menanti jawabannya.
"I nakkk.... "
Comments (0)
See all