Jari telunjuk Shady putar-putarkan perlahan berdekatan dengan bibir merahnya, sengaja dia hentikan sekilas di situ seakan cuba mendugaku, liur kutelan kelat.
Senyum nakal bermain di bibirnya sebelum jari dia hentikan pada lubang kecil di tengah pipi. Tanpa bersuara, dia memberi isyarat mata kepadaku, cukup untuk aku memahami maksudnya.
Dia dah hilang akal ke nak aku beri ciuman di kawasan yang penuh dengan lautan manusia? Yelah, memang rata-rata mereka yang ada di sini sudah dikawal oleh alkohol tapi tidak bagi aku. Mata ini masih celik lagi, ini semua sebab jus oren yang Shady berikan hingga aku tak rasa nikmat mabuk itu macam mana.
"Leesya?" suara Shady memecah fikiranku. Mataku terus berlari ke arah wajahnya yang masih menanti ciuman dariku.
"Big no!" jerkahku. Pandangan aku kalih ke arah lain.
Banyak benda dia boleh minta tapi nak juga minta yang bukan-bukan. Kalau Anaz tahu masak aku.
Shady mula merengek, tak malu!
"Alah! Please Leesya satu ciuman je." Pujuk Shady, jari telunjuk dia jongket. Aku garu kepala yang tidak gatal. Permintaan apakah ini?
Bila Shady perasan akan wajahku yang masih berkira-kira, sengaja dia tunjukkan wajah comelnya depan aku, macam tahu-tahu je aku lemah tengok riak itu.
Akur dengan permintaannya, aku hinggapkan ciuman sekilas pada pipi gebunya. Sempat kepala aku panggung ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada mata yang memandang ke arah kami. Dadaku berdegup laju seperti sedang melakukan satu jenayah berat. Shady pula sudah tergelak melihat aku yang kalut.
Apa dia ingat aku playgirl ke suka-suka nak cium lelaki? Anaz sendiri selaku kekasihku pun tak pernah minta kena cium di khalayak ramai.
Nasib baik sayang. Sayang? Sayang sebagai seorang teman. Aku perbetulkan otakku yang sudah mula fikir bukan-bukan.
"No worry Leesya, kat sini takde pencegah maksiat yang datang nak serkup kita. Takyah gelojoh sangat. I tak lari pergi mana pun baby, slow-slow okay?" tawa yang masih tersisa dibibir Shady membuat aku mencebik.
"Kita buat sekali lagi, kali ini slow and steady. Okay?" permintaannya diutarakan, aku kerut dahi.
"Excuse me, sekali dahlah yang nak banyak kali ini apesal?" desisku.
Apa dia ingat ciumanku ini hanya khas untuk dia seorang ke? Adik-beradik aku sendiri pun aku tak pernah cium. Eh! Lupa yang aku anak tunggal.
"Leesya, tak sempat pun I nak kedipkan mata I, you dah tarik bibir itu dari pipi I, mana aci!" debat Shady. Menuntut sungguh budak Shady ini, banyak betul permintaan, kang kaki yang aku bagi kat dia baru tahu.
"Yelah-yelah, berapa lama you nak? Sejam, dua jam? Ke nak cium sampai esok pagi?" selorohku dengan wajah tidak beriak. Shady buat muka kelat mendengar tuturku. Bibir dia kemam.
"Tak payahlah, you tak ikhlas pun. I tak nak paksa-paksa you." Bunyi nada suaranya seakan merajuk. Kenapa pula dah terbalik ini patut aku yang merajuk bukannya dia.
"You nak ke tak nak ini? Ke you nak transfer ciuman ini pergi Yohan? Tak pun Izat? Ke Addy?" aku melirik ke arah Dhia yang sedang khusyuk menari dengan kekasihnya, sengaja aku gigit bibir bawahku perlahan-lahan.
Ini kalau Cacha tahu, boleh putus kawan kami.
Mata Shady membuntang. "Don't you dare! You nak I bagitahu kat Anaz yang you miang dengan lelaki lain?!" ugut Shady membuat tawaku makin meleret. Yang dia naik buluh dengan aku boleh pula, kalau lelaki lain tak boleh. Entah mazhab apa yang Shady pakai.
"Tak sporting la you ini, I baru nak enjoy dengan life I, you dah.... "
"Leesya!" Shady potong kata-kataku dengan bentakan. Gigi dia ketap geram. Aku baru nak usik dia!
Aku senyum tepi, "okay, sorry my lil bro," lagi aku nak siram air dalam minyak panas. Bukan apa, saja nak sakat dia.
"Lil bro?" Shady ulangi kataku dengan soalan, muka dah mula tegang. "Sekali lagi you panggil I macam itu, tahulah nasib you Leesya." Ugutnya dengan wajah comel. Alahai! Macam mana aku nak rasa gerun dengan ugutannya ini? Muka banyak jambulah.
"Little brother!" dengan berbekalkan keras kepala yang ada pada diriku, aku berjaya menuturkan ayat tersebut buat sekian kalinya.
Keluhan besar Shady lepaskan seraya berkata, "you memang sengaja nak cabar I," rengusnya, aku tersenyum puas namun senyum itu tidak kekal lama bila tiba-tiba tubuhku terasa seperti diawangan.
"Shady! Apa you buat ini!" jeritku. Lehernya aku paut kuat, gayat dowh!
"Nak bagi pengajaran dekat perempuan nakal." Getusnya. Apa dia dah hilang akal ke?
Mataku berlari memandang sekeliling, dalam lampu yang malap, aku menangkap banyak mata yang mencerlung ke arah kami termasuk Cacha dan Dhia.
Aku tidak mahu terus dimalukan sebegini. Mata Shady kutenung dalam-dalam sambil membuat permintaan, "turunkan I Shady, please!"
Dia seakan sedang berfikir sebelum mengerakkan bibirnya untuk bersuara, "boleh, tapi dengan satu syarat." Tiba-tiba pegangan tangannya tidak kukuh, "aahhh!" hampir tubuhku jatuh terjelepuk di atas lantai dansa.
Nasib baik Shady sempat mengeratkan pautan tangannya pada tubuhku. Dadaku sudah berombak laju. Aku tak nak mati lagi!
Tawa Shady terdengar membuat mataku membulat. Dia ingat lucu ke?
"You makan apa tadi Leesya? Berat gila!" nada gurauan dia tuturkan.
Sempat otakku cuba untuk mengimbas kembali makanan yang aku telan siang tadi. Eh apasal aku nak jawab pada soalan merapunya pula.
Aku baru nak bersuara tapi lidahku kelu bila mataku menangkap wajahnya terlihat seksi dengan peluh yang mencurah di tepi telinga dan dahi. Bibir aku gigit kecil.
Shady yang perasaan akan renunganku mula bersuara, "puas renung I?" soalannya membuat pipiku merona.
Jangan tunjuk sangat riak wajah itu Aleesya!
"Eh mana ada! Perasan!" dalihku sebelum aku dimalukan lagi, sengajaku ubah kembali topik perbualan. "Turunkan I Shady!" entah untuk keberapa kali aku memohon dengan lelaki ini.
"Keluar dinner dengan I esok?" soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Shady. Aku terkebil mendengarnya namun bibirku menguntum senyum kecil, Rasa teruja?
Tak nak nampak sangat aku terdesak di matanya, aku gelenglah kepala. Jual mahal sikit.
"Oh, okay kalau macam itu sampai esok pagilah kita macam ini je. I masih kuat lagi ini, siang tadi I ada minum tongkat ali." Mahu aku garu kepala yang tak gatal tapi takut nak lepaskan rangkulan pada lehernya.
"Okay I setuju!" gumamku akur. Shady mengangkat keningnya sebelum terbit senyum kecil pada bibirnya namun seakan ditahan.
"Apa? Tak dengar?" sengaja Shady buat tuli, telinga dia dekatkan lagi. Bibir aku gigit, geram! Ada juga yang kena gigit telinga dekat sini.
"Saya Aleesya Adriana bersetuju untuk keluar dinner dengan lelaki kerek yang bernama Shaafiy Daryan!" sengaja aku tekankan ayat 'kerek' itu biar hadam dengan perangai keanakannya. Dia tersenyum dalam kemenangan sebelum mengotakan janjinya padaku.
Esok paginya aku bangun awal untuk pergi ke kelas pukul 9 pagi. Tubuh terasa lemah akibat tidur yang tidak cukup. Hampir jatuh juga mata ini ditambah dengan tiupan penghawa dingin yang meniup tepat ke wajah. Kalau dapat berbungkus dalam selimut ini syurga dunia.
Cemburu aku lihat Cacha tadi dapat tidur lena, tapi sempat juga aku tangkap beberapa keping gambar dia tengah tidur dengan air liur basi di tepi bibir, terus kuhantar bagi buah hatinya. Padan muka! Siapa suruh semalam sanggup dia tinggalkan aku, tak pasal-pasal aku terpaksa balik dengan perempuan gedik itu. Siapa lagi kalau bukan si Tasya, beriya-iya nak hantar aku sebab tak nak Shady yang hantar aku balik asrama.
Hari ini puan Amanda mengajar topik Balance Sheet. Naik pecah juga kepalaku nak seimbangkan duit keluar dan duit masuk ini. Betul-betul soalan yang menguji minda. Nasib baik aku duduk bersebelahan dengan pelajar yang tak lokek ilmu. Kadang-kala nasib tak baik itu terduduk sebelah malaon. Tangan dijadikan penghadang, kenapa tak bawa je terus tiang rumah sekali, puas hati.
Terasa getaran pada poket seluarku, membuat aku mengeluarkan telefon bimbitku dari poket. Aku menekan masuk pada mesej yang baru melobosi skrin telefon.
Morning sunshine! You kat mana? -Shady
Bibirku menguntum senyum. Jariku mula ligat meluncur pada skrin sebelum menekan pada butang hantar.
Morning! I baru je habis kelas, kenapa Shady? -Aleesya
Buzz buzz
Takde, saja nak rindu you... you dah sarapan tak? I kat tempat biasa tahu. -Shady
All right! See you there buddy! -Aleesya
"What's up!" sapaku pada Shady bila duduk aku rapatkan pada kerusi yang ada di hadapannya. Beg galas aku letak pada kerusi kosong di sebelahku.
"Takde, saja datang awal nak jumpa you," Shady sudah tersenyum penuh makna, bibir aku cebik lalu menjawab, "hmmm... yelah tu. Bukan sebab nak dating dengan Tasya ke?" soalku menduga. Tangannya menggaru dahi yang tidak gatal.
"Bukan you ke yang keluar dating dengan dia sampai I you tinggalkan sendirian."
Dahi aku kerut cuba untuk memproses semua omong Shady. Bila teringat semalam mulutku membentuk bulat lalu dipanjangkan lagi.
Gelaknya kedengaran sebelum topik perbualan ditukar, "macam mana kelas tadi, okay?" soal Shady ingin tahu.
Kalau aku cakap tak okay bukannya dia boleh tolong aku pun.
"Bolehlah." Ringkas jawabku.
Perut yang tadinya sakit kini terasa makin menyengat seperti sedang disengat lebah. Ini mesti sebab tadi pagi aku tak sarapan. Gastrik menyerang lagi!
Shady kerut dahi melihat aku yang sudah terpisat-pisat menahan sakit. "Kenapa dengan you ni Leesya?" nada suaranya risau.
Kepala yang aku singgahkan di atas meja aku angkat. "Takde, perut I sakit," tanganku menekan pada perut tersebut. Berpinar-pinar pandanganku saat ini.
"Kenapa pula perut you boleh sakit? Ke salah makan?" duga Shady walaupun sebenarnya andaian itu kurang tepat. Soalannya aku biarkan tidak berjawab.
"Gastrik!" perkataan itu terpacul dari mulutnya lebih kepada nada penyata dan bukannya soalan. "Betulkan? Ini mesti you skip sarapan lagi." Sambungnya.
Aku angkat muka lalu tersenyum tanpa menampakkan gigiku. Senyum kambing mungkin?
Shady mengeluh, "dah agak! Nak pergi klinik?" soalnya, pantas aku menggeleng laju. Gastrik je kot, bukannya penyakit kronik. Shady je yang suka melebih.
Tanpa aku sedar, tangannya sudah menyeka peluh yang ada didahiku. "Hush!" tangan Shady kutolak. Habis nanti solekanku pudar sebab kesatan kasar tangannya.
Kepala Shady geleng, dia mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan. Seorang lelaki berbangsa India berdiri di sebelah mejanya, Shady mula bersuara, "boleh tolong tengokkan pesanan dia tadi? Dah lama tunggu, tolong cepat sikit." Arah Shady bagaikan seorang pelanggan cerewet.
Lama apanya? Tak panas lagi tempat duduk aku.
Sakit yang terhasil mampu mengegarkan otakku tika ini. Dahi aku tepuk, baru teringat ada panadol dalam beg. Bahagian kecil aku tarik zipnya lalu mengeluarkan dua biji panadol.
Mulutku menganga luas untuk memasukkan dua ketul benda bulat berwarna putih, tiba-tiba tangan kekar Shady sudah menghalang. Keningku merapat, bengang dengan tindakannya itu.
"Leesya, you belum makan apa-apa lagi, mana boleh terus telan panadol itu." Aku berdecit. Tanpa mendengar nasihat dari Shady, cepat aku humban masuk ubat itu ke dalam mulut, di alas dengan air kosong.
Shady seakan tergamam melihat aksiku. Alah mamat jambu ini, macam tak biasa nampak orang telan masuk panadol dalam mulut pula.
"Leesya! Kenapa degil sangat ini? Kalau jadi apa-apa macam mana?" omelnya lagi. Aku rasa Shady patut dilahirkan sebagai perempuan, kecelaruan jantina ini.
"You takde kelas ke ni?" tanpa menjawab celotehnya, topik baru aku gantikan.
Dia mengeluh sebelum menjawab pada soalanku, "ada, sejam lagi." Aku angguk paham.
Perbualan kami terhenti bila seorang pelayan lelaki datang membawa pesananku lalu diletakkan di atas meja.
Minumanku Shady tarik, sudu yang masih lagi panas dia pegang lalu membuat bulatan besar berkali-kali pada nestum tersebut sambil meniup-niup asap yang terhasil agar kepanasannya berkurang.
"Lain kali jangan buat macam tadi, mana boleh minum ubat masa perut kosong. Lagi satu sebelum keluar, buatlah milo panas makan dengan sekeping biskut ke takdelah kena gastrik macam ni." Sempat dia mengomel sebelum nestum yang sudah disemai dengan kasih sayang diberikan padaku.
Dah sudah. Tak habis lagi ke topik ini? Bosanlah! Aku hanya mampu mengangguk pada renungannya yang sudah setajam pedang.
"Malam ini jangan lupa date kita." Mataku berlari pada wajahnya, dia terlihat sibuk menggulung mee goreng pada garpu sebelum menyuap masuk ke dalam mulutku.
Aku mengunyah perlahan sambil otak ligat berfikir nak jawab apa pada soalannya.
Bila mee dalam mulutku habis ditelan aku mula bersuara, "you serius ke semalam? I ingat you main-main je."
Tangannya yang mahu menyuap mee pada mulutku terhenti, mulutku yang sudah terbuka luas aku tutup. Keningnya mula berkerut.
"I tak pernah main-main kalau bab hati ini Leesya." Bola mataku mencerlung dia tajam, soal hati? Ada apa dengan hati Shady?
Pandangan dia angkat melihatku, dia berbicara sambil tangannya menyuap mee goreng ke mulutku, "malam ni I ambil you kat asrama." Mata aku kebil-kebilkan, rahangku tidak lupa digerak untuk mengunyah makanan.
"Esok-esok jelah, rasa malas pula I nak keluar, lagipun I tengah sakit nikan." Dalihku lagi. Saja bagi alasan gastrik yang barusan menyerang.
"Leesya! You promise me!" Shady cuba untuk membuat aku mengingati janjiku.
Tapi semalam aku setuju sebab aku takde pilihan lain.
"Ke orang itu nak peristiwa semalam berulang, tapi kali ini lagi interesting sebab terang dan luas. Pelajar pun boleh tahan ramai ini, masuk buletin kampus mesti jadi famous." Ucap Shady berbaur ugutan. Aku mengetap bibir.
Boleh tak kalau aku pergi buat aduan dekat tok imam? Eh silap, pak polisi sebab Shady tengah buat ugutan dekat aku.
"Pukul berapa?" soalku akur. Malas nak layan kdramanya nanti, ini pun dia suap aku ada banyak mata yang mencerlung aku tajam.
Aku nak suap sendiri tapi Shady tak kasi. Mungkin aku gastrik, tapi aku bukannya lumpuh!
"Dalam pukul 7 petang?" jawab Shady seakan soalan menyentak aku dari terus berkhayal.
Aku yang bertongkat siku masih berkira-kira hendak menjawab pada soalan itu.
Pergi tak pergi?
Comments (0)
See all