Tiba di asrama, badan yang lelah aku hempas ke atas katil kecilku. Telefon bimbit iPhone berwarna hitam aku keluarkan dari poket seluar lalu mendail pada nombor teman lelakiku. Pada deringan kedua terdengar bunyi bising dari corong telefon membuat bibirku mengukir senyum.
"Assalamualaikum sayang... " suara Anaz menyapa membuat senyumku meleret. Rindunya dengan pakwe aku seorang ini.
"Waalaikumsalam... " aku mula bermain dengan rambutku. Sebelah kaki diangkat ke atas lutut sesekali digoyang.
"Awak kat mana? Hari ini awak ada kelas, kan?" soal Anaz. Mestilah dia tahu aku ada kelas, setiap saat kot aku lapor diri. Kalau tak lapor diri mulalah mulutnya bising, tapi aku suka... nampak dia caring.
"A'aah, baru je saya sampai dekat asrama. Awak kat mana?" soalku kembali.
"Saya kat kedai makan, tengah lepak dengan member. Awak sihat babe?" patutlah bising semacam je, baru aku nak tegur tadi tapi dia dah bagitahu, tak jadilah!
"Oh. Haah sihat je tapi tadi tiba-tiba je gastrik menyerang." Dengan mulut dimuncung ke depan aku tuturkan. Nak mengadu persamaan manja-manja dengan Anaz.
"Hah? Awak okay tak?" nada suara Anaz bertukar gusar, bibir aku cebik.
"Okay, tadi dah makan kat kampus." Posisi badan aku tukar mengiring pula, kaki dah lama diluruskan.
Terdengar keluhannya, "kan saya dah pesan, makan kena jaga, ke awak nak saya gaji amah kat asrama awak itu, khas masakkan untuk awak je." Omelnya, dalam risau dia selit juga sindiran, bijak.
Mata aku gulir seraya berkata, "baiklah tuan doktor, saya akan dengar semua nasihat dari tuan doktor ek." Sindirku kembali, gelak aku tahan dari terburai. Kang tak pasal-pasal kena tegur lagi.
"Hah! Main-main lagi, saya serius ni sayang. Bae risau tahu kalau ada apa-apa jadi kat awak." Baru aku cakap, dia dah buat dah. Risau juga dia dekat aku, tapi kekasih mana yang tak risaukan? Lainlah kalau kekasih 'hantu'.
"Yer! Yer! Saya tahu, awak risaukan saya, hari-hari awak ingatkan, macam mana saya nak lupa?" nada suara aku tinggikan sedikit. Bukan tak suka tapi Anaz yang terlebih letak gula dalam kerisauannya itu.
"Tengok! Menjawab. Babap nak?" ugutnya, ingat aku takut ke? Tapi kalau dekat boleh tak bergegar lutut, Anaz ini garang sikit berbanding dengan Shady. Eh, kenapa tiba-tiba nama Shady terpacul pula ini.
"Bluek!"
"Hah! Lidah tu nak kena gigit ke? Tunggu awak! Saya datang sana, siap awak saya 'kerja'kan." Nada suaranya sedikit berbisik pada ayat terakhir, terdengar seksi pada pendengaranku, bibir aku gigit nakal.
"Eh! Gatal!" gelaknya terdengar dari hujung talian, suka! "rindu bae... " rengekku sambil berguling-guling di atas katil. Ulat bulu dah naik daun!
"Gatal dengan awek sendiri juga, bukannya dengan perempuan lain," senyuman banggaku terukir di bibir. "Bae pun rindu sayang. Tinggal beberapa hari je lagi, awak sabar ek. Hari-hari saya training nak bagi 'kuat' muscles semua." Senyumku makin meleret. Dalam pada wajah yang sudah merona, bibir kugigit sambil membayangkan apa yang dimaksudkan oleh Anaz. Otak kuning!
"Okaylah bae, saya penat... nak tidur." Topik perbualan berganti, takut terlebih gedik, biasalah kalau sudah selalu kena tinggal, manja dia lain macam.
Mata yang sudah berair aku seka. Gara-gara nak dengar suara pakwe sebelum tidurlah ini tapi macam terlajak bergayut pula.
"Ini mesti pasal semalamkan? Saya tak marah pun kalau awak nak keluar berhibur dengan kawan awak, tapi kena jaga batas pergaulan, terutama dengan.... "
Dah mula dah ceramah agamanya, ini yang aku malas ini.
"Bae!" seakan nada amaran aku ucap sekaligus memotong katanya. Tak larat aku nak dengar bebelannya sekarang. Nanti ada juga orang itu sibuk mengomel, yang aku dekat sini dah buat peta dunia.
"Yelah sayang, bae cuma ingatkan je, awakkan satu-satunya buah hati saya, lainlah kalau awak nak saya... " sengaja dia ucapkan dengan nada dipanjangkan lagi.
Suka sangat tengok awek dia bertukar jadi hijau.
Mataku menjegil, "bae! Jangan nak menggatal. Tak cukup satu ke? Kalau saya dapat tahu awak pasang chicks kat situ, siap awak!" pantas ucapnya aku potong, mata yang tadinya layu menjadi segar-bugar.
"Erk! Bae belum cakap apa-apa pun awak dah warning ek. Susahlah nak 'makan' luar macam ni," nada suaranya seakan merengek lagi membuat panas hatiku.
Keluhan aku lepaskan sambil mengetap gigi, "baeee! okaylah! Saya nak tidur dulu." Bentakku.
Gelaknya kedengaran kuat, ingat aku tengah melawak ke? "okay babe! Mimpi saya tahu." Pesannya.
"In syaa Allah." Nada suara aku panjangkan membuat gelaknya pecah. Walhal aku disini sudah masam mencuka, terlebih emosi.
Selepas mengambil short sleep, aku cepat-cepat bersiap bila Shady sudah menungguku di depan pangsapuri. Kami berdua mula turun dari kereta apabila Shady selamat memparkir mobilnya di kawasan bawah tanah pusat membeli belah.
Kami jalan beriringan masuk ke dalam bangunan, terasa ada sesuatu yang menghangatkan kulitku membuat bola mataku turun pada tanganku yang sudah dipaut erat oleh tangan kekar Shady. Mataku membulat memandang wajahnya, Shady membalas pandanganku dengan kening dijungkit sebelum mengukir senyum... sengaja menampakkan lesung pipitnya yang dalam dipipi.
Kali ini gaya pegangan tangannya berubah posisi bila jarinya dimasukkan ke cela jariku membuat aku terkebil. Shady tersenyum lagi melihatku seolah apa yang dia lakukan itu betul. Aku geleng kepala berkali-kali tanpa bersuara. Nak juga aku tolak tangannya tapi tak sampai hati, aku biarkan jelah.
Kakiku masih setia mengekori langkahnya dari belakang. Entah dia nak makan kat mana pun aku tak tahu.
Hidangan yang ada di atas meja makan aku cerap lalu bola mataku berlari ke arah wajah Shady yang sedang duduk hadapanku. Kenapa dia bawa aku masuk dalam restoran yang menyajikan masakan Korea?
"Are you sure you nak makan kat sini?" soalku kepada Shady yang tengah meneguk gelas yang berisi korean green tea. Gelas dia letakkan di atas meja lalu mengalih pandangan ke arahku.
"Kenapa? You tak suka? Seingat I favorite you korean food." Ujar Shady dengan riak wajah yang seakan meragui ilmu pengetahuannya tentang minatku. Nampak sangat yang dia ini usha aku.
"Tak- " tangan aku awangkan ke kiri dan kanan, " -I suka... tapi sejak bila pula you ini suka makan masakan korean?" soalku hairan.
Bayangan sem pertama Shady masuk kolej muncul di kotak ingatanku, masa itu kami tak rapat sangat sebab baru kenal, rakan yang lain nak makan korean food tapi Shady yang tak nak, dia cakap dia tak makan makanan pelik-pelik.
Tapi sekarang aku rasa dia yang pelik. Tiba-tiba bawa aku makan kat sini.
"Sejak I tahu yang you ini kpop lover." Jawab Shady sambil tersenyum sipu.
Aku terus tergelak, tak sangka Shady ini bukan setakat comel kat muka je malahan comelnya juga ada pada sifatnya.
"Seriously Shady? jadi, macam mana rasa dia? Sedap?" soalku, kimchi aku masukkan sedikit ke dalam mulut lalu mengunyah perlahan. Mataku masih tertumpu pada Shady yang masih belum menjawab pada soalanku.
"Hrmm... sedap mungkin?" Shady ungkapkan dengan samar-samar, sesamar makanan yang dia ambil. Dari tadi dia banyak minum air je, tak tahan pedas kot?
"Mungkin?" jawapannya yang tidak pasti aku ulangi dalam bentuk soalan. Tawaku datang telat membuat Shady mencebik. Sengaja dia ambil kimchi yang tadinya aku makan, tapi seketika dia kerutkan dahi lalu merambat airku. Kepala aku geleng melihat pada keletahnya. Siapa suruh, orang suka makan kat sini, dia pun nak juga.
"You nak kita pergi restoran lain tak? Makan seafood ke? Ke shellout?" aku mula memberi cadangan, macam tengah bercerita dengan budak kecil pula, dengan riak wajahku yang sangat ceria.
"Takpe, I okay je, asal you gembira, I pun gembira." Betahnya sambil mengunyah bulgogi dengan wajah kelat namun masih tersenyum manis padaku menampakkan lesung pipitnya.
Struggle sangat Shady ini. Aku pun tak tahu nak cakap apa, gembira, kasihan, terharu semuanya bercampur baur.
Cacha yang sedang duduk di ruang tamu mula memanggung kepala melihatku bila kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas makan tadi, aku terus minta hantar balik asrama walaupun Shady berkeras nak kami tengok movie bersama. Tapi sebab aku penat, terpaksa tunda pergi esok.
"Kau dari mana ni Leesya?" suara Cacha membelah bunyi televisyen. Aku merapatkan duduk di sebelahnya sambil layan cerita barat yang terpampang di kaca TV.
"Pergi makan dengan Shady," jawabku tanpa perlu berkias.
"Oh." Tumpuan Chaca kembali pada skrin di hadapan sebelum dia mencerlung aku tajam, aku kerut kening dengan riaknya. "Kau yang hantarkan dekat Dhia gambar aku tengah tidur?" berangnya, bibir dia gigit.
"Relax la, macam Dhia tak pernah tengok pula kau tengah tidur." Selamba jawabku membuat wajah Cacha yang tadinya tegang berubah kendur. Dia berdecit.
"Semalam kau pergi mana? Asal tinggalkan aku?" soalku pula membuat Cacha terkebil sebelum kembali panggung kepalanya pada kaca TV. Aku menanti jawapannya tanpa sabar.
"Aku kat sana je semalam, mana ada aku pergi mana-mana," tapi pandangan matanya mengatakan sebaliknya. Dia nak tipu aku yang hari-hari hadap mukanya ini. Ini Aleesya la!
"Sampai hati kaukan Cha tinggalkan aku gara-gara nak melunaskan niat suci murni kamu berdua." Omelku sambil berkias. Bibir kukemam.
"Eh mana ada!" mataku dapat menangkap senyum yang ditahan pada bibir, "pandai-pandai je kau ni." Dalihnya sebelum tawa yang tadinya ditahan-tahan bersepah keluar, Cacha mula mengangkat kaki berlari anak menuju ke dalam bilik.
Aku yang masih terkebil cuba untuk memproses semuanya mula berdiri dari duduk. "Tunggu kau Cha!"
Esoknya seperti yang dijanjikan... aku, Cacha dan Dhia menuju masuk ke dalam restoran Penang Road Famous... Shady, Yohan dan teman wanitanya Lisa terlihat sedang duduk di dalam. Duduk kurapatkan di sebelah Lisa.
Tiket wayang yang berada di tangan Shady aku ambil, beberapa maklumat aku baca dan hadam sebelum mengembalikannya semula pada Shady.
Baru aku nak berdiri buat pesanan, tangan Shady sudah memberikan cendolnya yang belum disentuh padaku. Macam tahu-tahu je Shady ini aku nak makan cendol, terus aku batalkan niat nak pergi kaunter. Tanganku mula menggaul isi cendol untuk sebatikan gula melaka yang ada di dalamnya.
"Dude-" Shady menoleh pada Dhia yang duduk di sebelahnya, sebelah kening dia jongket, "-berapa harga tiket aku dengan awek aku?" soal Dhia lalu mengeluarkan beg duit dari poket seluar.
"Eh, takyah dude." Jawab Shady sambil menggeleng kepala.
Aku mula menyuap cendol ke dalam mulutku, terasa kemanisan gula melaka, sedap.
"Betul ni?" soal Dhia inginkan kepastian, keningnya dirapatkan. Shady kembali kalih kepalanya pada Dhia, baru dia hendak mengerakkan bibirnya Yohan menyampuk, "kau ni Dhia, macam tak biasa pula kalau dah ada YB Shady kat sini. Ambil je apa kau nak." Shady memandang Yohan yang ada di hadapannya sambil bibir dikemam. Tak tahu apa yang Shady tengah fikir saat ini, aku tak dapat nak baca riak wajahnya.
Dhia tergelak kecil dengan omong Yohan seraya bersuara, "by the way thanks dude!" Shady hanya senyum kecil.
Tanpa menyoal, sudu aku dekatkan pada mulut Shady membuatkan dia menganga dengan luas. Mulutnya sibuk mengunyah isi cendol tersebut.
"Movie tu mula pukul 11.45 malam, kan?" soal Dhia kepada Shady, kepala Shady angguk sambil rahangnya bergerak-gerak mengunyah cendol yang tersisa.
"Masih awal dowh-" jam ditangan dikerling Dhia sebelum menyambung katanya, "-korang ada plan baik punya tak sementara tunggu showtime?"
Bola mata Dhia berjalan ke arah kami silih berganti. Malas aku nak berfikir, tanganku menyuap cendol dalam mulut Shady, tanpa membantah dia buka je mulut setiap kali sudu aku dekatkan pada bibirnya.
"Apa kata kita pergi karaoke? Nak?" Yohan pula mengemukakan pendapat, kami semua saling berpandangan sebelum perhatian diberikan kepada Dhia. "Idea yang bagus! Korang setuju tak?" dengan senyuman melebar Dhia menyoal kami.
Masing-masing berpandangan sebelum bersuara dengan serentak, "setuju!"
"You nak nyanyi lagu apa Leesya?" soal Shady bila kaki kami menjejak pada bilik yang sederhana besar. Duduk aku dekatkan di atas kerusi panjang sambil menjawab pada soalan Shady. "Entah."
Shady duduk di sebelahku, dengan riak wajah ceria dia ucap, "kita duet lagu Ari Lasso dan Bunga Cinta, nak tak?" wajahnya penuh dengan harapan membuat senyumku terukir, "boleh je."
Lesung pipit Shady kelihatan walaupun dalam lampu yang malap. Shady memanggil sahabatnya, Dhia... yang sibuk membuat pilihan lagu.
"Dude!" gerakan tangan Dhia terhenti apabila kepala dia kalih pada Shady, kening diangkat tinggi pengganti suara.
"Aku Dan Dirimu." Selamba ucap Shady, Dhia terlihat blur.
"Haa? Kenapa aku dengan kau pula ni?" soalan yang terpacul dari mulutnya membuat gelak kami semua pecah. Dhia kehairanan, kepala tidak gatal dia garu.
Naik jenuh aku ketawa tak henti. Perut tak usah cakap, airmata yang terbit pada ekor mata aku seka. Shady menggeleng-geleng kepala sambil meraup dahi.
Cacha yang paham dengan maksud Shady mula menekan pada lagu yang dimaksudkan.
"Oh." Dhia tepuk dahi sambil tawanya datang telat membuatkan hanya suaranya saja yang memenuhi ruang bilik.
Pintu diketuk, seorang pelayan wanita masuk lewat pintu. Di tangan gadis ini memegang dulang yang berisi jug coke dan gelas kosong. Ayam goreng dan beberapa mangkuk kecil berisi kekacang. Semuanya dia letakkan di atas meja sebelum beredar.
Tekak aku basahkan dengan cola, tisu aku ambil lalu membalut hujung sayap ayam sebelum mengigit lembut isinya.
Shady mendekatkan wajahnya padaku membuat keningku berkerut. Apa yang dia nak?
Mulut dia buka seluasnya, tambah berkerut wajahku lalu menuding jari pada ayam goreng yang ada di atas meja. Shady menggeleng, mulutnya dimuncungkan pada ayam yang ada di tanganku.
Mengadanya budak Shady ini! Nak kena babap ke?
Aku mencerlung Shady tajam tapi tetap setia menyuap ayam ke dalam mulutnya. Shady mula mengunyah lumat isi ayam tersebut.
Suara Cacha dan Dhia kedengaran mendendangkan lagu 'Sandarkan Pada Kenangan'. Kami bersorak riang lagaknya seperti sedang melihat konsert Sarah dan abang Jamal.
Shady sibuk mahu menyuap kacang dalam mulutku. Sesekali sengaja aku gigit pada jarinya membuat dia tertawa kecil.
Indahnya bersahabat ini. Namun indah itu tidak selamanya ada bila mata Shady tertancap pada skrin telefonku dan mula membawa diri.
Assalamualaikum sayang. Awak dah sampai kat Imago ke? Jangan nakal-nakal tahu, awak tu saya punya! *wink I really miss you babe! Wish I'm there with you! *sadface -Anaz
Comments (0)
See all