"Shady mana Leesya?" soal Dhia bila kami melangkah keluar dari bilik karaoke. Tidak jauh dari sini, terlihat panggung wayang di hadapan. Bahu kujungkit sambil mengatur langkah kaki.
Aku tidak mengerti kenapa tiba-tiba Shady meninggalkan bilik karaoke dengan emosinya yang sudah berubah tegang. Takkan dia terkesan dengan pesanan ringkas yang Anaz hantar? Berulang kali aku baca mesej itu tapi tiada pula isi kandungannya berkait dengan Shady. Kepala yang tidak gatal aku garu.
Telefon bimbit aku keluarkan lalu mendail pada nombor Shady bila dia masih lagi belum kunjung tiba. Lagu Senorita menjadi halwa telinga, sempat aku bergumam ikut sama berlagu.
Sebaik saja Shady mengangkat panggilanku terus saja aku terjah dia dengan soalan, "Shady! You kat mana?"
"I kat sini, kenapa?" ujar Shady. Lega aku rasa bila mendengar suaranya.
"Mana? Tak nampak pun." Aku mengerling sekeliling hingga kaki turut sama membuat putaran. Namun batang hidungnya tidak kelihatan. Shady tengah mainkan aku ke ini?
Apabila tiada jawapan dari Shady aku kerut dahi. "Hello? Shady? Are you still there?" telefon bimbit aku kerling, talian masih lagi bersambung tapi tak dengar pula suara Shady. Ke takde siaran kat sini?
"Leesya... " dahi aku kerut, kenapa suara itu begitu nyata pada pendengaran? Helahan nafas mengenai pada kulit telingaku membuatkan aku terkejut, kepalaku menoleh ke belakang. "Ouch!" refleks tanganku terus menggosok-gosok tempat yang sakit akibat terhantuk sesuatu.
"Maaf... " ada tangan kekar memuyu kepalaku membuat tangan kualih.
Kepala aku kalih pada wajah lelaki yang ada di hadapanku, tangan sebelahnya menggosok-gosok kepalanya sediri, sakit mungkin. Mataku membulat. "Shady?" bibirku menguntum senyum lebar.
"Maaf Leesya, I tak sengaja," pandangan mata Shady dipenuhi rasa kesal, "sakit lagi?" soal Shady membuat kepala kuangguk, mulut sengaja dimuncungkan. Tambah dia lajukan gosokan tangannya pada dahiku.
Mata Shady aku pandang, "you okay?" soalanku lebih merujuk pada misteri kehilangannya semasa di dalam bilik karaoke tadi.
Muka Shady hairan melihat perubahan riak wajahku yang gusar. Kening dia jongket, tangannya kini dilarikan dari dahiku. "Ya, mestilah okay. Kenapa ini?"
Lama aku renung wajahnya tapi tiada tanda-tanda yang dia sedang berkecil hati dengan aku. Mungkin betul dia dah okay?
"I ingat you masih marah dekat I." Jari-jemariku bermain sesama sendiri. Pandanganku jatuh pada refleks tanganku sesekali bola mata berlari ke arahnya.
"Kenapa pula I mesti marah kat you? You ada buat salah dengan I?" mata aku kedip-kedipkan pada soalan berbelitnya, sama seperti seekor ular sawa.
"Bukan tadi you... erk... you... " sejak bila lagi aku jadi gagap ini!
Wajah Shady blur melihat aku yang tidak tentu arah, bibirnya mengukir senyum lalu memeluk bahuku sambil menarik tubuhku untuk jalan bersama. "Jom, kang lewat pula nak tengok movie."
Aku terkebil cuba untuk menghadam semua, tapi kenapa aku harus pusingkan kepala untuk berfikir? Shady dengan senyumannya? Sempurna!
Semasa menonton wayang bergambar aku tidak berapa konsentrasi bila penghawa dingin di sini terasa bertiup kuat hingga menusuk ke tulang-belulangku. Tubuhku menggigil membuat gigi mengetap dengan sendiri. Sekejap-sekejap aku goyangkan kaki, berpeluk tubuh, sekejap lagi telapak tangan kutiup, sesekali aku letak di bawah pahaku. Namun semua usahaku tidak dapat menampung kedinginan di sini.
Siapa suruh bijak sangat kau ini Aleesya, dah tahu nak tengok wayang tengah malam, lagi nak pakai singlet dengan seluar pendek je. Nasib baik kasut Gucci kesayangan membaluti kakiku, walaupun sebenarnya tidak banyak membantu sangat. Ini semua sebab terpengaruh dengan pakaian ala-ala kpop, ambil kau!
Shady yang perasankan aku sudah macam cacing berak kapur mula dekatkan kepalanya padaku, "kenapa ini Leesya?"
Tanpa bersuara aku geleng kepala pada soalan Shady. Matanya berjalan melihat pada pakaian singkatku, senyum tepi dia ukir. Saja je nak gelakkan aku!
Aku hanya perhati saja tingkah Shady bila dia membuka baju sejuk yang membaluti tubuhnya, t-shirt putih dibiarkan melekat pada kulit badan. Shady bersuara, "nah! Pakai ini, nanti you demam pula." Baju sejuk warna putih diberikan padaku membuat mata aku kebil-kebilkan.
Aku geleng kepalaku lagi lalu mengembalikan baju sejuknya, entah apa yang aku tengah fikir sekarang, saja nak tolak rezeki kot.
Shady mengeluh, baju sejuk diletak di atas ribaku membuat pandangan aku kalih padanya dengan mulutku yang sudah ternganga.
"Pakai ini, I cemburu tahu bila lelaki lain tengok you seksi macam ini," diikuti sengihan pada bibirnya. Aku ketap gigi, tak pernah-pernah dia nak tegur cara pakaianku sebelum ini. Pandai dia buat memilihan ayat ek, tapi siapa yang nampak aku dalam gelap macam ini, takkan dia maksudkan si Yohan yang tengah duduk di sebelah aku pula.
Arh lantaklah. Dari aku mati kesejukan, baik aku pakai je apa yang orang dah kasi itu.
Wangian Polo menusuk ke rongga hidungku bila baju sejuk Shady membaluti tubuh mungilku, baru terasa hangat. Pandangan aku kalih pada Shady, "Thanks buddy."
Senyuman Shady melebar membuat mata yang sedia kecil bertambah sepet lagi, "thanks je?" soalnya.
Urgh! Dah tahu dah, kalau baik macam ini mesti nak minta habuan, macam biasa Shady lakukan... aku dah masak dengan perangai nakalnya ini. Tapi buat masa sekarang dia tidak pernah lagi melebihi batas, setakat cium pipi itu biasalah.
Biasa? tetap haram disisi agama tahu, bukan mahram nak sentuh-sentuh! Ini kalau Anaz dapat tahu lagi terhasillah filem 'amukan Anaz'.
Arh! Diam. Bising je fikiranku nak bagi ceramah agama dekat sini. Ye juga, kalau aku pakai baju tak cukup kain, 'dia' juga yang memuji lawa, bukannya nasihat suruh tutup aurat.
"Ehem!" deheman Shady menghentikan aku dan fikiranku berlaga lidah, kalau tak sampai esok pun tak habis nak bertekak.
Mata aku gulirkan terdahulu sebelum bibir aku dekatkan pada lubang kecil yang ada ditengah pipinya membuatkan lubang itu makin dalam, suka!
Terdengar deheman suara lelaki dari arah belakang kami, alah cemburulah itu. Ini mesti foverer alone. Banyakkan bersabar ye encik abang, seru belum sampai itu.
Aku dekatkan mulutku pada telinga Shady, "tengok! Sebab you orang lain dah fikir bukan-bukan!" omelku sambil mencubit tepi pinggang Shady.
"Ouch!" tangannya menggosok-gosok pinggangnya. "Lantak dia orang la, janji I dapat cium you." Aku kerut dahi pada ayat dia ucap, dia salah cakap ke? Tiba-tiba pipiku basah membuat mataku membuntang. "Shady!" licik betul lelaki ini.
Kali ini deheman yang sengaja dikuatkan terdengar dari arah Dhia yang duduk di sebelah Shady, siapa lagi kalau bukan si Cacha.
Sempat aku jelir lidah pada Cacha sebelum memperbetulkan postur tubuhku pada kerusi. Entah dia nampak ke tak jeliranku itu. Mestilah nampak, Shady cium aku pun tajam je matanya.
30 minit berlalu, dari ekor mata aku dapat lihat Shady sudah tidak senang duduk, tingkahnya saling tak tumpah sama seperti setengah jam lepas aku lakukan. Penghawa dingin di sini memang menggila, aku yang pakai baju sejuk pun masih terasa gigitan anginnya.
Senyum tepiku terukir, tanganku mula menarik keluar baju sejuk yang ada di badanku tapi seperti ada benda yang tersangkut hingga sukar untuk aku membukanya.
Mataku menangkap pada tangan yang memegang bajuku, pandanganku terhenti pada Shady, terus aku kerut dahi.
"Apa you nak buat ini Leesya?" soalan terpacul dari mulut Shady terdengar keras.
"Nak buka bajulah." Jawabku jujur.
Betullah aku nak buka baju, takkan nak kait baju pula kot.
Muka Shady blur pada jawapan aku beri. Keluhan kecil aku hembus keluar, "I nak buka baju sebab nak bagi you pakai." Terangku membuat keningnya tambah berkerut.
"Takyah, you pakai je." Beritahu Shady, aku menggerakkan bibir untuk mengatakan sesuatu, "tapi you.... "
"Shh!" aku terdiam dengan bunyi yang terhasil dari mulut Shady.
Akur dengan bunyian itu, aku kembali bersandar pada kerusi, kepala kembali memanggung pada filem Avengers, banyak juga babak yang aku ketinggalan.
Aku tidak dapat beri tumpuan pada cerita di hadapanku, bola mataku berjalan ke arah Shady yang sedang berpeluk tubuh sambil menggoyang-goyang kakinya. Terus aku dirundum rasa bersalah lagi.
Kali ini aku tak buka baju macam tadi, tapi tangannya kutarik membuat dia menoleh ke arahku dengan wajah hairan. Senyum kecil kuukir, tangannya aku bawa ke atas ribaku lalu melakukan urutan kecil pada telapak tangannya yang terasa sejuk.
Wajah kagetnya diganti dengan senyuman lebar sambil kepala digeleng-gelengkan. "Sayang juga you dekat I ek, by the way thanks." Bisik Shady ke telingaku membuat senyumku menguntum lagi.
"Mestilah I sayang you buddy dan jangan nak berterima kasih sangat sebab baju sejuk you I 'curi'." Dengan nada gurauan aku ucap namun aku betul-betul maksudkannya.
Gelaknya terdengar kecil, takut orang lain terganggu mungkin. "You tahukan I tak kisah," bidas Shady. Walaupun ayat tersebut ringkas tapi mampu membuat senyumku meleret, hati pula berbunga-bunga.
Shady menghentikan gerakan tanganku yang masih setia menghangatkan tangannya. Dia masukkan jari-jemarinya ke celah jariku lalu digenggam erat. Mulutku terbuka sedikit, terkejut mungkin? Cepat senyumku mengaburi fikiranku lalu kembali fokus pada wayang gambar di hadapan.
Tanpa sedar kepalaku sudah melentok di atas bahunya membuat tautan tangan kami dia leraikan lalu diganti dengan memaut bahuku sesekali dia mengelus-elus rambutku. Tanpa memberi sebarang reaksi aku hanya tersenyum sipu.
Konsentrasi terganggu lagi bila terdengar bunyian diikuti tekanan pada kepalaku membuat pandangan aku kalih pada Shady. Dia terlihat khusyuk melihat pada cerita di hadapannya.
Bukan tadi dia cium kepalaku ke? Mungkin perasaanku saja. Kepala kembali aku singgahkan di atas dadanya lalu menghayati pada skrin gergasi di hadapan.
Sekali lagi ciuman Shady singgah pada tempat yang sama. Aku ketap bibir, dadanya kupukul perlahan. Tambah meleret ciuman itu bila dia sengaja mencium berkali-kali. "Shady!"
Sebaik saja kami melangkah keluar dari pintu panggung wayang, kami sebulat suara setuju untuk pergi makan malam bersama. Kali ini aku ikut dengan Shady menaiki kereta sport miliknya.
Shady memparkir kereta lalu kami berdua jalan beriringan menuju ke restoran yang berada ditepi laut. Dhia dan Cacha sudah tiba sebelum kami manakala Yohan dan teman wanitanya tidak dapat bersama dengan kami kerana tiba-tiba ada hal pula... jadinya tinggal kami berempat saja.
Selepas menghabiskan masa dengan berbual kosong dan makan malam, kami berempat mula bersurai. Macam biasa, Cacha balik dengan Dhia, nak juga aku menyelit kat belakang kerusi penumpang itu tapi Shady tak kasi, nak juga dia yang hantar aku balik asrama.
Aku apa lagi, macam lembu yang dicucuk hidung tapi aku tak kisah janji dapat balik rumah dengan selamat.
Dalam perjalanan tiba-tiba Shady nak terkucil, dia bagi kat aku kunci keretanya suruh aku tunggu dekat dalam kereta... aku nak tunggu dia kat luar tandas tapi dia tak bagi. Akur dengan permintaan Shady, langkahku atur kemas menuju ke kawasan letak kereta.
Bila kereta berwarna merah terlihat tidak jauh dari sini, bibirku mengukir senyum kecil. Baru nak melangkah setapak tiba-tiba terasa ada sentuhan pada tanganku membuat langkahku terhenti.
Cepat juga Shady melunaskan hajatnya. Dengan senyum meleret aku kalih kepala, mataku tertancap pada wajah lelaki yang sedang berdiri di belakangku. Kening kukerut. Dalam malap lampu jalan aku cuba amati wajah maskulinnya yang berkulit sawo matang, rambutnya disikat rapi ke belakang. Wangian alkohol yang dia hasilkan mampu membangkitkan deria bauku, hidung diceceh dengan jari... yang pasti dia bukan Shady.
"Aleesya?" suara garaunya memulihkan kembali ingatanku pada setahun yang lalu.
Dengan wajah yang sudah kelat, aku rentap tanganku dari genggamannya. Cepat aku atur langkahku bila pautan tangannya terlepas. Baru aku hendak turun dari pembahagi jalan tanganku sudah ditarik kasar membuat pandangan kami bertemu.
"Lepaslah!" jerkahku. Dadaku mula berombak menahan marah. Dalam keadaan cuak macam ini bola mataku melilau melihat sekeliling kami yang terlihat sunyi tanpa ada orang lalu lalang. Tempat inikan syurga dunia, mestilah semua pengunjung sedang berhibur di dalam pub mahu pun pusat karaoke. Apa malang nasib aku terjumpa dengan dia dekat sini pula!
Senyum sinisnya terukir, mata helangnya meratah setiap inci tubuhku. Sengaja dia mainkan lidahnya dihujung bibir membuat liur aku telan kelat.
"Apa kau nak? Aku cakap lepaskan aku, kan? Kau pekak ke?" tempelakku lagi bila darahku makin menyirap pada pandangan matanya yang dipenuhi dengan titik nafsu.
"Wow! Baru tinggalkan setahun dah berubah ganas macam ini ke? papa suka!" sinis kata-katanya membuat bibir aku cebik.
"Kau tak payah nak ber'papa-papa' la dengan aku. Apa kau nak?" kasarnya bahasa aku tuturkan, aku sendiri pun kaget mendengarnya.Tapi kalau diucap pada lelaki tak guna macam dia, berbaloi!
"Nak mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terputus, tak boleh ke?" sinisnya sambil bibir mengukir senyum senget, nafasku seakan tersekat di kerongkong.
Aku sembunyi rasa cuak dengan gelak yang dipaksa keluar. Terdengar seriau pula. Lantaklah!
"Kau tak payah nak berkias-kias, kalau kau takde benda nak cakap dengan aku, aku nak blah. Takde masa aku nak layan lelaki sewel macam kau ini!" aku cuba menarik tanganku tapi genggaman tangannya makin erat membuat pergelangan tanganku semakin perit.
"Lepaslah! Sakit!" bentakku, aku gunakan tangan sebelahku untuk menarik genggamannya. Dalam pergelutan kami berdua terdengar satu suara membelah pendengaran, "what's going on here?" dengan wajah kaget dia menuju ke arah kami. Bola matanya berlari ke arahku lalu dikalih pada lelaki yang ada disebelahku sebelum berhenti pada tangan kami.
"Sayang!" aku tolak kasar tangan lelaki ini, sempat aku menjegil mata ke arahnya sebelum aku mendapatkan 'sayang'ku. Badannya aku peluk erat.
"You okay baby?" soal Shady, kedua belah lenganku dia paut. Kepala aku dongak melihat wajahnya lalu mengangguk. "siapa lelaki ini? You kenal ke?" soal Shady lagi tapi aku jawab dengan gelengan lalu kembali aku benamkan mukaku pada dada bidangnya. Tangannya mula menyapu-nyapu belakangku. Terasa selamat bila aku dimasukkan dalam tubuh kekarnya.
Gelakan yang cukup menaikkan bulu romaku terdengar membuat aku melepaskan pelukanku pada tubuh Shady. Aku menoleh pada lelaki yang mencemberutkan wajah. Mata helangnya merenung tajam pada Shady, seakan mahu memamah lumat wajah itu.
"Enjoy your day Aleesya selagi boleh. See you soon!" nyatanya, senyum sinis terukir pada bibir itu sebelum beredar meninggalkan aku dan Shady dengan sejuta persoalan.
Comments (0)
See all