Kereta Volkswagen Beetle merah jambu meluncur laju di atas jalan raya, arah panduanku menuju ke rumah orang tuaku. Memandangkan hari ini merupakan hari minggu dan aku takde sebarang kelas, aku baliklah rumah parents aku, sekaligus boleh lepaskan loggokan rindu yang sudah bersarang di dalam hati.
Sebenarnya jarak antara rumah dengan kampus takdelah jauh sangat tapi sebab aku nak belajar cara hidup berdikari dan teruja nak mencuba benda baru. Nak juga aku rasa tinggal bersama dengan pelajar lain dalam satu rumah, berkongsi kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti dan bertolak ansur sesama rakan. Pengalaman seperti ini aku belum pernah lalui sebelum ini walaupun pada hakikatnya ia tidak seindah apa yang aku bayangkan. Tapi aku bersyukur dapat teman sebilik yang sekepala denganku, malahan hubunganku dengan Cacha dah macam adik-beradik.
Kereta aku parkir di pekarangan rumah semi detached, langkah kuatur menuju ke pintu utama sebelum membuka daun pintu lalu melangkah masuk ke dalam.
Wangian lavender menusuk ke rongga hidungku membuatkan aku rindu akan wangian yang menjadi kegemaran mommy. Ruang tamu yang terlihat luas dan kemas aku kerling, timbul perasaan nak duduk dekat sini, tak nak balik-balik asrama dah.
Cepat-cepat aku larikan hasutan yang sedang menyerang fikiran lalu aku mengangkat kaki menuju ke dapur. Mataku tertancap pada figura wanita setengah abad yang sedang sibuk mengaul-gaul lauk di dalam kuali. Aroma masakannya cukup mengetuk nafsu makanku.
Aku menuju ke arahnya lalu memeluk tubuh itu dari belakang, "mommyyy!" sapaku dengan girang sambil pipinya kucium berulang kali.
"Eh anak bertuah ini... bila Leesya sampai? Mommy tak perasan pun." Wajah mommy sedikit kaget, namun senyuman pada bibirnya tetap terukir.
"Baru je, mommy masak apa ini? Sedap bau." Mataku menelik ke dalam kuali, terlihat sotong masak kicap membuat lidahku menjalar pada bibir. "Wow! Mommy masak makanan kegemaran Leesya la. Terima kasih mommy!" bekas kaca di tangan mommy aku sambut lalu aku letak di atas kaunter.
"Memanglah, anak kesayangan daddy nak balik," sindir mommy membuat aku tertawa lalu menyambut pinggan yang berisi nasi dari tangan mommy. Aku rapatkan bontotku pada kerusi. Mata mommy tajam perhati tanganku setiap kali mencedok lauk, sayur bendi aku tidak lupakan, saja nak mengaburi mata mommy. Hakikatnya aku memang tak suka makan sayur.
"Eh, Leesya ini anak daddy seorang je ke?" suara garau membelah pendengaran kami, kepala aku kalih pada muka pintu, senyumku terus melebar. Aku berdiri dari duduk lalu berlari mendapatkan kekasih pertamaku.
"Daddyyy!" Tubuh daddy aku peluk lalu mencium tangannya.
"Bila Leesya sampai ini? Daddy tak dengar pun bunyi kereta tadi." Rambutku daddy serabaikan membuat kepala aku geleng-gelengkan bila rambut itu menutupi wajah jelitaku. Jelita ke?
"Baru je, jom makan sama daddy, mommy masak sedap!" ajukku seperti budak kecil. Daddy tersenyum nipis, macam daddy tak pernah makan pula masakan mommy, kan? Duduk aku labuhkan kembali di atas kerusi. Mommy berikan pinggan yang berisi nasi kepada daddy.
"Malam ini Leesya tidur sini?" soal daddy, matanya penuh dengan sinar harapan, bibirnya mengukir senyum kecil. Jus oren yang ada di atas meja daddy teguk sedikit lalu diletakkan kembali di atas meja.
"Tak kot," mata aku kalih pada daddy, wajahnya sedikit kecewa namun dikaburi dengan senyuman bibirnya. Aku menambah lagi soalanku, "daddy tak kerja hari ini?"
Aku suap sesudu nasi ke mulut sambil mengunyah perlahan-lahan. Sayur bendi masih menghiasi pingganku, pandangan aku kalih pada mommy yang masih mengunyah lumat makanan di dalam mulutnya. Harap mommy tidak perasankan sayurku yang dari tadi aku tidak sentuh.
"Daddy cuti hari ini. Macam mana pelajaran Leesya, okay?" jawab daddy sebelum menyoalku. Daddy yang nak kaut sambal ikan masin sedikit mengangkat tubuhnya dari kerusi, pantas tanganku menggapai mangkuk kecil itu lalu diberikan pada daddy. Daddy ambil dengan kuantiti yang dia agak boleh dihabiskan sebelum kembali aku letakkan di tempat asal.
"Study okay je daddy, macam biasa." jawabku sambil menghirup jus oren pada gelas lutsinar.
Perbualanku dengan daddy semakin rancak, mommy pula hanya sekadar menjadi pendengar setia sesekali memberikan komennya pada topik perbualan kami.
Selepas mencuci mulut dengan buah-buahan yang mommy sediakan, aku menolong mommy mencuci pinggan dan membersihkan apa yang patut.
Tubuh aku hempas pada katil yang empuk, warna merah jambu lembut dan garang menghiasi bilik ini. Jangan tak tahu yang aku ini obses dengan warna merah jambu. Tapi sebab masa dekat sekolah menengah dulu pelajar lain suka ejek aku 'pinky girl', semenjak dari kes buli itu aku kaburi minatku dengan warna hitam dan putih.
Bila sudah baring di tilam seempuk ini, mata pun ikut layu. Aku sedar-sedar je hari sudah makin gelap. Jeritan telefon menambahkan lagi migrainku.
Dengan malas aku mengangkat panggilan telefon dari kakakku yang berlainan ibu dan bapa, siapa lagi kalau bukan si Cacha.
"Hell.... "
"Hamboi! Baru bangun ke cik adik." Suara Cacha terdengar bingit membelah bicaraku. Bagi salam pun tak, terus je nak terjah telingaku.
Keluhan kecil keluar dari mulutku, "taklah, baru nak beradu kot," sinis jawabku membuat tawanya memenuhi ruang telingaku. Aku jauhkan sedikit telefon dari telinga takut kena penyakit tuli pula. Bila ketawa Cacha makin reda aku berbicara, "ada apa kau telefon aku ini?"
"Lupalah tu, kau cakap nak ikut aku pergi kelas zumba." Terdengar dia mengeluh, mata yang masih layu aku puyu seperti budak kecil.
"Nak pergilah ini, pukul berapa mula?" soalku sambil tidur mengiring ke kanan, bantal peluk aku rangkul ketat-ketat, masih nak bermalasan lagi.
"Aku dekat sini dah Leesya! Aku mesej kau dari tadi tapi kau tak balas-balas, aku ingat kau dah kena culik alien tadi." Omel Cacha. Kelopak mata yang tertutup rapat aku buka, tubuh aku angkat bangun lalu menyandar pada kepala katil. "Coi!" aku ketuk sebanyak tiga kali pada tilam, "bagi aku masa 5 minit." Pintaku.
"Banyaklah 5 minit kau sana. Hah! Cepat! Aku tunggu kau kat sini. Nanti aku text kau lokasi," terang Cacha membuat kepala kuangguk, macam Cacha nampak!
Selepas mematikan panggilan telefon, tuala yang berada di dalam almari aku keluarkan lalu masuk ke dalam tandas.
Singlet putih aku padankan dengan skirt pendek warna merah jambu lembut. Rambut pula kuikat tinggi. Macam nak pergi main tenis pun ada juga dengan pakaian macam ini. Lantaklah. Langkah kaki kuangkat menuju keluar pintu.
Selepas mengucapkan salam perpisahan pada kedua orang tuaku, aku tekan masuk pada telefonku lokasi yang Cacha hantar lalu pandu mengikut arah jalan yang diberikan oleh waze.
Aku sampai telat bila kelas zumba sudah bermula.
Mataku mengimbas setiap peserta yang ada di sini, pandanganku tertancap pada tubuh mungil wanita yang memakai t-shirt sendat dan skirt pendek. Langkah aku kerah menuju ke arah Cacha, lega jumpa dia... sikit lagi aku nak balik.
"Kenapa lewat?" soal Cacha sambil menari mengikut setiap alunan tubuh jurulatih yang ada di depan kami. aku terkebil-kebil mengikut langkah Cacha. "Jalan raya sesak," aku jerit.
Enjoy juga ikut kelas zumba ini, dahlah kerja menari je, tekanan pun boleh hilang, lemak-lemak tepu jangan tanya, dah macam cacing kepanasan kat dalam itu.
Tiba-tiba bunyi tulang retak terdengar membuatkan Cacha kalih kepala padaku sebelum tawanya terpacul keluar. Tendangan kaki aku hadiahkan pada Cacha, pantas dia mengelak. Nasib kau baik Cacha!
Selesai sesi zumba aku dan Cacha berjalan keluar, peluh yang merinik aku seka.
"Kat pub bukan main ligat lagi kau menari ek, kat sini makcik-makcik pun boleh kalahkan kau." Tanpa membahas sindiran Cacha, mata aku gulir.
"Kau tunggu sini kejap aku nak jumpa abang sepupu aku kat sana." Arah Cacha lalu menuding jari pada sekumpulan lelaki sado yang sedang bermain dengan peralatan yang ada di dalam gim. Aku mengangguk sebelum Cacha meninggalkan aku berdiri sendirian di sini.
Dalam pada sibuk bermain dengan telefon pintar, tiba-tiba aku disapa oleh satu suara garau, "Aleesya, kan?" kepala aku kalih pada lelaki yang sedang berdiri di sebelahku.
Pandanganku tertancap pada tubuh sado yang dia miliki. Ada titisan peluh menghiasi setiap ketulan-ketulan kecil yang boleh membangkitkan rasa kagum bila melihatnya. Ketulan itu bagai menarik bola mataku untuk terus meneroka seluruh tubuh itu. Mataku terhenti pada V shape abs, sempat liur kutelan kelat sebelum bola mata aku larikan pada wajahnya. Hampir terkeluar bola mataku bila wajah lelaki ini seiras dengan hero yang berlakon dalam kdrama K2, siapa lagi kalau bukan Ji Chang Wook oppa. Ke aku yang tengah berkhayal, terlalu obses dengan keseksian pelakon itu miliki sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. Takkanlah!
Lambaian tangannya pada wajahku mengembalikan aku pada realiti. Aku kedipkan mata berkali-kali tapi tetap wajah itu juga yang menjadi halwa mata. Wujud juga kembar Ji Chang Wook kat Malaysia ini. Hebat!
Sempat mataku meratah ketampanan wajah itu sebelum bersuara, "yupe, I Aleesya. You siapa?" soalku dengan kening didekatkan. Kenapa dia tahu nama aku? mungkin dia rakan sekelasku, tapi tipulah kalau penampilan se'hot' ini aku tak perasankan kehadirannya di kolej kami.
"Eh, lupa nak kenalkan diri... " dahi dia tepuk membuat bibirku menguntum senyum, kenapa wajah itu nampak macho? "I Aizat." Tangan dia hulurkan padaku. Aku berkira-kira sebelum menyambut tangannya, bila tapak tangan kami bersentuh, terasa aliran darah menyerbu ke wajah. "Nice to meet you Aleesya." ucapnya.
"Nice to meet you too." Balasku dengan senyuman paling manis yang aku ada, mana tahu boleh menjentik hatinya sikit.
Pantang nampak lelaki kacak sikit, mulalah menggeletis. Ingat pakwe Aleesya Adriana!
Teringat tadi si Aizat ini panggil nama aku, tanda soalku mula aku kemukakan, "boleh I tahu, kita kenal ke?" soalan apakah itu Aleesya? Mahu juga aku menarik kembali soalan tadi tapi takut dikatakan buruk siku pula.
"Bukan sekarang ini sesi perkenalan ke?" soalnya dengan nada gurauan. Terus fikiranku menjadi kosong, lawak apakah ini! Aku cuba paksa keluar gelak dari mulut, tapi terdengar seriau pula.
Aizat perasan wajahku dah macam tercekik tulang dia bersuara, "sebenarnya I peminat you cik Aleesya." Lancar tuturnya. Aku terkebil, lelaki sehensem ini minat kat aku? Ke dia takde taste?
Aip, diam! Aku lawa apa... mata sepet tapi bulat, muka bujur sirih, hidung takdelah mancung macam Anaz tapi bolehlah... senang cakap muka ala-ala Roses Blackpink gitu.
Perasan!
Tumpuan kembali aku berikan pada lelaki stranger di depanku, "you peminat I?" tawaku mula bersepah, kali ini terdengar lebih natural dari tadi. "I ini bukan retis sampai you nak minat kat I." Luahku. Gelak masih lagi meniti dibibirku.
Dia kerut dahi, "I think you are a popular YouTuber, something like 'pocket beauty', ain't you?" terangnya membuat gelakku terhenti.
Macam mana dia boleh tahu aku ada channel kat YouTube pula? Dah lama kot aku bersara dari memuat naik video yang berkait dengan kecantikan.
Arh aku tak mahu ingat perkara sedih itu, yang lalu biarkan berlalu... hidup mesti diteruskan.
"Tak sangka pula sado-sado macam you ini minat makeup." Aku ketawa mengekek, bila aku rasa ter'over' sedikit, mulut aku sembunyi guna jari-jemari.
Wajahnya kaget, mulut yang sedia terbuka dia gerakkan sambil tangan dia awangkan ke depan. "No, no, no. I'm not! Tolong jangan salah paham dulu, I cuma minat kat orangnya je." Jawaban yang dia berikan bisa membuat jantungku gugur. Mencurah-curah darah naik ke wajahku membuat pipi memerah.
Dia nak pikat aku ke ini? Bibir bawah aku gigit.
Dia berbicara lagi membuat pandangan kualihkan padanya, "so you selalu datang workout kat sini?" mungkin dia perasan wajahku yang sudah merah. Perbualan lebih sempoi dia ajukan.
"Taklah, ini pertama kali I kat sini. I ikut kawan I pergi kelas zumba tadi, baru je habis sesi." Terangku lalu tersenyum sipu. Zumba pun zumba la, janji aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
Dia tertawa kecil sebelum berkata, "yeah, I guess so, boleh nampak dari cara pakaian you." Matanya mencerlung tajam pada pakaianku buat aku mula merasa tidak senang dengan tindakannya itu. Dia yang perasan akan kekekokkan yang aku rasa mula mengalihkan pandangan. Tangannya berjalan di belakang rambutnya.
"Sorry. Sebenarnya banyak lagi I nak cerita dengan you tapi I terpaksa gerak dulu, ada hal penting." Jam tangan dia kerling.
Banyak lagi dia nak cerita kat aku? Wow! Sounds great!
"Oh, okay takpe, I pun nak gerak dah ini, kawan I dah tunggu." Bola mataku berlari ke arah Cacha yang tidak jauh dari kami berdua berdiri.
Kepala dia kalih pada Cacha, sempat lagi pompuan gedik itu melambai, Aizat yang masih malu-malu hanya mengangkat pendek tangannya sambil senyum kecil. Sempat aku cerlung tajam Cacha yang sudah melihatku sungguh sesuatu.
Aizat seakan masih berkira-kira bila dia belum lagi bergerak dari tempat dia berdiri, pandangannya singgah pada wajahku sambil jarinya berjalan di belakang rambutnya. "Ka... lau you tak keberatan boleh I dapatkan nombor telefon you? We can catch up later, I guess."
Liur aku telan. Biar betul dia nak minta nombor phone aku ini? Alah janganlah goda aku! Aku lemah dengan lelaki sado ini, lagi-lagi muka macam idol aku. Dugaan apakah ini Tuhan?
Aku yang masih berkira-kira mula mengalih pandangan pada Aizat bila suaranya memotong fikiranku, "takpe Aleesya, I paham kalau you rasa keberat.... "
"017390.... " aku potong kata-katanya, kepala terus dia kalih melihatku dengan wajahnya yang kaget, tak percaya mungkin? Senyuman yang lebar tiba telat pada bibir itu.
Cepat Aizat keluarkan telefon iPhone xsmax dari poket jogger pants sehingga hampir terjatuh telefon itu ke atas lantai, tanganku sembunyi senyum. Awat loqlaq sangat?
"sorry... " tuturnya dengan pipi sudah merona, seksi! Dia mula menekan pada skrin leper itu, "come again?" pintanya membuat aku menyebut setiap bait nombor telefonku. Selepas tubuhnya sudah hilang dari pandangan mata, Cacha menuju ke arahku dengan senyuman sinisnya.
Jangan tanya aku kenapa senang-senang aku nak bagi nombor telefon dekat lelaki yang baru aku kenal, aku sendiri terkejut dengan tindakan spontanku itu.
"Wow! Hebat kau Leesya! Mengena satu anak ikan. Hensem siot!" bibir Cacha gigit. Mata aku gulir lalu menarik tangannya menuju ke pintu keluar.
"Bagi nombor phone dia bestie!" menyempat lagi minah ini nak menggatal, tak cukup satu ke pompuan?
"Aku takde nombor dia gedik!" desisku.
Comments (0)
See all