Aku melangkah keluar dari dalam bilik asrama... selepas menyarungkan kasut Converse yang berwarna putih ke kaki, daun pintu utama kutarik sambil mencari sesuatu dalam beg sandang.
"Jumpa pun!" gumamku sambil mengeluarkan kunci kereta. Tas tangan perempuan ini, nampak je kat luar kecil tapi kat dalam seluas gua.
Buzz buzz
Ready princess? I tunggu kat bawah hostel you. –Shady
Bibirku mengukir senyum kecil bila membaca pada pesanan ringkas yang Shady hantar. Kunci kereta kembali aku lontar ke dalam 'gua' lalu melangkah turun.
Kereta double cab Chevrolet berwarna hitam milik Shady terlihat sedang berdiri gah berhampiran tangga, kenapa tak masuk je terus ke dalam rumah?
"Bukan sekarang ini sepatutnya you ada dengan Tasya ke?" soalan terpacul dari mulutku bila duduk sudah aku rapatkan di sebelah Shady.
"Apa dia?" soal Shady semula dengan riak wajah hairan, sempat kepala dikalih padaku sebelum kembali melihat ke jalan raya.
Otakku kembali mengimbas bayangan semalam; aku, Cacha, Shady, Dhia dan Tasya yang keluar lepak selepas aku dan Cacha selesai dari sesi zumba. Seingat aku perempuan bimbo itu cakap kereta dia rosak sebab itu hari ini dia minta Shady tolong hantar dia pergi kelas, ke Shady salah alamat rumah ini?
Tapi takkan muka aku yang selawa ini Shady tak boleh bezakan dengan muka bimbo si Tasya itu.
Bibirku mencebik lalu berkata, "kan semalam Tasya cakap kereta dia rosak."
Belum sempat aku menyambung pada titik mati perbualanku Shady sudah mencela, tak sabar bebenor dia ini!
"Jadi? Apa kena mengena dengan I?" riak wajah Shady dan nada suaranya membuatkan aku sebal. Macam pula si Tasya itu adik aku, kenapa aku pula yang nak menyibuk fikir pasal permintaan Tasya? Walhal Shady buat tak tahu je. Lantaklah.
"Sekarang kita nak pergi mana ni?" soalan cepumas apakah yang Shady utarakan sekarang? Sah-sah tangan aku pegang buku, sah-sah kami ada kelas yang sama, sah-sah nak pergi belajar... takkan siang-siang macam ini nak pergi cucuk bintang pula.
Malas nak menjawab pada soalan itu, bibir kujuih.
Akur dengan riak wajah sebalku, Shady mula bersuara, "okay, baiklah. Tapi you nak pergi kelas dengan pakaian macam ni?" akhirnya Shady kemukakan maksud disebalik persoalan tadi. Kepala dia kalih padaku lalu kembali pada panduannya. Tangan dia awangkan digerakan naik turun berkali-kali. Mataku mengikut alunan tangan itu yang merujuk pada gaun pendekku yang dilapisi dengan denim jaket.
Dahi kukerut, "kenapa? Ada masalah ke dengan baju I?" soalku dengan muka kelat. Normal kot bila duduk je skirt boleh jadi singkat lagi-lagi gaun. Sebenarnya panjang sampai tahap buku lali ini kalau aku berdiri.
Taklah, aku tipu je sebenarnya.
"Mestilah! Dengan paha mulus you ini," tangan Shady menghinggap pada pahaku yang terdedah. Mataku terus menjengil, tangannya aku tepis kasar, menyempat lagi dia nak ambil kesempatan. Bertuah punya kawan! "You nak semua buaya darat kat kampus itu terkam you ke?" sambungnya.
Keliru sekejap, Shady tengah cerita pasal dia ke sekarang ini? Mungkin kot.
"Sejak bila pula you jadi perunding imej I ini Shady?! Jangan sampai I pakai baju kurung pula." Soalan berbaur ugutan aku berikan pada Shady. Nak sangat keluar dengan pompuan melayu terakhirkan.
"Hah itu I setuju, lepas ini you pakai je baju kurung, lagi nampak seksi." Bibir bawah Shady gigit sambil mengenyit matanya. Terbeliak biji mataku melihat riak wajah nakalnya itu.
"Miang!" jerkahku, tanganku; memukul, mencubit bertalu-talu pada tubuhnya yang sempat aku capai. Tawa Shady menjadi halwa telinga, mampu gelak lagi dia?
Selesai hampir 2 jam menadah; telinga, mata dan otak pada pembelajaran Business Law tadi, kami berdua menuju ke kafe berhampiran. Selepas membuat pesanan pada pelayan kedai, aku dan Shady hanya berbual kosong sehinggalah hidangan kami tiba.
Jariku menyisip straw lalu menyedut masuk tropicana twister ke dalam mulut. Mataku tertancap pada kehadiran Tasya bila dia sudah merapatkan duduk pada kerusi di sebelah Shady. Bila dia sampai pun aku tak perasan, alih-alih dah terpacak kat sini siap melekat macam gula getah kat tangan Shady.
Dengan muka sugul Tasya bersuara, tapi dalam sugul itu gedik tak lupa, "you! Asal tak ambil I? Penat tahu I tunggu you kat rumah tadi, call pun tak nak angkat!" rengek Tasya pada Shady. Aku alihkan pandanganku ke arah lain sambil masih menyedut jus orenku, sesekali aku gigit straw itu.
"I sibuk." Ringkas jawab Shady, wajahnya tiada riak bersalah langsung. Mulut Tasya sedikit melopong. Pandangan tajam Tasya menjadi makanan mataku tika ini, gigi dia ketap.
Apa kena dengan perempuan ini? Shady yang tak datang ambil dia, aku pula yang dia salahkan.
"Alasan!" getus Tasya kemudian, kepala kembali dikalih padaku, lawa sangat ke aku hari ini? "Tapi Aleesya you boleh pula ambil dia!" sambung Tasya dengan muka tidak puas hatinya.
Kening dan gigiku mula memainkan peranan, masing-masing merapat menahan geram, kenapa aku harus dibawa-bawa dalam pergaduhan cinta plastik mereka.
Bola mata Shady berlari ke arahku, entah berapa banyak kali dia tolak tangan Tasya yang merangkul lengannya, rimas mungkin. Yelah, panas terik macam ini nak melekat, memang boleh menggelegakkan darah yang tenang.
"Aleesya lain." sambil Shady senyum tepi padaku. Aku sedikit kaget dengan jawapan itu. Sempat lagi otakku berfikir, aku lain bukannya maksud Shady aku ini makhluk asing, kan? Tika ini, rasa benci Tasya padaku mungkin sudah menggunung, nampak sangat dari riaknya.
Sebelum drama lebih meleret, aku angkat kaki meninggalkan mereka berdua. Sempat aku dengar Shady melaung namaku tapi aku buat tuli.
Bila kakiku berhenti pada lobi kampus, mataku tertancap pada Addy yang sedang duduk di atas kerusi berdekatan. Bila pandangan kami bertemu, bibir dengan semula jadi mengukir senyum. Addy berdiri dari duduknya lalu menuju ke arahku.
"Hai Leesya." Sapa Addy bila dia sudah berdiri di sebelahku, beg dia sandang hanya dengan sebelah bahu saja.
"Hai!" tanganku melambai padanya. Mataku kembali fokus pada telefon di tanganku.
"Kau baru habis kelas ke?" soal Addy yang masih setia berdiri di sebelahku. Tangan dia masukkan ke dalam poket seluarnya.
Aku mendongak kepala, wajahnya kupandang, "ha'ah! Tadi pergi minum kejap, jap lagi nak baliklah ini." Ujarku, mataku kembali berlari ke arah telefon di tangan, aku belek-belek skrin itu tapi tak jumpa pula apa yang aku nak cari.
Mana pakcik grab ini menyorok dalam wall aku?
"Aku pun nak balik, kau parking kereta kau kat mana?" soalan Addy membuat aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aku tak bawa kereta." Jawabku jujur tapi cukup membuat kening Addy terangkat tinggi. Aku menjuih bibir.
"Kalau macam itu aku hantar kau balik, jom! Lagipun asrama kau tak jauh dari sini, kan?" ajak Addy, tanpa menunggu persetujuan dariku dia sudah melangkah menuju ke kawasan letak kereta.
Takkan nak tolak rezeki? Cepat aku mengejarnya dari belakang.
"Bestie!" kepala aku kalih pada Cacha yang sedang duduk di meja belajar. Bola matanya berlarian pada loggokan gaun yang aku keluarkan dari dalam almari. "Kau nak pergi mana ini?" soal Cacha dengan kening sudah berkerut. Dia bertongkat dagu melihatku.
Aku yang masih terkial mencari gaun yang sesuai mula sekilas memandang wajah Cacha yang penuh tanda tanya itu, "aku nak jumpa kawan aku," jawabku basah basi.
"Kawan kau yang mana satu ni? Kalau dah pakai dress macam ni confirm nak jumpa kawan lelaki." Cacha mula membuat penyiasatannya, bibirku menjuih.
"Shady?" terpacul nama Shady dari tebakkan pertama Cacha tapi aku menggeleng. Ingat Shady je ke kawan lelaki aku ada? Boring.
Next!
Mulut Cacha melopong sembunyi disebalik tangannya. "Jangan cakap kawan lelaki kau itu abang sado semalam?"
Erk! Mengena pun. Kalau bab menyiasat ini geliga betul otak Cacha, tapi kalau bab belajar bukan main berdalih lagi.
Senyuman yang terukir aku cuba tahan tapi mata bulat Cacha tajam menangkap.
"Serius weh? Kau keluar dating dengan dia ke Leesya? Oh my God!" riak wajah dan suara Cacha yang naik beroktaf-oktaf mula menyakitkan pandangan dan telingaku.
Bibir aku gigit geram, "bukan dating la, keluar makan je kot." Aku perbetulkan cara pembinaan ayatnya.
Mata Cacha gulir ke atas, "whatever! Sama je bagi aku." Cacha meluruskan tubuhnya lalu menyandar pada kerusi. Kembali Cacha beri tumpuan pada telefon bimbit dan bukannya pada buku di hadapan. Kepala aku geleng-geleng.
Selepas membersihkan tubuhku, semua skill makeup yang aku pelajari sebelum ini kembali menunjukkan bakat, solekan setebal 10 inci sedang menghiasi wajahku, nak lawa punya pasal. Rambut dikepuk-kepukkan bagi memberikan cahaya pada penampilanku.
Gaun pendek lace hitam, V-neck lengan paras siku aku sarung ke badan, dipadan dengan kasut tumit tinggi lima inci warna hitam yang berkilauan. Wangian dari Britney Spears fantasy aku semburkan pada setiap tadiku.
Entah semangat apa yang merasukku malam ini, terasa bagai nak jadi tumpuan ramai pula. Aku kerling pantulanku pada cermin, keluhan kecil aku lepas. Mungkinkah penampilanku keterlaluan? Atau patutkah aku jadi diri sendiri je? Kepala tidak gatal aku garu.
"Hai Aizat." Aizat yang menyandar pada pintu kereta BMW hitam mula menoleh ke arah suaraku.
Matanya terhenti pada gaun kembang putihku tanpa lengan, U neck dipadan dengan kasut wedge... wajah aku calit dengan solekan sederhana saja, Aizat mengukir senyum.
Berbanding dengan Aizat, dia memakai sut dan seluar slack berwarna hitam, kasut pun berkilat sehingga boleh menyilaukan pandangan. Dia terlihat segak dan bergaya.
Terasa diri ini kerdil pula nak keluar dengan dia. Walaupun penampilanku tidak se'grand' tadi tapi inilah diriku yang sebenar, seorang budak remaja yang baru berusia 19 tahun. Walhal Aizat seorang ahli perniagaan berjaya, umur sudah mencecah 32 tahun. Tapi sebab muka dia tak dimamah usia, sebenarnya tak nampak sangat pun beza 13 tahun itu.
Kereta Aizat hentikan di kawasan parkir. Kami menuju masuk ke dalam Sutera Habour Resort Hotel yang bertaraf lima bintang.
Kami berdua disapa oleh seorang wanita yang berdiri di hadapan restoran, selepas gadis itu bertanya beberapa soalan pada Aizat, kami diiringi masuk ke dalam restoran yang terlihat gah, luas dan eksklusif.
Dalam perjalanan sempat aku menangkap beberapa pasang mata memerhatikan kami sambil berbisik sesama sendiri. Jangan mereka fikir Aizat ini sugar daddy aku sudah. Dengan pakaian secomel ini memang tak padan dengan Aizat yang macho itu. Patut aku pakai je dress sendat tadi, nampak matang sikit dalam pemilihan pakaian.
Dalam pada aku kalut suara Aizat menyapa pendengaran. Cepat aku larikan kekesalan yang bersarang di hati lalu memanggung kepala pada Aizat dengan senyuman lebar.
"Please." Tangan Aizat sudah menarik sedikit kerusi di hadapannya muat-muat untuk tubuh mungilku masuk. Aizat tolak sedikit pada kerusi bila duduk aku labuhkan.
"Thanks." Ujarku dengan senyuman pada bibir. Mataku masih melilau memerhati kalau-kalau ada mata helang yang mencerlung kami. Tapi ternyata rata-rata yang ada disini bersikap profesional.
"You're welcome." Suara Aizat membelah tumpuanku lalu mendekatkan duduk dikerusi hadapanku.
Pelayan mula mengambil pesanan kami berdua lalu beredar setelah selesai tugasnya di meja kami, sempat dia tersenyum pada Aizat, pompuan ini sempat lagi mengedik! Pantang nampak lelaki kacak sikit mulalah menggeletis.
Cakap pasal diri sendiri ke tu Aleesya?
Aizat memulakan bicaranya, "thank you beautiful girl kerana sudi keluar makan malam dengan I."
Aizat panggil aku beautiful ke? Kembang semangkuk.
"Don't mention it." Ujarku. Cuba untuk berlagak tenang walaupun pada hakikatnya jantungku bagai nak jatuh.
"So, bila you nak muat naik video baru?" soalan Aizat cukup membuat otakku ligat berfikir, takkan dia tak tahu gosip yang tular setahun lepas pasal aku ada affair dengan suami orang... public figure? Aku kenal pun tidak dengan lelaki itu, baru jumpa sekali kot tapi nasib tak baik sebab ada paparazi yang tangkap gambar kami berdua.
Pengikut aku pun banyak yang dah unsubscribed dan unfollow akaun aku. Tapi aku redha dengan semua ketentuan-Nya.
Aizat menyambung lagi, "tapi sebenarnya I tak sangka I dapat duduk semeja dengan you macam ni. Selalu I tengok you kat HP mahu pun laptop je." Terangnya.
Selalu? Dia selalu tengok video aku ke? Senyumku sudah meleret.
Aku perbetulkan kedudukan anak tekakku lalu menjawab pada soalannya, "tak tahu lagi, sejak masuk kolej ini banyak sangat assignment, presentation, homework. Sampai takde masa nak bersolek, apatah lagi nak buat video macam dulu." Terangku walaupun tidak 100% betul. Gelak Aizat terdengar merdu pada telingaku.
Asal hensem je semuanya indah, semuanya merdu. Cuba tadi muka si Aizat ini macam perogol bersiri, masih nak memuji ke?
"Aleesya? Hello!" tangan Aizat melambai pada wajahku membuatkan aku kembali pada dunia nyata. Mata aku kebil-kebilkan. Dia perasan ke aku tengah merenung wajahnya tadi? Malunya!
"Hrmm! Sorry, apa dia?" ucapku sedikit kekok. Stick yang ada di atas meja aku sentuh guna pisau tangan. Bertenang Aleesya. Pandangan aku angkat melihat Aizat, dia masih lagi merenungku dengan senyuman nipis di bibir.
Haiks!
"Dari tadi I mengomel rupanya orang itu tak dengar pun." Nyata Aizat diikuti gelak pada bibir. Gelak yang keluar dari mulutku terdengar ganjil, jus oren aku capai lalu menyedup straw. Mataku berjalan ke kiri, kanan dan bawah, entah cari apa.
Aizat menggulung spageti pada garfu lalu disuap masuk ke dalam mulutnya. Sempat mata bulat itu berlari ke arahku membuat liurku telan kelat. "Tengah mengelamun ingat kat boyfriend ke?" sambungnya lagi.
Aku yang tengah sedap menyedut jus oren, terus terbatuk rasa hendak tersembur semua minuman dalam mulutku. Aizat secara spontan memberikan kain kecil padaku yang dia ambil di atas pahanya. Tangan aku awangkan ke depan, kuambil kain kecil yang ada di atas ribaku lalu menekap-nekap perlahan pada mulutku.
"You okay?" soal Aizat prihatin, aku mengangguk kecil. "so?" pandangan terus aku kalih pada Aizat, seriously?
Aku berdehem beberapa kali, senyum aku tampal pada bibir, "adalah sikit." Topik perbualan mula aku tukar, "so, you are working and studying at the same time, tak penat ke?" tanganku kembali mencapai garfu dan pisau, memotong kecil pada stick... aku masukkan dalam mulut lalu dikunyah perlahan.
Muka Aizat berubah riak, kecewa sedikit, mungkin. Tangannya masih menggulung-gulung malas pada spageti, "oh. Kiranya you dah berpunyalah ni ek, melepas!" ayat terakhir dia kecilkan suaranya tapi cukup kuat untuk menjadi halwa telinga.
Jus lobak merah dia sedup dalam-dalam. Gelakanku keluar telat, "yea, then how about you? Ini mesti awek keliling pinggang, kan?" anginnya terus berubah gembira, keluhan lega aku lepaskan. Akhirnya soalanku mampu membuat riak wajah kelat itu bersinar kembali.
Comments (0)
See all