Suis lampu bilik aku hidupkan, aku menuju ke katilku lalu mengerling ke katil Cacha. Jantungku bagai nak gugur bila kulihat ada seorang perempuan berambut panjang mengurai sedang duduk di birai katil.
Bibirnya mula mengukir senyum, terus aliran darahku rasa bagai terhenti lalu kepala aku geleng berkali. "Ahhh!" jeritku telat, wajah kutekup dengan kedua belah tangan.
Tiba-tiba terasa lenganku disentuh tambah aku naik meroyan. Aku mula berdoa, "Allahumma barik lana fimaa... " aku terdiam seketika, itu bukan doa makan ke? Awat kalut sangat aku ini! Sempat lagi dahi kutepuk saat takut begini.
Dalam pada aku ketakutan, bunyi orang mengilai terdengar kuat di telingaku, tambah membuat segala bulu yang ada di tubuhku tegak berdiri. Ya Allah selamatkan aku dari kak ponti.
"Aleesya... " mak ai! Kenapa 'benda' ini boleh tahu nama aku pula! "pergi! Jangan kacau aku!" jeritku. Tambah aku kuatkan tekapan pada wajahku.
"Akulah ini Cacha! Eh budak ini, aku bagi kang." Suaranya sebiji suara Cacha, dialah ini kot. Tapi betul ke Cacha? Mana tahu dia menyerupai Cacha bagi mengaburi mataku.
Aku mengendap dari cela jariku, guliran mata Cacha membelah pandanganku. Keluhan lega aku lepas, jantung yang tadinya bagai nak tercabut aku tenangkan kembali dengan jari jemariku yang gemalai.
Boleh pula perempuan ini duduk dalam gelap, dahlah asrama kami ini 'keras'... betul-betul Cacha nak jadi sekutu dia orang.
"Kau ini Cha! Kalau aku kena serangan jantung tadi macam mana? Aku belum puas enjoy lagi kot," rengusku lalu menghempas duduk pada birai katil.
"Jadi?" kening Cacha angkat-angkat sambil tersenyum penuh makna. Dia alihkan bontotnya di sebelahku, nak ambil feel bergosiplah itu.
Aku menoleh pada Cacha, "jadi apa?" aku ulangi soalan Cacha, sengaja aku buat-buat tak paham. Wet tissue aku tarik keluar dari tempatnya lalu mengesat wajahku, tisu basah yang tadinya putih kini berubah kecoklatan. Tanganku disentuh Cacha membuat kepala aku kalih padanya. Eh perempuan ini, nak juga pegang-pegang masa bercerita. Kalau Anaz tadi takpe juga, boleh terus urut-urut. Ops!
"Jadi– " sengaja sebutan dia panjangkan lalu ditekankan lagi, "–tadi korang ada cemolot la ni? Apa rasanya bibir oppa sado itu? Sedap tak?" nakal senyuman yang beraja dibibir Cacha.
Mataku membesar, "coiii!" buah dada Cacha yang ranum aku ketuk sebanyak 3 kali, padan muka! "Eh apa kau buat ini Leesya, aset berharga aku kot, jangan sentuh! Nanti kurang hantaran aku!" omel Cacha sambil membelek-belek nasi lemak 5posen miliknya. Kalau tadi meletop macam Pamela Anderson takpe juga.
"Kau ingat aku ni macam kau ke Cha? Main redah je," ayat terakhir aku tutur sedikit perlahan namun mampu membuat riak wajah wanita yang duduk disebelahku berubah keruh.
Erk! Cacha terasa dengan aku ke? Aku main-main je kot.
"Taklah, kaukan berbeza dari aku... " aku pandang Cacha, bibirnya ada segaris senyum. "Ustazah Aleesya." Sambungnya.
Maksudnya Cacha tak marah aku la ini, kan? Terus tangan Cacha kurangkul erat, "tadikan si Aizat... diakan... " kepala aku kalih pada Cacha, bukan main excited lagi muka dia. Bibirku mengukir senyum lalu menyambung penceritaan donggengku.
Keesokan paginya aku bangkit lebih awal dari biasa. Malas aku nak beratur panjang gara-gara nak mandi je. Nasib baik asrama aku ini ada 3 bilik mandi, kalau tak sampai esok pun belum tentu lagi giliranku tiba. Maklumlah kami semua ada 12 orang dalam rumah ini.
Selepas bersiap dan bersarapan dengan roti bakar dan nestum panas, aku menuju ke kelas.
Ingatkan aku dah lewat tadi, alih-alih pensyarah untuk subjek Critical Thinking ini belum tiba, batang hidung pun tak nampak. Duduk aku rapatkan pada kerusi biru gelap, baru aku nak letak beg sandang pada kerusi di sebelahku, satu suara garau menyentak tumpuanku. Mata kami bertemu, "ada orang duduk kat sini tak?" soal lelaki ini yang sudah merapatkan duduknya.
Keningku terjungkit sebelah, aku menggeleng perlahan. Eleh! Dah duduk baru nak minta kebenaran, entah mazhab apa dia guna pakai.
"Awal kau sampai hari ni, selalu pensyarah yang tunggu kau." Lancang mulutnya tanpa melihat ke arahku, sibuk mengeluarkan buku dari beg, terus kujegil mata ke arahnya. Bila kepala dia kalih padaku cepat-cepat aku ubah postur riakku kepada kanak-kanak riang.
Plastik!
"Takut kena tangkap basah dengan lecturer sebab selalu dah keluar masuk bilik dia, kan." Jawabku tidak beriak tapi mampu membuat hari-hari Ariel ceria bila gelaknya menarik perhatian pelajar lain melihat ke mari, terus aku raup dahi.
"Betul juga, dari kau keluar masuk bilik lecturer jambu itu apa kata malam ni kita pergi tengok movie, lagi enjoy." Bibir Ariel sudah mengukir senyum nakal. Hebat juga budak player kolej ini bina ayat, patutlah banyak mengena ikan betina pada mata kailnya.
Senyumanku mula melebar membuat muka Ariel tambah yakin, rambut dia sisir berkali-kali guna jari, kolar baju pula dinaikkan sedikit ke atas, ingat macho?
Tepi bibir kugigit, jari nakalku mula menuju ke bibirku... sempat mataku menangkap gerakan halkumnya, umpan mengena! Bila jari tiba ke destinasi, jari tengah kugigit seraya berkata, "no thanks."
Muka Ariel berubah merah, gigi dia ketap. Padan muka!
Bila sesi kelas pertama selesai, langkah kukerah ke kelas seterusnya, Statistical Methods. Bila kakiku sudah jejak di dalam kelas, mataku menangkap pada lambaian tangan seorang wanita, senyum kuukir lalu mengangkat kaki menuju ke sana.
"Hai girl." Sapa Hyunah bila duduk aku rapatkan di atas kerusi. Beg sandang aku letak di atas kerusi kosong di sebelahku lalu kepala aku kalih pada Hyunah.
Siapa saja yang melihat pada wajah Hyunah ini, tanggapan pertama mesti cakap dia sombong, apa taknya; dah la lawa, anak orang berada, muka pun jenis susah nak senyum.
Tapi tak sangka kami boleh serapat ini, kira Hyunah ini orang kedua yang aku rapat selepas Cacha hingga pelajar lain menggelar kami berdua kembar tapi lain bapa dan emak. Seiras sangat ke muka kami? Aku pun tak tahu nak nilai.
Senyumku menguntum, "hai girl... lama dah kau sampai?" soalku, buku dan bekas pensil aku keluarkan dari beg.
"Baru je... homework kau dah siap, girl?" Soal Hyunah, buku aku buka pada muka surat topik minggu lepas lalu menoleh pada Hyunah. "Dah, itu pun last minute aku buat," tanganku sembunyi senyum, Hyunah juga turut tertawa kecil. "Kau girl?" soalku semula.
"Dah... tapi ada satu soalan ni buat aku pening kepala pula." Buku di atas mejanya dia capai lalu dibuka pada muka surat yang dia maksudkan, "ini hah." Sambungnya.
Aku tunjukkan kertas jawapanku pada Hyunah, dia mula menulis sesuatu pada kertas soalannya.
Buzz buzz
Dear students, today's class at 5 is canceled due to personal reasons. We will be back on track for Tuesday at 5. See all of you soon. –Ms. Ajijah
Senyumku terus melebar bila membaca pada mesej pensyarahku dari group Whatsapp Macroeconomics. Pantas jariku meluntur pada skrin leper itu, butang hantar kutekan.
Noted ms. –Aleesya
Selang 2 jam kemudian, aku mengambil short sleep sementara menunggu kelas terakhirku bermula... malas aku hendak turun makan.
Bangun-bangun dari tidur je aku dah lewat 15 minit. Apa lagi aku pecut larilah pergi kelas. Suara pensyarahku memecah gegendang telinga bila kakiku sudah berada di depan pintu. Nafas kutarik pendek lalu memintal tombol pintu.
Bila pintu terkuak, semua mata termasuk mata helang puan Martha mencerlung ke arahku, liur kutelan terlebih dulu, "i'm sorry for being late."
Puan Martha memandangku sekilas dengan cermin matanya yang ala-ala style nenek Tweety Bird, nampak garang siot! "It's okay, have a seat." Ucap puan Martha meleret.
Anak mataku mengimbas setiap wajah pelajar, bila pandanganku tertancap pada figura lelaki yang aku cari, garis senyumku mula terukir namun aku hentikan sebelum lebih meleret. Shady didampingi oleh seorang wanita. Keluhan kecil aku lepas lalu langkah kuangkat menuju ke kerusi paling belakang.
Jessica? Dia memang minat dengan anak dato' seorang itu, arh lantak dia oranglah, bukan kacau hidup aku pun.
Yeke? Tapi kenapa muka kau nampak monyok Aleesya? Macam cemburu je, arh! Diam! Bising je hasutan itu.
Fikiranku berterbangan bila bunyi ketukan dari luar pintu kedengaran. Wajah lelaki poyo muncul dari muka pintu, siapa lagi kalau bukan si playboy, Ariel. Selepas berbicara dengan pensyarah di hadapan bola matanya mula meliar, sebelum sempat aku mengalihkan pandangan, mata kami sudah bertentangan. Bibirnya menyenget lalu menuju ke arahku.
Hush! Lagi?
Duduk dia rapatkan di sebelahku lalu bersuara dengan muka poyonya, "ada orang duduk kat sini tak?" senyuman mengusiknya sudah bertandang, jelingan kulempar lalu menggeleng.
Bagi mengelak aku berbicara dengan Ariel, aku buat-buatlah sibuk menulis pada buku notaku. Nampak macam khusyuk sangat, walhal nama Anaz je yang aku ukir di atas kertas putih ini.
"Anaz." Aku yang terkejut dengan suara garau Ariel terus memanggung kepala padanya tapi tiba-tiba aku dirundum rasa sakit yang amat pada kepala, "ouch!" dalam pada aku sibuk menggosok kepalaku terdengar deheman yang kuat dari pensyarahku. Aku lihat dia sedang berdiri membelakangkan kami, sibuk menulis pada papan putih, selamat.
Bola mataku tertancap pada renungan tajam Shady yang menusuk ke jantungku, bibir dia ketap sebelum matanya berlari pada lelaki di sebelahku. Aku alihkan pandangan pada Ariel yang juga sedang menggosok-gosok kepalanya.
Ariel mula mengangkat tangan separas bahu pada Shady bila dia perasankan Shady tengah merenungnya tajam. Namun keramahan Ariel itu Shady tidak senangi, nampak dari riak wajahnya.
"Aleesya." Kepala aku kalih pada Ariel, tangannya sudah berhenti dari melekat di atas dahi. Aku kerut dahi, "apa!" dengusku.
"Hush! Garangnya... Anaz siapa?" tanpa menjawab pada soalan Ariel, jelingan aku lempar sebelum kembali melihat pada bukuku. Sibuk je mamat poyo ini! Namun dari ekor mata aku dapat lihat yang tubuhnya semakin merapat denganku sehingga bahu kami tersenggol.
Aku mencerlung Ariel tajam, dibalasnya dengan bibir menggaris senyum. "Jadi, kau dah ubah fikiran?" soalan Ariel nyata membuat keningku berkerut.
Tanpa aku perlu mengutarakan persoalanku, Ariel terdahulu bersuara, "pasal ajakan aku tadilah... come on Aleesya, sekali je." Pujuk Ariel, jari telunjuk dia angkat kemudian menekap kedua belah tapak tangannya cuba untuk memohon.
Serentak itu kepala aku geleng berulang kali seperti budak kecil yang tak nak makan sayur.
Senyum miringnya terukir lagi, "kau ni dari tadi asyik guna bahasa isyarat je kat aku. Aku ni bukan alien, aku Ariel!" ayat terakhir dia tutur seperti sedang mengajar seorang budak yang baru nak belajar berbicara. Nyata gurauannya mengena di hatiku bila aku terus ketawa mengekek, bagai kami berdua saja yang ada di sini.
Namun kegembiraan yang aku rasa tidak berpanjangan bila terdengar suara singa mengaum dari depan. Kepala aku alih ke arah bunyi tersebut, semua mata mencerlung ke arah kami berdua termasuklah Shady.
"Ariel! Aleesya! I knew both of you are so in love–" dengan sindiran ekspresi wajah dan tangan yang diawangkan, "–but now we still in the middle of the lesson session. So, please get respect the others... if you both can't accept it, you may out from my class!" bentak puan Martha tapi dia masih mengawal lontaran suaranya.
Gelak tawa pelajar lain menjadi latar belakang telingaku, mataku menangkap beberapa kuntum senyum sinis dilontar tepat ke arahku. Cepat mataku melorot ke bawah.
"Sorry ms.," aku dan Ariel tuturkan silih berganti dengan nada suara sudah berubah lemas. "Sorry ms.."
Sepanjang sesi pembelajaran aku bagaikan patung cendana, beberapa kali juga aku menangkap Shady menoleh ke arahku dan Ariel. Motif?
"Aleesya!" aku kalih pada suara itu, Shady terlihat bergegas meluru ke arahku bila semua pelajar sudah beredar. Kaki Shady menjangkau kelebaran kerusi di hadapanku sebelum pandangan kami bersatu, tangan Shady menyandar pada kepala kerusi.
"Hrmmm... " jawabku lalu kembali menyusun buku dan pen yang berserakan di atas meja, perlahan aku masukkan ke dalam beg.
Bila tiada respon dari Shady, aku angkat kepala... mata helangnya memerhati rapat setiap gerak geri Ariel yang juga sedang menyusun buku dan peralatan tulis yang ada di atas meja.
Ariel sepertinya tidak menghiraukan kehadiran Shady, pandangan Ariel kalih padaku dengan beg yang sudah digalas di atas bahu, "Aleesya, aku gerak dulu."
"Oh, okay. Take care." Segaris senyum bertandang di bibirku. Ariel mengangkat badannya bangun dari kerusi, sempat dia berbisik ke telingaku, "I hope you would change your mind." Senyum senget dia ukir sambil sebelah mata dia kenyit, aku hanya tergelak tak tahu nak jawab apa.
"What does it means, Leesya?" suara Shady mengejutkan pendengaran lalu aku menoleh pada Shady yang sudah lain macam. Dahinya berkerut sambil gigi diketap.
Kalau aku bagitahu tahu Ariel ajak aku keluar boleh bawa gaduh ini, bukan bermakna aku takut dengan Shady tapi aku malas nak dengar celotehnya. "Nothing, jom!" Ajakku dengan senyuman kecil.
Aku sudah rasa tidak sedap hati dengan tingkah Shady. Shady menoleh ke belakang lalu menjerkah, "Ariel!" pantas bola mataku juga turut berlari ke arah pintu.
Comments (0)
See all