"Erm?" Nik Akhil tersedar dari pengsannya.
Dia mendapati badannya sedang meniarap di atas daun-daun kering yang gugur. Nik Akhil berdiri sebelum melihat sekelilingnya.
"Kat mana ni? Hutan?" pelik Nik Akhil apabila melihat dia dikelilingi oleh beberapa pokok yang tinggi belaka.
Nik Akhil terdengar bunyi gemerencang seperti pedang berlaga dengan pedang. Dia mencari arah bunyi itu.
Siti Syazanah yang tidak jauh dari Nik Akhil terjaga apabila mendengar bunyi bising itu. Dia turut melangkah ke arah bunyi tersebut.
Terbeliak matanya apabila melihat dua makhluk yang sangat besar saiz badannya sedang berlaga pedang. Siti Syazanah yang sudah menggigil ketakutan itu berundur secara perlahan-lahan sambil matanya masih memandang pertarungan makhluk gergasi itu.
"Plak!" tersentaknya apabila dia terpijak sebatang dahan kering.
Dia menelan air liurnya dengan sukar. Matanya sudah teralih melihat dahan itu. Lagi mendebarkan apabila bunyi gemerencang itu sudah berhenti.
'Ya Allah!' berdoa Siti Syazanah di dalam hatinya sambil menutup matanya dengan erat.
Tiba-tiba lengannya ditarik masuk ke dalam semak. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang.
"Hmm?!" terkejutnya apabila memandang tuan kepunyaan tangan yang menarik lengannya tadi.
"Shu! Jangan bersuara!" pesan Nik Akhil dengan matanya yang tidak dialihkan pada dua makhluk itu.
Siti Syazanah turut memandang makhluk yang misteri itu.
Dua makhluk gergasi itu menyambung pertarungan mereka dan mula bergerak dari situ. Mereka berdua menghela nafas lega apabila hilang kelibat makhluk tersebut.
Nik Akhil terasa lengan bajunya ditarik lalu dia memandang Siti Syazanah dengan dahi yang berkerut. Siti Syazanah menunding jarinya pada tangan Nik Akhil yang masih memegang lengannya sejak tadi.
"Opps. Sorry," Nik Akhil terus melepaskan tangannya yang erat memegang lengan gadis itu yang berlapikkan dengan lengan baju.
"Baik kita pergi dari sini sekarang. Nanti mereka datang sini semula nahas kita," cadang Nik Akhil sebelum berdiri dari duduknya diikuti oleh Siti Syazanah.
Siti Syazanah hanya mengekori langkah lelaki itu dari belakang.
*****
"Wuahh!"
Ismail Razak terjaga apabila terdengar bunyi tangisan berdekatan dengannya. Sambil memegang kepalanya, Ismail Razak bangun dari meniarap di atas dedaun kering.
Dia cuba mencari cermin matanya namun tidak ditemuinya.
"Eh? Macam mana saya boleh nampak dengan jelas?" terkejut Ismail Razak apabila dia boleh melihat seperti sedia kala tanpa bantuan cermin mata.
"Awak..," kepala Ismail Razak teralih pada pemilik suara lembut itu.
Dia melihat seorang gadis sedang duduk melutut di atas dedaun kering dengan wajahnya yang sembam.
"Siapa awak? Kita kat mana sekarang ni? Kenapa macam seram je tempat ni? Kita dah mati ke?" bertubi-tubi soalan Shasya Edrina.
Ismail Razak melihat sekelilingnya. Penuh dengan pokok yang tinggi lampai. Dedaun kering bertaburan di atas tanah. Hutan, kah? Fikirnya di dalam kepala.
"Oh ya. Kenapa awak menangis?" pandangan dialihkan kepada wajah sembam gadis itu.
Shasya Edrina menunding jari pada buku lalinya. Nampak sudah bengkak walaupun ditutupi dengan stokin merah jambunya.
Wajah mereka berubah apabila terdengar sesuatu sedang menuju ke arah mereka. Pokok-pokok mula bergoyang akibat gegaran yang dihasilkan itu.
"Kita kena pergi dari sini sekarang!" cemas Ismail Razak.
"Ta..tapi, saya tak boleh nak lari dengan kaki macam ni," gelisah Shasya Edrina.
Air matanya masih bercucuran turun.
Ismail Razak terus melutut satu kaki membelakangi Shasya Edrina.
"Naik belakang saya," Shasya Edrina hanya akur kerana waktu itu dianggap sebagai darurat.
Ismail Razak berdiri.
"Beratnya," perlahan suaranya namun masih dapat didengari oleh Shasya Edrina.
"Hei! Tak baik cakap perempuan macam tu. Kau yang lembik sangat tau! Saya ni ringan je. Berat badan tak sampai 60 pun," geram Shasya.
Belakang Ismail Razak dipukulnya.
"Bersamaan 6 kampit beras 10kg. Biasanya saya boleh pikul 2, atau 3 kampit je. Lepas ni, kena cuba angkat 6 kampit sekaligus," bisik Ismail Razak dalam hatinya.
"Apa yang kau monolog sorang-sorang tu?! Kau ejek saya ke?!"
Sekali lagi, belakang Ismail Razak dipukul.
"Mana ada saya mengejek. Saya...saya...," teragak-agak Ismail Razak yang sudah mula bergerak dari lokasi asal mereka.
"Saya apa, hah?!"
"Saya puji awak," terlepas ayat itu akibat desakan yang diterima.
"Puji? Alaa..malulah saya macam ni," segan Shasya Edrina sambil menepuk belakang Ismail Razak.
Kesakitan Ismail Razak akibat dipukul tiga kali di tempat yang sama.
"Saya tahu yang saya ni cantik orangnya. Susah tau jadi orang cantik ni. Ayah saya ada keturunan Arab, mak saya pula kacukan Cina. Maka, lahirlah saya yang cantik ni...," panjang lebar kisah Shasya Edrina.
'Bilalah dia nak habis cakap ni. Menyesal pula 'puji' dia tadi,' mengeluh Ismail Razak.
"Saya anak tunggal mereka. Jadi, mereka sayang sangat kat saya. Eh?" kata-kata Shasya Edrina terhenti.
"Kenapa?" pelik Ismail Razak yang masih berjalan sambil menggendong gadis itu.
"Awak, saya nampak sesuatu di semak tu," ujar Shasya Edrina sambil menunding jarinya pada semak-samun.
Ismail Razak mengecilkan matanya untuk melihat arah yang ditunjukkan.
"Jauh lagi kita nak sampai ke semak tu. Apa yang awak nampak?" soal Ismail Razak.
Dia terasa gadis di belakangnya sedang menggigil lalu dia berhenti berjalan.
"Kenapa awak menggigil ni?" pelik Ismail Razak.
"Baik kita cari tempat selamat dulu. Apa kata kita ke pokok besar tu. Saya nampak ada lubang. Muat untuk kita berdua menyorok. Lagipun, mesti awak dah penat dukung saya,"
Ismail Razak hanya akur kata-kata Shasya Edrina. Lagipun, dia sudah kepenatan untuk berjalan lebih jauh.
Shasya Edrina diturunkan dari belakangnya apabila mereka tiba di pokok sebesar gajah, jauh dari semak.
"Biar saya masuk dulu," Shasya Edrina terus merangkak masuk ke dalam lubang pokok yang memuatkan seorang sahaja untuk melaluinya.
Ismail Razak yang sudah kemerahan terus memalingkan pandangannya apabila punggung gadis itu menghadapnya.
'Ya Allah! Kuatkanlah imanku,' berdoa Ismail Razak di dalam hatinya.
"Argh!" pandangan terus dialihkan ke arah jeritan itu.
Leganya apabila seluruh tubuh Shasya Edrina sudah masuk ke dalam lubang pokok itu. Ismail Razak mula tersedar sebelum mendekati lubang pokok.
"Kenapa? Awak ok tak?" risau Ismail Razak.
Disebabkan tiada balasan dari gadis itu, dia terus masuk ke dalam lubang itu. Masuk sahaja, dia ternampak tubuh gadis itu sedang duduk di sebelahnya.
"Awak! Ada manusia lagilah di tempat pelik ni," ceria suara Shasya Edrina.
Matanya tidak terkalih pada Ismail Razak kerana teruja memandang dua tubuh yang duduk di hadapannya.
"Hah?"
Ismail Razak terus mengalihkan pandangannya pada arah pandangan Shasya Edrina. Dia melihat seorang gadis yang bertudung sedang bersembunyi di belakang bahu seorang jejaka. Tangan gadis itu erat memegang lengan baju jejaka itu dalam keadaan menggigil.
Jejaka itu memandang mereka dengan wajah yang dingin.
"Siapa korang ni?" kasar ayat yang digunakan jejaka itu.
"Saya Shasya Edrina dan dia...," tiba-tiba hilang senyuman Shasya Edrina sambil matanya teralih memandang wajah Ismail Razak.
"Siapa ye nama awak?" Ismail Razak menepuk dahinya sendiri.
"Shu! Ada sesuatu menghala ke arah sini. Cepat masuk, awak!" terhenti percakapan Ismail Razak untuk menjawab soalan apabila mendengar arahan Shasya Edrina.
Ismail Razak menjauhi pintu masuk lubang dan duduk di sebelah jejaka dingin itu.
Masing-masing mendiamkan diri apabila bunyi tersebut semakin dekat.
"Slup!"
Bunyi sesuatu menggelongsor masuk ke dalam lubang itu.
"Dum!"
Bunyi dentuman yang kuat.
"Argh!"
Suara jeritan kedengaran di dalam lubang itu.
Suasana menjadi gelap apabila pintu masuk lubang itu tertutup secara tiba-tiba. Mereka menelan air liur masing-masing. Tiada sesiapa berani bersuara.
"Gelapnya..," perlahan suara Ismail Razak.
"Mak...," Shasya Edrina yang sempat duduk di sebelah Ismail Razak mula menyebut nama ibunya.
Lengan baju Ismail Razak erat dipegangnya. Entah bila ditariknya pun dia tidak sedar.
Seminit mereka bergelap sebelum cahaya muncul dari dinding lubang itu. Saiz cahaya itu sebesar bola tenis. Sebanyak enam bebola cahaya muncul di sekeliling lubang itu. Kagum sang jejaka melihatnya.
"Hah?"
Kini, mereka dapat melihat wajah manusia yang berada di dalam lubang itu. Nik Akhil, Ismail Razak dan lelaki dingin itu berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang gadis yang sedang erat memegang lengan baju mereka sambil menekup wajah pada bahu mereka.
"Hoi! Dah tak gelap dah. Cepat buka mata tu. Koyak juga baju tu kalau kau asyik tarik je," sergah lelaki dingin itu pada gadis di sisinya.
"Cik penakut. Sila lepaskan baju saya ni. Habis basah lencun disebabkan air mata cik," kasar Nik Akhil sambil menggerakkan bahunya.
"Cik Shasya Edrina, mereka manusia juga macam kita. Kita dah selamat di sini," lembut Ismail Razak sambil menggerakkan bahu gadis itu.
Ketiga-tiga gadis itu mengangkat wajah mereka sambil memandang sekeliling mereka.
"Manusia!" gembira mereka lantas terus melangkah ke hadapan untuk memeluk spesis mereka.
"Tung!"
"Aduh!"
"Hahahaha!" geli hati ketiga-tiga jejaka itu apabila Siti Syazanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah terhantuk kepala masing-masing.
"Jahat korang gelakkan kitaorang!" geram Shasya Edrina sambil mengusap dahinya.
Comments (0)
See all