“Alaa..nama Betty lagi best,” sedih muka Shasya Edrina.
“Nama Kitty tak best ke?” soal Ismail Razak.
“Dia bukan kucing, Raz,” geli hati Nur Halimah.
“Apa yang susahnya. Panggil dia ‘A’ dan dia ni ‘B’. Habis cerita,” selamba Tengku Ehsan.
“Kenapa ni?” pelik Siti Syazanah apabila melihat situasi yang agak tegang itu selepas tiba di kawasan tersebut.
Nik Akhil turut tiba di situ. Dia turut pelik melihat rakan-rakannya sedang bertikam lidah. Bukan tadi dia dan Siti Syazanah kena marah sebab bertikam lidah ke? Fikirnya di dalam hati.
“Kami sedang fikirkan nama untuk dua makhluk ni,” ujar Nur Halimah.
“Syaza, sedapkan nama Betty, kan?” soal Shasya Edrina pada Siti Syazanah.
“Nama Kitty pun sedap juga, kan, Syaza?” celah Ismail Razak.
“Alaa..panggil si ‘A’ dan si ‘B’ jelah,” bidas Tengku Ehsan pula.
“Err..,” teragak-agak Siti Syazanah untuk menjawab.
Matanya dilemparkan memandang Nik Akhil untuk meminta pertolongan.
“Nak senang kita gabungkan je nama tu. Sekor Akitty dan sekor lagi Bbetty,” cadang Nik Akhil yang enggan menambahkan pertelingkahan itu.
Semua diam mendengar cadangan Nik Akhil.
“Bagus juga tu. Sedap nama tu,” ceria muka Shasya Edrina.
“Boleh tahan juga,” sokong Ismail Razak.
“Saya pun setuju dengan nama tu,” setuju Tengku Ehsan.
“Akitty dan Bbetty? Comel je nama tu,” senyum Nur Halimah sambil memandang wajah dua makhluk yang sedang berguling di atas daun-daun kering itu.
Siti Syazanah tersenyum sambil menaikkan ibu jari tangan kanannya pada Nik Akhil. Geli hati Nik Akhil melihat kecomelan gadis idamannya itu.
“Korang dah berbaik ke?” soal Tengku Ehsan apabila melihat wajah ceria Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Kami tak bergaduh pun,” balas Nik Akhil yang kembali bermuka dingin.
“Maafkan kami sebab menyusahkan semua tadi,” sesal Siti Syazanah.
“Tak apa,” serentak yang lain.
Nik Akhil mendekati makhluk yang dinamakan Akitty. Kepala makhluk itu diusap dengan lembut. Seronok Akitty dapat dibelai oleh Nik Akhil.
“Maafkan saya sebab tertumbuk awak tadi,” perlahan suara Nik Akhil sambil senyuman di bibir.
Siti Syazanah yang terdengar suara halus Nik Akhil turut tersenyum. Tidak sangka Nik Akhil pegang pada janjinya.
“Kenapa tersenyum ni, Syaza?” pelik Shasya Edrina melihat gadis itu.
“Tak ada apa-apa. Jadi, apa tugasan kita?” sengaja dia menukar topik.
“Ini yang kami nak mulakan cerita kami. Mari kita duduk dulu,” bersemangat Tengku Ehsan.
“Akil!” panggil Ismail Razak sebelum Nik Akhil menyertai bulatan itu.
“Tadi, semasa kami mencari buah-buahan yang boleh dimakan, kami terjumpa kawasan yang lapang. Pokok-pokok di situ ditebang dengan menggunakan alat yang tajam. Kami syak, Akitty dan Bbetty yang lakukan semua tu,” cerita Tengku Ehsan.
“Kami pun jumpa kawasan lapang juga tapi ada beberapa anak-anak pokok baru tumbuh je kat situ,” celah Shasya Edrina.
“Kat mana Ed nampak?” terkejut Ismail Razak kerana tidak menyedari perkara itu.
“Hehe. Ingat tak yang saya kata nampak sesuatu kat semak? Saya nampak kawasan lapang di situ,” ternganga mulut Ismail Razak.
“Hebatnya mata Ed,” kagum Ismail Razak.
“Biasalah. Saya memang pandai jaga mata saya,” bangga Shasya Edrina.
“Ok ok. Jadi, apa kesimpulan yang dapat korang buat ni?” tanya Nik Akhil.
“Ima,” Tengku Ehsan memberi isyarat kepada Nur Halimah yang duduk bersebelahan dengannya namun masih ada jarak di antara mereka berdua.
“Ehem. Berdasarkan apa yang kita temui dan lalui, Akitty dan Bbetty merupakan makhluk yang tiada deria pendengaran. Mereka bertanggungjawab untuk memusnahkan pokok-pokok yang sudah tua dan digantikan dengan anak pokok yang baru.
Saya yakin mereka ada senjata untuk menebang dan untuk mengorek lubang berdasarkan apa yang kita dapat lihat di rumah pokok tu. Pasti Mila dan Shahril mencipta alat untuk mereka,” tekun mereka mendengar teori Nur Halimah.
“Saya rasa apa yang dikatakan Ima tadi ada benar juga. Kami nampak mereka berlaga pedang. Mungkin juga pedang tu digunakan untuk menebang pokok. Cuma, saya tak pasti sama ada itu pedang ataupun tidak,” kata Siti Syazanah.
“Lagi satu, kami juga pernah nampak salah seekor dari mereka ada membawa satu alatan seperti cangkul untuk mengorek lubang. Tidak mustahil teori ini boleh diguna pakai,” sambung Nik Akhil.
“Kalau betul apa yang kalian katakan, kenapa mereka bergaduh sesama sendiri?” soal Shasya Edrina.
“Saya dapat rasakan mereka sedang bergurau ataupun sedang bermain memandangkan mereka tiada sesiapa untuk bermain,” ujar Ismail Razak.
“Nampaknya, kita semua sudah faham situasi kita sekarang. Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?” luah Tengku Ehsan.
“Sebelum tu, Ima, saya nak tanya. Macam mana Ima tahu yang makhluk ni tidak dapat mendengar?” ragu Ismail Razak.
Semua mata memandang Nur Halimah untuk mendapatkan jawapan.
“Berdasarkan cerita kalian, saya dapat rasakan sesuatu yang aneh pada dua makhluk ini. Bila saya dapat tahu mereka tidak dapat mendengar, saya cuba dekatinya. Saya pernah membaca bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang yang tiada deria pendengaran.
Salah satunya, melalui pandangan mata, bahasa badan dan ekspresi muka kita. Saya tak nak mereka menganggap saya sebagai musuh. Sebab itu saya bermanis muka dan menghormatinya tadi,” panjang lebar jawapan Nur Halimah.
“Ooh. Baru Ed faham. Cerdiklah Ima!” puji Shasya Edrina.
“Baiklah. Saya cadangkan kita melihat alatan yang digunakan Akitty dan Bbetty dulu. Selepas itu, kita fikirkan strategi seterusnya. Ada bantahan?” cadang Ismail Razak yang memiliki sifat kepimpinan itu.
“Saya setuju,” sepakat mereka membalas.
Selepas itu, dengan mengekori Akitty dan Bbetty, mereka dibawa ke kawasan lapang yang dikatakan Tengku Ehsan tadi.
“Itukan ‘pedang’ mereka?” Nik Akhil ternampak dua bilah seperti pedang tidak jauh dari pokok-pokok yang reput.
Mereka mendekati ‘pedang’ tersebut. Saiz ‘pedang’ itu agak besar sepadan dengan saiz tangan makhluk itu. Akitty dan Bbetty yang sedari enam manusia itu tekun melihat ‘pedang’ mereka terus mendekati dan mengangkat ‘pedang’ masing-masing.
“Mereka nak buat apa ni?” risau Shasya Edrina apabila dua makhluk itu mula menghayunkan ‘pedang’ itu.
Terbeliak mata mereka apabila ‘pedang’ tersebut berubah menjadi ‘cangkul’ secara tiba-tiba.
“Hebatnya ciptaan Mila dan Shahril!” kagum Ismail Razak.
“Eh eh? Mereka nak buat apa tu?” terundur Tengku Ehsan apabila dua makhluk itu mula berpandangan antara satu sama lain.
“Mereka nak berlaga ‘pedang’?! Cepat halang mereka!” cemas mereka apabila mendengar kata-kata Nur Halimah.
Mereka berenam berdiri di antara dua makhluk itu. Nik Akhil, Ismail Razak dan Siti Syazanah menghalang Akitty manakala Nur Halimah, Shasya Edrina dan Tengku Ehsan menghalang Bbetty. Masing-masing mendepakan tangan mereka.
Kebingungan dua makhluk itu memandang mereka.
“Saya rasa mereka menganggap ianya sebagai permainan sahaja,” teka Tengku Ehsan.
“Kita kena berlakon. Nik Akhil, pura-pura pukul Raz guna kayu ni,” arah Siti Syazanah selepas mengambil sebatang dahan berdekatan dengan kakinya.
“Selepas itu, Raz pura-pura sakit dan tunjuk riak muka tu pada mereka berdua,” sambung Siti Syazanah.
Mereka akur dengan arahan Siti Syazanah manakala rakan-rakan yang lain sudah berundur sedikit dari tempat itu.
Nik Akhil memukul Ismail Razak mengunakan dahan kayu itu. Dia membuat gaya seperti memukul dengan kuat tetapi sempat dia memperlahankan kekuatannya apabila mengenai tangan Ismail Razak. Kemudian, Ismail Razak mengusap tempat pukulan itu beserta mimik muka yang sangat sedih sambil memandang wajah dua makhluk itu.
Dua makhluk itu seperti memahami lakonan tersebut terus meletakkan ‘pedang’ mereka di atas tanah selepas Nik Akhil meletakkan dahan itu ke bawah.
“Mereka faham!” gembira semua.
Selesai mengajar Akitty dan Bbetty menggunakan ‘pedang’ itu dengan cara yang betul, mereka kembali ke rumah pokok.
“Penatnya!” kepenatan mereka.
Tubuh mereka terus direbahkan di atas lantai apabila tiba di dalam rumah pokok itu. Suasana menjadi malap.
“Tempat ni tiada waktu malam ke?” fikir Tengku Ehsan.
“Itulah. Saya pun ada terfikir juga. Alam ni tiada matahari tetapi kita dapat merasa cahaya matahari. Alam ni juga tiada hujan dan sumber air tetapi ada buah-buahan yang boleh menghilangkan dahaga. Sungguh misteri alam ni,” ujar Ismail Razak.
“Adakah tugasan kita tadi dah selesai?” soal Shasya Edrina secara tiba-tiba.
“Saya rasa macam sudah selesai. Kita cuma perlu bantu Akitty dan Bbetty supaya tidak bermain dengan ‘pedang’ je kan?” balas Tengku Ehsan.
Siti Syazanah yang mendiamkan diri ternampak sesuatu berkelipan pada dinding. Dia bangun dari pembaringan.
“Siapa yang bangun?” yang lain turut bangun apabila cahaya Siti Syazanah bercahaya terang.
“Syaza?” pelik mereka dengan sikap Siti Syazanah seperti dipukau.
Matanya memandang pada cahaya kelipan itu sebelum dia meletakkan tangannya pada cahaya tersebut. Secara tiba-tiba, rumah tersebut mula bergegar dengan kuat. Siti Syazanah mula tersedar. Badannya tidak seimbang dengan gegaran yang berlaku.
“Duduk, Syaza!” arah Nik Akhil sambil merangkak mendekati gadis itu.
Siti Syazanah terus duduk sambil berpaut pada dinding pokok itu. Matanya dipejamkan.
“Argh!” menjerit Shasya Edrina sambil menekup telingannya menggunakan tangannya. Matanya dipejam dengan erat.
Seminit kemudian, gegaran mula berhenti. Cahaya mula menyinari kawasan itu.
Sang jejaka membuka matanya sambil memandang persekitaran mereka. Tiada perubahan yang berlaku. Kemudian, mata dialihkan pada gadis yang berada di samping mereka.
Sempat mereka mendampingi pasangan masing-masing kerana risau sesuatu yang buruk berlaku pada mereka.
Comments (0)
See all