Mereka menjauhkan diri dari makhluk berkepala tiga itu apabila makhluk itu sedang bangun dari pembaringannya.
“Jangan banyak bergerak, Comel,” risau Shasya Edrina.
“Comel?” pelik makhluk itu.
“Tengok. Mereka pun tak suka kau panggil mereka macam tu,” ujar Tengku Ehsan.
“Nama kami ke? Kalau begitu, saya Comel 1, dia Comel 2 dan tu Comel 3,” kata Comel 1.
“Hahaha. Siapa kata mereka tak suka nama tu? Mereka suka dengan nama yang saya beri tau,” gembira Shasya Edrina sambil memeluk kepala Comel 1.
Ismail Razak menggelengkan kepalanya sambil tersenyum lebar memandang gadis itu. Sikap gadis itu sentiasa mencuit hatinya sejak pertama kali mereka bertemu.
“Terima kasih, wahai manusia. Terima kasih kerana telah merawat luka kami,” ucap Comel 1.
“Sama-sama. Tapi, macam mana korang boleh cedera sampai macam ni?” soal Ismail Razak.
“Kami berjalan di tepi sungai tadi untuk beristirehat. Tiba-tiba kami ternampak sepohon pokok yang tumbang terapung dibawa arus sungai. Kami ingin mengambil pokok itu namun kami hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam sungai. Perut kami terlanggar dengan batu yang berada di tepi sungai. Sebab itu kami cedera,” cerita Comel 2.
“Mesti batu tu agak tajam sampai kalian cedera macam ni,” perlahan suara Siti Syazanah yang menahan sebaknya sambil mengusap perut yang berbalut itu.
“Jadi, koranglah penjaga kawasan ni?” soal Nik Akhil.
“Ye,” serentak ketiga-tiga kepala itu.
“Boleh kami tahu di mana sumber air yang digunakan oleh pokok-pokok di tempat ni?” tanya Tengku Ehsan pula.
“Kalian hanya perlu berjalan di sana. Nanti kalian akan menjumpai sungai. Sungai merupakan sumber air untuk semua hidupan di sini,” jawab Comel 3 sambil tangannya menunding ke arah kirinya.
“Terima kasih kerana memberitahu kami, Comel,” ucap Ismail Razak.
“Maafkan kami kerana tidak dapat menunjukkan jalan kepada kalian,” kata Comel 1.
“Tidak mengapa. Kalian perlu banyakkan berehat supaya kalian cepat sembuh. Kami pergi dulu ye,” ujar Siti Syazanah selepas selesai mengemas peralatan perubatannya.
“Nanti kita berjumpa lagi, Comel 1, Comel 2 dan Comel 3,” ceria muka Shasya Edrina.
“Jaga diri ye, Comel,” lembut suara Nur Halimah sambil mengusap tangan makhluk itu.
“Jangan risau pasal alam ni. Kami akan cuba bantu kalian,” senget senyuman Nik Akhil sebelum mendekati Siti Syazanah.
Beg galas Siti Syazanah diambil dengan kasar sebelum dia membawanya.
“Nik Akhil!” geram Siti Syazanah kerana mengejutkannya.
Secara tiba-tiba saja beg galasnya ditarik kasar oleh jejaka itu. Matanya tajam memandang Nik Akhil yang sudah berjalan mendahuluinya itu.
“Bye,” lambai Tengku Ehsan pada makhluk itu sebelum mereka hilang dari pandangan.
“Betul ke mereka mampu untuk membantu kita?” kata Comel 1.
“Mereka seperti dua manusia yang pernah membantu kita sebelum ni,” ujar Comel 2.
“Mungkin benar yang mereka akan membantu kita seperti mana dua manusia sebelum ini membantu kita,” bersuara Comel 3.
Serigala berkepala tiga itu cuba untuk bangun dari pembaringan mereka.
*****
Mereka tiba di sebatang sungai yang mengalir. Tengku Ehsan tekun memandang gadis di hadapannya yang merenung ke suatu tempat.
“Kali ni, apa firasat kau?” soalan Tengku Ehsan menyebabkan Nur Halimah mengalihkan pandangan ke arahnya.
Wajah Tengku Ehsan dipandang sekilas sebelum dia kembali memandang penghujung sungai itu.
“Saya dapat rasakan sesuatu berlaku di sana,” kata Nur Halimah sambil menundingkan jarinya.
“Kalau begitu, jom kita ke sana sekarang,” bersemangat Shasya Edrina.
Mereka berjalan ke arah tersebut. Terkejut mereka apabila melihat beberapa batang pokok telah menghalang aliran sungai mengalir. Pokok-pokok tersebut tersusun seperti dinding.
“Saya pasti ini punca segala-galanya,” yakin Tengku Ehsan.
“Jadi, kita hanya perlu mengalihkan pokok-pokok itu supaya air dapat mengalir seperti sedia kala, kan?” kata Nik Akhil.
“Kering kontang sungai di sebelah sini. Patutlah pokok-pokok tu tidak bermaya!” lantang suara Shasya Edrina yang sudah berada bertentangan dengan yang lain.
“Ed, pergi jauh dari situ. Kami nak alihkan pokok ni!” jerit Ismail Razak kepada gadis itu.
“Saya pun nak bantu juga!” pantas Shasya Edrina ke arah rakan-rakannya yang lain.
“Saya cadangkan supaya korang bertiga duduk tepi saja. Nanti kalau cedera, kami juga yang susah,” tegas suara Tengku Ehsan sambil memandang ketiga-tiga gadis itu.
“Kami pun nak bantu juga!” degil Shasya Edrina.
“Saya ada cadangan. Apa kata kalau kita tarik je pokok ni?” cadang Nur Halimah.
Semua mata sudah memandang gadis itu.
“Sambung, Ima,” arah Tengku Ehsan supaya gadis itu menyambung percakapannya.
“Mula-mula, kita ikat tali pada badan pokok tu. Selepas itu, kita tarik sama-sama tali tu. Jadi, air sungai dapat mengalir seperti biasa selepas pokok tu dikeluarkan dari sungai ni,” sambung Nur Halimah.
“Persoalannya, di mana kita nak dapatkan tali?” tanya Nik Akhil.
“Tadi saya ada nampak dahan pokok menjalar pada pokok yang lain. Mungkin kita boleh gunanya sebagai tali?” jawab Nur Halimah.
“Ed pun ada nampak juga. Biar Ed ambil!” laju langkah Shasya Edrina ke arah pokok yang dimaksudkannya.
“Ed! Jangan bertindak bersendirian!” Ismail Razak terus berlari untuk mengejar langkah gadis itu.
“Sayang betul Raz pada Ed,” usik Nik Akhil.
“Macam kau juga kan, Akil,” celah Tengku Ehsan.
“Kau memang nak cari gaduh ke, Izan?” geram Nik Akhil.
Matanya tajam menjeling jejaka itu.
“Gurau saja, Akil,” kata Tengku Ehsan.
Risau dia jika berlaku pergaduhan pula di situ. Kemudian, mereka berdua mendekati dua gadis yang sedang mencangkung memandang ‘pendinding’ yang menghalang air sungai daripada mengalir itu.
“Apa yang korang buat ni? Jatuh pula nanti dalam sungai,” soal Nik Akhil.
“Kami sedang mencari punca ‘pendinding’ ni terjadi sampai boleh menghalang aliran sungai ni. Kami rasa ianya disebabkan oleh pokok yang berada di tengah tu. Nampak tak?” ujar Siti Syazanah sambil menunding ke arah pokok besar yang berada di tengah-tengah ‘pendinding’ itu.
“Maksudnya, disebabkan pokok tu, pokok-pokok lain yang dibawa arus sungai tersekat di situ. Apabila banyak pokok tersekat di situ, maka terbentuklah ‘dinding’ tu,” sambung Nur Halimah apabila melihat wajah ‘tidak faham’ kedua-dua jejaka itu.
“Ooh!” serentak mereka menganggukkan kepala tanda faham.
Geli hati sang gadis melihat mereka. Sekepala sangat. Macam kembar pun ada.
*****
“Ed, biarlah saya yang panjat. Kenapa degil sangat ni?” tegur Ismail Razak selepas melihat Shasya Edrina memanjat pokok besar yang dijalar dengan dahan pokok.
“Saya sudah biasa panjat pokok di kampung. Saya ni ratu panjat tau dulu. Semua benda saya panjat. Jangan risaulah, Raz,” balas Shasya Edrina.
Dia duduk di atas dahan sambil menarik dahan yang menjalar. Selepas terputus dahan tersebut, dia menggulungkannya pada lengan.
“Macam tak cukup je ni,” fikir Shasya Edrina sebelum berdiri untuk mencapai dahan menjalar yang agak tinggi.
“Ed, sudahlah tu. Dah cukup tu. Cepatlah turun,” risau Ismail Razak apabila melihat gadis yang keras kepala itu sudah menjengketkan kakinya untuk mencapai dahan yang berada agak tinggi dari tempatnya.
“Sikit lagi, Raz. Ok! Sudah dapat!” gadis itu berjaya mencapai dahan tersebut.
Dahan tersebut ditariknya dengan kuat. Tanpa disangka, dahan tersebut terputus menyebabkan gadis itu hilang keseimbangan badannya.
“Ed!” cemas Ismail Razak.
Matanya sudah bulat memandang situasi cemas itu.
“Pak!”
“Fuh! Selamat,” lega Shasya Edrina apabila berjaya berpaut pada dahan yang dipijaknya tadi.
Kakinya hampir menjejaki tanah. Ismail Razak mendekati gadis yang sedang bergayut pada dahan pokok itu. Dia menurunkan gadis itu selepas mengangkat tubuh Shasya Edrina dengan memegang kedua-dua ketiak gadis itu.
“Raz?”
Takut Shasya Edrina melihat wajah jejaka yang sedang menahan kemarahan itu. Ismail Razak sudah mencekak pinggangnya.
“Selepas ni, Raz tak nak tengok Ed panjat mana-mana pokok dah. Kalau Ed buat juga, Raz tak nak kawan dan tak nak bercakap dengan Ed lagi,” tegas suara Ismail Razak.
Pertama kali Shasya Edrina dimarahi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah dimarahi oleh sesiapa. Dia memuncungkan bibirnya. Pandangannya dialihkan memandang tanah.
“Maafkan Ed, Raz. Janganlah marah, Raz. Ed cuma nak membantu. Semua rakan-rakan kita ada kemahiran masing-masing. Cuma Ed je yang tiada kemahiran. Jadi, sekurang-kurangnya, dapat juga Ed nak membantu korang dan alam ni,” sebak Shasya Edrina menahan sedihnya.
Nik Akhil sangat cekap dan tangkas, Siti Syazanah mahir dalam perubatan, Nur Halimah mempunyai firasat yang kuat, Tengku Ehsan cerdik orangnya manakala Ismail Razak mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Shasya Edrina berasa rendah diri kerana tidak mempunyai apa-apa kemahiran.
Ismail Razak berasa bersalah apabila melihat wajah sedih gadis itu. Dia menghela nafas yang panjang. Tangannya sudah turun dari pinggangnya.
“Siapa kata Ed tiada kemahiran? Masing-masing ada kemahiran tersendiri. Maafkan Raz. Raz tak bermaksud nak tinggikan suara tadi. Raz cuma risau kalau sesuatu terjadi pada Ed nanti. Lain kali jangan buat perkara yang Raz risau tau. Boleh sakit jantung Raz nanti. Janji?”
Shasya Edrina mendongakkan kepalanya memandang Ismail Razak memandangkan jejaka itu lebih tinggi daripadanya. Wajahnya kembali ceria melihat senyuman jejaka itu.
“Ed janji. Ed takkan buat Raz risau lepas ni. Raz jangan benci Ed ye,” matanya dikelipkan beberapa kali.
Geli hati Ismail Razak melihat wajah comel dan sikap manja gadis itu.
“Ye, Shasya Edrina. Dah dah. Lama pula mereka tunggu nanti. Bagi tali tu kat Raz,”
Dahan yang digulung pada lengan Shasya Edrina bertukar tangan. Mereka kembali ke lokasi rakan-rakan yang lain.
Comments (0)
See all