“Lamanya korang dating. Penat kami tunggu,” usik Nik Akhil apabila Ismail Razak dan Shasya Edrina tiba di tepi sungai.
“Hehehe,” tersengih Shasya Edrina sebelum berjalan ke arah dua orang gadis yang sedang duduk di atas tanah.
“Maaf kami lambat. Ini talinya. Boleh kita mulakan sekarang?” ujar Ismail Razak sambil menunjukkan beberapa gulung dahan pada bahunya.
Dahan yang berupa tali itu diletakkan di atas tanah. Tengku Ehsan membelek dahan tersebut.
“Kita gabungkan kesemua dahan ni dulu. Lepas tu, kita ikat dahan ni pada badan pokok di tengah-tengah tu. Hujung dahan ni akan ditarik di seberang sungai ni manakala hujung satu lagi akan ditarik di sini,” Tengku Ehsan menerangkan strategi mereka kepada Ismail Razak dan Shasya Edrina.
“Kita tarik pokok tu mengikut aliran arus sungai tau,” sambung Nur Halimah.
“Ada satu benda saya tak setuju,” semua memandang wajah Nik Akhil apabila dia berkata begitu.
“Saya tak setuju jika perempuan dan lelaki dipisahkan. Kekuatan lelaki dan perempuan tidak sama. Jadi, dua lelaki dan sorang perempuan akan tarik dahan ni di seberang sana. Yang lain akan tarik di sini,” sambung Nik Akhil.
“Saya nak membantah,” lawan Siti Syazanah.
“Mungkin benar apa yang dikatakan awak tu. Tapi, jika kami bertiga perempuan menarik dahan ni dengan jarak yang lebih dekat dengan ‘pendinding’ tu, dan yang jejaka-jejaka pula menarik dahan ni dengan jarak yang agak jauh sedikit dari kami, kekuatan kita akan sama. Jadi, adil, kan?” hujah Siti Syazanah.
Nik Akhil memandang tajam ke arah mata Siti Syazanah. Geram dia kerana ada sahaja kata-kata yang bijaksana dari mulut gadis itu. Yang lain hanya memandang Nik Akhil dan Siti Syazanah yang saling berpandangan bersilih ganti.
“Ok ok. Jadi, kita ambil idea Syaza memandangkan Akil sudah kehilangan kata-kata,” bersuara Tengku Ehsan.
Nur Halimah menahan ketawanya apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Mereka berdua tahu bahawa Nik Akhil enggan berpisah dengan Siti Syazanah. Disebabkan itu berlakunya perbalahan tadi.
Nik Akhil mendengus dengan kasar sebelum mengambil dahan yang sudah berupa tali yang panjang itu. Dia terus bergerak ke arah longgokan pokok-pokok yang berada di tengah sungai tersebut.
“Dia marah ke?” risau Siti Syazanah apabila menyedari wajah merajuk Nik Akhil sebentar tadi.
“Pandai-pandailah kau pujuk dia nanti. Jom, Raz,” balas Tengku Ehsan.
“Hati-hati ye, korang,” pesan Ismail Razak sebelum mengekori langkah Tengku Ehsan.
“Lelaki memang macam tu, Syaza. Ego mereka terlalu tinggi. Tidak boleh terima kekalahan,” pujuk Nur Halimah apabila melihat wajah muram sahabatnya itu.
“Ima, Syaza, mereka sudah siap ikat pokok tu. Bersiap sedia untuk tarik tali ni,” panggil Shasya Edrina yang memegang hujung dahan itu.
Mereka berdua mendekati Shasya Edrina. Sang jejaka sudah berada di seberang sungai selepas menyeberang dengan melalui ‘pendinding’ itu. Tengku Ehsan memberi isyarat sebelum mereka menarik dahan tersebut.
Pokok yang berada di tengah ‘pendinding’ itu mula bergerak. Dengan bantuan arus sungai, pokok tersebut bergerak. Sungai mula memenuhi kawasan yang kering-kontang itu. Lega mereka kerana berjaya menyelesaikan tugasan kedua.
Namun, kegembiraan mereka tidak lama apabila Shasya Edrina ditarik masuk ke dalam sungai kerana dahan yang dibelit pada tapak tangannya tidak dileraikan.
“Ed!”
Siti Syazanah dan Nur Halimah yang ingin menarik tangan Shasya Edrina daripada ditarik turut terjatuh ke dalam sungai.
“Syaza!”
“Ima!”
Cemas ketiga-tiga jejaka itu.
“Dush!”
Tidak sempat mereka terjun ke dalam sungai apabila ternampak satu lembaga sudah terjun ke dalam sungai. Serigala berkepala tiga itu menggigit badan ketiga-tiga gadis itu sebelum membawa mereka ke darat.
Makhluk itu meletakkan sang gadis di hadapan sang jejaka yang sudah cemas itu.
“Uhuk uhuk!” terbatuk-batuk gadis-gadis itu.
“Korang ok tak ni?” tanya Ismail Razak.
Mereka bertiga membalas dengan anggukan.
“Maaf Raz. Ed tak sengaja mungkiri janji kita,” kesal Shasya Edrina selepas melihat wajah risau Ismail Razak.
“Tak apa. Asalkan korang selamat,” balas Ismail Razak.
“Itulah. Degil sangat nak berbalah dengan saya tadi,” geram Nik Akhil melemparkan jelingan tajam pada Siti Syazanah.
“Maaf, Nik Akhil,” sedih muka Siti Syazanah.
Tidak sanggup dia membalas jelingan jejaka itu.
“Lain kali dengar cakap orang. Saya buat macam tu mesti ada sebab. Bukan saja-saja saya nak buat tau,” bebel Nik Akhil.
“Ye, saya tahu. Janganlah marah, Nik Akhil,” air mata Siti Syazanah sudah mengalir.
“Akil, mereka masih takut tu. Simpan dulu panas baran kamu tu,” tegas suara Ismail Razak apabila melihat tubuh ketiga-tiga gadis itu menggigil.
“Nah, pakai kemeja ni,” Tengku Ehsan menghulurkan kemejanya yang diambil dari beg galasnya kepada Nur Halimah.
“Ed, pakai jaket saya ni dulu. Nanti selsema pula,” kata Ismail Razak sambil menghulurkan jaket yang dipakainya kepada Shasya Edrina.
Kesian mereka melihat gadis-gadis itu kebasahan.
“Awak buat apa tu, Nik Akhil?” tegur Siti Syazanah apabila jejaka itu sedang menyelongkar beg galas miliknya.
Kot hitam dikeluarkan dari beg milik gadis itu. Nik Akhil mencampak kot tersebut pada paha Siti Syazanah sebelum menjauhi gadis itu. Dia berjalan meninggalkan yang lain tanpa menoleh ke belakang.
“Dia masih marah lagi,” sedih suara Siti Syazanah.
“Nanti dia ‘sejuk’lah tu,” pujuk Ismail Razak.
Sang jejaka mendekati serigala berkepala tiga yang sedang menggoyangkan tubuh badannya untuk mengeringkan badan.
“Terima kasih korang kerana menyelamatkan mereka,” perlahan suara Nik Akhil sambil mengusap badan makhluk itu.
“Kami hanya membalas jasa kalian sahaja, wahai manusia,” kata Comel 1.
“Terima kasih, wahai manusia kerana membantu makhluk-makhluk di sini. Tanpa sumber air ini, kami pasti akan mati,” ucap Comel 2.
“Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu hidupan di alam ini,” balas Ismail Razak.
Senyuman terukir pada bibir keenam-enam manusia itu. Serigala berkepala tiga itu membalas dengan senyuman. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berjalan menuju ke pokok tua yang bernyawa itu.
*****
“Terima kasih banyak-banyak, wahai manusia. Sekarang, kami berasa kembali bertenaga dan sihat seperti sedia kala. Terima kasih kerana membantu kami,” gembira suara pokok tua itu.
“Sama-sama. Kami hanya membantu apa yang perlu sahaja,” ujar Ismail Razak.
“Eh? Baju dan badan Ed dah keringlah,” kata Shasya Edrina sambil membelek-belek baju dan tudungnya.
“Kami pun,” serentak Siti Syazanah dan Nur Halimah.
“Mungkin disebabkan oleh cahaya bahang di tempat ini,” teka Tengku Ehsan.
“Nah, Raz. Terima kasih kerana memberi pinjam jaket,” lebar senyuman Shasya Edrina ketika memulangkan jaket jejaka itu.
“Sama-sama. Baguslah kalau korang sudah panas. Risau je nanti ada yang demam,” balas Ismail Razak sambil mengambil jaketnya semula.
“Nah, Izan. Terima kasih,” ucap Nur Halimah sambil menghulurkan kemeja yang dilipat kemas kepada pemilik asalnya.
“Kau simpan jelah kemeja tu,” kata Tengku Ehsan.
“Tapi, ini kemeja awak, Izan,” pelik Nur Halimah.
“Tak apa. Belambak saya ada kemeja tu di rumah. Setakat satu ni, tak hairanlah,” balas Tengku Ehsan.
“Ye ke? Tak apalah kalau begitu. Terima kasih,” senyum Nur Halimah sebelum memasukkan kemeja tersebut ke dalam beg galasnya.
Siti Syazanah memandang ke arah Nik Akhil yang sudah berjalan menuju ke lubang pokok kediaman mereka. Gadis itu berlari mengejar jejaka tersebut.
“Nik Akhil! Tunggu!” panggil Siti Syazanah.
Secara tiba-tiba, Nik Akhil berhenti melangkah menyebabkan belakang jejaka itu dilanggar oleh Siti Syazanah.
“Aduh!” kesakitan Siti Syazanah apabila hidungnya menjadi mangsa pelanggaran itu.
Nik Akhil menoleh ke belakang memandang wajah gadis itu yang sedang mengusap hidungnya yang merah.
“Kenapa berhenti tiba-tiba? Sakit tau!” cemberut muka Siti Syazanah.
“Siapa suruh kau berlari-lari? Nanti jatuh, siapa yang susah? Kenapa degil sangat ni, Siti Syazanah?” tegas suara Nik Akhil.
Tersentak gadis itu mendengar tengkingan jejaka itu. Pandangan dijatuhkan pada kakinya.
“Awak masih marah lagi ke pasal tadi? Saya nak minta maaf sebab tidak dengar cakap awak tadi. Saya juga nak minta maaf sebab menyebabkan awak marah tadi. Awak tak nak maafkan saya ke?” sedih suara Siti Syazanah.
Nik Akhil mendengus dengan kasar. Hatinya mudah lembut apabila mendengar suara lembut itu.
“Tahu tak tadi, saya boleh sakit jantung tau! Kalau saya tahu kejadian tu akan berlaku, dah lama saya mengheret awak ke seberang tadi. Lain kali, jangan nak memandai sangat. Ini kali terakhir saya beri amaran pada awak,” panjang bebelan Nik Akhil.
Terkedu gadis itu. Wajahnya didongakkan memandang jejaka di hadapannya.
“Awak nak cakap apa-apa ke?” tanya Nik Akhil apabila melihat muka Siti Syazanah seperti ingin berkata sesuatu.
“Bila kali pertama awak memberi amaran pada saya?” soal gadis yang lurus itu.
“Anggap jelah sebelum ini saya pernah beri amaran pada awak,” balas Nik Akhil yang sudah mengalihkan pandangannya.
Dia berfikir sama ada dia pernah memberi amaran pada gadis itu ataupun tidak.
Tersenyum Siti Syazanah melihat muka Nik Akhil yang sedang berfikir itu. Sengaja dia mengenakan jejaka itu.
“Nik Akhil, boleh pulangkan beg saya tak? Sampai bila awak nak bawa beg saya tu?” pinta Siti Syazanah sambil menghulurkan kedua-dua tangannya.
“Tak nak,” sempat Nik Akhil menjelir lidahnya pada gadis itu sebelum menyambung perjalanannya menuju ke lubang pokok.
“Nik Akhil!” panggil Siti Syazanah sambil mempercepatkan langkahnya ke arah jejaka itu.
“Mereka berdua tu ada apa-apa ke?” soal Shasya Edrina apabila melihat Ismail Razak senyum lebar.
“Akil tak nak bagi beg Syaza semula sebab dalam beg tu ada beberapa botol yang diisi dengan air sungai tadi. Tapi, Syaza tak tahu. Sebab tu Akil kenakan dia. Lagipun, dia suka bila Syaza menumpukan perhatian pada dia saja,” terang Ismail Razak.
“Ooh,” angguk Shasya Edrina tanda faham.
“Sabar je Syaza melayan karenah Akil tu,” geli hati Nur Halimah selepas melihat situasi tadi.
“Biasalah tu. Si Akil tu kan KL gengster. Asyik nak perhatian je,” perli Tengku Ehsan yang sudah mengenali rakannya itu.
“Gengster?!” terbeliak mata mereka bertiga.
“Patutlah dia selalu panas baran je,” terkejut Shasya Edrina.
“Syaza tahu tak, Izan?”
Soalan Nur Halimah dijawab dengan gelengan kepala.
“Harap Syaza menerima Akil selepas dia tahu rahsia ni,” berdoa Ismail Razak.
“Aminn,” serentak yang lain.
Comments (0)
See all