“Raz, Ima, bangunlah,” air mata Shasya Edrina sudah mengalir melihat dua badan terkujur di hadapannya.
“Kenapa korang menggatal sangat keluar dari sini? Bukan ke kami suruh korang duduk dalam ni diam-diam?!” tengking Tengku Ehsan.
“Bu..bukan salah Ed. Ima yang nak keluar dari sini. Kami hanya ikut saja. Kalau nak marah, marahlah Ima sebab dia yang gatal nak keluar,” balas Shasya Edrina.
Tidak sanggup dia untuk bertentang mata dengan jejaka bengis itu.
“Kenapalah susah sangat korang nak dengar cakap, hah? Sepatutnya kami ikat je korang tadi,” geram Tengku Ehsan.
“Izan, janganlah marah Ed,” terkejut mereka apabila mendengar suara serak basah itu.
Mata mereka terus tertumpu pada jejaka yang terbaring di hadapan mereka.
“Awak dah sedar ke, Raz?” ceria muka Shasya Edrina.
Ismail Razak mula duduk dari pembaringan. Dia memandang wajah Shasya Edrina dengan senyuman yang gatal.
“Err..Raz?” naik bulu roma Shasya Edrina apabila melihat senyuman menggoda itu.
“Raz?!” sempat Tengku Ehsan memeluk tubuh Ismail Razak daripada menerkam tubuh Shasya Edrina.
Terkejut mereka apabila Ismail Razak yang sentiasa bersikap rasional secara tiba-tiba menerpa ke arah Shasya Edrina.
“Apa dah terjadi pada Raz?” takut Shasya Edrina.
Tubuhnya sudah diundurkan sedikit daripada kedua-dua jejaka itu.
“Raz, kau dah kenapa tiba-tiba nak peluk Ed ni?!” lantang suara Tengku Ehsan apabila Ismail Razak cuba untuk melepaskan dirinya.
Meronta-ronta Ismail Razak supaya dia dilepaskan dari pelukan Tengku Ehsan.
“Emm…Izan..Awak ke tu?” serentak mata mereka beralih pada pemilik suara lembut itu.
Kelihatan Nur Halimah sudah terjaga. Secara tiba-tiba, dia tersenyum menggoda memandang Tengku Ehsan. Lidahnya sudah naik menjilat bibirnya sendiri.
“Err..Ed, lebih baik awak jauhkan Ima daripada saya,”
Ismail Razak bersuara selepas menelan air liurnya kerana tergoda dengan senyuman gadis tersebut. Pantas Shasya Edrina memeluk dan menarik Nur Halimah jauh dari jejaka-jejaka itu selepas Nur Halimah cuba untuk menerkam tubuh Tengku Ehsan.
“Apa dah terjadi pada mereka berdua ni?” cemas Shasya Edrina.
“Shasya Edrina. Sinilah dengan abang Raz,” geli-geliman mereka mendengar suara menggoda itu.
“Tengku Ehsan, janganlah peluk orang lain. Nanti Ima jealous,” terlopong mulut mereka dengan perubahan sikap Nur Halimah.
Gadis yang sentiasa pemalu itu sudah bertukar menjadi gadis yang seksi dan menggoda?
“Dari mana dia tahu nama sebenar saya ni?!” terkejut Tengku Ehsan.
“Shasya Edrina, marilah pada abang,” lembut suara Ismail Razak memanggil gadis itu.
“Akil! Syaza! Cepatlah datang bantu kami!” menjerit mereka berdua dengan situasi itu.
*****
Nik Akhil dan Siti Syazanah terasa sesuatu. Ketika itu, mereka sedang berdepan dengan lembaga yang dimaksudkan oleh Nik Akhil.
“Siapakah kalian berdua ni?” lembaga itu menoleh memandang Nik Akhil dan Siti Syazanah.
Terbeliak mata mereka berdua melihat makhluk gergasi di hadapan mereka.
“Gamabunta?” serentak mereka.
Terkejut mereka apabila makhluk gergasi itu menyerupai dengan watak katak gergasi di dalam cerita Naruto.
“Syaza pun layan cerita Naruto ke?” soal Nik Akhil sambil memandang wajah gadis yang sentiasa membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang.
“Hehe. Saya pun suka juga tengok cerita kartun,” tersengih Siti Syazanah beserta tangannya naik mengusap belakang kepalanya yang ditutupi dengan tudung.
“Ehem! Saya tidak suka kalau pertanyaan saya tidak dijawab,” besar suara katak gergasi itu.
“Maafkan kami. Nama saya Akil dan ini, Syaza. Kami berdua datang ke sini untuk meminta bantuan daripada awak, wahai penjaga tempat ini,” ujar Nik Akhil secara berhati-hati.
“Macam mana kalian tahu saya ialah penjaga di sini?” pelik katak itu.
Nik Akhil dan Siti Syazanah saling berpandangan. Mereka ketawa kecil sebelum mengalihkan pandangan melihat katak itu.
“Sebab kami pernah berjumpa dengan dua lagi penjaga sebelum ini,” balas Nik Akhil.
Mereka yakin semua gergasi yang berada di alam aneh itu merupakan penjaga untuk kawasan tertentu. Disebabkan itu, mereka mengetahui bahawa katak gergasi itu merupakan penjaga untuk kawasan yang dipenuhi oleh bunga tersebut.
“Jadi, boleh awak selamatkan kedua-dua sahabat kami yang terkena racun cendawan berbentuk hati, wahai penjaga?” merayu Siti Syazanah.
“Cendawan berbentuk hati? Sesiapa yang menghidu cendawan berbentuk hati yang berwarna merah, dia tidak akan sedarkan dirinya. Apabila dia terjaga, dia akan berubah personalitinya dan kemungkinan besar, dia boleh mencederakan orang di sekelilingnya,” terang katak gergasi itu.
Tersentak mereka apabila mendengar perkara buruk yang akan berlaku pada rakan-rakannya.
“Jadi, apa yang perlu kami lakukan supaya mereka menjadi seperti sedia kala, wahai penjaga?” gelisah Siti Syazanah.
“Sebelum saya menjawab soalan kamu, kamu perlu memberi saya nama terlebih dahulu,” mereka berdua saling berpandangan sekilas sebelum menoleh kembali pada katak gergasi itu.
“Gama!” serentak Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Gama? Saya suka dengan nama itu,” ceria suara katak gergasi itu apabila mendapat nama yang baru.
“Terima kasih kerana menyukai nama itu. Jadi, wahai penjaga Gama, apakah penawar untuk seseorang yang terkena racun cendawan berbentuk hati itu?” soal Nik Akhil pula.
“Penawar untuk racun cendawan berbentuk hati yang berwarna merah ialah cendawan berbentuk hati yang berwarna biru. Kamu berdua perlu mencari cendawan berbentuk hati yang berwarna biru yang hanya hidup di tempat yang unik sahaja.
Selepas menjumpainya, orang yang terkena racun tersebut perlu menghidu cendawan itu. Dengan cara itu, barulah dia akan menjadi seperti sedia kala semula,” panjang lebar penerangan Gama.
“Cendawan berbentuk hati yang berwarna biru?” serentak Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Baiklah. Terima kasih, Gama,” faham Nik Akhil sebelum terus beredar dari situ untuk mencari cendawan tersebut.
Pencariannya terhenti apabila menyedari Siti Syazanah sedang merenung memandang katak gergasi tersebut. Nik Akhil berpatah balik ke arah gadis itu.
“Kenapa awak masih berdiri di sini, Syaza? Awak tak nak bantu kawan-kawan kita ke?” pelik Nik Akhil.
“Sabar, Nik Akhil. Saya dapat rasakan sesuatu yang dirahsiakan oleh penjaga ni,” perlahan suara Siti Syazanah membalas soalan jejaka itu.
“Apa maksud awak, Syaza?”
“Wahai Gama, penjaga yang bijaksana dan gagah perkasa, saya yakin yang kamu tahu di mana lokasi sebenar cendawan berbentuk hati yang berwarna biru. Bolehkah kamu memberitahu lokasi sebenar kepada kami?” tanya Siti Syazanah dengan ayat yang formal kepada penjaga itu.
Tiba-tiba katak gergasi itu ketawa dengan gembiranya sehingga menyebabkan kawasan itu bergegar dengan kuat. Terkejut Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Tidak sangka kamu ini cerdik orangnya. Sama seperti seorang manusia yang amat mirip dengan kamu. Baiklah. Disebabkan kamu berjaya melihat helah saya, saya hadiahkan cendawan ini kepada kamu,”
Gama menghulurkan kedua-dua tangannya pada Nik Akhil dan Siti Syazanah. Tidak lama kemudian, muncul sekaki cendawan berbentuk hati yang berwarna biru di atas tangan katak tersebut. Terbeliak mata mereka melihatnya.
Tanpa membuang masa, Siti Syazanah dan Nik Akhil mengambil cendawan tersebut.
“Terima kasih Gama kerana membantu kami,” gembira Siti Syazanah.
“Sama-sama, wahai manusia. Pergilah kamu selamatkan rakan-rakan kamu yang terkena racun itu dengan segera,” balas katak gergasi itu.
“Baiklah. Jumpa lagi,” lantas Nik Akhil dan Siti Syazanah berlari menuju ke lubang pokok itu.
*****
“Korang, kami dah jumpa penawarnya,” ceria muka Siti Syazanah sambil menunjukkan cendawan yang berada pada tangannya apabila masuk ke dalam lubang pokok tersebut.
Sekelip mata sahaja raut wajah Nik Akhil dan Siti Syazanah berubah apabila melihat situasi rakan-rakannya itu.
Comments (0)
See all