Riak muka Nik Akhil dan Siti Syazanah sukar untuk ditafsir ketika itu apabila mereka melihat situasi yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran mereka yang ianya akan berlaku. Mata mereka terbeliak dengan situasi yang berlaku di depan mata mereka.
Kelihatan Ismail Razak yang sentiasa bersikap rasional dan Nur Halimah yang agak pemalu sedang melutut sambil mengangkat kedua-dua belah tangan mereka ke atas. Wajah masing-masing muram memandang lantai pokok. Seperti seorang murid yang didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ismail Razak melutut di hadapan Tengku Ehsan manakala Nur Halimah melutut di hadapan Shasya Edrina. Tengku Ehsan dan Shasya Edrina pula sedang mencekak pinggang beserta muka mereka seperti sedang memarahi manusia di hadapan mereka.
“Raz, dah kenapa kau tiba-tiba nak terkam Ed tadi? Mana sikap kau yang dulu? Mana Raz yang sentiasa bersikap rasional, berkepimpinan dan bijak mengatur strategi?” tengking Tengku Ehsan semasa memandang Ismail Razak sebelum mengalihkan pandangannya pada gadis yang sedang melutut itu.
“Kamu pun sama, Ima. Mana Ima yang berfirasat kuat dan penakut? Sejak bila jadi berani ni? Dah berani sangat ke sampai kucing hitam yang duduk di atas bangku pun kamu takut?” bongkar Tengku Ehsan tentang kejadian pertama kali mereka bertemu di mana Nur Halimah melarikan diri sebelum merempuh tubuhnya gara-gara takut dengan haiwan comel itu.
“Betul tu, Ima. Antara kami, Imalah satu-satunya yang paling bersikap tenang semasa Akitty pernah menyerang kami. Kamu juga, Raz. Kami perlukan Ima dan Raz yang dulu. Kembalilah pada kami. Jangan biarkan alam ini menguasai korang. Kita dah janji nak keluar dari sini sama-sama, kan?” sebak Shasya Edrina.
Mengalir air matanya apabila mengakhiri kata-katanya. Pandangan dilemparkan pada lantai pokok. Air mata Ismail Razak dan Nur Halimah turut mengalir.
“Err…Syaza, baik kita cepat sembuhkan mereka sebelum ianya melarat nanti,” tersentak Nik Akhil apabila melihat gadis di sebelahnya turut menangis.
Siti Syazanah membalas dengan anggukan sebelum mendekati Shasya Edrina. Manakala, Nik Akhil mendekati Tengku Ehsan. Bahu sahabat mereka dipeluk sebentar dengan erat.
“Akil,” Tengku Ehsan memandang Nik Akhil apabila jejaka itu memberi semangat kepadanya.
“Syaza!” Shasya Edrina terus memeluk tubuh sahabatnya itu apabila menyedari kehadiran sahabatnya itu.
Mencurah-curah air mata mereka mengalir.
“Mari kita sembuhkan mereka,” senyum Nik Akhil dan Siti Syazanah sebelum duduk di atas lantai.
Cendawan berbentuk hati berwarna biru didekatkan pada hidung Ismail Razak dan Nur Halimah sebelum mereka berdua pengsan di dalam dakapan Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Kejap lagi mereka akan terjaga dan akan menjadi seperti sedia kala semula,” ujar Siti Syazanah sambil membaringkan kepala Nur Halimah di atas jaket gadis itu.
Manakala, Nik Akhil membaringkan kepala Ismail Razak di atas beg galas Tengku Ehsan kerana lebih dekat daripada beg yang lain.
Tidak lama kemudian, Ismail Razak dan Nur Halimah mula sedarkan diri masing-masing.
“Emm? Apa dah terjadi?” serak suara Ismail Razak sambil bangun dari pembaringan.
Kepalanya dipegang sebelum memandang wajah Tengku Ehsan dan Nik Akhil yang berada berdekatan dengannya.
“Kenapa mata awak merah, Izan?” pelik Ismail Razak.
“Ma..mana ada. Masuk habuk tadi,” tipu Tengku Ehsan tanpa memandang jejaka di hadapannya itu.
“Dia risaukan kau, Raz,” celah Nik Akhil sambil tersenyum mengejek pada Tengku Ehsan.
“Haha. Ada-ada saja kamu ni, Izan,” geli hati Ismail Razak apabila melihat muka Tengku Ehsan yang agak merah menahan malu.
“Ima!” Shasya Edrina terus memeluk tubuh gadis yang masih baring itu apabila gadis itu mula membuka matanya.
Lengan Shasya Edrina dipegang erat. Dahinya berkerut apabila bahu Shasya Edrina terhinjut-hinjut.
“Kenapa ni? Kenapa awak menangis, Ed? Ima tak ada apa-apalah, Ed,” bahu Shasya Edrina diusap lembut.
“Alhamdulillah. Baguslah kalau Ima dan Raz sudah jadi seperti biasa,” senyum Siti Syazanah sambil mengusap kepala Nur Halimah.
Pandangan sempat dialihkan pada Nik Akhil. Jejaka itu memberi senyuman manis pada gadis itu apabila menyedari dirinya dipandang. Pantas Siti Syazanah mengalihkan pandangannya dengan mukanya yang merah menahan malu.
“Boleh sesiapa menerangkan apa yang sudah berlaku?” pelik Ismail Razak sambil memandang setiap manusia di dalam pokok itu.
*****
Mereka berenam duduk di atas kerusi sambil makan buah-buahan yang dipotong oleh Siti Syazanah.
“Raz dan Ima terkena racun cendawan berbentuk hati yang berwarna merah. Sementara Izan dan Ed menjaga korang berdua, saya dan Syaza keluar untuk mencari penawar. Kebetulan, kami berjumpa dengan penjaga di kawasan ni.
Dengan bantuan Gama, penjaga tempat ni, dan dengan kebijaksanaan Syaza, kami berjaya mendapatkan penawarnya. Penawarnya ialah cendawan berbentuk hati yang berwarna biru,” panjang lebar Nik Akhil bercerita.
“Penjaga? Apa rupa penjaga untuk tempat ni?” teruja Shasya Edrina apabila mendengar nama ‘penjaga’ tersebut.
“Gamabunta,” serentak Nik Akhil dan Siti Syazanah sebelum kedua-duanya ketawa kecil.
“Gamabunta? Apa tu?” pelik yang lain.
“Watak katak gergasi dalam cerita Naruto. Sebab itu kami namakan dia Gama. Lagipun, dia suka dengan nama tu,” kata Siti Syazanah.
“Emm…,” semua mata memandang pemilik suara lembut itu.
“Kenapa, Ima?” soal Shasya Edrina.
“Boleh saya tahu apa yang berlaku selepas saya dan Raz terkena racun cendawan tu?” permintaan Nur Halimah menyebabkan Tengku Ehsan dan Shasya Edrina saling berpandangan.
“Kenapa? Teruk sangat ke racun tu sampai susah korang nak cerita?” pelik Ismail Razak dengan sikap Tengku Ehsan dan Shasya Edrina yang ragu-ragu untuk menceritakan padanya.
“Korang tak ingat apa-apa ke?” tanya Tengku Ehsan.
Serentak Nur Halimah dan Ismail Razak menggelengkan kepalanya.
“Saya hanya ingat saya keluar menyiasat dengan Akil dan Izan je. Selepas itu, saya tak ingat apa-apa sampailah saya sedarkan diri tadi,” jujur Ismail Razak.
Nur Halimah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata jejaka itu. Dia juga hanya ingat semasa dia dengan dua gadis yang lain keluar berjalan-jalan sebelum dia hilang ingatan selepas itu.
“Err..,” teragak-agak Tengku Ehsan dan Shasya Edrina untuk menjelaskan kejadian yang memalukan tadi.
Patut ke mereka menceritakannya pada mereka kerana ianya boleh membuka aib mereka secara tidak langsung. Nik Akhil dan Siti Syazanah yang memahami raut wajah Tengku Ehsan dan Shasya Edrina mula mencelah.
“Tak payahlah cerita. Perkara dah lepas, jangan dikenang. Nanti korang juga yang susah,” kata Nik Akhil.
“Betul tu. Lagipun, Raz dan Ima kan baru saja baik dari racun tu. Jangan fikirkan sangat ye,” sambung Siti Syazanah.
Sempat mereka menaikkan ibu jari kanan pada Tengku Ehsan dan Shasya Edrina. Lega mereka kerana sahabat mereka memahami dan membantu menyelesaikan konflik itu.
“Baiklah kalau begitu. Kami nak minta maaf kerana cuai sehingga terkena racun cendawan tu,” bersalah Ismail Razak.
“Ima pun nak minta maaf sebab telah menyusahkan kalian,” tunduk Nur Halimah.
“Tak apalah, Ima, Raz. Bila korang susah, kami bantu. Mana tau lepas ni, korang pula yang bantu kami bila kami susah nanti,” ujar Tengku Ehsan.
“Betul tu,” ceria muka Shasya Edrina.
*****
“Syaza?” tegur Nik Akhil apabila gadis itu termenung.
“Huh? Oh. Kenapa?” pelik Siti Syazanah apabila yang lain ralit memandangnya.
“Adakah suis cahaya tu muncul?” cemas Shasya Edrina.
Serentak mereka mengalihkan pandangan pada dinding yang pernah muncul cahaya berbentuk suis lif itu. Namun, tiada sebarang cahaya kelihatan pada dinding tersebut.
“Kenapa cahaya tu tak muncul?” pelik Tengku Ehsan.
“Adakah disebabkan tugasan kita masih belum selesai?” fikir Ismail Razak.
“Syaza, awak tahu sesuatu ke?” tegur Nik Akhil apabila melihat gadis itu sedang memikirkan sesuatu.
“Saya rasa mesti tugasan kita ada kena mengena dengan Gama. Cuba kita fikirkan baik-baik. Sebelum ini, semua tugasan kita mesti ada kena mengena dengan penjaga di kawasan tu,” bicara Siti Syazanah.
“Logik juga apa yang Syaza cakap tu,” setuju yang lain.
“Kalau begitu, mari kita berjumpa dengan penjaga kawasan ni,” kata Ismail Razak.
“Tapi, tak apa ke Raz dan Ima? Korangkan baru sahaja kena racun. Lebih baik korang berdua berehat dulu,” risau Shasya Edrina.
“Kami dah ok. Jangan risau,” serentak Ismail Razak dan Nur Halimah.
“Baiklah kalau macam tu. Jom kita pergi sekarang. Lebih cepat kita selesaikan tugasan, lebih cepat kita kembali ke bumi,” bersemangat Tengku Ehsan.
Dengan kata sepakat, mereka keluar daripada rumah pokok itu. Mereka berjalan ke arah penjaga kawasan tersebut yang diketuai oleh Nik Akhil.
#####
Comments (0)
See all