“Syaza! Ima!” panggil Shasya Edrina apabila kelibat dua sahabatnya itu hilang dari pandangannya.
Shasya Edrina berhenti berlari di sebuah pokok ru yang besar. Nafasnya yang tercunggap-cunggap cuba dipulihkan menjadi normal semula.
“’Coolaf’ ! Saya tahu kamu dengar apa yang saya katakana ni. Saya nak kamu lepaskan semua kawan-kawan saya sekarang juga. Biar mereka keluar dari alam ini . Sebagai balasan, saya akan menemani awak di sini! Awak dengar tak , ‘Coolaf’ !” lantang suara Shasya Edrina.
Dia mula gelisah apabila kakinya mula beku. Kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak. Badannya pula semakin menggigil kesejukkan.
“’Coolaf’ ! Awak boleh lakukan apa sahaja pada saya. Tetapi, tolong lepaskan kawan-kawan saya. Mereka masih mempunyai keluarga yang menanti mereka. Sedangkan saya, ada ibu bapa pun, mereka tidak pernah menghiraukan saya. Saya janji yang saya tidak akan meninggalkan tempat ini. Saya akan sentiasa berada di sisi kamu, ‘Coolaf’! Tolong lepaskan mereka,” merayu Shasya Edrina.
Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.
Tidak lama kemudian, pokok di sisi gadis itu mula bergerak. Tersentak Shasya Edrina apabila melihat pokok ru itu berubah menyerupai sesumpah gergasi. Mungkin itulah rupa sebenar penjaga di kawasan bersalji itu.
“Kenapa kamu sanggup melakukannya demi kawan-kawan kamu, wahai manusia? Sedangkan mereka, tidak pernah perdulikan kamu?” bersuara makhluk gergasi itu.
Air liurnya ditelan dengan kasar. Matanya masih terbeliak melihat makhluk gergasi yang berada di hadapannya.
“Kamu silap, ‘Coolaf’. Mereka sentiasa mengambil berat tentang saya. Malah, hati kami sentiasa bersatu. Disebabkan itu, kami berjaya menjejakkan kaki di kawasan kamu, ‘Coolaf’,” serius muka Shasya Edrina memandang mata makhluk gergasi itu.
“Kenapa kamu buat begitu, wahai manusia? Mereka hanyalah kawan dan bukannya keluarga kamu,” bersuara penjaga kawasan bersalji itu.
“Kamu salah, ‘Coolaf’. Walaupun kami langsung tiada pertalian darah, namun, bagi saya, mereka adalah ahli keluarga yang saya sayangi. Mungkin kami baru sahaja bertemu di alam aneh ini. Tetapi, mereka amat penting bagi saya kerana merekalah sahabat pertama yang pernah saya jumpa dan menerima saya seadanya,” ujar Shasya Edrina.
Dia mula tersenyum apabila mengingati sahabat-sahabatnya. Walaupun dia sering bergaduh dengan Nik Akhil dan Tengku Ehsan, namun, merekalah penceria suasana ketika mereka jauh daripada keluarga. Jejaka yang bernama Ismail Razak pula sentiasa mengambil berat tentang keadaannya.
Siti Syazanah dan Nur Halimah sering memujuk dan sentiasa memberi semangat di kala dia dibelenggu rasa takut dan berputus asa. Merekalah sahabat pertama yang setia bersama-sama dengannya dan bertahan dengan perangainya.
Melihat wajah tekad Shasya Edrina menyebabkannya kembali ke kisah silamnya di mana dia berjumpa dengan seorang jejaka yang berusaha melindungi seorang gadis walaupun dia hampir terkorban kerana kesejukan.
Ribut salji yang sedang melanda kawasan itu mula berhenti. Salji yang mengeras pada kaki Shasya Edrina mula cair. Kakinya boleh digerakkan semula. Kemudian, mata dialihkan memandang makhluk itu.
“Jadi, kamu setuju untuk melepaskan mereka?” tanya Shasya Edrina.
“Baiklah. Saya akan melepaskan kawan-kawan kamu. Tetapi, ingat janji kamu, wahai manusia,” balas ‘Coolaf’ .
“Jangan risau, ‘Coolaf’ . Saya seorang yang pegang pada janji,” kata Shasya Edrina.
“Saya tak benarkan perjanjian ini dilaksanakan!” tersentak mereka apabila terdengar suara yang serak basah.
Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut. Siti Syazanah dan Nur Halimah terus berlari ke arah gadis itu. Pelukan yang erat mula menghangatkan tubuh Shasya Edrina.
“Kenapa awak buat kami macam ni, Ed?” menangis Siti Syazanah.
“Kenapa awak buat perjanjian dengan dia, Ed?” sebak Nur Halimah.
“Syaza, Ima,” dia turut mengalirkan air matanya apabila mendengar suara Siti Syazanah dan Nur Halimah yang menahan sebak.
Segala perbualan di antara Shasya Edrina dengan penjaga kawasan bersalji telah didengari oleh mereka.
“Kenapa kamu kata yang perjanjian kami tidak boleh dilaksanakan?” soal makhluk yang berupa sesumpah itu.
Matanya tajam memandang Ismail Razak kerana menghalangnya untuk mendapatkan seseorang untuk berada di sisinya sebagai kawan.
“Perjanjian ini tidak boleh dijalankan memandangkan Ed telah berjanji dengan kami semua terlebih dahulu!” tegas suara Ismail Razak.
Nik Akhil dan Tengku Ehsan yang berdiri di sisi jejaka itu menganggukkan kepala mereka tanda setuju.
“Betulkah apa yang dikatakannya, wahai manusia?” mata makhluk itu dialihkan memandang Shasya Edrina yang dipeluk.
Pelukan dilepaskan. Siti Syazanah dan Nur Halimah beralih dengan memegang erat tangan Shasya Edrina. Gadis itu memandang Siti Syazanah dan Nur Halimah sebelum beralih memandang sang jejaka yang tidak jauh dari mereka.
“Apa janjinya, Raz?” soal Shasya Edrina.
Dia sedar bahawa dia banyak berjanji dengan jejaka itu. Namun, yang mana satu dimaksudkan oleh Ismail Razak? Fikirnya di dalam hati.
Jejaka itu mengukir senyuman kacak melihat gadis yang polos itu.
“Bukankah kita berenam berjanji untuk menyelesaikan setiap tugasan bersama-sama, Ed?” kata Ismail Razak dengan nada yang normal.
“Betul tu. Bukan ke kita berjanji untuk kembali ke bumi sama-sama, Ed?” sokong Nur Halimah.
“Apa gunanya bila kita datang ke sini berenam tetapi kembali berlima pula. Mana adil!” kasar suara Nik Akhil.
“Kalau kau tak ada, apa kami nak cakap dengan keluarga kau pula nanti? Walaupun mereka tidak pernah pedulikan kau, tetapi, kau tetap ahli keluarga mereka,” celah Tengku Ehsan.
“Ed, kami sentiasa ada dengan Ed. Di kala susah mahupun senang. Ingatlah bahawa kami sentiasa ada untuk menangis dan ketawa bersama. Jangan pernah nak hilang kepercayaan dengan kami, Ed. Walaupun kita berbeza, tetapi hati kita bersatu,” lembut suara Siti Syazanah menyapa telinga gadis itu.
“Wuahh!” kuat tangisan Shasya Edrina kedengaran.
Tubuh Siti Syazanah dipeluknya dengan erat. Kepala ditekupkan pada bahu gadis itu. Belakangnya diusap lembut oleh Nur Halimah. Tersenyum mereka melihatnya.
“Kuatnya!” merungut Tengku Ehsan sambil menutup telinganya.
Begitu juga dengan Nik Akhil yang turut menekup telinga menggunakan kedua-dua tangannya.
“Tidakkk!” terkejut mereka apabila mendengar raungan kuat yang dihasilkan oleh makhluk itu.
“Saya sangat sunyi berada di sini sorang-sorang! Saya juga perlukan kawan untuk bercakap dan bermain! Saya tak nak duduk sini sorang-sorang!” mengadu ‘Coolaf’ .
“Sebab itu kami berada di sini, ‘Coolaf’. Benarkan kami untuk membantu kamu, ‘Coolaf’?” kata Ismail Razak sambil tersenyum memandang makhluk di hadapannya.
‘Coolaf’ mula tenang apabila mendengar dan melihat senyuman manusia itu.
“Bagaimana kamu mampu membantu saya, wahai manusia?” pelik ‘Coolaf’.
“Kami akan ‘buatkan’ kawan-kawan kamu, ‘Coolaf’,” bersemangat Nik Akhil.
“’Buatkan’?” ragu makhluk sesumpah itu.
“Kami tahu yang kamu boleh berubah bentuk seperti mana kamu berjumpa dengan kali buat pertama kali dalam rupa orang salji. Kamu juga boleh menghidupkan sesuatu kerana kamu mampu menjadikan ranting pada tangan kamu bergerak,” hujah Tengku Ehsan.
“Oleh itu, kami akan membuat beberapa orang salji untuk kamu. Kemudian, kamu hanya perlu ‘menghidupkan’ mereka sahaja. Kamu setuju ke dengan cadangan kami ni, ‘Coolaf’ ?” sambung Ismail Razak.
Mereka terfikir strategi ini sewaktu mereka ingin kembali ke rumah pokok. Mereka turut tertanya-tanya mengapa tugasan terakhir sangat mudah untuk diselesaikan tanpa memerlukan strategi sedangkan mereka sudah berada di aras terakhir.
Mereka turut pelik apabila tiada satu pun yang bernyawa kecuali orang salji yang mereka jumpa. Ternyata apa yang difikirkan dan merisaukan mereka menjadi kenyataan apabila mereka terpisah antara satu sama lain. Mereka yakin bahawa tugasan terakhir mereka masih belum diselesaikan.
“Baiklah. Saya setuju dengan cadangan kamu, wahai manusia,” setuju makhluk gergasi itu.
Dia mula berubah bentuk menjadi pokok ru yang tidak bernyawa. Kemudian, orang salji muncul di belakang pokok ru itu. Dia mengubah semula rupanya kerana dia tahu bahawa rupa sebenarnya boleh menakutkan orang lain.
Dengan bantuan enam manusia itu, tiga orang salji berjaya disiapkan. ‘Kelebihan’ yang dimiliki oleh penjaga kawasan bersalji itu membolehkan ketiga-tiga orang salji yang dibuat bernyawa.
Ceria wajah ‘Coolaf’ apabila dia dapat kawan-kawan yang baru untuk menemani dan bermain-main dengannya.
*****
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” lega mereka apabila sudah tiba di rumah pokok itu.
Comments (0)
See all