(S.P Aykel)
Hariku seperti biasa,berlatih bersama Tok Afkar seni mempertahankan diri di halaman rumahnya.Tok Afkar ialah salah seorang daripada pahlawan Alay di zaman kegemilangannya dan sudah tentulah latihan yang diberikannya sudah cukup untuk membuatkan aku memikirkan pilihan hidup yang telah aku lakukan ini.Seni mempertahankan dirinya sudah memberikan kepenatan fizikal kepadaku ditambah pula dengan latihan mengawal teras dalaman yang melemahkan mentalku,hanya dia dan aku sahaja yang tahu betapa seksanya hari-hari yang dijalaniku sejak aku mula berlatih dengannya pada usia 5 tahun.Dan kerana itulah kekuatanku dikagumi setiap penduduk kampung kelahiran aku ini.Sejujurnya aku pun tidak mengetahui mengapa kampung ini tiada nama,mungkin kerana ianya terpisah dengan sempadan Ainaruo dan kami dianggap sebagai penduduk yang terbuang oleh mereka.
Ianya sudah 9 tahun dan 2 bulan aku menjalani latihanku berama Tok Afkar.Aku diberi cuti olehnya disertakan sekali dengan amaran sekiranya aku tidak berlatih sendiri sepanjang tempoh cuti yang diberikan itu.Jujur aku katakan,tidak mungkin aku akan berlatih semasa minggu pertama cuti ini.Lebih baik aku merehatkan diri di atas katilku yang empuk itu dan bermalas-malasan sepanjang hari jika kerja ku dirumah sudah tamat.
“Rasanya aku mungkin tidak dapat rehat yang aku inginkan.”omelku sambil mengangkat kotak dan meletakkannya ke dalam kereta kuda.Ayahku akan menghantar tembikar buatannya kepada penempah di sekitar kampungku ini dan akulah mangsanya yang akan mengankat kotak-kotak berisi tembikarnya itu.
Kadang-kadang,aku akan berlatih bersendirian di halaman rumah ataupun menghabiskan masa melayan karenah adikku itu.Ianya sudah beberapa hari sebegitu dan aku semakin lupa tentang niatku untuk bermalas-malasan di sini.Sudah lama aku tidak menghabiskan masa sebegini bersama keluargaku.
‘’’’’’
Sejak bila cuaca di sini menjadi sejuk?Tanganku dimasukkan ke dalam poket semasa mendaki bukit untuk ke rumah Tok Afkar.Jarang aku dipanggil ke sini,dan kenapa perlu rumahnya dibina di sini?Maksud aku,tinggal sahajalh di kaki bukit ini.Bukankah lebih mudah?Aku bernafas secara tidak terkawal kerana penat menaiki bukit itu.
“Sepatutnya sekarang aku terlena di atas katil empukku itu lalu mengembara ke dalam mimpi yang indah tapi tidak,orang tua itu ada sahaja caranya mahu menggangguku.”keluh aku.Tanganku menghalau serangga yang mendekati aku dan membunuh penghisap darah yang hinggap permukaan kulitku yang terdedah.Bunyi sungai sudah mula kedengaran menandakan aku sudah mendekati rumahnya.Apalah yang orang tuan ini mahukan?
Setibanya aku di sana,aku melihat Tok Afkar sedang duduk menungguku di bangku berdekatan dengan sungai di sebelah rumahnya itu.Seperti telah mengetahui bahawa aku telah tiba,dia bangun lalu memalingkan badannya melihat aku.Janggutnya diusap lalu dia berjalan masuk ke rumahnya sambil memanggilku menggunakan gerak tangannya.
“Kenapa dengan kelakuannya harini?Senyap semacam sahaja.Terhantuk ke?” fikirku di dalam hati sambil berjalan ke arahnya dengan pantas sekali.
,,,
Pintu masuknya dibuka lalu aku memasukinya selepas menanggalkan seliparku.Rumahnya tidaklah sebesar mana pun,sesuai dengan persekitarannya dan untuk dia yang tinggal berseorangan.Tetapi…orang tua ni perlu belajar mengemas.Mataku melihat ruangan dalam rumahnya yang berselerakan dengan barangannya.Mataku meliar melihat barangan itu sambil terfikir akan kegunaannya.Ada beberapa barangan yang tidak diketahui aku da nada barangan yang aku pasti memang tiada gunanya dan hanya menjadi penyumbang kepada keselerakan di dalam rumah ini.
Aku duduk di ruang tamunya berseorangan semasa orang tua itu berada di dapur.Mungkin aku tidak berseorangan,jika diambil kira barangannya yang memenuhi ruang itu.Aku bersiul untuk membunuh kebosanan yang kurasa sekarang ini.
Akhirnya,Tok Afkar tiba dan menghidangkan minuman serta makanan yang dibawa daripada dapurnya.Sedang Tok Afkar menyusunnya di atas meja,aku mula membuka bicara “Mengapa tok menyeruh saya datang ke sini?”
“Sudah tentulah aku ingin berbual dengan kamu.Sudah tiada lagi yang aku dapat ajar kepadamu,jadi lebih baik untuk engkau ke Zuinuqi dan belajar di akademinya di situ.”
Aku tersemburkan air yang diminumku selepas mendengar jawapan Tok Afkar.Aku melihatnya dengan pandangan yang tidak percaya sementara tanganku menggapai kain berdekatan untuk mengelap meja yang dibasahi air itu.
“Bukankah akademi di situ untuk golongan bangsawan dan mereka yang ingin menjadi tentera Kerajaan Alay sahaja?”
“Aykel,masa sudah pun berubah,mereka kini membuat ujian kelayakan kepada sesiapa sahaja yang ingin memasukinya.”jelas Tok Afkar menjawab pertanyaanku.
“Aku boleh sahaja ke sana,lagipun aku sudah tidak boleh belajar apa-apa lagi daripada tok.”sambungku sambil meyuapkan daging ke dalam mulutku.Aku tersengih sendiri.
“Aku tahu engkau ada niat yang lain,Aykel.”Tok Afkar memandangku sambil tersenyum seperti mengetahui apa yang baru sahaja difikirkan aku.
“Ah tidak..sudah tentulah aku ingin ke sana untuk menjadi pahlawan yang terhebat di seluruh Tanah Alay.”aku memberi alasan sambil berdiri dengan tanganku menepuk dada.
Orang tua itu ketawa seperti dapat melihat disebalik alasanku itu. “Untuk menjadi pahlawan yang hebat,engkau juga perlukan senjata yang kuat…tetapi di mana aku meletakkannya ya?”Tok Afkar menggaru-garu kepalanya itu.
Akhirnya,Tok Afkar menghabiskan waktunya mencari senjata yang ingin diberikannya itu.Aku pula hanya menunggungya sambil menghabsikan makanan yang dihidangkannya.Oleh kerana diriku ini baik dan dipaksa olehnya,aku pun membantunya mencari senjata itu sambil mengemas rumahnya supaya menjadi lebih teratur.
(S.P Tok Afkar)
Engkau dah semakin membesar Aykel.Bukannya aku ingin mengatakan yang engkau ini istimewa kerana sekiranya orang sebelum engkau berani untuk menunjukkan bakat keturunan Araith,sudah pasti lebih banyak lagi orang sepertimu.Aku melihatnya pergi menuruni bukit ini dari pintu rumahku.
Aku menguap sedang aku memasuki kembali rumahku ini. “Mengantuknya.” Mataku senang apabila melihat kembali suasana rumahku semasa ingin ke bilik tidur.Ada gunanya juga aku bawa dia kemari.Aku meregangkan badan sebelum membaringkan diri ke atas katilku.
(S.P Aykel)
Ibu dan ayahku menerima dengan baik hajatku untuk ke Akademi Zuinuqi..cumanya adikku sahaja yang sedih apabila memikirkan bahawa aku akan pergi meninggalkannya.Mungkin dia sudah biasa bermain denganku setiap hari sehinggakan tidak sanggup untuk berpisah denganku buat sementara.
“Aku bukannya hendak pergi berperang ibu.”gurauku cuba menceriakan ibu.
Ayah hanya tertawa melihat karenah ibu yang sebegitu. “Tidak mengapa jika itu yang engkau mahukan,lagipun waktu inilah ayah dapat merasa makanan yang sedap..aduhhh.” ibu terus mencubit ayahku yang seperti tidah sedih dengan pemergianku.
Aku sudah membeli keperluanku dan dibantu pula oleh Tok Afkar,jadi aku sudah bersedia untuk bergerak esok.Ujian itu akan bermula empat bulan daripada sekarang,tetapi aku perlu bertolak awal bagi membuang kemungkinan masalah yang timbul semasa perjalanan yang akan melambatkan aku.
Aku pasti akan merindui segala yang ada di sini apabila aku tiba di sana.Saat-saat yang tidak dapat diganti.
,,,
Malam itu,aku membaringkan diri di halaman rumah sambil melihat bulan penuh di langit.Aku merasa angin yang ditiup ke arahku sungguh menenangkan…dan sejuk yang membuatkan aku menggigil..Sedang mataku leka melihat bulan,adikku muncul disebelahku.Aku membangunkan diri untuk duduk disebelahnya.
“Berapa lama abang akan duduk di Zuinuqi?”adikku membuka suara memecahkan suasana yang sunyi daripada tadi.
“Tidak lama pun…belum sempat bulan dapat mengejar matahari,abang akan balik ke sini kembali.”aku memberi jawapan supaya dapat menenangkan hatinya.
“Abang janji?.”lalu dia sandarkan kepalanya pada bahuku sambil menunjukkan jari kelingkingnya.
“Janji.”aku menyambut jari kelingkingnya sambil tersenyum.
Suasana yang sejuk itu tidak lagi aku hiraukan.Memori indah yang tercipta sentiasa tersimpan di hati,kerana berharganya ia.Adikku tertidur dan kini kepalanya dibaringkan di atas pahaku.Dan kerana itulah aku tidak dapat bangun kerana kakiku mula terasa kebas.Aku mengusap rambutnya sambil melihat cahaya bulan yang menerangi malam yang indah ini.
Comments (2)
See all