(S.P Nuviel)
Anak panah yang dilepaskan menusuk angin dengan pantas dan tepat mengenai sasaran.Aku mengambil nafas lega setelah lama berlatih di sini.Busurku tidak pernah menghampakan setiap anak panah yang dilepaskanku.Melihat setiap anak panah yang dilepaskan tepat mengenai sasaran,sudah tentu diriku yang lama tidak percaya dengan tahap aku sekarang ini.
Esok ialah harinya untuk aku ke Zuinuqi jika tidak mahu terlambat menghadiri ujian kemasukannya.Aku melepaskan ikatan rambutku dan melabuhkan punggung ke atas sofa usang di rumah kosong ini.Tiada yang perlu aku rindu di sini,tiada yang menjadi kenangan yang manis pun disini.Ada seorang sahaja,dan mungkin aku tidak akan bertemunya lagi.Aku tersenyum sendiri apabila memikirkannya kembali.
(S.P Aykel)
Kalaulah aku boleh ikut sahaja arah sungai,sudah tentu aku dapat sampai ke Zuinuqi dengan cepat.Hanya kerana aku tinggal di luar Ainaruo sahaja,aku tidak dapat memasukinya.Tok Afkar sepatutnya mengiringi aku supaya dapat memasuki Ainaruo.Sekarang aku sudah sesat di sini.
Aku memerlukan tuah yang banyak untuk terserempak dengan orang di sini dan ianya merupakan sesuatu yang mustahil.Hutan Barat jarang digunakan oleh orang Alay melainkan mereka yang tidak mahu kegiatannya ditemui.Ini kerana laluannya yang seperti memerangkap manusia di situ supaya tidak boleh keluar daripadanya.Tunggu sekejap,aku hanya perlu mencari sungai dan mengikut arah lawannya sahaja supaya dapat ke Zuinuqi.Akhirnya,kebijaksanaan aku memunculkan dirinya tapi…di mana terletaknya sungai itu?Aku sudah jauh berada di dalam Hutan Barat.
Terbenamnya matahari menandakan berhentinya perjalanan aku buat sementara.Aku meregangkan diri dan menguap kepenatan lalu menyandarkan diri aku pada sebatang pokok.Jika setiap hari aku begini,aku mungkin tidak dapat menghadiri ujian kelayakan itu pada waktu yang ditetapkan.Aku mengalas perutku dengan sebiji kentang pada malam itu.
Aku terjaga apabila terdengar bunyi kereta kuda berdekatanku.Mulutku menguap dan badanku masih lagi penat tetapi aku gagahkan diri mencari arah bunyi itu kerana sudah tentu pembawanya mengetahui selok belok di sini.Malam yang gelap itu telah mengurangkan penglihatanku walaupun mataku sudah terbiasa dengan suasana malam itu.Aku berharapa kereta itu tidak berhenti,aku betul-betul memerlukan pertolongan sekarang ini.
(S.P Nuviel)
Aku sedang memerhatikan beberapa orang yang meragukan daripada dahan pokok pada waktu malam ini.Berdasarkan apa yang aku dengar pada hari sebelumnya,mereka ini terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia yang tular di sekitar Tanah Alay.Manusia yang tidak berguna seperti inilah yang menjadi punca kesengsaraan orang tidak berdosa di sini.
Sedang aku memerhatikan mereka,ada seseorang yang menangkap perhatianku.Seorang budak lelaki bermantel merah berada tidak jauh daripada mereka.Aku meneka dia berasal daripada Ainaruo kerana mantel merahnya itu.Apa-apapun dia hanya akan mengganggu rancangan aku jika dia datang dengan lebih dekat ke arah kereta kuda yang dinaiki manusia tidak berguna ini.
Sudah beberapa lama aku memerhatikan mereka dan aku sudah memastikan bahawa hanya ada 5 lelaki dewasa di situ.Sasaran yang hidup untuk menjadi makanan panahku.Menarik.
(S.P Aykel)
Nafasku distabilkan setelah penat mengejar mereka.Aku memerehatikan mereka daripada jauh sebelum menghampiri mereka dari belakang dan tiba-tiba aku terdengar suara wanita menjerit seperti dipukul.Keadaan itu membuatkan aku berjaga-jaga.Kedua-dua tanganku bersedia untuk menghunuskan belati pemberian Tok Afkar semasa aku bersembunyi di sebalik semak samun di situ.
Tenangkan dirimu Aykel,tapi apa yang perlu aku buat?Alihkan perhatian mereka yang berada di luar?Mustahil aku seorang dapat kalahkan empat orang bersenjata.Jantungku berdegup laju memikirkan apa yang akan terjadi jika aku tersilap langkah.
Sedang aku memikirkan cari menyerang mereka,muncul anak panah menusuk kepala lelaki yang paling besar di situ. Ada tercengang melihat kejadian itu.“Oh tidak,mungkin aku akan terlibat dengan pergaduhan antara kumpulan di sini.” fikirku dan seorang lagi daripada mereka dibunuh anak panah yang muncul daripada atas pokok.Musuh kepada musuhku ialah sahabatku,jadi lebih baik aku mengambil kesempatan in untuk menyelamatkan mangsa di dalam kereta kuda itu.Kakiku terus memecut ke tempat masuk kereta kuda itu.Aku menyelak kain yang menutup tempat masuk dan perutku seperti dipukul sesuatu yang sangat kuat.Impak yang dihasilkan sudah cukup untuk membuatkan aku tercampak ke belakang.
Aku memegang perutku yang kesakitan dan melihat susuk tubuh yang mendekati aku mula menghayunkan kapaknya.
“Lihat,ada penyelamat yang akan berjumpa dengan ajalnya.”
Oh tidak,matilah aku.
(S.P Nuviel)
Aku mengeluh melihat situasi sekarang.Musuh sudah pun menjadi peka dengan keadaan sekeliling sambil mencabar supaya aku memunculkan diri.Dalam keadaan ini aku perlu turun berlawan dengan mereka.Aku berpindah ke dahan yang lebih dekat dengan mereka untuk memulakan serangan.
Hei,apa yang budak itu buat? “Menyusahkan.”fikirku setelah melihat budak itu menjadi perhatian 3 lelaki dewasa yang bersenjata itu.Aku terus melepaskan anak panah ke arah lelaki yang menyerangnya,namun ianya ditangkap menggunakan tangan kosongnya itu.Mustahil.
Lelaki itu ketawa selepas menangkap anak panah aku.
“Pembetulan,ada dua penyelamat yang bakal menemui ajal mereka di sini.”dia tersenyum sinis lalu memerhatikan keadaan sekelilingnya.
Aku terus melepaskan 2 anak panah serentak membunuh 2 lelaki dewasa di belakangnya.
“Hei,bukankah ianya tidak adil apabila dua melawan satu.Ahhh ya,aku tahu,biar aku jadikannya adil dengan membunuh budak ini.”
Belum sempat aku mengambil anak panahku,dia sudah mengahayunkan kapaknya ke arah budak itu.Ianya berlaku dengan sangat pantas dan aku tidak dapat menyelamatkan budak itu.Bukannya salah aku kerana dia bukan berada di dalam tanggungaku ini.Sekarang hanya tinggal dia dan aku sahaja.
(S.P Pemegang kapak)
“Eh”reaksi pemegang kapak itu terkejut dengan apa yang baru berlaku.Dia tidak dapat melihat pergerakan budak bermantel merah itu yang bergerak dengan laju seperti angin.
Dia melihat sekeliling memastikan supaya dirinya tidak diserang hendap.
“Terlalu banyak bukaan di dalam pertahananmu.”dia mengalihkan badannya dan menggunakan pemegang kapak itu sebagai pertahanan kepada serangan belati kembar budak itu.
Tidak.Mustahil aku akan tewas dengan budak kecil sebegini.Tetapi persekitarannya terasa semakin hangat buat beberapa ketika. “Pengguna elemen!”fikirnya di dalam hati.
“Berlawanlah seperti lelaki!Pengecut!” aku cuba mencabar egonya.
“Heh,kau fikir aku akan termakan dengan kata-katamu itu?”
Aku masih tidak dapat melihat pergerakannya dan suara budak itu pula sudah cukup untuk membuatkan aku mengawasi sekeliling kerana betapa dekatnya bunyi suara itu denganku.Aku berada di dalam kekurangan kerana tidak mampu menggunakan elemen. “Hei,tunjukkan diri engkau,adakah engkau hanya mahu arghh”mulutku mengeluarkan darah.Badanku sudah ditembusi anak panah semasa aku sedang leka mencari budak itu.
Tanganku menjadi lemah tidak berdaya apabila melepaskan genggaman kapakku itu.Pemandanganku kian gelap tetapi aku tidak dapat merasa tubuhku menghempap tanah walaupun badanku sudah tidak lagi bermaya.
(S.P Aykel)
Aduh…aksiku diganggu separuh jalan.Sepatutnya pada waktu inilah aku mengeluarkan kata-kata menarik seorang penyelamat kepada penjenayah.Aku berhenti menggunakan elemen,dan kini badanku sudah lemah.Mulutku mengeluarkan darah pekat.Aku mengelapnya menggunakan lengan bajuku sambil menyandarkan diri pada sebuah pokok.Seorang perempuan menghampiri kereta kuda itu sambil mengambil kembali panah yang dilepaskannya sebentar tadi.Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana separuh daripadanya telah ditutup seperti tidak mahu mendedahkan rupa parasnya.
“Terima kasih”aku ucapkan kepadanya dengan senyuman yang paling manis terukir di wajahku.
“….”
Bukannya aku mengharapkan balasannya tetapi biarkan jelah.Hatiku seperti ditikam kerana diabaikan.Ah betul,manusia seperti ini pun wujud.
Dia mempersoalkan perempuan dia dalam kereta kuda itu dan aku mengetahui bahawa mereka berasal daripada Zuinuqi berdasarkan apa yang aku dengar.Mungkin mereka tahu jalan ke sana.
“Tunggu sebentar,ke mana engkau hendak pergi?” tanya aku selepas melihat permpuan itu mula menunggangi kuda itu.
“Duh,ke Zuinuqi lah,hantar dia pulang,kutip duit kerana menyelamatkan mereka.” balasnya lalu terus melibaskan tali dan bergeraklah kereta kuda itu.
Aku terkelu mendengar jawapannya. “Tunggu,destinasi kita juga serupa,tidak mengapakah jika aku ikut tumpang sekali?.Namaku Aykel.” Kataku sambil mengejar pergerakan mereka.
Tiada jawapan daripadanya buat beberapa waktu. “Naiklah..dan jaga jarakmu.” Kenapa dengan layanan yang kasar ini.Bukankah kita dipihak yang sama.Aku menaiki kereta kuda itu.
Aku melihat seorang perempuan berada di dalamnya dan aku terus mengambil tempat yang bertentangan dengannya.
“Namaku Aykel.”aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
“……..”
Tenang Aykel,beberapa hari sahaja lagi dan engkau tidak akan lagi bertemu dengan mereka.Haih…perjalanan ini bakal terasa sangat lama.Tetapi mengapa sejak daripada itu kepalaku terasa berat ini.Aku membaringkan diriku dan segalanya menjadi gelap dan sunyi selepas itu.
(S.P Nuviel)
Budak ini mengagumkan.Aku fikir dia hanya mampu mengawal 2 elemen seperti aku,tetapi dia mengeluarkan 3 elemen sekali gus.Dia memerangkap kaki musuhnya dengan tanah yang keras semasa bergerak dengan elemen angin dan api serentak.Boleh tahan.
Aku menjeling kebelakang melihat apa yang dilakukannya. “Heh,kelakuan dan penguasaan elemennya seperti langit dan bumi."
Comments (0)
See all