(S.P Aykel)
Aku sudah berada di hadapan pintu gerbang kampungku.Inilah harinya.Aku memeriksa beg galasku dan memastikan barangan yang dibawa buat kali terakhir.Tiba-tiba,bahuku ditepuk semasa aku sedang memeriksanya dan aku sedar bahawa ianya merupakan Tok Afkar.
Aku terus berdiri untuk menyalam tangannya.
“Jangan gagal pula apabila di sana.”katanya sambil menepuk kedua-dua belah bahuku dengan perlahan.
“Mana mungkin aku akan gagal di sana.Akulah yang terbaik di kampung ini dan seluruh Tanah Alay.”kata aku dengan bangga sambil menepuk dada ku sendiri.
Tok Afkar kelihatan seperti risau kepadaku.Riaknya segera ditukar dengan senyuman seperti mentertawakan kata-kataku sebentar tadi.Hei,aku seriuslah.
“Jaga pisau belatimu dengan baik,ia punyai nilai yang tinggi selain harganya.”
“Ya,ya,aku tahu.Pisau belati ini akan berada dalam jagaanku dengan baik.”kataku sambil memegang kedua-dua hulu pisau belati berkembar ini.
Aku kembali menggalas beg aku selepas memastikan semua barang yang dibawa.Pengembaraan berseorangan.Menarik bunyinya,aku sudah bersedia.Tetapi sebelum tu nama apa yang harus aku guna? Tok Afkar menyuruhku merahsiakan susur galur aku yang bersambung dengan Raja Araith.Tiada nama yang menarik dapat aku fikirkan setakat ini.Ah nanti sahajalah aku memikirkannya.
Aku merancang untuk mengikut sahaja aliran sungai ini untuk terus membawaku ke Zuinuqi tetapi sudah semestinya aku tidak akan dapat melepasi pagar Ainaruo jadi aku memilih untuk mengambil jalan yang lebih jauh. “Tidak sabarnya aku untuk tiba di sana” aku tersengih berseorangan.
(S.P Nuviel)
“Bagaimana dengan pedangku?”
“Oh ya sebentar.” Katanya sambil menghulurkan pedang itu.Pemegangnya dipegang lalu aku cuba untuk melibasnya bagi merasakan kelainan yang ada pada pedang ini. “Ringan.” Pedang bersaiz sederhana itu dimasukkan ke dalam sarungnya.
Ini sahaja barang yang perlu aku ambil di kota Ainaruo ini.Aku sudah boleh memulakan perjalananku pada esok hari.Aku terus berjalan menuju ke destinasiku sebelum ditolak jatuh daripada belakang.Menyakitkan hati betul.Aku menepuk kotoran di seluar sebelum melihat ke arah empunya badan yang menolakku itu.
“Vis.”aku menjelingnya tajam.
“Aku dengar harini ialah hari terakhir engkau di sini.Ke Akademi Zuinuqi?Berapa kuat dirimu itu sehingga mampu untuk memimpikan perkara sebegitu.Biar kami berikan engkau sedikit kesedaran supaya engkau sedar tempatmu itu.” senyuman sinis terukir dimukanya.
Perhatian orang ramai telah ditarik kumpulan ini.Namun tiada siapa yang menghentikannya hanya kerana mereka merupakan anak kepada bangsawan berpengaruh di Ainaruo.Aku bangun menerima cabarannya.
Vis ketawa melihat tindakanku itu.Dia melihatku dengan pandangan yang hina seperti jijik dengan kehadiranku di Ainaruo.
“Tiada lagi penyibuk yang akan mengganggu aku untuk mengajar orang biasa yang hina seperti engkau.”katanya lalu mula menunujukkan postur untuk menyerang.
Ya,aku masih ingat memori lama itu yang menyuntik semangat untuk aku mendapat hasil seperti diri yang sekarang.Masih segar tidak terusik.
“Kenapa?Takut untuk dimalukan dia lagi?” sindirku sambil tersenyum sinis.
Seperti dirasuki amarah,Vis terus memecut ke arahku untuk memulakan serangannya.Tumbukannya pantas seperti biasa tetapi aku sudah boleh mengatasinya.Kelajuanku sudah jauh meninggalkan mereka.Belum sempat dia mendaratkan tumbukannya,aku telah melepaskan tendangan ke perutnya.Viz terundur ke belakang dan jatuh terseret di tanah.Terkejut dengan seranganku,dia mula mengarahkan rakannya pula untuk melakukan serangan.
Membazirkan waktu aku sahaja jika aku kekal berlawan dengan mereka.Aku mula mencari akal untuk melarikan diri daripada mereka.Kedua rakannya seperti teragak-agak untuk menyerang aku.Ya,sedarlah akan kelemahan sendiri dan berhenti membazirkan masaku.Mereka masih mendekati aku walau pun dalam keadaan yang ketakutan.
Harga diri mereka terlalu tinggi untuk menyerah kalah.Kesombongan mereka hanya akan memakan diri sendiri.Aku menarik keluar pedang yang baru diterimaku dan menghalakannya ke arah mereka.Mereka cuak melihat tindakan aku.
“Jikalau nyawa masih engkau sayang,hentikan langkahmu.” Keadaan menjadi sunyi seketika kerana tiada yang menyangka ia akan menjadi begitu.Aku mengambil keadaan itu untuk memecut laju ke arah pintu gerbang Kota Ainaruo untuk keluar daripadanya.
‘’’’’
Hari ini,aku memilih untuk menggunakan jalan yang jauh bagi mengelakkan ‘lalat’ yang hanya membazirkan masaku.Pagi masih muda dan kesejukannya sudah cukup untuk membuatkan aku menggigil,tetapi itu bukan penghalang untuk ke Zuinuqi dengan cepat.
Aku tertanya-tanya sama ada jalan utama di sini masih diselenggara dengan baik ataupun sudah diabaikan.Ah benarlah tekaanku,jalan utama ini sudah tidak lagi kelihatan laluannya.Manusia yang tidak peka dengannya sudah pasti akan sesat di dalam hutan ini.
Semasa aku sedang menentukan jalan yang patut dilaluiku,aku terdengar jeritan seorang perempuan yang ketakutan.Aku terus melihat sekeliling mencari daripada mana datangnya suara itu.Suara itu berterusan menjerit seperti mengharapkan pertolongan.
Aku memanjat pokok dan melihat ke sekitar kawasan daripada atas dahannya dan mengambil inisiatif untuk berpindah daripada satu dahan ke dahan yang lain untuk mendekati suara itu.Aku perlu pergi ke arah suara itu dengan cepat kerana bunyinya semakin perlahan.Kalau perkara ini berterusan aku mungkin tidak akan dapat menyelamatkannya.Aku terus mendekati bunyi itu dan aku mengetahui bahawa ianya datang daripada dalam kereta kuda yang sedang berhenti di dalam Hutan Barat ini,lalu aku memerhatikannya daripada atas dahan yang sedangku duduki ini.
“Diam pun,merimaskan,engkau tahu jika engkau selalu menjerit apabila aku membuka ikatan ini.”
Sudahku agak.Tetapi sebelum bertindak,aku perlu memastikan bilangan mereka dan bagaimana caranya aku ingin menyerang. “Tidak pernah lagi buruanku terlepas daripada anak panah ini.” Aku mengikuti mereka apabila kereta kuda itu mula bergerak menyambung perjalanannya.
(S.P Aykel)
“Eh,aku sudah sesat?” Aku melihat keadaan sekeliling,cuba untuk mengingati langkahku.Kepalaku digaru walaupun tidak gatal.Pengembaraan berseorangan ini tidak menarik sepeti bunyinya.Aku tertanya-tanya bagaimana aku mahu ke Zuinuqi.
Comments (0)
See all