Raja yang memerintah Zuinuqi bersemayam di atas singgahsananya mendengar jawapan yang diberikan raja kecil di empat kota di luar Zuinuqi.Setiap kota menghantar wakilnya membawa jawapan untuk tindakan yang dilakukan raja.
Raja kecil di Ardiu,Arlach dan Quanian gembira dan menyatakan persetejuannya untuk meneruskan rancangannya manakala raja kecil di Ainaruo yang diancam golongan bangsawan di sana terpaksa menunjukkan tentangan bagi mengelakkan konflik berlaku.
Sebahagian golongan bangsawan yang berpengaruh tidak kisah dan tidak mahu masuk campur urusan pentadbiran raja namun ada sesetengah yang menunjukkan tentangan mereka.Raja itu seperti tahu akan keputusan yang bakal diterimanya dan langsung tidak terkejut dengan tentangan yang diterimanya.
Dihantar wakil itu pulang lalu dia termenung keseorangan memikirkan apa yang bakal terjadi.Ya,dia telah mengubah cara kemasukan pelajar ke Akademi Zuinuqi.Selalunya hanya golongan bangsawan dan pelajar yang dicadangkan oleh golongan yang berpengaruh sahaja layak ke sana,tetapi kali ini dia mengubah dengan mewajibkan setiap pelajar yang ingin ke sana mengambil ujian kemasukan bagi menentukan kelayakan mereka.
Sebahagian bangsawan tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana mereka tidak mahu dikotori manusia yang hina.Alasan yang sering digunapakai mereka tetapi tidak sampai lagi kepada tahap untuk menderhaka kepada seorang raja.
“Hanya cara ini sahaja yang dapat dilakukan bagi mengubah Tanah Alay.”fikirnya sambil mengusap janggut yang berwarna putih itu.
Kerajaan Alay yang tersempit diantara masalah dalaman dan luaran telah mula melakukan perubahannya sedikit demi sedikit hasil daripada usahanya.Raja berketurunan Coure yang dulu sedikit pun tidak sedar akan masalah yang telah mereka kumpulkan kerana ianya tidak menggugat kuasa mereka.
Raja ini sedar apabila buah caturnya digerakkan,berjuta senjata bakal dihalakan ke arahnya.Kerana itu,dia mula melakukan perubahan dalam supaya tidak disedari mata musuh yang sentiasa cuba menjatuhkannya.Sekarang ini ialah gilirannya,namun buah caturnya tidak dapat digerakkan kerana puterinya telah diculik.Ini merupakan salah satu daripada kemungkinan yang difikirkannya dan dia gagal menghalang kejadian itu berlaku.
“Tuanku,berikanlah pencerahan tentang tindakan tuanku ini.”tanya bendahara yang sudah lama berkhidmat untuknya.
Raja itu diam seketika untuk mencari jawapan yang sesuai kepada pertanyaan itu.
“Kerajaan ini sudah lama memejamkan matanya setelah terbuka buat beberapa ketika.Beta hanya cuba untuk membuka matanya kembali.”
Bendahara kelihatan seperti cuba untuk mentafsir ayat itu menggunakan akalnya.Perkara itu dibiarkan raja kerana dia yakin bahawa ayat itu akan dapat ditafsirnya.
Peperangan bakal melanda.Jika seni mengawal elemen dan peperangan hanya diajarkan kepada golongan bangsawan,maka kehancuranlah yang kerajaan ini bakal diterima.Ya,dia telah membuat keputusannya,dia bakal mengisytiharkan perang buat pertama kalinya dalam sejarah Kerajaan Alay terhadap Kerajaan Sines dan Hindesh.
Namun,ada perkara yang memberi kerisauan di dalam hatinya,jika khabar angin yang diterimanya benar,maka bertambahlah lagi masalah dan musuh buat kerajaan ini.Dia mengurut kepalanya yang pening kerana terlalu banyak perkara yang perlu dia fikirkan untuk selamatkan kerajaan ini.
“Mungkin aku patut menghimpunkan kesemua panglima dan Ranalay bagi membincangkan hal ini.”
‘’’’’
Berita yang diterimanya membuatkan dia bergegas pergi ke luar istana.Puterinya berjaya diselamatkan oleh seorang pemanah wanita di Hutan Barat.Berita ini membuatkannya gembira tak terkata sehingga tangisan kegembiraannya mengalir.Lalu,dia menyambut puterinya itu yang telah tiba di halaman istananya.
Raja itu mempelawa Nuviel untuk masuk ke dalam istananya.
“Tidak ku sangka masih ada cahaya walaupun di Hutan Barat.”kata raja itu selepas mengucapkan rasa syukurnya kepada Nuviel yang menyelamatkan puterinya itu.Mereka mengambil tempat duduk di sebuah meja panjang.
“Untuk menyelamatkan puteri kerajaan ini,engkau sememangnya pahlawan yang hebat untuk melakukannya berseorangan.”puji raja itu.
“Maafkan aku,tetapi bukan aku seorang sahaja yang menyelamatkannya.Ada seorang lagi yang membantuku namun dia menolak untuk datang ke istana ini.”
“Mengapa,adakah harga dirinya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan istana ini?”
“Oh tidak,bukan kerana itu.Dia menolak untuk menerima ganjaran kerana telah menyelamatkan nyawa seseorang.”
“Menarik…Jikalau begitu,sudah cukup sekiranya jika namanya diketahui beta.”
“Aykel.” Tsuyaka memotong bicara Nuviel yang ingin menjawab soalan raja itu.
‘’’
“Lihat,sentiasa ada yang layak berbanding yang berharta.”fikir raja itu. “Aku perlu menyuruh mereka untuk memeriksa Hutan Barat.Terlalu banyak perkara meragukan di dalam sana.Sekarang aku perlu menunggu mereka pulang daripada mencari puteriku.”Raja itu menghirup tehnya dan sambung membaca buku di perpustakaannya di dalam istana.
(S.P Tsuyaka)
Aykel.Adakah dia seorang bangsawan?Tetapi pakaiannya tidak kelihatan sepertinya.Mungkin aku dapat tahu sedikit-sebanyak tentang dia jika aku bercakap dengannya tetapi aku terlalu gementar untuk membuka bicara dengannya semasa perjalanan pulang ke sini.
Aku yakin bahawa umurnya sama denganku.Mungkin dia ke sini untuk ke Akademi Zuinuqi?
Aku tidak dapat berhenti memikirkan tentang lelaki itu dan kelakuannya yang pelik.Bantalku dipeluk semasa baring di atas katil dan aku cuba untuk melupakannya yang sentiasa berada di dalam fikiranku.
(S.P Aykel)
Aku bersin walaupun cuaca di sini tidaklah sesejuk mana.Pelik.Mungkin kebetulan sahaja.Aku perlu menukar bajuku dengan segera.Penduduk di sini mungkin akan tersalah anggap aku dengan seorang pembunuh.
(S.P Nuviel)
Duit ini sudah lebih daripada mencukupi untuk aku tinggal disini.Aku mengira berapa banyak ganjaran yang diterimaku.Sekarang aku hanya perlu menunggu sehingga ujian kemasukan Akademi Zuinuqi tetapi sebelum itu aku akan menggunakan tempat latihan di sini.10 syiling emas.Tidak silap aku ianya bersamaan dengan 100 syiling perak ataupun 1,500 syiling tembaga.Cepat sangat aku dapat duit sebanyak ini.Mungkin aku boleh membaik pulih senjataku dan membeli anak panah yang lebih berkualiti dengan banyak.
Peta Zuinuqi dibentangkan di atas katil pada malam itu.Aku boleh tinggal di tempat penginapan ini buat sementara waktu.Tempat ini dekat dengan tempat terjualnya senjata dan tempat berlatih,jadi ianya sudah cukup untukku. “Makanan apa yang patut aku cuba di sini,ya?” fikirku sambil melihat kepada beberapa restoran dan kafe yang terdapat di sini.
Comments (0)
See all