Please note that Tapas no longer supports Internet Explorer.
We recommend upgrading to the latest Microsoft Edge, Google Chrome, or Firefox.
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
Publish
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
__anonymous__
__anonymous__
0
  • Publish
  • Ink shop
  • Redeem code
  • Settings
  • Log out

Tanah Alay

Perihal Kerajaan Alay

Perihal Kerajaan Alay

Mar 30, 2021

Raja Kaifar yang mengubah kembali pentadbiran Kerajaan Alay punyai musuh yang ramai di luar kerajaannya mahupun yang di dalam.Rakyat biasa melihat bayangan Raja Araith di padanya kerana pentadbirannya yang berbeza berbanding raja berketurunan Coure yang lain.Golongan bangsawan yang selama ini angkuh mendabik dada dengan harta mereka kini terpaksa bergaul dengan rakyat biasa yang mereka pandang hina dimata.

Cukai yang dikenakan berbeza mengikut pendapatan mereka supaya tiada rakyat yang tertekan hanya untuk membayarnya.Raja Kaifar beberapa kali diancam bahaya namun berjaya diatasi menggunakan akal liciknya itu.Sebahagian golongan bangsawan mula berhenti menyumbangkan dana dalam pembangunan kerajaan tanda protes dengan tindakan Raja Kaifar itu.

Ainaruo merupakan satu sahaja daerah yang berani mempamerkan tentangan mereka,hasil pimpinan bangsawan yang berpengaruh di sana.Kerana itulah,orang biasa mendapatkan layanan yang berbeza dan diskriminasi yang nyata.

Pendidikan di Tanah Alay terbahagi kepada subjek wajib dan subjek tambahan.Subjek wajib sudah semestinya subjek biasa yang kita dengar pada hari ini bertujuan untuk menambahkan lagi para ilmuwan dan pekerja pada bidang yang tertentu.Subjek tambahan pula terbahagi kepada dua iaitu penggunaan elemen dan penggunaan senjata.Subjek ini yang banyak melahirkan pelindung Kerajaan Alay daripada serangan musuh.

Akademi Zuinuqi merupakan tempat untuk pembelajaran yang sentiasa menjadi impian para pelajar kerana keterjaminan pekerjaan yang mampu mengubah nasib keluarga.Terdapat beberapa lagi tempat pembelajaran di daerah masing-masing tetapi tidaklah setanding dengan Akademi Zuinuqi.

Lebih ramai orang yang tidak memilih subjek tambahan berbanding yang memilihnya  kerana tidak ramai yang berminat untuk berperang dan tidak mampu mengawal teras dalaman mereka.Bukan semua yang memilih subjek penggunaan senjata mahir menggunakan elemen dan sebaliknya juga.Ini kerana tidak semua orang mampu mengawal teras dalaman untuk mengawal elemen dan tidak semua orang yang mempunyai kekuatan untuk berada di barisan paling hadapan semasa berperang.Ada beberapa pengguna yang mampu mengawal kedua-duanya dan ianya merupakan bakat yang jarang ditemui.Raja Kaifar membuka peluang supaya lebih ramai yang memasuki Akademi Zuinuqi adalah bertujuan untuk menemui lebih banyak bakat seperti ini.

Wang yang digunakan di sini pula ialah syiling emas,perak dan tembaga.Hasil daripada beberapa lombong yang telah dibuka di Hutan Timur menjadikan Kerajaan Alay melimpah ruah dengan pelbagai jenis syiling.Ini yang menyebabkan Kerajaan Sines dan Kerajaan Hindesh sentiasa mencuba untuk meluaskan kuasa mereka di Kerajaan Alay.1 keping syiling emas bersamaan dengan 10 keping syiling perak dan 1 syiling perak bersamaan dengan 15 keping syiling tembaga.

Terletaknya  pula Zuinuqi ini di tengah-tengah Kerajaan Alay dengan Ainaruo yang terletak di bahagian barat laut,Ardiu yang terletak di bahagian timur laut,Arlcah yang terletak di bahagian tenggara dan Quanian dia bahagian barat daya.Keempat-empat kota di situ menjadi barisan hadapan Kerajaan Alay dan sudah tentunya kawasan itu lengkap dengan tentera yang sentiasa bersedia mempertahankan Kerajaan Alay.

Raja Kaifar tidak mengambil remeh tentang pertahanan kerajaan ini dan kerana itulah banyak dana disumbangkan untuk ketenteraan dan pertahanan kerajaan.

Terdapat perkampungan di tepi sungai,di luar sempadan Ainaruo,Ardiu dan Arlach.Kampung ini mendapat perlindungan Kerajaan Alay kerana mereka merupakan golongan yang tidak mampu untuk tinggal di dalam kota-kotanya.Kebiasaannya mereka akan diberikan sumbangan bergantung kepada kota yang berdekatan dengan mereka.Namun,tiada perkampungan yang dibina di luar sempadan Quanian kerana kedudukannya yang dekat dengan Kerajaan Hindesh dan Sines yang menyebabkan kotanya sering menjadi sasaran serangan mereka.

Sudah terceritalah berkenaan kerajaan ini yang masih baru membuka matanya untuk melihat kegelapan yang mula memakan cahaya.Langkahnya masih teratur kerana durinya tidaklah sebanyak yang disangka,namun semakin jauh mereka berjalan,durilah tempat mereka berpijak.

myizzzzz
myizzzzz

Creator

Comments (0)

See all
Add a comment

Recommendation for you

  • Blood Moon

    Recommendation

    Blood Moon

    BL 47.7k likes

  • Invisible Boy

    Recommendation

    Invisible Boy

    LGBTQ+ 11.5k likes

  • What Makes a Monster

    Recommendation

    What Makes a Monster

    BL 75.4k likes

  • The Last Story

    Recommendation

    The Last Story

    GL 46 likes

  • Touch

    Recommendation

    Touch

    BL 15.5k likes

  • Secunda

    Recommendation

    Secunda

    Romance Fantasy 43.3k likes

  • feeling lucky

    Feeling lucky

    Random series you may like

Tanah Alay
Tanah Alay

2.7k views5 subscribers

Konflik Tanah Alay semasa usia kedua Aduinne.
Subscribe

24 episodes

Perihal Kerajaan Alay

Perihal Kerajaan Alay

108 views 0 likes 0 comments


Style
More
Like
List
Comment

Prev
Next

Full
Exit
0
0
Prev
Next