(Aykel)
Perutnya berbunyi meminta untuk diisi dengan makanan.Selepas dia menukar pakaiannya di sebuah lorong dan membuang bajunya yang berdarah itu,dia terus membawa dirinya mencari tempat untuk mengisi perut.Perutnya kekal berbunyi dan memulas tanda dia benar-benar kelaparan tetapi ditahannya sepanjang perjalanan itu.
Tangannya memeriksa poket di baju dan seluarnya untuk menggapai sebuah beg kecik yang menyimpan duitnya.Mula-mula dia terasa pelik mengapa tidak terasa beg kecik itu di poketnya.Selepas itu dia meletakkan beg galasnya ke tanah dan mula menyelongkar beg itu.Mukanya jelas mempamerkan riak gelisah kerana tidak menjumpai duitnya.
“Aduh…di mana perginya duit aku ini?Mustahil aku di rompak..sudah tentu aku akan menyedarinya sekiranya begitu.”
Aykel akhirnya mengalah dan berhenti mencari duitnya yang sudah pasti telah hilang.Dia menggaru-garu kepala cuba memikirkan apa yang perlu dilakukannya.Orang ramai di situ keliru memandang kelakuannya yang pelik itu.
“Bagaimana aku hendak mendaftarkan namaku pada ujian kelayakan nanti,sekiranya aku tiada wang.Arghhh.”Jantungnya berdegup laju kerana resah dengan situasinya sekarang.Peluh mula mengalir kerana di mukanya dan dia terasa hangat secara tiba-tiba kerana stress memikirkan tindakannya selepas ini.Nampaknya dia tidak akan mempunyai masa yang senang di Zuinuqi.
“Bekalan makananku sudah tentu akan habis sekiranya begini.”Aykel mengeluh.
(Tsuyaka)
Harinya berjalan seperti biasa setelah hari dia diselamatkan.Tidak banyak yang berubah selepas hari itu melainkan pertambahan pengawal yang menjaga istana dengan ketat.Dia masih kebosanan di dalam istana kerana tiada teman yang bermain dengannya.Tarikh untuk ujian kelayakan ditunggu-tunggunya kerana selepas itu,dia akan bebas merasa dunia luar.Nuviel juga telah memberitahuku bahawa dia akan ke sana,jadi aku tidak akan berseorangan apabila tiba di akademi itu.
Dan kerana itulah,dia masih menguatkan diri berlatih mengawal elemennya dengan pelatih peribadi yang merupakan bekas professor akademi itu bagi melayakkan dirinya ke sana.Berbeza dengan pengawal elemen berketurunan Coure yang lain,dia tidak mampu mengawal elemen api tetapi itu tidak melunturkan semangatnya dan atas hasil usahanya selama ini dia sudah berada pada tahap yang mengagumkan untuk pengawal elemen udara dan air.
“Bagus,mungkin selepas beberapa sesi latihan yang akan dijalanakan selepas hari ini,tuan puteri mungkin akan berjaya mengawal asa kepada elemen ais.”
Mendengar jawapan itu membuatkan Tsuyaka tersenyum gembira.Usahanya selama ini membuahkan hasil,walaupun dia tidak mahir menggunakan senjata tetapi pada tahapnya ini,tiada siapa yang akan memandang rendahnya.
Pengawalan elemen pada tahap awal bukanlah sukar baginya kerana dia memang sudah arif tentang teori gegelung elemen.Pengawalan elemen anginnya juga sudah dikuasai dan dia kini sedang sedaya upaya cuba mengawal elemen ais pula yang terlalu sukar kerana ianya merupakan tahap terakhir elemen air.
(S.P Tsuyaka)
Ah penatnya.Aku terus mengambil tempat di atas sofa di dalam bilikku itu.Dimana kekandaku sudah pergi membawa dirinya?Dia bukannya seseorang yang rajin untuk keluar daripada istana ini.Mengapalah Nuviel tidak tinggal bersamaku?Bolehlah kesunyian ini berkurang sedikit sekiranya dia ada di sini.
(Aykel)
Aykel termenung melihat langit.Mukanya terukir riak ingin menyerah.Sudah 2 minggu sejak duitnya hilang dan bekalan makanan yang dibawanya pula semakin sedikit.Usahanya untuk menambah bekalan makanan pula adalah dengan memetik buah daripada pokok di Hutan Barat.
Berburu di sini memerlukan lesen dan perlu menunjukkan hasil tangkapan kepada penjaga di luar pintu gerbang sebelum boleh dibawa masuk ke dalam Zuinuqi.Dia hampir sahaja ditangkap kerana menlanggar peraturan itu.Perutnya yang mula berbunyi itu diabaikannya seperti sudah lali dengan kejadian itu.Kakinya mula bergerak membawa diri ke tempat yang sering dia pergi untuk berehat.
“Aku memang sudah tiada harapan ke?”luahnya sambil mengunyah epal ditangannya.Pemandangan kota Zuinuqi menjadi sebuah ilustrasi dimindanya.Seperti lukisan yang indah yang telah dilukisakan oleh pelukis-pelukis yang terkenal di sini.Mulutnya masih mengunyah semasa di sedang terleka dengan pemandangan dihadapannya itu.Dirinya berseorangan di atas bangku di bukit ini yang sering menjadi tempat dia merehatkan diri kerana jarang orang akan datang ke sini pada waktu malam.Tiba-tiba bahu kirinya ditepuk perlahan.Dirinya yang terkejut itu serta merta terlompat ke depan menyebabkan genggamannya pada epal itu terbuka dan telah menyebabkan buah yang malang itu bergolek jatuh hingga hilang ke kaki bukit.
Dirinya menjadi kaku kerana epalnya telah tiada.Darahnya menggelegak ingin melepaskan kemarahan yang mula membara.Nafasnya turun dan naik seperti tidak mampu berfikir dengan waras.Dia memalingkan badannya untuk melihat empunya badan yang mengejutkannya itu.
Lelaki itu mempunyai rambut ikal mayang yang panjangnya hingga paras bahu.Terdapat parut di pipinya dan janggut yang tidaklah terlalu panjang menghiasi dagunya.Badannya sedang-sedang sahaja dan tidaklah terlalu sasa.Berdasarkan pakaiannya,dia tidak menunjukkan ciri-ciri seorang bangsawan.Tangannya yang memegang minuman dilambai-lambai kepada Aykel dengan senyuman di wajahnya.
“Lelaki ini pun tiada harapan seperti aku.”fikir Aykel selepas pertama kali melihatnya.Api amarahnya kian terpadam kerana tidak sanggup mengapa-apakan lelaki kasihan ini.
Lelaki itu mengambil tempat duduk di sebelah Aykel dan sambung meneguk minumannya.Wajah Aykel mengukir riak kasihan terhadapnya.Lelaki menunjukkan riak terkejut apabila melihat reaksi Aykel.Dia seperti mengetahui apa yang difikirkannya.
“Hei,mengapa dengan riak wajahmu itu,setidak-tidaknya cubalah untuk sembunyikannya.”kelam kabut lelaki itu bercakap seperti cuba untuk membetulkan salah faham.
“Aku tidak mahu membazirkan tenaga memarahi orang yang keadaannya lebih teruk dariku.”
“Siapa?”tanya dia yang masih tidak sedar diri lagi.Aku memberi pandangan yang sama seperti tadi dan seperti biasa dia terkejut dengan riak aku itu.
(S.P Aykel)
Apalah nasibku harini.Aku melihat lelaki itu yang sedang nyenyak melayan tidurnya di atas bukit ini.Aduhai.
‘’’’’
Sudah beberapa hari dietku hanya buah-buahan di hutan.Sekurang-kurangnya aku tidaklah kelaparan sangat.Tetapi jika ini berterusan,tubuhku akan mulai kurus.Kenapalah aku duiji sebegini.Nampaknya aku sudah tiada harapan untuk ke Akademi Zuinuqi.
“Aku perlukan duit.”luahku semasa aku baring di atas bukit ini sambil menghadap langit yang gelap.
“Engkau perlukan duit?Apa kata engkau ikut aku untuk mengumpulkannya pada esok hari.”cadang Kortris yang sedang baring di sebelah aku.
Oh ya,aku lupa lelaki tua yang menjatuhkan epal aku pada hari itu,sentiasa datang kembali ke sini untuk mengganggu aku.Aku tidak kisah tentangnya lagipun bukit ini bukanlah milikku untuk menghalangnya daripada datang ke sini.Cadangannya boleh dipertimbangkan walaupun aku tidak mengetahui bagaimana caranya dia mendapatkan duit.Melihat minuman yang sering dibawanya kesini sudah cukup meyakinkan aku bahawa dia mempunyai wang yang banyak.
“Bukankah ianya melanggar peraturan disini untuk budak berumur 13 tahun bekerja?Aku sekurang-kurangnya perlu menunggu lagi 2 tahun sebelum dibenarkan untuk bekerja.”aku mengalihkan pandangan ke arahnya.
Kortris ketawa mendengar jawapanku.Mukaku berkerut melihat reaksinya. “Engkau ini memang tidak tahu apa-apa kan?Jangan risau engkau datang sahaja ke tempat ini.” Kortris mengeluarkan sebuah kertas dan pensel sebelum melukiskan peta untuk aku tiba di sana.
Adakah ini lukisan orang dewasa?Aku melihat lukisannya yang ‘unik’ itu buat sekian lama sebelum menyimpannya di dalam poket seluarku.
“Pastikan engkau tiba di sana.”beritahu Kortris sebelum bangun untuk beredar daripada kawasan itu.
Haih.Apalah yang akan jadi pada hari esok?Aku mula menampar serangga penghisap darah yang hinggap di lenganku.Diriku sudah terbiasa dihinggap serangga tetap penghisap darah di sini menjadi musuh utamaku.Aku rindu akan bilik yang tenang tidak diganggu serangga dan baring di atas katil empuk diselimuti selimut yang selesa.Aku tersenyum sendiri apabila memikirkannya semasa baring di atas tanah berbantalkan beg aku itu.
(Nuviel)
Nuviel keluar dari kedai itu selepas membeli busur baharunya.Kualitinya melebihi busurnya yang lama.Dan setelah beberapa cubaan untuk memanah,dia merasa selesa menggunakan busur itu.Simpanan anak panahnya telah ditambah dengan anak panah yang lebih kuat berbanding anak panah buatannya.Dia mengeluarkan peta yang berada di dalam poket seluarnya untuk ke destinasi selepas ini.
Zuinuqi merupakan tempat yang baharu buatnya dan kerana itulah dia memerlukan peta supaya tidak tersesat.Dirinya sekarang hendak menuju ke sebuah kafe bagi mengisi perutnya pada petang itu.Dia bertuah kerana pelanggan pada waktu itu tidaklah terlalu ramai dan tidak perlulah dia menunggu sehingga gilirannya untuk masuk ke dalam kafe itu.
Tekaknya dibasahkan dengan minuman kegemarannya diikuti suapan kek selepas lama menunggu ianya sampai.Wajahnya mengukir riak memuaskan setelah merasa manisan itu.Dia seperti berada di dalam syurga yang terindah setiap kali menjamah suapan kek itu.
“Sudah lama aku tidak merasa manisan begini.”luahnya gembira.
Sedang dia menikmati kegembiraannya merasa manisan itu,telinganya menangkap sesuatu yang menarik untuknya.
“Adakah engkau sudah dengar ada ura-ura mengatakan bahawa panglima Zuinuqi telah mempunyai anak murid untuk dilatih?”
“Benarkah berita itu.Selama ini dia tidak pernah mengambil anak murid untuk diajar secara peribadi walaupun didesak golongan bangsawan dan ditawarkan bayaran yang lumayan.”jawab lelaki itu dengan riak yang terkejut.
“Oh,bukannya sesuatu perkara yang berbaloi dihebohkan pun.”fikir Nuviel di dalam hatinya.
“Mereka mengatakan bahawa budak itu masih lagi muda dan selalunya panglima hanya akan melatih mereka yang berbakat di Akademi Zuinuqi sahaja.”
“Tambahan pula,budak itu mesti berasal daripada Ainaruo kerana mereka sering melihatnya memakai mantel berwarna merah.”
“Wah,aku perlu melihat budak itu sendiri.Sudah tentu dia seorang yang berbakat.”
“Aykel?”nama itu muncul di dalam fikiran Nuviel selepas mendengar ciri-ciri itu.
“Ah,tidak mungkinlah dia..mustahil dia akan terus dilatih seorang panglima sekiranya dia baru sahaja tiba disini.Tetapi..kalau benarlah dia,maka aku perlu berlatih segera untuk meningkatkan kehebatanku.”
Nuviel menghirup minumannya dengan tenang,selepas mereka mula menukar topik yang lain.
‘’’
Sementara itu di atas bukit yang terletak di bahagian barat kota Zuinuqi,Aykel dan Kortris bergaduh selepas Kortris menghabiskan minuman yang dijanjikan untuk dikongsi bersama Aykel.
(Aykel)
Aykel berjalan sambil matanya tetumpu kepada peta Kortris.Dia sudah beberapa kali masuk ke jalan mati kerananya.Lukisannya itu yang sedikit berbeza dengan peta Zuinuqi telah menyebabkannya gagal untuk mencari tempat dia akan bertemu dengannya.
Lukisan itu mempunyai lorong besar dan kecik seperti disengajakan lukisannya.Jikalau ikut jalan itu pada peta yang menunjukkan lorong-lorong yang sama,dia akan membawa dirinya kepada jalan mati.Inisiatif yang diambil untuk bertanyakan tentang kawasan itu pada orang yang terdapat di sekelilingnya gagal kerana akhirnya,ianya akan membawa dirinya kepada jalan mati.
Matanya seperti berpusing setelah merenung lukisan itu dan peta buat masa yang lama.Kepalanya menjadi pening dan dia mula menenangkan dirinya dengan mengawal pernafasan.
“Hurm,kalau lelaki tua itu hanya berbohong,sia-sia sahajalah penat lelahku ini.”
Aykel membanding bezakan peta dan lukisan itu sekali lagi.Matanya fokus untuk mencari jalan ke sana kerana dia masih punya harapan dan mulutnya tengah sibuk mengunyah buah epal.Dia abaikan sahaja orang ramai yang melihatnya pelik kerana dia sedan duduk di tepi jalan apabila melakukan semua itu.
Matanya tiba-tiba memandang sesuatu yang boleh dijadikan tekaannya untuk ke sana.Jika dibandingkan lukisan itu dengan peta Zuinuqi,lorong kecilnya mempunyai jalan yang sama dengan apa yang telukis pada lukisan Kortris itu.Aykel meneka bahawa lorong besar lukisan Kortris merupakan jalan besar di bahagian barat Zuinuqi dan lorong kecil yang sukar terlihat pada peta Zuinuqi itu merupakan kuncinya untuk pergi bertemu Kortris.
Aykel segera bangkit dan pergi ke mana jalan itu bermula.Dia perlahan-lahan melihat kawasan sekelilingnya supaya tidak terlepas pandang apa-apa perkara yang mungkin membantunya.Matanya kini dapat melihat lorong kecik untuk dilaluinya bagi ke destinasinya.Lorong kecik itu menyambungkannya dengan jalan besar yang lain dan dia perlu melalui lorong kecik yang ada di situ untuk terus ke destinasinya.Situasi ini berulang-ulang dan akhirnya dia sampai pada fasa terakhir peta itu.Kelihatan tiada lagi jalan mati dihadapnnya,senyuman terukir di wajah Aykel kerana merasakan dia sudah berjaya.
“Tetapi..rumah di sini kesemuanya kelihatan seperti hanya orang berada sahaja yang mampu memilikinya.Betulkah orang tua itu tinggal disini?”Aykel menjadi ragu-ragu.
Bangsawan di situ menunjukkan reaksi yang tidak senang apabila Aykel berjalan menghampiri destinasinya.Setelah lama dia mengikut lukisan Kortris itu,akhirnya dia tiba di sebuah rumah agam yang indah dan luas.
Tiba-tiba dirinya ditegur oleh seseorang di sana.
“Apa yang budak berdarah hina buat di kawasan yang suci ini?Patutlah udara di sini tiba-tiba berbau busuk.”herdik seorang bangsawan yang memakai pakaiannya yang sudah pasti mahal sambil memegang sebuah tongkat dengan hiasan permata di atasnya.
Aykel menahan geramnya kerana dihina.Dia mengetap giginya,namun segera ditenangkan diri sendiri.Pergaduhan mentalnya berlaku di dalam mindanya.
“Aku disini ingin mencari orang tua yang bernama Kortris.”jawab Aykel dengan nada yang sopan.
“Hei,dimana perginya adabmu,dia merupakan panglima di Zuinuqi.Mana mungkin dia akan berjumpa dengan orang seperti engkau.”marah lelaki itu lalu tangannya digerakkan dengan gaya hendak memukul Aykel dengan tongkatnya.
Aykel yang peka dengan situasi itu sudah bersedia untuk menghadangnya tetapi serangan itu dihentikan oleh sebuah pedang panjang yang tiba-tiba sahaja muncul.
Bangsawan itu terkejut dan bicaranya menjadi gagap. “Pa..Panglima Kortris.”
“Orang tua?”Aykel dan bangsawan itu bercakap serentak.
Kortris hanya tersenyum menampakkan giginya.
Comments (0)
See all