“Engkau seorang panglima,orang tua?”tanya Aykel selepas dijemput masuk ke dalam rumah Kortris.
“Sudah tentulah,orang seperti aku ini memang ditakdirkan untuk menjadi kuat dan memimpin.”Kortris membalas sambil ketawa perlahan.
Aykel menjadi jengkel dengan sikapnya berubah berbanding semasa dia menghalau bangsawan itu pergi.
“Jadi,apa tujuannya engkau menyuruh aku ke sini?”
“Engkau kata engkau perlukan duit.”Aykel serta merta mengundurkan dirinya beberapa tapak daripada Kortris dengan wajah yang terkejut.
“Eh,engkau jangan fikir yang bukan-bukan.” Kortris merenungnya tajam. “Mari kita membuat sebuah perjanjian.Engkau akan berlatih bersamaku dan setiap kali engkau berjaya melakukan tugas,aku akan berikan engkau ganjaran yang setaraf dengan tugas itu.” Kortris menghulurkan tangannya.
“Hurmmm,tapi mengapa engkau mahu aku berlatih bersamamu?”
“Aku sebenarnya tiada anak murid untuk diajar,jadi apa salahnya aku melatih kamu?”
“Jadi sebenarnya,tiada siapa yang ingin berlatih bersama engkau kerana mereka lebih suka untuk berlatih dengan panglima lain yang lagi hebat dan tidak mahu membazirkan masa berharga mereka dilatih engkau?”teka Aykel.
“Aykel…mulutmu itu memang tidak boleh ditapis ke?Jadi,engkau terima atau tidak?”Kortris tidak lagi dapat menahan mulut Aykel yang banyak bicaranya.
“Aku ini memang sudah terbukti hebatnya dan dengan pertambahan latihan sudah tentu aku akan jadi lebih hebat.Mestilah aku terimanya…kerana ganjaran itu.”
“Bijak,jadi kita akan mulakan latihan pada esok hari.Sebelum itu,lebih baik engkau pergi bersihkan dirimu.Sejak daripada tadi,aku ingatkan bangkai yang berbicara denganku.”beritahu Kortris sambil menutup hidungnya.
Aykel mengangguk perlahan lalu membawa dirinya ke bilik mandi.
(Kortris)
Kortris sudah lengkap memakai zirahnya yang berwarna hitam lalu mengikat rambutnya supaya menjadi kemas.Pedang panjangnya dimasukkan ke dalam sarung pada pinggangnya.Pada dada kirinya pula jelas menunjukkan insignia Kerajaan Alay.Pada lengan kanannya pula disarungkan pelindung besi yang diwarnakan hijau melambangkannya sebagai Panglima Zuinuqi.
Dirinya sudah bersedia untuk ke istana Kerajaan Alay.Dia membawa dirinya ke kandang kuda dan terus menunggang kudanya untuk ke bahagian selatan Zuinuqi dimana terletaknya istana itu.Kudanya bergerak laju di jalan besar itu seperti angin.
(Aykel)
“Aik mana perginya orang tua itu?” Mata Aykel terpandang ke arah kertas di atas meja di ruang tamu itu.
Kertas itu ditulis oleh Kortris yang memberitahu bahawa dia akan keluar untuk makan angin sebentar disertakan sekali dengan amaran sekiranya Aykel cuba untuk lari keluar daripada rumah agam itu.
“Aku ni macam diculik pula.”Aykel terus melompat ke arah sofa untuk merasa keselesaan yang sudah lama dia tinggalkan.
.....
Bunyi kuda memecah sunyi perkarangan istana.Perjalanan daripada bahagian barat Zuinuqi ke bahagian selatannya tidaklah terlalu jauh.Kortris perlahan-lahan menghentikan kudanya apabila sudah mendekati istana.Kudanya dibawa ke kandang oleh pembantu di situ selepas dia turun daripadanya.
Sejujurnya dia pun tidak faham mengapa kali ini kesemua panglima dan Ranalay dipanggil kemari.Tidak pula sesuatu yang besar berlaku di dalam Kerajaan Alay dan tiada juga ancaman perang oleh kerajaan lain.Puterinya juga sudah diselamatkan seorang pemanah di sini,namun apakah agendanya pada kali ini.
Dia berjalan masuk dengan muka yang tegang.Kakinya terus melangkah ke arah bilik yang sering menjadi tempat perintah-perintah raja disampaikan untuk dilakukan secara senyap.Pintunya dibuka dan dihadapannya sekarang dapat dilihat keempat-empat panglima lain yang sedang duduk di meja panjang itu.
Panglima Quanian,Tefia yang sedang duduk dengan senyuman cerianya,kemas memakai zirah berwarna putih.Perisai lengannya berwarna biru membuktikannya sebagai panglima di Quanian.Rambut panjangnya yang berwarna perang itu digayakan rapi supaya tidak mengganggunya ketika berperang.Pedang berkembarnya pula dibiarkan di dalam sarung pada pinggangnya.Wajahnya anggun boleh memukau mereka yang melihatnya tetapi semasa berada di dalam medan peperangan,dialah yang paling menggilakan darah.Dikatakan dia membunuh lebih banyak tentera musuh berbanding panglima yang lain.Alasannya pula ialah kerana dia ingin menunjukkan kekuatan pertahanan Quanian dan ingin memberikan semangat kepada tentera yang berperang bersama-samanya.
Di sebelahnya pula ialah Panglima Arlach,Oris.Dia mempunyai tubuh badan yang sasa dan lebih besar berbanding manusia biasa yang lain.Mukanya bengis tetapi dia merupakan seorang yang suka bergelak ketawa dan tidaklah seserius yang disangka.Kepalanya botak kerana dia rimas dengan rambut.Pelindung lengannya pula berwarna coklat.Senjatanya tukul perang kekal disisinya semasa sedang duduk.Tukul perangnya besar seperti pemegangnya sendiri.Apabila dia muncul di medan perang,musuh kesemuanya berasa ragu-ragu untuk menyerang,menyebabkan mereka terganggu dan mudah diambil kesempatan.
Dihadapannya ialah Panglima Ardiu,Auria.Badannya tidaklah sesasa mana dan dia merupakan panglima yang terpantas berbanding yang lain.Rambut hitamnya pendek berbanding yang lain.Wajahnya sentiasa mempamerkan riak tenang walaupun ditekan.Tidak banyak bersuara merupakan karakteristiknya tetapi sifatnya yang banyak memerhati merupakan salah satu kelebihannya.Dia mudah mengadaptasi serangan musuh dan menterbalikkan keadaan supaya berpihak kepada mereka.Semasa kali kedua Quanian dicerobohi musuh,akalnya yang mengambil kira geografi Kerajaan Alay dan beberapa faktor yang lain telah berjaya mengalahkan musuh dan menyebabkan mereka berundur.Senjatanya unik iaitu sebuah pedang panjang yang ringan dilengkapi dengan perisai besi yang berbentuk bulat.Perisai lengan putihnya telah dibuka dan diletakkan di atas meja.
Disebelah panglima itu ialah Panglima Ainaruo,Felazi.Rambutnya panjang dibiarkan tanpa diikat.Riak wajahnya pula sentiasa berada dalam keadaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu.Dirinya jarang turun ke medan peperangan tetapi bakatnya mengawal elemen dan penggunaan senjatanya dikagumi penduduk Kerajaan Alay.Panglima dan Ranalay yang lain selalunya tidak senang apabila bersama dengannya kerana dirinya yang tidak suka bergaul.Lengannya yang diletakkan di atas meja jelas menunjukkan perisai lengannya yang berwarna merah.Dia dikenali kerana kemahirannya menggunakan tombak sewaktu berperang.
Kortris mengambil tempat duduknya disebelah Oris lalu meletakkan helmet perangnya di atas meja seperti yang lain.Kini mereka hanya perlu menunggu kedatangan raja dan para Ranalay yang lain.
“Aku dengar engkau sudah punyai anak murid untuk dilatih.”Oris membuka bicaranya sambil menyiku perlahan bahu Kortris.
“Adakah ianya benar Kortris?Mengapa tiba-tiba sahaja?” Tefia terus mengajukan soalannya.
“Untuk melatih budak yang tidak diketahui asal-usulnya dan tidak lagi pergi ke Akademi Zuinuqi,sudah tentu budak itu istimewa.”teka Auria.
“Tiada apa-apalah,aku hanya melatih budak yang aku suka.Tiada apa-apa yang istimewa pun.”
Ketiga-tiga panglima tadi menunjukkan riak kecewa selepas mendengar jawapan Kortris.Felazi hanya merenungnya tajam dan tidak berkata apa-apa.
Oris menukar topik yang lain selepas keadaan menjadi janggal buat sementara waktu.Mungkin kerana memang sifatnya,Tefia juga tertarik untuk berbual akan hal itu sebelum perbualan mereka disertai Auria.Dewan itu dipenuhi suara perbualan mereka.
Sedang mereka rancak berbual,Raja Kaifar memasuki bilik itu diikuti sembilan para Ranalay yang lain selepas pintunya dibuka.Panglima di dalamnya serta merta bangkit sehinggalah raja itu mula duduk di kerusinya.Para Ranalay pula mengambil tempat duduk kosong yang masih ada di situ selepas dibenarkan duduk.
“Aku tahu kalian tertanya-tanya apa puncanya kalian semua diseru kemari.Ada beberapa perkara penting yang harus diselesaikan dengan segera.”Raja Kaifar melihat kesemua riak wajah yang hadir ke situ.
“Hutan Barat disyaki menjadi tempat kepada segala syaitan yang bertopengkan manusia di Kerajaan Alay ini.Beta yakin sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera,maka bahayalah yang akan menimpa kita dan seluruh Kerajaan Alay.”
“Tetapi apakah bukti yang mengatakan bahawa tempat mereka ini di dalam Hutan Barat?”tanya Felazi selepas raja itu menghabiskan bicaranya.
“Agak berbeza tingkah lakumu hari ini Felazi,selalunya engkau hanya akan mendiamkan diri sahaja.”kata Auria lalu melihat ke arah Felazi.
“Aku hanya menyatakan bahawa sekiranya perkara ini salah,maka sia-sia sahaja kita masuk ke dalamnya.”Felazi cuba mempertahankan dirinya.
“Tenang semua,perintah beta bukan hanya berdasarkan firasat tetapi berdasarkan laporan Ranalay yang telah memeriksa kawasan itu sebelum ini.Mustahil orang akan menggunakan Hutan Barat sedangkan ianya tidak diteroka sepenuhnya dan terkenal sebagai labirin semulajadi.Jadi jika orang yang sama menggunakannya,mengapa dia tidak melaporkan penemuan mereka dan menolong orang yang ingin melaluinya.Tambahan pula,penculik puteriku terserempak dengan penyelamatnya di sana.Tidakkah pelik untuk mereka melalui kawasan itu seperti telah mengetahui selok-beloknya di sana?”jelas Raja Kaifar.
Sedari tadi,para Ranalay hanya mendiamkan diri mereka dan hanya mengangguk tanda setuju dengan raja.Para panglima yang lain mendengar penjelasannya dan cuba menganalis sekiranya ada maklumat yang salah atau ada perbezaan pendapat antara mereka.
“Aku akan biarkan tugas memeriksa Hutan Barat ini kepada tiga Ranalay yang telah menyiasat tentangangnya iaitu Kehra,Fehru dan Sera.Tamatkan tugas yang telah dimulakan kamu.Tangkap tunjang mereka dan musuh yang menyerah diri tetapi tamatkan sahaja nyawa mereka yang memberi tentangan.”
“Menjunjung titah,tuanku.”kata mereka bertiga serentak.
“Sekarang tentang khabar angin yang berlegar di sini tentang Hutan Isternis.Ranalay Raknik,ceritakan kepada mereka.”perintah raja Kaifar.
“Khabar ini disampaikan oleh pengumpul herba yang jauh mengembara ke sana untuk mendapatkan hasil yang banyak.Tekaannya betul apabila dia menjumpai beberapa herba yang jarang dijumpai dan herba biasa dengan banyak.Diceritakan bahawa dirinya seperti dipanggil untuk meneroka hutan itu hingga kedalamnya.Pengumpul herba itu terdengar bisikan yang memberi ketakutan di dalam hatinya.Hutan yang pada awalnya cerah,kini cahaya seperti samar-samar memasukinya.Begitulah penerangan dia tentang hutan itu berdasarkan apa yang didengariku.Dan selepas itu,dirinya tiba-tiba telah sampai ke sebuah kubu di dalam hutan itu.Pengumpul herba seperti tersedar daripada mimpinya apabila gerbang kubu itu terbuka secara tiba-tiba.Dirinya yang ketakutan itu pun berlarilah sehingga menjumpai jalan keluar daripadanya.”panjang lebar cerita yang disampaikan Raknik.
Felazi ketawa selepas mendengarnya. “Mana mungkin kita semua akan percaya tentang khabar angin seperti ini?”
Para panglima memandangnya jengkel manakala para Ranalay hanya mendiamkan diri tidak memberi reaksi dan ada yang menjelingnya.
“Tetapi jikalau cerita ini benar,maka kerajaan kita akan menerima lebih banyak musuh di luar.”kata Auria.
“Takkanlah kita akan menaruhkan nyawa hanya untuk ke sana?Kawasan itu sudah tentu dekat dengan Kerajaan Hindesh,jikalau pergerakan kita ke sana diketahui musuh,sudah semestinya kita akan berada di dalam bahaya.”
“Kalian perlu memastikannya juga,sudah tentulah tugas kali ini lebih sukar,tetapi jikalau menggunakan laluan daripada Kota Arlach dan bergerak di dalam kegelapan malam,musuh pasti akan menjadi sukar untuk mengesan kalian.”terang raja Kaifar.
“Aku menarik diri daripada terlibat dengan hal yang gila seperti ini.”beritahu Felazi.
“Beta tidak merancang untuk menghantar para panglima ke sana,cukuplah sekiranya tugas ini diselesaikan para Ranalay.Beta serahkan tanggunjawab ini kepada Raknik,Tufail dan Verci.”
“Titah disambut,tuanku.”mereka berkata serentak.
“Dan yang terakhir,beta rasakan ada patutnya kita menambahkan lagi bilangan kapal bagi menambahkan lagi kekuatan ketenteraan laut kerajaan ini.Beta dengar,pembina di sana telah mencipta sebuah pelan dan kerangka baharu bagi membina kapal yang lebih kukuh dan besar serta meriam yang kuat yang mampu ditampung kapal itu.”
“Iya tuanku,mereka akan terus membinanya di Kota Arlach sesudah selesai menerima bahan-bahannya di sana.”lapor Panglima Oris.
Maka telah berakhirlah perbincangan itu.Para Ranalay yang memikul tugas sedang bersiap sedia merancang perjalanan mereka manakala panglima yang lain menyiapkan diri untuk pulang ke rumah agam masing-masing.Raja Kaifar pula sedang duduk di kerusi yang berada di beranda kamarnya sambil melihat catatan tinggalan Zulka Tarbuq.Ayat yang masih menjadi tanda tanya buatnya sudah dia fahami sedikit demi sedikit.Dan kerana dia sudah mula memahami ayat inilah yang menjadikan dirinya tidak tenteram memikirkan apa yang bakal terjadi.
‘Musuh sentiasa diingati kita kerana merekalah yang selalu membawa ancaman kepada kita.Tetapi bagaimana sekiranya musuh itu dilupai?Sejarah melupakan mereka tetapi mereka masih ada bernafas udara yang sama dengan kita.Janganlah leka dengan keamanan yang akan berakhir tidak lama lagi.Perang yang dibawa mereka akan bermula tidak lama lagi.Jangan dibiarkan panji mereka terus berkibar di Tanah Alay.Kegelapanlah sahabat mereka.Mereka ialah sebelum dan selepas kejadian kita.Boleh dilihat tetapi ianya membutakan,tidak dapat disentuk,tidak dapat dirasa dan sentiasa ada bersama bintang di langit.Itulah sahabat mereka.Apabila kaki mereka menyentuh Tanah Alay ini maka halaulah mereka segera,sebelum Azrayel kembali berkuasa.’
Kaifar menghembuskan nafasnya dengan berat sekali.Dia tertanya-tanya adakah dia mampu menyelamatkan kerajaan dan tanah ini.
…..
Sfera yang asalnya kelihatan seperti bebola kaca tanpa nilai itu mula dipenuhi kegelapan,Asalnya tiada warna namun sedikit demi sedikit ia membentuk sfera yang berwarna hitam.Muncul satu mata yang terbuka luas selepas beberapa ketika sfera itu menjadi gelap.Ianya berkedip-kedip dan bergerak di dalam sfera itu melihat sekelilingnya sebelum mengeluarkan suara.
“Elfar dan Eleri akan dimusnhakan,jadi jalankanlah tugas kalian di sini.Biarlah sejarah mencatatkan kebodohan mereka kerana terleka dengan keadaan tenang sekarang.”suaranya mampu menanamkan perasaan takut kepada manusia yang mendengar.Mendengarnya sahaja mampu mengganggu mental mereka akibat perasan sengsara,derita dan kemusnahan yang dibawa suara itu.
“Hamba yang hina ini akan menjalankan tugasnya dengan baik.”balasnya yang sedang berdiri melihat sfera itu.
Selepas itu,mata pada sfera itu tertutup dan kegelapan mula menghilang daripadanya.Sfera yang tadinya dipenuhi kegelapan,kini sudah kelihatan seperti biasa.Makhluk itu mengukir senyuman yang menyeramkan sehingga menampakkan giginya.
Comments (0)
See all