Kuda yang ditunggangnya bergerak laju menikam angin.Kali ini dia dapat merasa nikmatnya menunggang dengan laju sebegini kerana tiada siapa yang berada di jalan apabila hari sudah gelap.Mukanya merasai angin yang yang menyentuhnya semasa dia sedang memecut laju membelah angin.Ikatan rambut yang telah dibukanya menyebabkan rambutnya bergerak bebas ditolak angin.Kesegaran seperti ini yang membuatkan dia teringat saat-saat apabila dia memimpin tentera berkuda untuk mempertahankan sempadan Kerajaan Alay daripada ancaman musuh.
Mukanya mengukir senyuman setelah lama bergerak dengan pantas,teruja dengan suasana seperti ini.Kehidupannya dia Zuinuqi bukanlah sesuatu perkara yang dijangkanya.Dia mahu bersendiri dan merehatkan dirinya setelah penat lelah melatih tentera dan mengajar formasi serangan.Namun kerana di sekeliling rumah agamnya dipenuhi rumah bangsawan yang lain,dia sering diganggu dengan bermacam-macam jenis gangguan setiap hari.
Norma biasa buat para panglima untuk mencari anak murid bagi diturunkan segala ilmu kepada mereka dengan harapan mereka bakal menggantikan tempat panglima tersebut.Jika panglima itu tidak mempunyai anak murid,maka penggantinya akan ditentukan oleh raja.Sudah tentulah bangsawan yang menjadi panglima ini akan menjadikan bangsawan sebagai penggantinya dengan alasan tidak mahu posisi itu dikotori orang biasa.Bagi menjamin supaya anak murid yang dipilih mempunyai bakat yang hebat dalam pengawalan elemen dan senjata,panglima-panglima ini akan memilih pelajar Akademi Zuinuqi kerana berkualitinya setiap pelajar yang akan menamatkan pelajaran disitu.
Lain pula halnya untuk Kortris,dia tidak berminat untuk melatih seseorang kerana baginya,biarlah orang yang lebih layak untuk mengisi posisi panglima dan dia tidak mahu untuk terus dibiarkan posisi ini dirosakkan para bangsawan.Oleh kerana telah hebohnya berita yang mengatakan bahawa dia masih tidak mempunyai anak murid untuk dilatih,berduyun-duyunlah bangsawan yang lain menawarkan gaji yang lumayan bagi melatih anak mereka namun semuanya ditolak Kortris.Pelajar-pelajar di Akademi Zuinuqi pula bersungguh-sungguh melatih diri mereka supaya bakat mereka disedari Kortris namun semuanya tidak diendahkannya.Selepas itu,perlahan-lahan bilangan bangsawan yang datang berkunjungnya untuk tujuan yang sama berkurang kerana mereka tahu bahawa Kortris hanya akan menolak mereka.
Tetapi pada suatu hari,sedang dia membaca surat khabar di sebuah kafe di kawasan barat Zuinuqi,pemandangan luar tingkap kafe itu menunjukkan pergaduhan yang muncul antara beberapa bangsawan dan seorang rakyat biasa.Dia tidak mahu dirinya untuk masuk campur di dalam kekacauan itu jadi dia hanya memerhatikan mereka sahaja.
Pada saat itu,sesuatu yang menarik muncul dihadapannya.Seorang budak lelaki bermantel merah dengan wajahnya yang pucat seperti sudah beberapa hari tidak mencukupi makanan datang menghalang bangsawan itu.Sudah tentulah orang ramai yang berdekatan terkejut dengan tindakannya.Bangsawan itu menolaknya pergi dan hendak menyambung memukul budak itu sebelum budak yang tadi telah terjatuh kerana ditolak tiba-tiba muncul menghalang pukulan bangsawan itu.
Perkara itu menarik minat Kortris,jadi diletakkan surat khabar yang sedang dibacanya di atas meja dan kembali memerhatikan kejadian dihadapan matanya.
“Hoi,berani engkau mengganggu urusan aku dan budak yang hina ini.”jerkah bangsawan yang pukulannya dihalang budak bermantel merah itu.
Bangsawan itu tiba-tiba tersengih. “Engkau tahu jika perkara ini dilaporkan kepada orang besar di Ainaruo,sudah tentu keluarga engkau yang bakal menerima balanya nanti.”
“Engkau tahu…sekiranya benarlah engkau itu berdarah mulia..kenapa hanya engkau disini yang melakukan kekacauan?...kenapa suara engkau paling kuat berbunyi seperti haiwan?”budak bermantel merah itu mencabar egonya.
“Tak guna.”bangsawan itu mula melancarkan penumbuk yang kini mula mengeluarkan elemen api ke arah budak itu.
“Menarik.”Kortris mengeluarkan komennya apabila melihat situasi dihadapannya di sebalik tingkap kafe itu.
Tumbukannya dihadang dan dia mula menggerakkan kaki ingin menendang budak bermantel merah yang menyakitkan hatinya tetapi kakinya itu tidak mampu bergerak.Dia melihat kebawah dan terkejut apabila mendapati bahawa kakinya telah diperangkap tanah.
“Hei,fokuskan dirimu ke sini.”Mukanya terus ditembuk dengan laju beberapa kali membuatkan hidungnya berdarah dan terasa pening buat seketika.Badannya sudah tidak bermaya dan dia mula merasakan dirinya akan jatuh tetapi dirinya berhenti separuh jalan.Kakinya masih diperangkap tanah yang keras jadi dia tidak mampu untuk jatuh sepenuhnya.
Kortris melihat kedua-dua bangsawan yang lain hendak menyerang hendap budak itu apabila pandangannya mula dialihkan kepada mangsa pukulan sebentar tadi.Tangan budak itu digerakkan ke atas dan serta merta kedua-dua bangsawan itu jatuh tergelincir kerana air yang mula keluar entah dari mana.Budak itu serta merta pergi ke arah mereka dengan tangannya yang digenggam mengeluarkan elemen api.
“Engkau berdua pun mahu merasa kesakitan?”gertak budak bermantel merah itu.
Serta merta mereka menggelengkan kepala. “Bagus.”budak itu tersenyum.
Kortris kagum dengan kehandalan budak itu.Tidak pernah lagi dia melihat seorang pengawal quad-elemen.Walaupun pengawalan elemen tanah,api dan udaranya berada di tahap berbeza pada usianya,pengawalan elemen airnya masih lemah.Kortris tahu bahawa budak itu akan mampu mengawalnya jika dilatih dengan betul.
Apabila Kortis melihat aura yang dikeluarkannya,dia dapat merasakan kelainan budak itu berbanding pengawal elemen yang lain.Aura pengawal elemen lain sentiasa berada di luar pengawal dan semakin kuat seorang pengawal elemen itu,semakin kuatlah auranya.Aura mereka tidak kekal dan hanya muncul apabila sedang berlawan atau dengan sengaja mengumpulkannya untuk menakutkan musuh.Tetapi aura budak ini bergerak di luar dan di dalam badannya seperti sentiasa melekat dan tidak akan menghilang daripadanya.Seperti organ atau anggota badan tambahan untuknya.
“Menarik.Mungkin aku sudah menjumpai orang yang lebih layak untuk posisi ini.”
Dan selepas itu,dia mula mencari keberadaan budak itu untuk dijadikan sebagai anak muridnya.
Memori itu walaupun tidak lama masih bermain di dalam fikiran Kortris.Tentang betapa istimewanya budak itu.Jadi dia berazam untuk mengilap permata yang dijumpainya sekarang.
‘’’
(S.P Aykel)
Lamanya orang tua itu pergi?Aku menguap semasa sedang baring di atas sofa empuk di rumah orang tua itu.Kan bagus kalau dia memanggil aku ke sini dengan lebih awal.Mulutku menguap kepenatan dan aku mula melelapkan mataku.
Comments (0)
See all