Nafasnya ditarik perlahan untuk kembali menstabilkan pernafasannya selepas kepenatan.Peluh sudah membasahi dirinya selepas lama menggunakan tenaganya untuk berlatih.Tiupan angin pada waktu itu menyebabkan dirinya terasa sejuk akibat berpeluh.Matanya dipejam buat sementara waktu untuk menenangkan dirinya.Dia perlu kembali fokus.Tiada bunyi yang dapat didengari sekarang kecuali siulan burung yang berhenti di atas dahan pokok berdekatan.Rambutnya yang sudah basah itu pula seperti menari-nari di udara akibat ditolak angin.
Badannya mula memasuki posisi bersedia untuk melancarkan serangan.Kekudanya dipasang serentak tangannya menghalakan pedang kayu itu ke hadapan.Pelbagai gaya serangan telah digunakannya dan satu daripadanya pun tidak berjaya mematahkan pertahanan lawan dihadapannya sekarang.Jelas gelaran panglimanya bukan sekadar perhiasan.Sedari tadi,hanya dirinya sahaja yang kepenatan setelah lama berlawan dengannya.Dia mahu mengubahnya kali ini.
Matanya dibuka dan terus memecut kehadapan diiringi jeritannya untuk melancarkan serangan.Dia melibas senjatanya dan kelihatan lawannya sudah bersedia menghalang serangan itu.Pada saat akhir,dia mengubah trajektori libasannya untuk mengambil peluang ke atas ketidaksediaan lawannya.Rancangannya adalah untuk memperdayakan lawannya pada serangan pertama supaya ianya kelihatan seperti mampu dihadang sebelum dia mengubah arah serangannya bagi memberi serangan kejutan.
Terbelalak matanya apabila pedangnya bertemu dengan pedang lawannya.Dia yakin bahawa serangannya tadi sudah mampu untuk menghadapinya tetapi bagaimana sekarang ini dia boleh dihadang?Dia terus menghantar serangan demi serangan yang lain namun semuanya berjaya dihadang dengan sempurna.Masih lagi tidak mengalah,dia menghantar serangan seterusnya sebelum dihadang sekali lagi dan ditendang pergi oleh Kortris.
Aykel terpelanting ke belakang dan bergolek di atas tanah buat seketika.Dia mengerang kesakitan akibat impak yang diterimanya.
“Macam mana engkau boleh mengatakan bahawa engkau yang terkuat di sini sedangkan aku masih tidak dapat merasa serangan engkau pada tubuh aku.”Kortris menggunakan bahunya untuk meletakkan hujung pedang kayunya.
Aykel tidak dapat menjawab ejekan Kortris kerana kesakitan yang dirasainya sekarang ditambah pula dengan penat berlatih bersamanya.
Sudah beberapa minggu,Aykel berlatih dengannya.Pelbagai siri latihan telah dia jalani di bawah pantauan Kortris.Semuanya bertujuan bagi menguatkan dirinya tetapi masih lagi dia tidak dapat menyempurnakan serangannya terhadap Kortris.Dia masih lagi terasa seperti kekurangan sesuatu sebelum dapat mengalahkannya.
“Engkau tahu,jika engkau masih gagal menyempurnakan serangan kepadaku,masih lagi terdapat beratus malahan berjuta yang lebih kuat daripadaku.Apa engkau fikir engkau dapat mengalahkan mereka.”Kortris tersengih.
Aykel terpaksa menelan ayat itu walaupun sukar untuk diterimanya.Dia sedar akan kebenaran perkara itu selepas berlawan dengan Kortris dan kerana itulah dia tekad untuk terus menjadikannya lebih baik.Tetapi usahanya masih tidak membuahkan hasil.Aykel masih lagi terdiam dan hanya bunyi nafasnya sahaja yang dapat didengari Kortris.
“Cukup untuk harini,mari kita berehat.”Kortris terus berjalan pergi daripada halaman rumahnya.
Aykel hanya akur mengikut perintah Kortris.Tidak lagi dia bertenaga untuk mengeluarkan apa-apa bicara setelah kepenatan.
…..
Aykel terus berlatih dengan konsisten bagi memperbaikkan dirinya.Tidak cukup dengan siri latihan yang diajar Kortris,dia menggandakan lagi bilangan setiap siri latihan yang perlu dilakukannya.Pada awalnya Kortris hanya menyuruh dia melatih bahagian atas badannya dan kekuatan tangan,namun ditambah Aykel dengan melatih staminanya dan seluruh bahagian badannya pula.Dia mencabar had keupayaannya setiap hari kerana mempunyai motivasi untuk menjadi lebih kuat.
Selepas itu,dia akan berlatih seni bela dirinya dan teknik penggunaan belati berkembar yang diajar Tok Afkar.Latihan ini sudah lama dia lakukan sebelum tiba di sini,namun kerana sudah penat berlatih sebelum melakukan perkara ini dirinya masih tidak boleh menyesuaikan diri untuk berlatih dalam tempoh masa yang lama.
Sewaktu Aykel sedang penat berlatih secara ekstrem ,Kortris akan melihatnya daripada gazebo di lamannya.Di situ,dia akan menyambung pembacaan bukunya atau menyemak beberapa surat atau laporan yang diterimanya sambil menghirup teh.
Pada petang pula,Aykel akan berlatih dengan menggunakan pedang kayu yang beratnya berganda-ganda berbanding pedang biasa.Pedang kayu tersebut akan memukul sebuah pokok yang besar di halaman rumah Kortris.Tujuannya adalah apabila dia menggunakan senjatanya,hayunannya akan menjadi lebih pantas dan kuat.
Sudah tentulah pada mulanya Aykel tidak dapat melakukan satu hayunan pun kerana beratnya yang melebih jangkauan Aykel.Mengangkatnya pun sudah cukup untuk membuat dirinya termengah-mengah,apatah lagi hendak menyempurnakan satu pukulan kepada pokok besar itu.Setiap kali hayunannya dilakukan,ianya akan meninggalkan bekas kepada pokok itu dan bunyi yang kuat mengisi kesunyian kawasan perumahan di situ.
Pelbagai variasi hayunan pedang akan dilakukan demi memukul pokok itu dan setiap gerakan itu akan dilakukan oleh Aykel secara berkali-kali sehinggalah tamat kesemua set latihannya.Dia akan menggandakan bilangan hayunan pedangnya selepas berjaya menguasai bilangan hayunan sebelum itu.
Kadang-kadang,Kortris akan mengajarnya teknik dan gerakan pedang tersendirinya kepada Aykel.Kortris menunjukkan pelbagai jenis gerakan dan cara menfaatkan keadaan sekeliling apabila berhadapan dengan musuh.Dia menjelaskan pelbagai cara untuk menang atau meloloskan diri apabila berhadapan dengan pelbagai situasi bahaya semasa melakukan misi ataupun berperang.Kortris menekankan supaya pentingnya menyesuaikan diri dengan situasi baharu supaya tidak akan memberi kerugian kepada diri sendiri.
(S.P Aykel)
Wah seperti hendak mati aku ini.Tidak cukup nafas aku dibuatnya.Aku bersandar pada pokok di situ untuk berehat setelah tamat berlatih.Air kosong yang sudah tersedia di bawah pokok itu diminumku sambil mengelap peluh di dahi.Selepas itu,aku mengira-ngira hari yang masih ada sebelum tarik tamat pendaftaran ujian kelayakan itu.Masaku tidak banyak untuk dihabiskan di sini.
…..
Kortris menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Dirinya sejak kebelakangan ini terasa sunyi kerana Aykel sudah kurang berbicara.Hari-hari mereka menikmati makanan bersama dan Aykel semakin lama semakin mendiamkan diri.Mukanya mempamerkan wajah seperti berada jauh di dalam fikiran sendiri.
“Apa kena dengan engkau ini?.Makin senyap sahaja.”
Aykel tidak menjawab terus mungkin kerana terkejut apabila Kortris tiba-tiba berbual dengannya.
“Aku tertanya-tanya,adakah aku mampu untuk ke Akademi Zuinuqi?Hari demi hari aku risau jika aku akan pulang ke kampungku membawa berita yang aku gagal untuk ke sana.”Aykel bersuara dengan nada perlahan.
Kortris ketawa apabila mendengar luahan Aykel.Makanannya hampir tersembur keluar namun ditahan menggunakan tangannya.
“Aku fikir benda lain yang akan menukar perangaimu sebegini rupa.Ternyata tekaan jauh menyimpang.”Kortris mengelap mulutnya menggunakan tisu.Melihat reaksi Aykel yang masih sama di menyambung.
“Dimana semangat yang membara di dalam diri engkau ini?Mengapa lunturnya ia terlalu cepat?....Aykel,masa hadapan itu bukanlah sesuatu yang boleh diramal,bukan juga sesuatu yang boleh diharapkan untuk perkara yang kita mahukan berlaku…tetapi apa yang kita lakukan sekarang yang menyumbang kepada pembentukan masa hadapan itu sendiri,usaha kita sekarang yang akan menghasilkan masa hadapan itu sendiri.”Kortris bercakap ala-ala ahli falsafah di hadapan Aykel.
Aykel sedang cuba menghadam apa yang didengarinya daripada mulut Kortris,sambil menghadam makanan yang dijamahnya sekarang.
“Engkau tahu,aku tidak mahu pulang ke sana membawa berita yang buruk,sebaliknya aku ingin ke sana dengan sebuah cerita yang boleh dibanggakan.”Aykel menundukkan kepalanya tetapi dia masih lagi sedang menjamah makanan dihadapnnya sekarang.
“Petang ini berhenti sebentar latihan engkau itu.Aku akan mengajar engkau teknik mengawal elemen.”
…..
“Aku tahu engkau lemah dalam mengawal elemen air.Jadi,biarlah panglima yang hebat ini mengajarkannya supaya setidak-tidaknya engkau mampu mengawal tahap pertama elemen itu.”
Aykel merenungnya jengkel.Dia sedang duduk di laman rumah Kortris mendengar apa yang akan diajarinya pada hari ini.Jadi dia tinggalkan dahulu latihan-latihan yang sepatutnya dilakukan pada waktu itu.
Kortris tersengih.Tangannya mula digerakkan menghasilkan pergerakan dan elemen air mula keluar mengikut pergerakan tangannya.Tangannya bergerak seiring dengan elemen air yang sedang mengelilingi tangannya.Selepas itu,pergerakan tangannya dihentikan dan serta merta elemen air itu menghilang.
“Engkau lihat cara mengawalnya sama seperti elemen udara dan sepertinya juga,ia akan menghilang apabila engkau berhenti mengawalnya atau fokus terhadap elemen itu hilang.Berbeza dengan elemen api yang tidak akan hilang serta merta melainkan diri engkau yang mengawalnya untuk hilang.”
Aykel mendengar dan melihat demonstrasi itu dengan tekun.
“Menariknya tentang elemen ini adalah serangan yang dihasilkan dapat diberhentikan semasa ianya hampir mengenai musuh,berbeza dengan elemen yang lain.Jadi engkau boleh menggunakannya untuk menakutkan musuh.Contohnya.”
Tangan Kortris mula bergerak seperti awal tadi dan dihalakan kepada Aykel.Elemen air itu membentuk sebuah aliran yang lurus ke arah Aykel dengan pantas.Hampir sahaja ia terkena Aykel sebelum bertukar menjadi wap-wap air.Dirirnya seperti terkena renjisan air.Mata Aykel masih lagi terpejam kerana terkejut dengan serangan secara tiba-tiba itu.
“Namun tahap kedua dan ketiga elemen ini tidak mampu untuk membuat begitu.Kerana ianya bergantung kepada penggunanya sama seperti elemen-elemen yang lain.”sambung Kortris sebelum perlahan-lahan mata Aykel dibuka.
“Engkau sudah boleh mengeluarkan elemen itu tetapi masih lagi tidak boleh mengawalnya.Jadi mulai sekarang bersedialah untuk merasa tambahan neraka Kortris.”
Aykel melepaskan keluhan panjang yang berat.
(S.P Aykel)
Haih.Aku rasa kehidupanku memang penuh dengan kesukaranlah.Aku melihat Kortris yang sedang tersengih selepas menghabiskan bicaranya.
“Baiklah Aykel,mari kita mulakannya sekarang.”Kortris kembali membuka bicaranya.
Comments (0)
See all