Matanya sedang dipejamkan,cuba untuk memfokuskan tenaga.Tangannya mula digerakkan,dan perlahan-lahan tanah dihadapannya dinaiki air yang membentuk lopak.Sekarang tenaganya difokuskan supaya dia dapat menggerakkan elemen air yang baru sahaja dikeluarkannya.Tangannya menggeletar semasa dia mencuba untuk melakukan yang sedemikian dan kelihatan air daripada lopak itu mula naik ke atas..“Akhirnya!!!”jerit Kortris daripada gazebo di laman itu yang mengejutkan Aykel.
Air itu turun kembali dan keseluruhan lopak yang dihasilkannya sebentar tadi bertukar menjadi wap air.Usahanya sebentar tadi menjadi sia-sia.Kedua-dua tangan Aykel diletakkan ke atas tanah seperti sudah mengalah dan tidak mampu menahan lagi kekecewaan di dalam dirinya.
“Mengganggu sahajalah orang tua!”Aykel menjerit melepaskan amarah.
Kortris mengabaikan Aykel yang sedang berada di dalam api amarahnya.Aykel melepaskan nafas berat dan menghampiri gazebo itu.Dia melihat Kortris dengan pandangan yang tidak puas hati manakala Kortris pula tidak perasan akan kehadiran Aykel semasa membaca isi surat ditangannya.
“Apa yang engkau gembirakan sangat.Baru merasa saat-saat menerima surat cinta ke?”sakat Aykel.
“Mana ada…Eh kejap..Bukannya aku tidak pernah menerimanya cuma isi surat ini berkenaan hal lain.”Kortris gelabah kerana cuba untuk menjaga harga dirinya.
“Ini adalah tugasan aku setelah sekian lama.”
“Kenapa setelah sekian lama?Adakah mungkin kerana engkau selalu gagal dalam misi sebelum ini sehinggakan mereka ragu-ragu untuk memberikan tugas kepada engkau?”Aykel memotong percakapan Kortris.
Kortris menunjukkan riak geram kepada Aykel.
“Sudah tentulah tidak.Aku jarang mendapat misi kerana kehidupan seorang panglima yang perkasa di Kerajaan Alay ini adalah sangat sibuk.”Kortris memberikan alasan dengan lagak riaknya.
Aykel cuba mengimbas kembali ‘kesibukan’ apa yang dijalani oleh orang tua dihadapannya sepanjang dia berada disini.Tidaklah sesukar mana untuk dia mengingati tentang perkara itu kerana tiada pula perkara yang ‘sibuk’ yang dilakukan oleh Kortris semasa sedang berada di dalam rumah agam ini.
“Lagipun tugas ini sudah tentunya dapat melatih dirimu untuk menjadi lebih kuat.Kita akan memburu haiwan di Hutan Utara.”
“Mengapa aku perlu ikut melakukan tugas ini dengan engkau.Lebih baik aku tinggal di sini daripada berpenat lelah ke sana.”
“Dimana semangat diri engkau yang membara untuk menjadi lebih kuat?Lagipun haiwan di sana bukanlah seperti haiwan yang biasa dilihat engkau.Sejak beberapa tahun yang lepas telah muncul pelbagai jenis haiwan yang pelik di sana.Pelbagai pengawal elemen dan senjata telah pergi ke sana untuk menghapuskan populasi mereka tetapi mereka kerap muncul kembali dan disyaki bahawa mereka datang daripada luar sempadan Kerajaan Alay.”
“Jadi apa yang ‘pelik’nya tentang haiwan ini?”Aykel mula menunjukkan minatnya.
“Bayangkan sahaja seperti harimau yang mempunyai tubuh badan seperti gajah ataupun..”
“Aku tarik diri.”Aykel memotong bicara Kortris dan terus menyatakan ketidakinginannya selepas mendengar penerangan Kortris tentang contoh haiwan yang pelik itu.”
“Eh,takkanlah engkau sudah takut.Bukankah saat-saat begini yang menarik untuk engkau melatih pengawalan elemen?Seperti cerita-cerita dahulu apabila watak utamanya berada di dalam kesusahan,pada waktu itulah dia akan mengeluarkan potensi sebenarnya.”terang Kortris dengan bersemangat.
Aykel tidak percaya yang dihadapannya sekarang ialah seorang panglima.Dia tertanya apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan otak orang tua dihadapannya sekarang.
“Ikut sahajalah,lagipun apa ja benda buruk yang akan terjadi?”Kortris cuba meyakinkan Aykel.
‘’’
(S.P Aykel)
Akibat desakan orang tua itu,aku kini sedang menunggang kuda mengikutnya ke Hutan Utara.Sejujurnya aku memang takut untuk ke sana kerana tidak pernah lagi berhadapan dengan hidupan liar,dan sekarang aku bakal berhadapan hidupan liar yang berganda-ganda kekuatannya.Mungkin aku sahaja yang banyak memikirkan tentangnya.Mungkin tiada apa yang teruk pun akan terjadi.
…
“AAAAARRGGHHH!!” Aykel menjerit sekuat hatinya semasa melarikan diri daripada seekor harimau.
Hutan yang tadinya sunyi,kini dipenuhi dengan suara jeritannya.Dia berlari mengelak akar yang menjalar keluar,semak samun yang menghalang dan duri-duri semasa dia berlari.Tetatpi bukan semuanya yang mampu dielak Aykel menyebabkan kakinya mempunyai luka tetapi diabaikannya sahaja kerana fokusnya hanyalah untuk menyelamatkan diri.
“Apa yang sedang engkau lakukan Aykel?Seranglah haiwan itu.”arah Kortris daripada pokok yang dipanjatnya.
Aykel tidak mampu membalas arahan Kortris.Jika dia berdepan dengan haiwan yang biasa mungkin dia dapat melakukannya tanpa ragu-ragu,tetapi yang mengejarnya sekarang ialah harimau yang mempunyai tubuh badan sasa dan besar,berbeza dengan haiwan lain.Ditambah pula dengan ekor ularnya yang menakutkan Aykel.
“Engkau tidak boleh berlari daripada haiwan itu buat selamanya.Tenaga engkau sedang dibazirkan.”jerit Kortris.
“Tiada apa yang dibazirkan semasa sedang menyelamatkan diri.”balas Aykel semasa sedang berlari.
(S.P Aykel)
Aku melihat kebelakang buat beberapa ketika dan mendapati bahawa harimau itu masih mengejarku.Jangan panik,Aykel tenangkan dirimu.Mungkin benar kata Kortris,mungkin pada saat-saat inilah,aku akan keluarkan potensi sebenar aku.Mukaku terukir sengihan semasa berlari.
Aku melompat kehadapan seraya memusingkan badanku dengan tangan yang dihalakan ke arahnya.Aku cuba mengeluarkan elemen air supaya dapat melakukan serangan.Segala fokus kini hanya untuk mengeluarkannya.Akhirnya elemen air itu muncul semasa aku sedang menghalakannya kepada harimau itu dan tepat mengenainya.
Aku menyambung larianku.Kalini dengan lebih pantas mungkin kerana harimau itu telah berada di dalam api amarahnya.Elemen air yang dikeluarkan tadi,menyerangnya seperti simbahan air daripada cawan kepada mukanya.Sampai bilakah sehingga aku berjaya menguasai elemen ini?
…
Kortris sedang ketawa terbahak-bahak selepas melihat kejadian tadi dari atas pokok.Air matanya mengalir keluar semasa dia sedang mentertawakan anak muridnya itu.Aykel pula menahan geramnya apabila mendengar tawa Kortris yang sedang bersenang tidak mahu membantunya.Nyawanya seperti telur di hujung tanduk,jadi dia tidak mahu membalas setiap provokasi yang dilontarkan Kortris kepadanya.
“Engkau ini memang tiada harapanlah.”Kortris melompat ke bawah apabila haiwan itu menggunakan laluan di bawah pokok yang sedang dia duduki.
[Seni Baire Libasan Ombak]
Pedang panjangnya ditarik keluar daripada sarung lantas digayakan untuk melibas harimau itu daripada atas.Mengalir elemen air pada bilahnya seakan-akan ombak yang sedang menghalang penggunanya daripada menyempurnakan libasan yang hendak dilakukan tetapi panglima itu masih mampu untuk melibaskan pedangnya seperti biasa.Elemen air yang muncul sebentar tadi bertujuan untuk membuatkan penggunanya dapat melakukan libasan yang lebih pantas dan kuat walaupun pada luarannya kelihatan seperti faktor yang merencatkan serangan.Selalunya teknik itu jarang digunakan oleh pengguna pedang kerana sukarnya mereka melawan arus air tersebut.Ekor harimau itu menjadi mangsa serangannya menyebabkan ianya terputus daripada badan makhluk yang berbelang itu.
Kini,fokus harimau itu dialihkan kepadanya.Mengaumnya marah kerana dirinya diganggu semasa sedang mengejar mangsanya.Dia berjalan ke arah Kortris dengan gah sekali seperti penguasa hutan ini.Gayanya angkuh,walaupun ekor ularnya tiada lagi dapat membantu dirinya,harga dirinya tinggi bagi menunjukkan siapa yang paling berkuasa di antara mereka.Lama kelamaan ia mula mengambil langkah yang besar dan mula berlari ke arah manusia yang mengganggunya sebentar tadi.Matanya tajam memerhatikan Kortris semasa sedang mendekatinya.
Hulu pedang dipegang kemas oleh Kortris lalu diacungnya tinggi mencabara harimau tersebut dan tidak gentar akannya.Kekudanya dipasang dan kakinya memijak tanah dengan kuat sekali sehinggakan ianya telah pun meninggalkan kesan tapak kaki yang dalam padanya.Lalu muncul elemen api yang sedang marak mula menaiki kakinya.Berbeza pula dengan pedangnya yang seperti bertambah ketajaman bilahnya apabila ia mengeluarkan elemen angin padanya.
Sebelum sempat dia menyempurnakan serangannya,harimau itu telah melakukan terkaman kepadanya terlebih dahulu memaksa Kortris untuk mematikan serangannya dan mengelak ancaman harimau itu pada saat akhir dengan melompat ke arah yang yang lebih selamat.Dia mengambil beberapa langkah kebelakang,cuba membina jarak dengan haiwan liar dihadapannya sekarang.Dia perlukan masa untuk menghabiskan musuhnya dalam satu libasan pedang,tetapi ianya mustahil sekiranya makhluk itu kekal menyerangnya.Harimau itu mengaum dengan kuatnya selepas mendapati serangannya tidak dapat menamatkan nyawa mangsanya.Matanya tajam apabila ia sudah pun bertaut dengan Kortris.Siapakah pemangsa di antara mereka?
Kelihatan seperti Kortris berada di dalam situasi yang tidak memihak kepadanya.Harimau itu lincah,pantas dan tubuhnya yang sasa itu memeberi kesukaran kepada panglima Zuinuqi tersebut.Tetapi bagaimana pedang panjangnya tidak mampu melakukan apa-apa luka kepada harimau itu?Masih lagi bermain di fikirannya.Dirinya terus ditekan namun Kortris tidaklah menunjukkan bahawa dirinya berada di dalam masalah,sebaliknya menunjukkan riak yang tenang semasa sedang menghadang setiap serangan yang diterimanya.Selepas beberapa ketika,dapat kelihatan harimau itu mula menunjukkan kepenatannya setelah lama beradu tenaga dengan musuhnya itu.Kortris pula akan sentiasa membina jaraknya apabila harimau itu mula memperlahankan ataupun tidak lagi meneruskannya serangannya buat beberapa saat sebelum ia mula melancarkan serangannya kembali.
Kortris yang sedang memecut dengan pantas itu sedang memusingkan pedangnya dan menghentak kepala harimau itu menggunakan hulu yang dpegangnya menghasilkan bunyi retakan kepada kepala harimau tersebut.Mematikan langkah musuhnya buat seketika akibat terjeda dengan hentakan itu.Belum sempat harimau tersebut untuk kembali mendapatkan fokusnya,Kortris telah pun melakukan tusukan yang menembusi kepalanya sehingga bertemu dengan rahangnya.Serta-merta haiwan yang tadinya gah itu menghempap tanah dalam keadaan yang menyeksakan dirinya.Dibiarkannya di situ oleh Kortris supaya ia dapat merasai saat-saat terakhirnya itu yang penuh derita selepas dia menarik keluar pedangnya itu.
Aykel pula sedang tersandar pada pokok yang tidak jauh daripada tempat itu dengan dadanya yang bergelora kerana tidak cukup nafas akibat kepenatan.Dia merasa sia-sia sahaja kehadirannya ke sini kerana tidak mampu untuk melakukan apa-apa yang bermanfaat,untuk menjadikan dirinya berguna.Tenggelam di dalam lamunannya,kini dia terkejut,tidak percaya dengan apa yang matanya lihat sekarang.Ular yang menerima serangan Kortris sebentar tadi masih hidup dan kini berada dihadapanya.Aykel menjadi tergopoh-gapah ingin mengeluarkan pedangnya sebelum mulut ular itu terbuka luas semasa ia sedang meluru ke arah Aykel.Pedangnya ditarik keluar tetapi sudah terlambat kerana ular itu telah melakukan serangannya.Mata Aykel dipejamkan,dan buat seketika dia tidak merasa apa-apa.
Perlahan-lahan matanya dibuka semula dan dia mendapati bahawa ular itu telah ditusuk pedang Kortris.Mata pedangnya pula sedang berada hanya sejengkal di hadapan mata Aykel dan jika dia tergerak ke hadapan walau sedikit pun,maka tertusuklah matanya.Kortris menarik keluar pedangnya daripada kepala ular itu dan dimasukkan kembali ke dalam sarungnya yang terletak di pinggang.
“Hebatkan aku?”tanya Kortris sambil mengangkat kening sebelah kirinya.
Aykel tidak menjawab.Pada masa itu dirinya lebih gemar untuk menstabilkan nafasnya berbanding melayan Kortris.Sudah beberapa kali dirinya diancam bahaya pada hari ini,dia tidak mahu menambahkan kesakitan pada hatinya pula.
“Kenapa aku dapat melihat sesuatu mengelilingi haiwan itu?”Aykel bertanyakan sesuatu yang menjadi tanda tanyanya sejak dikejar harimau tadi.
Keningnya diturunkan “Oh,itulah namanya aura.Semua pengawal elemen mempunyainya.”jawab Kortris tenang.
“Ya,aku tahu tetapi bagaimana haiwan yang tidak mampu mengawal elemen mempunyainya?”
“Aku tidak tahu.”
Aykel merenungnya kecewa.
“Sudah,keyakinan engkau untuk melawan musuh yang lebih kuat daripada diri sendiri masih lagi lemah.Mari kita pulang dahulu.”Kortris menghulurkan tangannya ingin membantu Aykel bangun.
Huluran tangan itu dicapai dan pada masa itu mereka berdua terdengar bunyi lolongan yang panjang.Selepas lolongan pertama,ianya diikuti oleh lolongan demi lolongan yang lain.Setiap lolongan yang panjang itu seperti memberi isyarat kepada rakannya bagi bertukar maklumat tentang sesuatu.Lolongan itu terus didengari mereka sehinggalah terasa seperti mereka sedang dikepung musuh yang ramai.
“Aduhai.”Kortris memegang dahinya.Pedangnya ditarik keluar dan diacung,bersedia untuk menerima serangan.
“Serigala.”tangan Aykel memegang hulu pedangnya.
“Inilah masanya untuk menguji kekuatan engkau Aykel.”Kortris mengalihkan pandangannya ke arah Aykel yang kini berada dia dalam sebuah hemisfera yang diperbuat daripada tanah.
“Aykel!!!”Kortris menjerit daripada luar hemisfera sambil mengetuk tanah itu menggunakan tangannya.
Kawanan serigala itu merapati mereka.Kedengaran bunyi-bunyi yang dihasilkan mereka apabila ianya sudah pun mengepung mangsanya.
“Minta maaf,orang tua.”Aykel bersuara daripada dalam.
“Bertuah punya budak.”Kortris memasuki postur menyerang.
Comments (0)
See all