Pengawal pintu gerbang itu tercampak ke tepi menghentak dinding besar yang mengelilingi kota utama Kerajaan Hindesh.Masing-masing mengalirkan darah daripada mulut akibat daripada kuatnya impak yang diterima sepertinya bukanlah manusia yang menyerang mereka sebentar tadi.Penunggang kuda itu memakai kerudung yang menutup mukanya tetapi jelas kelihatan wajahnya ituyang sedang mengukir senyuman.Kuda hitam yang ditunggangnya melepasi pintu gerbang dan terus berjalan memasuki kota itu yang jalannya kini dipenuhi tubuh-tubuh pengawala yang sedang tercedera.
Anjing-anjing yang menyalak di sekelilingnya mula menunjukkan riak takut terhadap penunggang kuda itu.Setiap langkahnya menghasilkan bunyi-bunyi yang menakutkan haiwan di sekeliling.Bahkan sepanjang perjalanannya ke kota,sang penguasa rimba pun tidak mahu medekati penunggang kuda itu.Cahaya matahari menjadi suram apabila dia memasuki kota itu.Alunan muzik ceria seperti hilang daripada penduduk di sekitarnya dan hanya muzik sengsara sahaja yang bermain di dalam fikiran mereka.
Setiap kali dia melepasi penduduk-penduduk di situ,mereka akan menunjukkan riak takut dan peluh mula mengalir seperti baru sahaja selepas melihat sang pencabut nyawa itu sendiri.Pengawal elemen yang ada di situ pula terasa lemas akan kehadirannya dan tidak mampu menghampiri penunggang kuda yang semakin lama menghampiri istana kerajaan itu.Anehnya,perjalanannya sang penunggang kuda itu tidaklah pula dihalang sesiapa kerana tiada manusia di situ yang berani untuk menghampirinya.
Kehadirannya sahaja telah pun menyebabkan hati manusia di situ berasa tidak tenang seperti diseksa dengan teruknya umpama disiat-siat kulit tatkala sedang hidup.Ada yang mula menjerit ketakutan dan setiap kali jeritan itu menjadi kuat,senyuman pada wajah penunggang kuda itu semakin melebar.Langkahnya perlahan dan beredarnya dia daripada satu kawasan ke kawasan yang lain merupakan kelegaan buat penduduk di situ.
Hala tujunya ke istana dan kini dia sedang dihalang oleh beberapa pengawal dihadapan tempat masuk istana tersebut.Dia turun daripada kudanya dan menarik tali kuda itu menggunakan tangan kirinya semasa dia sedang berjalan dibantu tongkat yang bertujuan untuk mengaburkan kegunaannya pada masa hadapan kelak.Pemalsuan itu adalah supaya musuhnya tidak dapat menjangka apa yang bakal dilakukannya.
“Berambus daripada sini atau mati.”bicaranya sudah cukup untuk meniupkan perasaan takut kepada diri yang mendengarnya.Pengawal di situ terketar-ketar tetapi kerana amanah raja,dicekalkan hati mereka untuk menghalang gerangan di hadapan yang susuknya besar walaupun sedang membongkok.Genggaman mereka pada senjata masing-masing dikuatkan.
“Berani…tapi bodoh.”penunggang kuda itu melepaskan tali kudanya dan tongkatnya serta merta membentuk asap hitam sehinggalah pedang muncul daripadanya lalu asap itu pun menghilanglah.Terbelalak pengawal yang melihat kejadian itu tidak percaya dengan apa yang sedang diperlihatkan kepada mereka.Penunggang kuda itu sepertinya tidak lagi mahu membuang masa dan terus mempercepatkan ketibaannya ke sini.
Pedangnya mempunyai gerigi di bahagian bilah sebelah kanannya namun tiada di bahagian kiri.Matanya tajam namun bilahnya sebelum tiba ke bahagian mata pedang itu membentuk ke arah kiri dan tajamnya sama seperti mata pedang itu.Bilahnya panjang,begitu juga pemegangnya.Penghadang tangannya juga boleh mengancam nyawa kerana jelas ketajamannya apabila dipegang penunggang kuda itu.Dibawah pemegang pedang itu terbentuk mahkota kecil yang tidak pernah lagi dilihat pengawal itu.Bentuknya seperti mahkota yang penuh dengan caat celanya tetapi bergunan untuk mengancam nyawa tatkala musuh sedang terleka.Bentuk pedang yang tidak pernah dilihat manusia,tidak pula mereka terfikir untuk membentuknya sebegitu rupa.
Tidak banyak bicara,dia terus melibas pedangnya ke arah pengawal itu,menanggalkan kepala daripada badannya.Sangat pantas serangannya sehinggakan angin pun terkejut kerana perubahan arah yang laju yang telah berlaku.Pengawal yang lain menjadi ragu-ragu untuk menyerangnya namun digagahkan jua kerana tugas mereka adalah untuk menghalang penceroboh ini daripada masuk ke dalam istana.
Pertarungan berdarah berlaku dihadapan tempat masuk perkarangan istana dan dimenangi oleh penunggang kuda itu.Jubah hitamnya dipenuhi darah tetapi diabaikannya kerana darah manusia yang bodoh itulah yang menghiburkan hatinya.Pedangnya kembali menjadi asap hitam yang kian menghilang daripada pandangan mata.Dia kembali melangkah setelah dihalang pengawal yang ramai sebentar tadi yang kini terbaring di atas tanah tidak bernyawa.Kudanya ditinggalkan di perkarangan istana itu manakala dirinya kini sedang melangkah menaiki anak tangga yang membawanya ke pintu masuk istana.
Berita kehadirannya sudah sampai pada telinga raja Kerajaan Hindesh.Mukanya jelas menunjukkan riak yang risau kerana penceroboh itu sudah semakin menghampiri istananya.Tetapi dia yakin bahawa penceroboh itu akan menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan pintu masuk perkarangan istananya setelah mengerahkan banyak tentera dan pengawal untuk menghalangnya.Masa pun telah berlalu dengan lamanya,dan masih dia tidak mendapat khabar tentang penceroboh itu.Kerisauannya kini sedang diredakan oleh dayang-dayang istana yang sering berada bersamanya di singghasananya itu.
Tiba-tiba,pintu balai menghadapnya terbuka dengan luas akibat ditendang oleh seseorang yang kepalanya ditutupi kerudung.Raja dan orang-orang penting di dalamnya terkejut melihat gerangan yang melepasi pintu itu.Gerangan yang sepatutnya diselesaikan oleh setiap pengawal dan pahlawan yang telah pun dikerahkan.Terpana mereka apabila melihatnya dan buat seketika mereka menjadi kaku sehinggakan tidak mampu bergerak waima menggerakkan jari pun.
Kerudung itu menghalang mereka daripada melihat wajah pencereboh yang semakin mendekati singgahsana raja.Mulutnya pula membentuk seakan-akan sedang jengkel.Suasana di situ pula senyap seketika dan hanya bunyi tongkat penceroboh itu sahaja yang memenuhi balai menghadap istana itu.Raja Kerajaan Hindesh mula menunjukkan riak takut sedang dirinya dihampiri dengan aura yang menekan seperti nyawanya bakal melayang pada bila-bila masa sahaja.Raja yang sombong dan mendabik dada itu pun boleh menjadi layu dan kecut,apatah lagi dengan mereka yang sedang berada di luar.
Beberapa orang disitu bangkit untuk menghalangnya tetapi mereka semua tertolak kebelakang apabila tangan penceroboh itu diangkat menghala ke arah mereka.Tanpa sentuhan yang nyata,tetapi kekuasaannya jelas diperlihatkan.
“Mengapa sambutan yang diterimaku ini sangat teruk?Adakah begini layanannya kepada orang luar.”suaranya memecahkan kesunyian.Raja itu mendapati bahawa hanya bibir hitam penceroboh itu sahaja yang bergerak manakala giginya kekal rapat antara satu sama lain apabila penceroboh dihadapannya itu berbicara.Bunyi suaranya jelas seperti manusia biasa yang sedang bercakap tetapi ianya lebih menakutkan berbanding apa-apa bunyi yang pernah didengarinya.Sedangkan tetuang gergasi Quanian pun tidak akan mampu mencapai kegerunan yang diberikan lelaki itu.
Kelihatan beberapa orang di situ mula menutup telinga kerana tidak tahan dengan kesakitan yang tiba-tiba menyerang rongga pendengaran mereka. “Lemah.”kata penceroboh itu selepas melihat suasana sekitarnya.
“Beta sendiri tidak..” bicara raja itu dipotong penceroboh dihadapannya.
“Mengapa seperti darjat engkau lebih tinggi daripadaku.Sedarkah engkau bahawa dihadapan engkau sekarang adalah salah satu daripada dua belas Arnakh,Valyar yang sudah lama berkhidmat kepada Yang Agung,Maharaja Azrayel.Berjumpa denganku sahaja adalah satu kurnia yang besar daripada Maharaja Azrayel untuk makhluk hina seperti engkau.”Valyar kemudiannya menhentakkan tongkatnya ke tanah menggegarkan tempat mereka buat sementara waktu.Bunyi dayang-dayang istana yang menjerit ketakutan memberikan kegembiraan kepadanya.Orang-orang yang berada di sekelilingnya pula sedang terhuyung-hayang akibat daripada gegaran yang berlaku sebentar tadi.
“Jadi apa tujuannya Yang Perkasa,Valyar datang ke tanah yang hina bertemu dengan penduduknya yang apatah lagi hina ini.”raja itu tidak mahu ada apa-apa kerosakan berlaku jadi diturunkan harga dirinya untuk mengikut kehendak Arnakh dihadapannya ini.
Valyar ketawa buat beberapa ketika. “Sudah tentulah untuk memberikan sebuah kemuliaan kepada kerajaan ini untuk berkhidmat di bawah penguasaan Yang Agung,Maharaja Azrayel dan berada di bawah pantauan aku.”
“Apa engkau fikir kami akan menerimanya?”harga dirinya yang tercabar menyebabkan dia terlupa sebentar siapa yang berada di hadapannya.Raja itu sudah terlambat apabila dia mula menyedarinya.
“Berani engkau menunjukkan penentangan kepadaku.Sepatutnya rahmat sebegini diterima engkau dengan tangan yang terbuka luas.”terdapat nada geram pada suaranya kalini.
Jantung raja itu berdegup laju.Dirinya kini dibasahi peluh kerana ketakutan. “A..Ak..Aku hanya mahu mendengar tujuan dan apa yang bakal diterima kerajaan ini jika kami mengikut telunjuk Yang Agung,Maharaja Azrayel.
Gelak Valyar dapat didengari selepas raja itu menghabiskan bicaranya. “Manusia dan sikap tamaknya tidak akan berubah,daripada pertama kali aku memijakkan kaki ke Munemeer hinggalah sekarang.Yang Agung,Maharaja Azrayel akan menjanjikan engkau Kerajaan Alay dan seluruh Tanah Alay ini sekiranya engkau berkhidmat dibawahnya untuk menghapuskan segala manusia di Kerajaan Alay”
Raja itu berfikir sejenak sebelum tersengih selepas mendengar tawaran Valyar.Perkara itu menarik minatnya lalu dia menyatakan persetujuan dengan Valyar selepas mengambil kira segala kemungkinan yang akan berlaku.Dirinya tidak akan berada di dalam kerugian,tetapi keuntungan yang nyata.
Valyar masih lagi ketawa semasa mengeluarkan sesuatu daripada jubahnya.Ianya merupakan sebuah sfera kaca yang biasa sahaja di mata mereka yang sedang melihatnya sekarang.Daripada pandangan mereka,sfera kaca itu kelihatan seperti tidak berharga dan tidak punyai nilai yang tinggi di sini.
“Inilah Viantiri.Yang Agung,Maharaja Azrayel memberi penghormatan kepada engkau untuk berbicara dengannya.”Bebola sfera itu dicampakkannya kebawah dan dibiarkan bergolek sehingga berlanggar dengan anak tangga yang membawa kepada singgahsana raja Kerajaan Hindesh itu.
“Bila masanya tiba,Yang Agung,Maharaja Azrayel sendiri yang akan berbicara dengan engkau.”Valyar kemudiannya melangkah keluar meninggalkan mereka yang sedang cuba membaca apa yang baru sahaja berlaku di situ.Dia menggunakan jalan yang sama digunakannya untuk memasuki istana itu.Kelihatan darah yang sudah kering yang mengalir daripada mayat-mayat mereka yang berani menentangnya sebentar tadi.Kudanya pula kembali ditunggang dan terus dirinya dibawa keluar daripada kerajaan itu.
Penduduknya kembali bernafas dengan tenang selepas Valyar melepasi pintu gerbang kerajaan itu.Diri mereka merasa gembira kerana penunggang kuda yang telah memberikan rasa tidak senang kepada mereka telah pergi daripada situ.Tidaklah mereka tahu bahawa kini mereka berada di dalam pengawasannya.
…..
Beberapa pahlawan bergegas masuk ke dalam istana Kerajaan Hindesh,membawa diri mereka ke singgahsana raja kerajaan itu.Langkah mereka laju kerana tidak mahu melambatkan ketibaan mereka di sana.Tibanya mereka ke sana disambut dengan balai menghadapnya yang berterabur barangan di dalamnya dan dipenuhi retak-retak seakan-akan tempat ini pernah bergegar beberapa detik yang lalu.
Pahlawan-pahlawan itu juga mendapati bahawa orang-orang penting di dalamnya serta dayang-dayang istana ini sedang terketar-ketar ketakutan sepertinya kematian mereka sedang dilintaskan selintas lalu pada pemandangan mata menyaksikan apa yang bakal terjadi sekiranya berlaku penentangan sebelum ini.Mereka terus berjalan mendekati singgahsana raja semasa salah seorang daripada dayang itu menjerit ketakutan secara tiba-tiba sahaja.
Bertambahlah lagi kebingungan mereka apabila reaksi yang ditunjukkan raja kerajaan ini berbeza sepenuhnya dengan mereka yang lain.Dia sedang tersengih sendiri semasa sedang terduduk senang di atas singgahsananya.Raja itu sedang berada jauh di dalam fikirannya sendiri memeikirkan kenikmatan Aduinne yang bakal menjengahnya tidak lama lagi.
Comments (0)
See all