Aykel menikam serigala terakhir yang menyerang mereka di Hutan Utara itu.Nafasnya dihembus panjang,lega kerana ianya sudah berakhir.Bukannya sedikit yang mengepung mereka sebentar tadi.Pedangnya dimasukkan kembali ke dalam sarung.Tiba-tiba,dia merasa kepalanya diketuk daripada belakang.
“Sekali lagi engkau buat macam tu,dengan engkau sekali aku hancurkan.”Kortris memberi amaran.
Aykel hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tergelak perlahan selepas mendengar amaran Kortris.Fikirannya kembali melayang di saat Kortris menghancurkan perisai tanahnya menggunakan hentakan pedang panjangnya.Pada saat itu juga,dia hampir menjadi makanan serigala tetapi nasib menyebelahinya kerana dia berjaya keluar daripada situasi itu menggunakan elemen anginya dan memberi beberapa luka kepada serigala yang mendekatinya.Situasi itu berlaku dengan saat pantas seiring dengan degupan jantungnya.
Aykel memeluk tubuhnya yang menggeletar seram apabila mengingati situasi itu kembali.Mereka kini sedang berjalan keluar daripada hutan itu selepas bertembung dengan sekawana serigala sebentar tadi.Bagaimana mereka boleh tiba sehingga ke sini.Bukankah habitat mereka berada jauh daripadanya.Di pergunungan luar sempadan Kerajaan Alay.
Aykel dan Kortris sahaja tidak cukup untuk membersihkan kawasan hutan ini daripada haiwan yang berbahaya.Mereka sekurang-kurangnya memerlukan beberapa pahlawan yang berpengalaman dan beberapa Ranalay bagi memudahkan kerja ini dilakukan.
Tiba-tiba,tanah yang dipijak mereka bergegar.Tidaklah kuat seperti gempa bumi tetapi cukup untuk merasakan ada sesuatu yang besar menghampiri mereka.Kortris menarik mantel Aykel supaya dia tidak dapat melarikan dirinya.Makhluk yang menghampiri mereka itu tidak dapat dilihat kerana pokok-pokok tinggi dan besar yang menyembunyikan bentuk badannya.Tetapi asap yang dihasilkan makhluk itu telah mendedahkan arah kehadirannya kepada Kortris dan Aykel.
Kepalanya dapat dilihat dan seterusnya badan ia pula selepas serigala gergasi itu sudah berada di hadapan mata mereka.Tubuhnya besar dan hampir sahaja ia menyamai pokok-pokok di sekitarnya.Bulu yang bermula daripada bahagian atas kepalanya hingga ke leher berwarna merah gelap manakala bulu di bahagian yang lain pula berwarna merah keorenan.Tidak pernah lagi dalam sejarah Alay tercatat makhluk yang berada di hadapan mereka sekarang.
Setiap langkahnya menghasilkan asap dan kesan terbakar melekat di tanah tempat ia berjalan.Serigala itu melihat ke arah semua serigala yang bersaiz kecil yang tidak lagi bernyawa dan sedang terbaring di atas tanah.Ia mengeluarkan bunyi sepertinya sedang geram dengan pembunuhnya.Kini mata serigala itu dan mereka berdua telah bertaut.Jelas riak serigala itu yang sedang marah mula menghampiri mereka dengan pandangan yang tajam.
“Errr bukankah haiwan tidak mampu mengawal elemen?”Aykel menyiku Kortris perlahan selepas melihat serigala dihadapannya.
“Engkau fikir aku tahu?”
“Jikalau begitu lebih baik panglima Zuinuqi yang berkuasa pergi menaruhkan nyawanya untuk membunuh haiwan yang berada di hadapan kita ini.”selepas itu Aykel bersedia untuk menghentakkan kakinya bagi membina pelindung tanah berbentuk hemisfera bagi melindungi dirinya.
Belum sempat Aykel hendak menghentak,dia dihalang Kortris yang sudah mengetahui akalnya.
“Bukan kalini,kita akan kalahkannya bersama-sama.”Aykel bergelut hendak melepaskan diri daripada halangan Kortris.Dia akhirnya mengalah apabila menyedari bahawa dirinya tidak punyai banyak masa sebelum dihampiri serigala gergasi itu.
Pedang panjang Kortris ditarik keluar dan ianya dihalakan kehadapan selaras dengan kepalanya.Kekudanya dipasang bersedia menunggu gerakan pertama serigala itu.Elemen angin mula kelihatan di pedangnya menambah ketajaman senjatanya,manakala dirinya mula mengeluarkan elemen api bagi membantu dirinya menyerang sebentar lagi.
Aykel pula sedang memegang kuat hulu pedangnya dan memasuki posisi menyerang yang diajarkan Tok Afkar kepadanya.Dia masih lagi tidak mampu untuk mengeluarkan elemen dan mengekalkannya pada masa yang lama menyebabkan dirinya sekarang tidak mengeluarkan apa-apa elemen semasa kekudanya dipasang.Mereka sudah bersedia untuk menerima serangan serigala gergasi itu.
Serigala itu terus berlari menerkam Aykel terlebih dahulu dan mengabaikan Kortris di sebelahnya.Ia nampaknya menyasarkan musuh yang lemah terlebih dahulu sebelum beralih ke arah musuhnya yang lebih kuat.Aykel tidak membiarkan dirinya menjadi mangsa terkaman tersebut lantas memecut kedepan menggunakan elemen anginnya bagi mengelak ancaman yang diterimanya sekarang.Dirinya tidak menyedari bahawa dia berada di dalam radius libasan ekor serigala itu menyebabkan dia terpelanting menghentak pokok yang berdekatan.Serigala itu bergegas ke arahnya bagi menamatkan nyawa Aykel.
Kortris yang dibaikan sebentar tadi tidak membenarkan ianya belaku lalu melibas pedangnya pada kaki serigala itu menyebabkan ia terjatuh tatkala sedang berlari laju.Tujuan Kortris adalah supaya fokusnya hanya pada dirinya supaya Aykel tidak dapat diapa-apakan.Rancangannya berjaya apabila serigala itu terus mencakarnya sejurus selepas ia bangun namun,Kortris dengan pantas bertindak untuk mengelaknya.Kortris menyerangnya daripada arah yang berbeza semasa serigala itu terpedaya dengan pergerakannya.Hampir sahaja dia menyempurnakan serangan itu,pedangnya bertemu kuku serigala yang besarnya melebihi pedang panjang Kortris.Kukunya yang panjang itu mampu menyaingi pedang panjang Kortris dan sebelum dirinya perasaan,kuku pada kaki kiri hadapannya hampir sahaja mengenainya sekiranya dia tidak menggunakan elemen angin bagi melarikan diri daripada situasi itu dengan pantas.
Warna merah gelap pada bulunya kini menyala seperti sedang terbakar.Tapak kaki serigala itu mula mengeluarkan elemen api menyebabkan asap yang terhasil daripadanya bertambah.Kortris maju ke arahnya dengan pantas sambil menghasilkan elemen api sepanjang laluannya untuk menamatkan terus riwayat serigala itu,namun ianya sia-sia kerana serangan Kortris berlaku di dalam satu garis lurus menyebabkan serigala itu mampu mengelaknya dengan mudah.Walaupun begitu,melihat kepada kerosakan akibat kebakaran yang berlaku semasa serangannya berjalan itu sudah cukup membuktikan betapa bahayanya ia jika serangan itu mampu disempurnakan Kortris.
Tidak berhenti di situ,Kortris terus pergi ke arahnya dan melibas pedang itu daripada bawah hinggalah ke atas memberikan luka pada wajahnya semasa serigala itu tidak bersedia.Dia melolong kesakitan dan terkejut dengan kelajuan yang ditunjukkan Kortris.Berbeza buat Kortris apabila dia sudah semakin penat kerana banyak menggunakan terasnya.
“Parut itu akan mengajar engkau untuk sentiasa berwaspada.”Kortris berbicara sebelum menyambung serangannya dengan menghayunkan pedang itu kebawah memotong rintangan angin bagi mencuba menamatkan riwayat serigala itu.Namun,ia berjaya mengelak pada saat akhir menyebabkan bahagian badannya sahaja yang bertemu dengan bilah pedang Kortris.Kortris terus tercampak ke tepi akibat terkena serangan daripada kaki serigala itu.
“Liatlah nyawa engkau ini.”Kortris masih di dalam postur menyerang walaupun sebentar tadi telah terseret kebelakang.
Kortris perasan bahawa mata serigala itu sudah bertukar menjadi warna merah dan api yang marak muncul daripada tubuhnya membakar pokok-pokok yang berada di sekeliling.Dia tahu bahawa perkara ini akan menarik perhatian orang ramai kerana dekatnya Ainaruo,Ardiu dan Zuinuqi dengan kawasan Hutan Utara.Tetapi dia tidak boleh berharap untuk bantuan tiba secepat mungkin kerana perkara ini berlaku secara mengejut dan sudah pasti tiada yang berani untuk membantu mereka sekarang sekiranya melihat kepada musuh yang dihadapinya pada waktu ini.
“Tak guna,kenapa engkau sahaja yang menjadi kuat.Dimana kuasa yang akan menjadikan aku kuat pada saat-saat ini?”Dia menghelakan nafasnya. “Aku sepatutnya berhenti membaca cerita-cerita karut seperti itu.”
Cakaran serigala itu dihadang menggunakan pedang dan kali ini dia dapat merasakan pertambahan kekuatan daripada serangan yang diterimanya menyebabkan Kortris tercampak jauh ke tepi kerana tidak mampu melawan daya yang diterimanya.Dadanya bergelora kerana sudah penat melawan musuh yang kuat seperti ini seorang diri.Terasnya sudah semakin melemah kerana terlalu banyak bergantung kepada pengawalan elemennya.Dia tahu bahawa lambat-laun mungkin tenaganya akan kehabisan dan ini akan menjadi penamat buatnya.
Digagahkan dirinya bangkit kembali dengan bertongkatkan senjatanya lalu kedua-dua tangannya mengacung pedang panjangnya.Serangan demi serangan dielaknya selepas itu dan beberapa kali jugalah bilahnya bertemu sasaran,namun ada juga serangan yang tidak dapat dielak menyebabkan dirinya tercedera.Setiap kali dia jatuh akibat tidak mampu menahan daya yang kuat,setiap kali itulah dia bangkit untuk kembali menyerang.Semangatnya tidak akan terpadam selagi dia mampu memberikan tentangan.
Tangan kanannya menghayunkan pedang manakala tangan kirinya pula sedang mengawal elemen angin membentuk sebuah angin yang tajam bagi mencederakan lawannya.Kadang-kadang kedua-dua tangannya akan memegang pedangnya apabila dia sudah melonjak ke udara bagi melakukan libasan yang akan menyebabkan kecederaan yang menyeluruh.Pada waktu itu bilah pedangnya akan mengeluarkan elemen api bagi menambahkan lagi kekuatan serangannya.Dia akan mengubah trajektori serangannya apabila menyedari bahawa dirinya akan diserang semasa berada di udara itu.Apabila dia ingin membina jarak dengan serigala itu,Kortris akan menembak bebola air daripada tangan kirinya bagi mengaburkan ruang pemandangan serigala gergasi yang sedang mendekatinya.Tetapi setelah sekian lama,bebola airnya tidak memberikan kesan apabila ia bertukar menjadi wap air selepas hampir sahaja mengenai serigala gergasi itu.Nyata apinya sudah pun semakin berkuasa dan Berjaya menguasai suasana mereka.
Kortris melonjak ke udara.Serigala itu yang telah mengetahui gaya serangannya mula menerkamnya di atas sana tetapi Kortris dengan pantas memecut kebelakangnya semasa berada di udara sebelum menusuk serigala itu.Dia terpelanting pergi selepas makhluk gergasi itu bergelut kerana kesakitan yang dirasainya.Kortris kemudiannya memecut lagi ke arah serigala yang sedang kesakitan itu,memendekkan jaraknya bagi menyempurnakan serangannya yang dia pasti akan menamatkan semua ini.Jarak mereka sudah menjadi dekat namun lolongan serigala itu pada arahnya menyebabkan Kortris tertolak kembali ke belakang menghentak batu besar disitu.Matanya terbeliak kerana terkejut dengan perkara yang baru sahaja berlaku kepadanya.
“Mustahil.” Dia berbicara perlahan.
Kortris menggunakan kudrat terakhirnya bagi untuk memecut dengan laju tetapi kali ini bukanlah untuk menyerang.Dia bergerak dengan pantas mengelilingi serigala itu mencari bukaan bagi dia menyempurnakan serangannya.Setiap kali dia melihat bukaan yang terhidang dihadapan mata,pedangnya akan memberikan luka kepada serigala itu.Dirinya tidak dapat dikesan kerana kelajuannya itu sudah pun mengatasi tahap kepekaan musuhnya.Perkara ini terus berulang sehinggalah serigala yang sudah geram dengan tindakannya melolong ke atas dengan sangat kuat dan dirinya mengeluarkan elemen api yang membakar sekeliling hutan itu pada radius yang besar.
Kortris melindungi dirinya menggunakan elemen air. Keselamatan Aykel merisaukan dirinya apabila menyedari Aykel berada di dalam radius letupan itu.Asap hitam mula memenuhi kawasan sekitar mencacatkan penglihatan Kortris.
“Aykel”Kortris mencari kelibat anak muridnya di dalam asap hitam itu.
Dia tiba-tiba merasa tidak sedap hati.Tekaannya benar apabila dirinya diserang hendap,mujur dia cepat mengambil tindakan menghadangnya menggunakan pedang.Walaupun begitu,akibat tidak kebersediaannya,dia tercampak ke tepi dan bergolek di atas tanah buat beberapa ketika selepas menerima momentum yang kuat.Asap hitam itu semakin berkurang dan terlihatlah serigala yang sudah dipenuhi luka menghampirinya.
(S.P Kortris)
Aduhhh.Bagaimana boleh muncul musuh seperti ini.Daripada manalah pula binatang ini muncul.
Aku bergerak dengan pantas ke arahnya menggunakan elemen angin sambil pedangku dihalakan kehadapan bagi menikam rintangan angin untuk memberikan kesan tikaman yang kuat kepada haiwan tidak berguna itu.Pada saat aku sudah semakin mendekatinya,ia mengeluarkan elemen api daripada mulutnya ke arahku.Aku menukar arah serangan bagi mengelak api itu dan menyasarkan bahagian lain sebelum aku menyedari bahawa diriku telah dilibas ekornya,menyebabkan aku terhentak pada pokok di hutan itu.
Serigala itu sedang menghampiriku.Aku rasa inilah penamatnya.Darah mengalir daripada anggota badanku dan mulutku juga sudah mengeluarkan darah akibat hentakan sebentar tadi.Tidakku sangka aku akan mati berseorangan….Kejap,sekiranya aku mati dibunuh serigala ini dan selepas itu ia akan membunuh budak yang sudah pengsan itu,secara teknikal aku tidak mati berseorangan lah kan?HAHAHA..apa yang aku fikirkan ini….Haih,untuk mati pada usia muda sebegini…aku tidak bersedia lagi.Ia menerkam ke arahku.
Comments (0)
See all