Kelihatan tiga orang manusia yang berpakaian seperti pengembara sedang berjalan ke arah pintu gerbang barat Zuinuqi.Disebalik pakaian itu adalah zirah yang akan membantu untuk mempertahankan diri mereka semasa menjalankan misi kali ini.Mereka memakai penutup muka bagi menyembunyikan identiti masing-masing.Risau penjenayah yang sedang diburu akan mengecam wajah-wajah Ranalay kerajaan ini lalu menyebabkan kegagalan kepada mereka.Dua daripadanya ialah perempuan manakala seorang lagi ialah lelaki.Diri mereka disambut pengawal di situ sebelum melintas keluar daripada Zuinuqi.Di situ,tunggangan mereka sedang menunggu tuannya bagi memulakan perjalanan pada hari ini.Ikatan tali yang mengikat kuda-kuda itu telah dibuka sebelum ditunggangnya pergi ke destinasi mereka iaitu Hutan Barat.Ranalay lelaki yang sedang berada di hadapan untuk memimpin mereka itulah ketua bagi kumpulan yang sedang melaksanakan misi kali ini.
Ranalay wanita yang berada ditengah-tengah antara kedua-dua Ranalay yang lain itu membuka penutup mukanya semasa sedang menunggang kuda.Dia tersenyum gembira,dari Zuinuqi hinggalah ke separuh perjalanan ini,dia masih lagi tidak dapat membuka penutup mukanya yang menyesakkan dirinya itu.Suasana yang sunyi dan tenang ini dilihatnya sebagai waktu yang sesuai untuk dia membukanya tanpa merisaukan risiko wajahnya itu dilihat musuh.
“Ah udara segar,sesaklah nafasku memakai penutup muka ini lama-lama.”luahnya.
“Hei,tahan dahulu niat engkau nak mengambil udara segar.Kita ada misi penting untuk dilaksanakan dengan jayanya bukan hendak bersiar-siar.”marah Fehru,satu-satunya lelaki di dalam kumpulan itu.
“Alaaa tak seronoklah kalian ini.”Sera mencebik lalu kembali memasang topeng mukanya.Kehra tidak menyokongnya tidak juga menghalangnya.
Perjalanan mereka itu diteruskan dengan senyap sehinggalah sampai di hadapan Hutan Barat.Usai turun daripada tunggangan mereka,kuda-kuda itu dilepaskan untuk kembali balik ke Zuinuqi.Tiada lagi gunanya kuda itu apabila sudah terperangkap di dalam Hutan Barat,jadi mereka hanya melepaskannya pergi sebelum haiwan tunggangan itu menjadi beban kepada mereka kelak.Kehra melihat sekeliling hutan itu sebentar kerana inilah kali pertamanya ke sini,sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah berkenaannya yang sering memberi ketakutan kepada orang sekelilingnya semasa di Zuinuqi.
“Seperti hutan biasa sahaja.”dia bercekak pinggang sambil melihat sekeliling.
“Jangan pandang rendah akan hutan ini.”Fehru menegurnya selepas mendengar luahan Kehra.
“Mungkin cerita yang didengariku hanyalah rekaan semata-mata.”tambah Kehra.
“Diluarnya memanglah seperti hutan biasa tetapi jangan terpedaya dengannya,kerana semakin jauh kita bergerak ke dalam,dan tanpa kita sedari,diri kita akan berada di dalam labirinnya lalu disitulah bermulanya cabaran kita yang sukar untuk misi ini.”jelas Fehru.
“Kalau begitu bagaimanakah caranya kita hendak keluar daripada hutan ini?”tanya Sera dengan nada yang risau.
“Fikirku,jika ada yang mampu masuk dan keluar daripadanya dengan nasib yang baik,dan ada beberapa orang yang sering keluar dan masuk daripadanya seperti sudah menguasai labirin ini,tekaanku adalah ada sesuatu yang mengawal pergerakan pokok-pokok di sini.Tetapi itu semua hanyalah teori aku semata-mata.”dia kini sedang membetulkan senjata yang sedang berada di pinggangnya itu.
“Jadi,sia-sia sahajalah penerangan engkau ini.”Kehra bercakap dengan nada yang serius.
Fehru terkejut mendengarnya “Hei,tetapi ada kemungkinan ianya betul.”Fehru dan Kehra berbalas pandangan yang tajam buat sementara waktu.
“Dan ada kemungkinan ianya tidak.” Fehru menahan geramnya.Penumbuknya dikepal,namun segera dibuka kembali kerana takut Ranalay wanita dihadapannya itu perasan akannya.Bukannya dia tidak tahu apa akan jadi sekiranyas Kehra berada di dalam api amarah.
Dia mengeluh.”Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.”bicaranya kerana tidak mahu bertengkar dengan Kehra pada waktu seperti ini.
Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi kereta kuda dan beberapa ekor kuda yang ditunggang sedang menghampiri mereka.Kelam kabut ketiga-tiga Ranalay itu mengangkat beg karung dan menggalas beg masing-masing untuk bersembunyi disebalik pokok-pokok yang besar di kawasan Hutan Barat yang tidaklah terlalu dalam.Nasib baik sahaja mereka sempat untuk menyembunyikan diri,sekiranya tidak,sudah tentulah misi mereka ini akan gagal sebelum sempat ianya bermula.
“Engkau kata mereka telah bergerak ke sini awal pagi tadi?”Kehra menepuk bahu Fehru.
“Manalah aku tahu,bilangan mereka akan bertambah,lagipun tidak pernah lagi aku melihat mereka ini keluar dari pintu gerbang barat Zuinuqi sebelum ini.”Fehru mengusap-usap bahunya yang sedang berada di dalam kesakitan itu.
Sera menutup mulutnya sambil menyuruh Fehru dan Kehra mendiamkan diri mereka.Dia takut bahawa tempat persembunyian mereka akan terdedah sekiranya dua orang rakannya itu mula bertengkar.Mujur kedua-dua Ranalay itu sedar akan situasi yang sedang dialami mereka sekarang yang menyebabkan terbantutnya pertikaman lidah yang hampir sahaja berlaku.
Pertambahan bilangan yang sedang menghampiri ini mungkin akan mencacatkan sedikit rancangan mereka kerana musuh yang bakal dihadapi Ranalay ini sudah bertambah.Sedangkan jumlah mereka di dalam Hutan Barat ini pun tidak diketahui mereka,ditambah pula dengan bilangan yang sedang mendekati Hutan Barat itu.
“Aduh,jikalau yang bertambah sebanyak ini,sudah tentu sukar untuk kita menguruskan situasi di dalamnya nanti.”keluh Fehru.
“Kenapa?Engkau takut ke?” Fehru menjeling Kehra selepas mendengarnya.
“Bukannya apa,aku takut seseorang di sini mungkin tidak mampu menghadapinya.” Fehru mengerling ke arah Kehra.
“Apa kau kata?”saat itu Fehru sekali lagi merasa tumbukan Kehra.Tulangnya mungkin akan patah sekiranya berkali-kali dia mencari nahas dengan wanita ini.Tetapi dia tidak dapat berhenti daripada melakukannya kerana hatinya terasa puas apabila melihat Kehra dikawal amarah kerana dirinya itu.
Mulut Fehru sekarang sedang ditekup kain supaya jeritannya tidak akan mendedahkan lokasi mereka.Agak lamalah juga sebelum dia berjaya menenangkan diri akibat pukulan Kehra itu.Pemukulnya pula sedang ditenangkan Sera supaya api amarahnya itu dapat dipadamkan.Kemudian,mereka kembali meletakkan fokus masing-masing kepada gerombolan penunggang kuda yang mendekati Hutan Barat itu.
Selepas itu,mereka mula memasang telinga bagi mendengar perbualan di antara penunggang kuda itu secara senyap-senyap.Tidaklah sukar untuk Ranalay-ranalay itu melakukannya kerana perbualan kumpulan itu tersangatlah kuat seperti yakin bahawa tiada sesiapa yang akan mendengarnya.Mungkin mereka ini sudah terbiasa untuk ke sini sehinggakan keyakinan yang dipunyai kumpulan itu berada di tahap sehinggakan tidak kisah untuk membincangkan maklumat yang sulit semasa perjalanan mereka.Tetapi,ianya merupakan situasi yang normal buat kumpulan itu,kerana sudah berkali-kali mereka ke sini dan merasai sendiri keadaan Hutan Barat yang sunyi dan tiada manusia selain mereka yang menggunakannya.Cuma perbezaan pada kali ini,kerana mereka tidak menyedari kehadiran para Ranalay di situ.
“Tidakkah engkau pelik melihat kuda-kuda yang berlari pulang ke Zuinuqi tanpa penunggangnya?”
“Ya,mahu sahaja aku mengambil kuda itu untuk kegunaan kita,sayangnya haiwan itu mengelak daripada didekati kita”lelaki itu mengusap dahinya.
“Aku rasa mungkin ianya adalah beberapa manusia yang dihantar kerajaan untuk memeriksa Hutan Barat.”
“Kalau ikutkan,kerja yang kita lakukan ini memang tidak akan dikesan sesiapa.Setakat ini ianya hanyalah ura-ura sahaja.Mustahil kerajaan akan mengambil tindakan hanya kerana ianya menjadi buah mulut orang ramai.Mana mungkin mereka mahu memeriksa hingga ke Hutan Barat.Jika mereka ke sini pun,bagaimana mereka hendak menghadapi labirin ketua kita.Dan jika mereka berjaya menghadapi labirin itu,mampukah mereka menjumpai kita?”lelaki itu ketawa berdekah-dekah selepas bicaranya.
“Bila kita akan menghantar mereka semua ini ke Hindesh?”muncul suara yang bertanya selepas kepalanya dijengukkan keluar daripada kereta kuda itu.
“Ini merupakan yang terakhir.”kata penunggang kuda di situ sambil menunjuk ke arah kereta kuda yang dibawa mereka.
Akhirnya,mereka sudah memasuki Hutan Barat.Perjalanan mereka itu menjadi perlahan sebentar supaya tidak berlaku kemalangan kerana bentuk muka hutan itu.Bergegar-gegar sedikit kereta kuda itu semasa melalui jalan masuknya.
“Mari ikut mereka secara perlahan dari jauh.” arah Fehru.
“Kemudian,kita akan mengumpulkan mereka di gua itu sebelum terus menghantar mereka ke sana.”jelas lelaki yang sama tadi.
Sera memanipulasi elemen bunyi supaya mereka tidak dapat dikesan musuh dihadapan mereka sekarang.Mereka mengekori kumpulan itu daripada belakang,dengan senyap sebelum berjalan dengan pantas.Pengawalan elemen bunyi yang dilakukan Sera telah membolehkan mereka memijak lantai hutan itu tanpa perasaan takut jikalau terpijak dedaun kering ataupun kayu-kayu yang boleh mendedahkan kehadiran mereka di situ.Sesekali Ranalay-ranalay itu akan bersembunyi di sebalik pokok-pokok di situ apabila pandangan musuh mereka itu dialihkan kebelakang.Mungkin bunyi yang mampu mendedahkan mereka itu telah dimatikan tetapi firasat seorang manusia tetap sahaja tidak mampu dikalahkan oleh sesiapa.Kemudian,rancangan mereka ditukar dengan menggunakan dahan-dahan pokok bagi mengekori musuh yang sedang menggunakan jalan darat itu.
Buat masa sekarang ini,tiada lagi tanda-tanda yang dikesan Fehru yang menunjukkan bahawa mereka telah terperangkap di dalam labirini hutan ini.Dirinya masih lagi tidak percaya bahawa mereka tidak terperangkap di dalam labirn hutan yang menjadi kisah-kisah kebiasaan buat penduduk Kerajaan Alay.Para Ranalay itu masih lagi terselamat namun firasat Fehru belum pernah lagi tersilap.Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi mereka sekarang.Segera para Ranalay itu memijak tanah kembali apabila kumpulan yang mereka ekori itu keluar daripada jalan yang telah tersedia di dalam Hutan Barat.
Jalannya didalamnya luas walaupun tanah di situ tidaklah rata.Ada naik dan turunnya namun semuanya berjalan dengan lancar bagi kumpulan yang diekori mereka itu.Yang menjadi cabaran buat kumpulan itu hanyalah struktur bumi di hutan ini tetapi mereka sudah terbiasa dengannya menyebabkan tiada kesukaran yang serius dihadapi mereka sepanjang perjalanan itu.Fehru,Kehra dan Sera pula masih lagi mengekori mereka daripada belakang dengan jarak diantara ketiga-tiga para Ranalay itu masing-masing ialah beberapa batang pokok Hutan Barat yang besar.
Tiba-tiba,asap mulai muncul entah daripada mana mengelilingi ketiga-tiga Ranalay itu.Tidak dapat mereka mencari punca asap yang sedang mula memenuhi ruang-ruang hutan itu dan ianya telah merebak dengan cepat menyebabkan pandangan mereka terhadap kumpulan itu pula menjadi semakin kabur dan samar-samar sehinggalah tidak kelihatan sepenuhnya.Tidak berhenti di situ,ketiga-tiga Ranalay yang sedang keliru sekarang,mendapati bahawa diri mereka telah terpisah antara satu sama lain.Ketenangan Hutan Barat sebentar tadi hanyalah sebuah topeng bagi memerangkap Ranalay itu yang kehadirannya telah disedari musuh sejak daripada awal tibanya mereka di sini.Para Ranalay itu telah terpedaya,tertipu dan mungkin juga diperbodohkan oleh musuh-musuh mereka di dalam hutan ini.
Sera menolak asap yang mengelilinginya menggunakan elemen angin tetapi tiada kesan terhadap asap yang semakin menebal itu.Dia masih mencuba untuk menolaknya dan hasilnya masih sama seperti sebelum ini.Ranalay wanita itu mencuba dan terus mencuba sehinggalah dia mati akal,tidak mampu untuk memikirkan rancangan supaya dapat keluar daripada situasi ini.Kehra pula tidak membuang masanya dan terus berlari menembusi ketebalan asap ke arah laluan yang digunakan kumpulan yang mereka ekori tadi.Sera masih lagi kaku.Dirinya tidak dapat menentukan apa yang perlu dilakukannya sekarang.
“Hoi,jangan berpisah!”jerit Fehru apabila terdengar bunyi tapak kaki berdekatannya sedang berlari namun semuanya telah terlambat.Dia yakin bahawa ianya salah seorang daripada rakannya.
Fehru cuba berjalan di dalam ketebalan asap itu untuk mencari jalan keluar daripadanya.Dia tidak melihat apa-apa dan hanya berjalan mengikut gerak hatinya sahaja.Sesekali dia akan terjatuh akibat tersadung sesuatu yang besar.Dirinya merasa pelik tentang asap yang mengelilinginya ini tidak mengeluarkan bau seperti asap yang biasa,namun perkara itu tidaklah difikirkannya panjang kerana fokusnya sekarang adalah untuk mencari jalan keluar daripada keadaan yang dialaminya ini.
Setelah sekian lama,asap itu mula menghilang.Sedikit demi sedikit ketebalannya menipis kembali sehinggalah pandangan Fehru tidak lagi terhalang.Apabila dia dapat melihat dengan jelas,dia menyedari bahawa dirinya sekarang di kelilingi hutan yang besar dan tinggi.Jalan yang tadinya luas menjadi kecil.Akar-akar pokok itu menjalar keluar menyukarkan dirinya untuk berjalan.Tanahnya yang tidak rata itu menambahkan lagi kesukarannya.Cahaya matahari pula kelihatan samar-samar,dan hanya sedikit sahaja yang menembusi pokok itu sehinggalah menyentuh tanah.Fehru menggosok-gosok matanya bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi dan kecewa apabila inilah realiti yang dihadapinya sekarang.Dirinya sudah terperangkap di dalam labirin Hutan Barat.
“Aduhai.”dia menggeleng-geleng kepalanya sampil mengusap dahi.
…..
Sera berlari sehinggalah kakinya terlanggar sesuatu yang besar menyebabkan dirinya terjatuh.Akar yang menjalar keluar dan tanah yang tidak rata menambahkan lagi kesakitan pada badannya sekarang.Dirinya tidak percaya apabila dia mendapati bahawa dirinya tiba-tiba ada di tempat yang amat berbeza selepas asap itu mula menghilang.Dia bangun dalam keadaan yang tidak percaya lalu melihat di sekelilingnya.
“Fehru?Kehra?”dia memanggil nama kedua-dua rakan yang bersamanya sebelum dia berada di dalam situasi ini.
…..
Dia melihat sekeliling setelah menyedari dirinya berada di tempat yang amat berbeza berbanding sebelumnya.
“Jadi inilah labirin yang dikatakan itu?”Kehra melihat sekelilingnya.
“Tak guna.”dia menyepak akar besar yang ada di hadapannya
…..
Baru sahaja sebentar tadi dia telah mendapat khabar tentang kejadian di Hutan Utara.Fikirannya menjadi bercelaru buat seketika waktu.Terlalu banyak masalah yang perlu difikirkannya pada waktu ini.Buah caturnya sedikit namun musuh mereka pula semakin bertambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Aku perlukan lebih ramai Ranalay,maka lebih banyaklah orang yang berbakat dapat aku gunakan bagi kebaikan kerajaan ini.”Raja Kaifer mengusap janggutnya itu.
Comments (0)
See all