Gelap.Sunyi.Itulah apa yang dirasakannya sekarang.Sejuk seorang diri di sebuah kawasan yang luas.Matanya mula mengadaptasi dengan keadaan gelap itu selepas beberapa ketika supaya dia dapat melihat dengan sedikit jelas di dalam kegelapan yang menelan dirinya.Keliru.Pelik bagaimana dirinya boleh berada di sini.Dia bangun daripada baringnya dan berjalan ingin mencari jalan keluar daripada kegelapan itu.
Jantungnya berdegup dengan laju kerana tertekan akibat tiada cahaya dan terpaksa mencari jalan keluar tanpanya.Dia merasa tekanan di dalam dirinya.Rasa tidak selesa,dadanya menjadi sesak walaupun berada di ruang yang luas itu.Peluh membasahi dirinya walaupun dia sendiri merasa kesejukan di dalam tempat itu.Tangannya menyeka peluh yang terdapat di dahinya sambil berjalan,tiada arah tuju di dalam kegelapan itu.
Sekian lama dia berjalan sebelum dirinya mengalah,penat,tiada apa-apa yang dapat dijumpainya.Budak itu terduduk kecewa sambil melepaskan nafasnya kepenatan.Dia cuba menenangkan diri dan memikirkan apa yang terjadi sebelum dirinya ada di sini.Bagaimana dia boleh berada di dalam keadaan seperti ini?Penat otaknya diperah,cuba mengingati walaupun sedikit sahaja memorinya sebelum ini.Apa yang terjadi sehinggakan dirinya dibawa ke sini?
Gagal.Dia tidak mengingati apa-apa.Dia tidak mampu mengingati saat-saat sebelum tibanya di sini.Memorinya seperti diambil alih oleh sesuatu ataupun seseorang yang menyebabkan dia tidak dapat mengingati sesebuah peristiwa yang dirinya yakin dia telah melaluinya tetapi bukan dirinya yang merasa pengalaman itu sewaktu ianya berlaku.Memikirkannya juga telah membuat fikirannya berserabut,sama dengan keadaan rambutnya apabila dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Kolar bajunya dikibas-kibas cuba untuk mengurangkan rasa lemasnya di sini.
Kemudian dia melihat sebuah cahaya yang muncul di dalam kegelepan itu.Terang walaupun berada jauh daripadanya.Mungkin kerana suasananya yang gelap telah membuatkan cahaya itu terlihat terang benderang dihadapan matanya.Dia bangkit dan terus berlari ke arahnya selepas melihat cahaya itu kerana takut bahawa ianya akan menghilang.Dia tidak mampu lagi untuk terus terperangkap dan akhirnya lemas di dalam kegelapan yang sedari tadi menguasai suasana di sini.Fikirnya,cahaya itu mungkin akan menjadi pintu keluarnya daripada sini.Dan dia perlu cepat sebelum ianya mula menghilang.Namun,setelah sekian lama dia berlari,jarak antaranya dan cahaya itu seperti tiada perubahan.Jarak diantaranya tidak berubah walaupun sedikit pun.Diteruskan juga larian itu tanpa berfikir panjang mengenainya.Dia perlu dan seharusnya ke sana,setidak-tidaknya dia dapat keluar daripada kegelapan yang menelannya sebentar tadi.
Lari dan terus berlari sehinggalah tenaganya mulai sirna dan kepenatan menguasai dirinya.Badannya dibongkokkan dan kedua tangannya diletakkan pada lutut.Nafasnya tercungap-cungap.Jaraknya masih sama,tiada perbezaan yang dia dapat rasai walaupun dirinya telah berlari dengan lajunya dalam tempoh masa yang lama.Berbaloikah kesemua yang dilakukannya ini?Kemungkinan bahawa dia akan terperangkap di sini buat selamanya telah menggerunkan dirinya dan membuat jantungnya berdegup kencang. Dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di situ bagi mengumpulkan nafas dan tenaganya sebelum menyambung kembali lariannya.
Tiba-tiba,dia terdengar suara seorang budak perempuan sedang memanggil namanya.Suara yang biasa didengarinya.Sering bermain difikirannya apabila dia merindui empunya suara itu.Mendengar suaranya yang lemah dan perlahan itu membuatkan dia risau,sangkanya gerangan yang memanggilnya itu sedang berada di dalam kesakitan.Suara yang selama ini menjadi punca dirinya ingin melindungi sedang terseksa.Datangnya ia daripada arah cahaya yang muncul dihadapannya.Terus dia mengumpulkan saki-baki tenaganya yang tinggal dan berlari kembali ke arah itu.Dia perlu menyelamatkannya.
Sesuatu yang berbeza berlaku pada lariannya kalini.Dia mendapati bahawa dirinya semakin mendekat lalu memendekkan jarak di antara dirinya dengan cahaya itu.Berbeza dengan cubaannya yang sia-sia sebelum ini.Lariannya diteruskan sehingga matanya menangkap susuk tubuh seorang budak perempuan yang dibasahi darahnya sendiri sedang terbaring dihadapannya.Budak itu masih lagi belum berhenti daripada memanggil namanya.Perlahan dan kedengaran sayu,hampir sahaja ianya tidak kedengaran.
Langkahnya perlahan,sedang mendekati budak itu,cuba mengenal pasti identitinya dan berharap bahawa ianya bukanlah gerangan yang berada di dalam fikirannya.Terdapat kesan tikaman pada perut budak itu yang menjadi punca kepada darah yang sedang membasahinya.Itupun hanya disedari lelaki itu apabila dia sudah berada dekat dengannya.Tangan kanannya diletakkan di atas luka itu lalu dia merangkul tubuhnya.Matanya terbuka sedikit,mulutnya pula masih mengeluarkan suara,menyebut dan memanggil nama Aykel.Jelas pada riaknya bahawa budak perempuan itu sedang menahan kesakitan yang dialaminya dengan matanya yang terus mengeluarkan cecair jernih tanpa henti.
Aykel mengenali wajah budak yang sedang dirangkulnya.Perasaannya bercampur-baur sebelum matanya bergelinang,jantungnya berdegup laju dan nafasnya menjadi tidak stabil.Dia tidak percaya.Adakah dia sedang berada di tempat yang nyata?Pelbagai persoalan bermain difikirannya.Tangannya pula sedang terketar-ketar apabila matanya bertaut dengan budak itu.
“Ay…Aylin?”air matanya jatuh.Panggilannya tadi tidak terjawab lalu dia cuba untuk memanggil nama adiknya sekali lagi.
Aylin memandang wajah Aykel.Terukir senyuman lega pada mukanya selepas melihat wajah abangnya itu.Tetapi,dia masih tidak menjawab panggilan Aykel.Entah mengapa suaranya itu tidak dapat dikeluarkannya.Dia mengangkat tangan kirinya cuba untuk menyeka air mata Aykel.Hampir sahaja dia menyentuh mukanya sebelum tangan adiknya itu terjatuh kembali.Matanya tertutup dengan senyuman yang masih lagi terukir diwajahnya.
Aykel terpana.Adakah ini realitinya?Apakah dia tidak bermimpi?Dia memeluk rapat adiknya itu seperti tidak mahu lagi berpisah daripadanya.Lelaki yang impiannya adalah untuk menjadi kuat dan melindungi keluarganya sedang menangis.Meraung dengan kuatnya meratapi kematian adiknya.Pelukannya menjadi semakin kuat sebelum adiknya itu hilang daripada pelukannya menjadi pasir yang terbang ditiup angin.Dia keliru.Apa yang baharu sahaja berlaku?Perasannya sebentar tadi seperti sesuatu yang benar-benar terjadi.Tetapi mengapa dia terasa seperti sedang berhalusinasi?Dia mempersoalkan dirinya,meragui setiap apa yang dilihat disekelilingnya.Fikirannya menjadi kosong kerana terkejut dengan situasi yang baru sahaja berlaku itu.Emosinya seperti sedang dipermainkan.Dan selepas itu, cahaya dihadapannya menghilang lalu terbiarlah dirinya ditelan kegelapan buat sekali lagi.
Degupan jantungnya yang laju itu dapat didengarinya.Takut kerana tidak mampu untuk melihat apa-apa.Takut kerana tidak tahu apa yang sedang bersamanya di dalam kegelapan ini.Air matanya diseka menggunakan lengannya.
Suasananya menjadi cerah kembali dan sekarang dirinya berada di tempat yang lain.Dia sedang berada di dalam kampung yang sedang terbakar.Asap berada di merata-rata tempat kerana terlalu banyaknya api di situ.Suara manusia yang menjerit ketakutan pula seperti muzik latar belakang bagi suasananya itu.Dia melihat kampung di situ sedang dibakar oleh tentera yang tidak pernah dilihatnya.Dirinya juga tidak pasti adakah mereka ini seorang manusia.Diseksanya penduduk kampung itu dan ada yang dibunuh mereka dengan kejam.Aykel lemas di dalam keadaan itu dicampur pula dengan perasaan takut,geram dan tidak senangnya dia untuk melihat perkara itu berterusan.Dia cuba menghalang tentera itu yang hendak membakar rumah di situ tetapi tangannya tidak dapat menyentuh mereka.Barulah dia tersedar bahawa sedari tadi,kehadirannya juga tidah diendahkan oleh orang sekelilingnya.Aykel seperti tidak wujud pada mata mereka.
Lalu,sekelilingnya berubah dengan pantas menjadi medan peperangan di mana dentuman pedang menjadi muziknya.Hentakan batu besar yang dilontar menjadi gendangnya memusnahkan benteng pertahanan kota di situ.Panglima perang pula kelihatan sedang menaikkan semangat tentera yang sudah hilang harapan untuk terus berlawan dengan musuh mereka.Pelbagai elemen dikeluarkan kedua-dua belah pihak itu untuk menyerang di antara satu sama lain.Sebuah perasaan hadir di dalam dirinya.Aykel terasa seperti hendak mengalah walaupun dia baru sahaja berada di situ.Dia terasa seperti sudah lama berperang di medan pertempuran itu dan dirinya sedang mempersoalkan nasibnya itu yang berada di pihak yang kalah.Kemudian,muncul sebuah harapan pada dirinya tetapi pada waktu itu,dia tidak mengerti apa yang membuatkan dia merasai perkara itu.
Baru sahaja dia hendak melangkah,dirinya telah pun berada di dalam sebuah gua.
“Apakah?”
Tiba-tiba dirinya terasa penat,seperti telah melalui sesuatu yang amat membebankan dirinya.Bukan itu sahaja,kini dia terasa sunyi.Dia sudah berputus asa.Bukan perasan dirinya sekarang ini tetapi apa yang dirasainya pada waktu itu.Seperti ada yang sedang mendorong emosinya untuk menjadi sebegitu.Harapannya telah pun hilang,seperti tiada lagi sinar cahaya pada dirinya.Dia ingin menyendiri tidak mahu berjumpa dengan lainnya seperti tidak waras lagi.
“Apa yang aku rasa ini?”dia sendiri pun tidak faham dengan situasinya sekarang ini.Emosinya pada waktu itu tidak dapat dikawalnya.Di dalam gelapnya gua itu dengan unggun apinya yang sudah terpadam,dia dapat melihat beberapa kubur manusia dan beberapa tulang haiwan yang menjadi perhiasan di situ.
Aykel melangkah keluar daripada gua itu.Baru sahaja sebentar tadi dia berada di dalam kegelapan,tidak sanggup lagi dirinya untuk berada di dalam situasi yang sama sekali lagi.Kini,dirinya dikelilingi gunung-ganang dan hutan hijau yang tebal.Aykel hanya dapat melihat sahaja,manakala badan dan emosinya itu tidak dapat dikawalnya dengan sendiri.Entah mengapa,suasana itu memberikan ketenangan padanya,namun kesunyian yang dirasainya pada waktu itu mengatasi segala perasaan lain yang ada pada dirinya.Dan ketenangan inilah yang menjadi suasana yang tidak akan dirasainya lagi selepas dia beredar daripada kawasan itu.
Gunung-ganang yang meninggi itu bertukar menjadi asap sebelum diikuti seluruh tempat itu.Aykel dibawa ke suasana yang baharu pula.Setiap kali suasananya berubah,dia akan menjadi pening dan mual kerana otaknya yang tidak dapat mencerna perubahan imej dan keadaan sekeliling itu dengan pantas.Kini dia berada di dalam sebuah kapal yang sedang berlayar di laut yang tenang.Bukan hanya sebuah tetapi bilangan kapal itu banyak seperti berada di dalam sebuah armada laut.Berbeza dengan keadaan kawasan itu,dirinya tidak dapat merasakan ketenangan seperti sudah tahu bahawa sesuatu yang buruk bakal terjadi dan ianya betul-betul berada di sebalik kabus dihadapannya itu,Tekaannya benar apabila peperangan yang dahsyat berlaku sejurus selepas kedua dua armada laut itu bertemu.Dirinya merasakan keseronokan walaupun sedang berperang namun ianya bertukar menjadi sebuah perasaan sedih yang tidak dapat diertikannya pada waktu itu.
Selepas pertukaran demi pertukaran suasana yang terjadi kepada dirinya,akhirnya pada kali ini ianya telah berhenti.Tetapi sekarang dia tidak boleh kembali ke tempat asalnya kerana terperangkap di dalam ilusi yang dialami dirinya.Persoalannya sekarang,bagaimana dia mampu untuk keluar kembali ke dunia nyata?Tidak sanggup lagi dia menahan apa yang dirasainya sekarang ini.Matanya terbelalak.
“Aku sudah boleh kawalnya kembali?”dia menggerak-gerakkan keseluruh tubuhnya.
Suasana di situ menjadi gelap kembali.Dia berada di tempat bermulanya segala apa yang terjadi pada dirinya waktu itu.
“Perjalanan yang pelik dan sukar buat engkau ya budak?”muncul suara yang garau sedikit namun ianya memberit ketenangan kepada telinga yang mendengarnya.
“Siapakah engkau?Dimana engkau sekarang?”Aykel bertanya semasa melihat ke sekelilingnya yang gelap itu
“Tenang budak,aku tidak akan mencederakan engkau,sebaliknya aku akan ada untuk melindungi sekiranya engkau membiarkan diri sendiri tercedera.”
Aykel terpinga-pinga.
“Ada perjalanan yang panjang sedang menanti engkau.Berduri dan beracun.Tetapi sebelum aku dapat berbicara dengan engkau selepas ini.Peganglah pena engkau dan tulislah kisah hidup yang sendirinya.”
“Kejap tetapi ingat namaku.Mana adil.Penat-penat aku bertempur di Munemeer,tiada siapa yang hendak mengingatiku.Namaku Alfer…”
Aykel terjatuh ke dalam sebuah lubang yang tiada penghujungnya.Dia tidak dapat melihat dasarnya jadi dia sendiri pun tidak tahu berapa lama lagi dirinya akan kekal di dalam situasi itu.Tetapi yang pasti,sebelum dia tiba ke dasarnya,jeritannya akan kekal sehinggalah tekaknya kesakitan.
…..
Aykel bangkit daripada tidurnya.Mukanya yang sedang dibasahi peluh sedang mengukir riak ketakutan dan terkejut akan sesuatu.Tangannya meraba-raba tubuhnya itu dan dia mendapati bahawa dirinya sedang dibaluti kain bagi menutupi lukanya.
“Aik?Sejak bila aku boleh ada luka yang besar seperti ini?”
Aykel sedang duduk di atas katilnya.Termenung sendirian sedang cuba untuk mengingati sesuatu.Dia tahu dirinya itu baru sahaja selepas bangkit daripada terkejut akan mimpinya.Tetapi dia tidak dapat mengingati apa yang telah dimimpikannya sebentar tadi.Bukannya samar-samar ingatannya tetapi tiada langsung yang dapat diingatnya hatta kejadian yang membuatkan dia terbangun dalam keadaan yang terkejut.
Kortris melihatnya pelik.
Aykel mengangkat kedua-dua belah keningnya semasa menyedari kehadiran Kortris di situ.
“Apa yang telah terjadi?”
Comments (0)
See all