“Kerja kita mudah sahaja kalini,kita hanya perlu memastikan Hutan Utara selamat dan tiada apa-apa yang mampu mengancam keselamatan Akademi Zuinuqi dalam tempoh masa yang panjang…Aku tahu engkau semua mampu melakukannya”Kortris memandang ke arah Dulan,Zander dan Niniel.
“Tetapi ingat,tugas kalian hanya perlu memastikan dan memeriksa sahaja sekitar hutan itu.Jangan bertempur dengan makhluk yang melebihi kemampuan masing-masing.Kita tidak mahu kehilangan nyawa Ranalay lagi.”sambungnya.
“Hutan Barat,Utara dan Isternis.Kesemuanya dilakukan secara serentak.Apa pula perancangan Raja Kaifer kalini?”kedengaran suara Zander.
“Kita sedang berada di waktu yang sukar,masa itu berharga untuk dibazirkan hanya dengan melakukan satu misi pada satu-satu masa sahaja.Jadi kita perlu melakukannya serentak.Jikalau kesemuanya berjaya,maka ketiga-tiga masalah ini dapat diselesaikan dan ringanlah sedikit beban kita selepas ini.”jawab Kortris.
“Nampaknya kita tidak akan berehat dalam masa yang terdekat ini huh?”Dulan menyiku bahu Zander.
“Berapa lama lagi engkau mahu berehat?”Kortris mengangkat keningnya apabila wajahnya bertemu dengan wajah Dulan.
“Selama-lamanya,jikalau boleh.Tetapi nampaknya Aduinne tidak membenarkan kita untuk kekal dalam keadaan yang tenang.”balas Dulan.
Kortris mengeluarkan sesuatu.
“Engkau semua mendapat autoriti penuh untuk mengetuai misi ini,jadi jalankan ia dengan sebaiknya.”Kortris memberikan fail kepada mereka yang mengisi setiap maklumat berkenaan misi dan pahlawan yang terlibat bersama mereka.
“Rancang dengan sebaiknya,aku tidak dapat menyertai kalian di awal misi ini kerana perlu menyelesaikan sesuatu di sini.Tetapi aku akan menyertai kalian dihujung-hujungnya,aku pasti.”
“Ah,ya,maklumat tambahan,ada beberapa makhluk di sana yang mampu mengawal elemen,jadi berhati-hatilah.Terutamanya engkau berdua.”panglima itu melihat ke arah Zander dan Dulan.
“Ah tiada apa-apalah tuan,kami ialah Ranalay kerajaan ini,sudah pastinya kekuatan kami sahaja sudah cukup untuk menghapuskan makhluk yang berani menunjukkan dirinya.”Dulan bersahaja di dalam bicaranya.
Dulan mengambil fail yang diberikan Kortris sebentar tadi. “Tuan panglima,ceritakanlah apa yang telah menyerang dirimu dan anak muridmu itu?Mungkin ada maklumat yang berguna.
“Sesuatu yang sangat kuat,bijak dan licik tetapi aku yakin Ranalay kerajaan ini mampu untuk menghadapinya.Walaupun terdapat perubahan yang ketara kepada fizikal mereka,namun ianya masih mempunyai kelemahan yang sama seperti makhluk-makhluk yang serupa dengannya.Lagipun aku sukar berhadapan dengannya kerana hanya aku seorang sahaja yang berpengalaman di situ,dan terasku telah melemah,ditambah pula dengan diriku yang sudah kepenatan.”jawab Kortris tenang.Dulan dan Zander mengangguk selepas mendengarnya.Niniel pula masih melihat mereka tanpa sebarang emosi yang terukir di muka.Dari tadi dirinya hanya mendiamkan diri,membiarkan Kortris dan Dulan untuk berbicara.
“Aykel bukan namanya?Yang menyelamatkan tuan di sana?”Dulan bertanya dan menerima anggukan Kortris sebagai jawapan.
Kortris ketawa kecil seketika. “Ya,dan aku yakin dalam beberapa tahun yang mendatang dia akan berada di tahap yang sama dengan kalian bahkan lebih tinggi lagi.Itu jaminan aku.”
“Menarik anak murid tuan,adakah dia mampu untuk menjadi pengganti Panglima Zuinuqi suatu hari nanti?”
“Terpulang kepadanya.”
“Tiba masanya nanti aku hendak bertemu dengan anak murid tuan yang dibanggak-banggakan itu.”Dulan memberikan fail tersebut kepada Zander.
“Kenapa tidak sahaja bertemu sekarang?Nanti dia pulanglah.Engkau tunggu sahaja di sini.”
“Tidak boleh,tuan panglima.Kami perlu bersiap dengan segara di bahagian utara Zuinuqi,misi ini pun akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi.”
“Kalau begitu telah tamatlah pertemuan kita di sini.Bersurai.”Kortris menghantar mereka pergi dengan matanya,melihat ketiga-tiga Ranalay itu bergegas ke tempat mereka yang seterusnya.Cepat dan tangkas walaupun kelihatan bersahaja.
Benar kata Zander,ketiga-tiga hutan yang berbahaya kepada kerajaan ini telah pun menjadi lokasi bagi misi mereka kali ini .Semuanya bagi mengurangkan risiko ancaman yang mampu menggugat keselamatan Kerajaan Alay.Ranalay-ranalay yang dihantar itu ada yang tujuannya untuk memeriksa dan ada yang ditugaskan untuk menghentikan kegiatan yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut.Ianya berisiko akibat daripada kesemua Ranalay telah pun ditugaskan ke sana.Menyebabkan risiko nyawa mereka kehilangan semasa menjalankan misi itu tinggi.Tetapi,sekiranya mereka berjaya menjalankan misi tersebut dengan jayanya,maka keuntunganlah yang akan mereka kecapi.Lalu,dapatlah kerajaan ini menumpukan fokusnya kepada masalah-masalahnya yang lain.
“Apalah aturan Aduinne kali ini?”
Semuanya berlaku dengan sangat pantas.Pelbagai situasi yang terjadi satu demi satu menyebabkan setiap yang memainkan peranan penting di dalam kerajaan ini terjerumus kepada keadaan hari ini.Konflik dalaman,musuh dalam selimut,serangan yang tidak henti daripada Kerajaan Hindesh dan Sines,dan masalah-masalah baharu yang sepertinya tidak akan berhenti menjelma.Pimpinan Raja Kaifer nyata banyak liku-likunya.
Dia termenung seketika. “Bagaimana haiwan boleh mengawal elemen?” usah hiraukan tentang fizikalnya yang besar itu kerana sememangnya banyak haiwan yang aneh sepertinya.Pengawalan elemen merupakan sesuatu yang sukar.Sedangkan manusia juga tidak mampu untuk mengaktifkan terasnya,apatah lagi haiwan yang tidak berakal.Persoalan yang paling besar buatnya sekarang adalah,siapa yang telah menghantar haiwan itu ke mari?
Raja Kaifer pernah memberitahunya tentang kejadian aneh yang akan berlaku selepas ini.Tetapi apabila berbicara tentang siapa yang akan menyerang mereka daripada luar Tanah Alay,dia akan berbicara dengan bicara yang tidak jelas.Bicara yang penuh pembayang.Bicara yang tidak dapat diterjemahkan oleh mereka yang mendengarnya.Raja itu menyebut tentang petunjuk-petunjuknya seperti tidak mahu berbicara tentangnya dengan jelas.Mungkin dia ada alasannya yang tersendiri.
Pandangan Kortris kini tertumpu kepada Aykel yang sudah melepasi pagarnya dan kini sedang berjalan di laman rumahnya itu.Melihat tenaga yang ditunjukkannya membuatkan dia teringat kembali akan zaman mudanya.Aykel tidak menyedarkan dirinya selama beberapa minggu akibat daripada pertembungan di Hutan Utara sebelum ini yang menyebabkan dia menerima beberapa jahitan untuk menutup lukanya yang terbuka dengan luas sekali akibat daripada cakaran serigala gergasi yang mengganas di Hutan Utara.Kecederaan Aykel masih belum pulih sepenuhnya tetapi dia sudah pun mampu untuk bergerak walaupun dalam keadaan yang terhenjut-henjut.
“Bagaimana rasaanya apabila dikenali seluruh penduduk Alay?”
“Sejujurnya aku malu dalam keadaan begini.”dia menunjukkan beberapa balutan yang tidak ditutup bajunya.
“Biasalah tu untuk seorang pahlawan.”Aykel mengambil tempat duduknya di hadapan Kortris.
“Aku merasa tidak yakinlah untuk berhadapan dengan orang ramai semasa diriku sedang berada di dalam keadaan seperti ini.”
“Heh,engkau.Ini baru perkara biasa tau.Kita belum bertarung dengan sesuatu yang lagi dahsyat kekuatannya yang mampu mengoyahkan mental kita.”
“Apa!Serigala gergasi yang kita bertembung di Hutan Utara itu tidak cukup kuat lagi?”Kortris mengangguk.
“Matilah aku.”
“Sebab itulah engkau perlu konsisten memperbaiki diri,mencari pengalaman dan membina keyakinan untuk berhadapan dengan situasi seperti itu.”
“Engkau pernah menghadapi situasi yang dahsyat ke?”Aykel menyelesakan dirinya selepas membetulkan beberapa kali postur duduknya itu.
“Sudah tentulah.”panglima itu menepuk dadanya.
“Aku sudah beberapa kali mneyertai peperangan di sempadan Quanian dan Arlach.”
Aykel mengangkat sebelah keningnya. “Adakah ianya setanding dengan makhluk yang ditemui kita pada hari yang lepas itu?Aku rasa situasi bertarung dengannya lagi dahsyat daripada berperang dengan kerajaan lain.”
“Ha itulah engkau tidak tahu.Semasa kita berperang,kesemua mental dan fizikal kita ini akan teruji.Disitulah tahap penerimaan engkau terhadapa situasi yang sedang berlaku itu perlu menjadi pantas.Engkau juga tidak boleh berputus asa walaupun situasi peperangan tersebut tidak memihak kepada pihak sendiri.Sebaliknya,pada waktu itulah engkau perlu menjana sesuatu bagi mengeluarkan pihak sendiri daripada situasi berbahaya yang mampu membawa kepada kekalahan.Lihat sahaja seperti apa yang telah dilakukan oleh Jenari Kahine.”
“Jenari Kahine?”muka Aykel berkerut.
“Ah,nanti engkau akan tahu juga tentangnya.”
“Jadi,apa yang engkau belajar daripada situasi di Hutan Utara selepas hampir-hampir sahaja lolos daripadanya?”
“Untuk menjadi lebih kuat!Aduh.”tangannya itu merasa kesakitan selepas ianya diangkat dengan pantas untuk menumbuk udara.
Kortris menggelengkan kepalanya. “Pulihkan diri dahulu,baru sambung berlatih.”
“Oh ya,bagaimana semasa mendaftarkan diri engkau untuk ujian kelayakan Akademi Zuinuqi itu?”
“Tidak ada apa-apa yang menarik pun.Tetapi satu sahaja yang aku tidak mengerti,mengapa diwajibkan untuk mengambil subjek-subjek yang tiada kaitan dengan pertaruangan ini?”dia menunjukkan kertas yang diterimanya semasa dia mendaftarkan diri di Akademi Zuinuqi.
“Biasalah tu,engkau seorang pelajar,dan jikalau engkau masih lagi tidak mengerti,ianya supaya pahlawan-pahlawan kerajaaan ini mampu berfikir dengan bijak walaupun ditekan situasi yang tidak menguntungkan diri.”
Aykel mengeluh perlahan. “Engkau,tidak perlu risau,berdekatan akademi ini terdapat perpustakaan Zuinuqi.Alang-alang latihan engkau terpaksa ditangguhkan kerana kecederaan yang dialami ini,lebih baik engkau menghabiskan masa di sana untuk menelaah subjek-subjek yang akan diuji nanti.”
Aykel mengeluh sekali selepas mendengar cadangan Kortris.Buku bukanlah rakan karibnya di dalam kehidupannya ini.
“Di Akademi Zuinuqi nanti,engkau akan belajar tentang ilmu yang engkau mahir dan tidak mahir.Jadi kuasai yang dimahiri dan teliti kepada yang tidak.Engkau juga bakal diperkenalkan dengan manusia yang punyai banyak perwatakan dan latar belakang.Berkawanlah kerana ianya akan memanfaatkan engkau kelak.Yang terakhir,engkau bakal merasa pelbagai emosi-emosi baharu di situ.Maka,tunjukkan sahaja emosi yang dirasai engkau itu supaya yang lain memahami tentangnya.Apa-apapun ianya merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan akan membentuk diri engkau menjadi sesuatu yang berguna suatu hari nanti.Tetapi,yang pasti aku tidak akan mengulangi pengalaman ku di sana jika dilahirkan kembali ke dalam Aduinne ini.”Kortris berbicara dengannya lagi.
“Oh ya,jangan lupa pena dan dakwatmu,karanglah kisah hidup engkau sebelum menulisnya,supaya engkau tidak menyesali perbuatan yang telah dilakukan.Akhirnya,hanya masa sahaja yang kita punyai,jadi manfaatkanlah ia.”
Aykel menguap.
“Hoi,aku sudah penat berbicara ni,sekurang-kurangnya tunjulah bahawa engkau sedang berminat.”
‘Ya,ya aku tahu dan faham.”
Aykel merasakan sesuatu yang pelik berlaku kepadanya sebentar tadi.Mindanya seperti mengingati sesuatu yang berada jauh di dalam memorinya yang kabur itu.Kepalanya sedang berdenyut-denyut kerana menurut kehendak mindanya itu yang ingin mengingati sebuah peristiwa tersebut.Tetapi ianya samar-samar.Sepertinya dirinya itu pernah mendengar perkataan yang baru sahaja dituturkan Kortris,jadi dia keliru.Dimanakah dia mendengarnya?Otaknya tidak dapat mengingati perkara tersebut.Aykel tidak perasan bahawa dia sedang memegang kepalanya seperti ditekan sesuatu sebelum Kortris menyedarkannnya ke dunia nyata kembali.
“Mental engkau masih belum pulih.”Kortris melihatnya risau.
“Bukanlah,fikiranku tiba-tiba sahaja terasa sakit,seperti hendak cuba mengeluarkan sesuatu daripada memori aku yang kelam ini.”Aykel mengurut-urut kepalanya.
Kortris masih lagi tidak yakin dengan jawapan Aykel.
“Engkau masih boleh ke untuk Akademi Zuinuqi selepas ini?”
“Sudah tentu boleh,bukankah aku yang terkuat di sini?Setakat sakit kepala seperti ini,hanya sedikit sahaja.”dia menyandarkan kepalanya yang sudah pun menjadi pening.
“Jadi,bersedialah untuk ujiannya.”
“Baik,tuan.”suara Aykel menyindir tetapi dalam keadaan dirinya sedang tertawa.
Comments (0)
See all