Terletaknya ia di timur laut Zuinuqi berdekatan dengan Hutan Utara dan Hutan Timur.Akademi ini juga terletak berdekatan dengan perpustakaan Zuinuqi yang menyimpan pelbagai ilmu yang menunggu untuk dibaca penduduk Kerajaan Alay.Ini juga memudahkan pelajar akademi Zuinuqi untuk mendalami ilmu yang sedang mereka pelajari di sana.Hampir keseluruhan bahan bacaan yang menjadi ilmu untuk penduduk kerajaan ini terdapat di perpustaan tersebut.
Asalnya lokasi akademi itu tidaklah istimewa,namun selepas munculnya makhluk-makhluk aneh di Hutan Utara,pelajar-pelajar akademi itu akan berlatih mengawal elemen dan menggunakan senjata mereka terhadap makhluk-makhluk di sana.Penghuni aneh Hutan Utara ini telah pun menjadi sasaran Kerajaan Alay untuk dibunuh kerana telah mengancam nyawa rakyatnya,tetapi makhluk itu juga digunakan untuk menjadi sasaran bagi menguji kebolehan pelajar-pelajar Akademi Zuinuqi bagi membina pengalaman berlawan dengan sesuatu yang luar biasa kekuatannya.Ini supaya mereka dapat mengetahui kemampuan mereka apabila berada di dalam situasi yang mampu mengancam nyawa.Tiada lagi kematian pelajar yang direkodkan setakat ini kerana mereka dibantu oleh beberapa pahlawan yang ditugaskan untuk menjaga beberapa kawasan hutan tersebut.Sudah tentulah,hanya mereka yang sudah melepasi sesebuah tahap yang ditetapkan sahaja dapat melakukan perkara tersebut bagi mengelakkan kecelakaan menimpa.Selalunya kemampuan mereka ini akan diuji terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan untuk ke sana.
Tidaklah pula kerajaan ini melepaskan tangannya terhadap masalah yang berlaku di Hutan Utara kerana Raja Kaifer akan mengambil tindakan yang pantas untuk mengerah beberapa pahlawan berpengalaman,Ranalay mahupun panglima untuk ke sana sekiranya mendapat laporan tentang makhluk yang luar biasa kekuatannya,melebihi kemampuan profesor dan pelajar-pelajar akademi tersebut.Namun,sejak kebelakangan ini,pahlawan-pahlawan yang telah ditetapkan untuk menjaga kawasan itu telah pun berundur kerana terdapat pelbagai makhluk yang lebih berbahaya daripada sebelumnya.Ini adalah langkah berhati-hati supaya tidak berlaku kehilangan nyawa yang sia-sia.Dan kerana itulah wujudnya Operasi Hutan Utara.
Lokasinya yang berdekatan dengan Hutan Timur pula ialah sebuah kelebihan buat akademi ini.Hutan Timur adalah tempat penggalian bijih-bijih yang kemudiannya akan ditempa menjadi senjata buat kerajaan ini.Ada sahaja penempa yang terdapat di sekitar Kerajaan Alay tetapi sumber daripada Hutan Timur sepertinya tidak akan habis selepas mereka menggali dengan dalamnya.Senjata yang ditempa juga dapat dihantar dengan pantas ke Kerajaan Alay yang berdekatan dengannya untuk kegunaan para pelajar di sana.Pada waktu yang tertentu,pelajar akademi ini akan mendapat kelebihan untuk menempa semula senjata mereka yang telah mendapat pelbagai jenis kerosakan supaya menjadi sempurna kembali.Penempa-penempa yang terdapat di Hutan Utara ini semuanya mempunyai kemampuan yang tidak dapat ditandingini penempa yang lainnya di Kerajaan Alay ini.
Akan ada situasi yang amat jarang berlaku apabila raja sendiri memberikan kehormatan kepada pelajar yang terbaik di sana dan menawarkannya menjadi seorang Ranalay.Gelaran ini berdiri seiring dengan Alayar tetapi mempunyai tugas yang berbeza daripadanya.Mereka ini akan berkhidmat terus di bawah raja dan bukan jawatan yang lainnya jadi tiada yang akan menggunakan mereka untuk kepentingan diri masing-masing.Jawatan mereka juga seperti buah catur nyata yang bergerak secara rahsia bagi menyelesaikan masalah kerajaan ini.Tiada sesiapa yang tahu bila mereka akan ataupun sedang melakukan tugas mereka kecuali apabila ianya didedahkan seperti Operasi Hutan Utara.Berbeza dengan Alayar yang merupakan buah catur yang bergeraknya tanpa berselindung.
Pelajar-pelajar yang ditawarkan gelaran ini dibenarkan untuk menamakan senjata kegemarannya bagi ditempa menggunakan besi okhrana.Besi yang jarang dijumpai di Tanah Alay dan setakat ini ianya ditempa hanya untuk Raja,Bendahara,Temenggung,Panglima,Alayar dan Ranalay sahaja.Penggunaan besi ini bermula pada zaman kelima-lima anakanda Raja Zulka Tarbuq dan oleh kerana ketahanannya yang luar biasa,ianya kemudian digunakan hanya untuk menempa senjata buat orang-orang yang tertentu sahaja.Senjata yang ditempa menggunakan besi ini tidak perlu ditempa kembali bagi membaikinya kerana tidak pernah direkodkan lagi kerosakan yang berlaku pada senjata yang ditempa menggunakannya.Jika pengguna itu mahu melupakan perubahan pada senjatanya,ianya mungkin pada hulu ataupun bahagian lain yang bukan bilahnya.Keringannannya merupakan salah satu ciri terbaik pada besi ini.Bayangkan sekiranya senjata yang dilibas itu lebih mudah berbanding yang lainnya tetapi masih lagi memberikan kesan yang besar bahkan lebih lagi.Sudah tentu serangan penggunanya akan menjadi lebih efektif dan memberikan kelebihan kepada diri mereka apabila bertempur.
Ujian kelayakan bagi kemasukan ke akademi ini bermula dengan subjek wajib di mana mereka akan ditempatkan di sebuah dewan akademi itu bagi menjawab ujian yang disediakan.Ini kerana selain menghasilkan pahlawan,akademi ini juga banyak melahirkan mereka untuk membantu mengembangkan dalam sektor-sektor yang lainnya di dalam kerajaan ini.Setiap subjek perlulah dijawab pelajar dalam masa satu jam dan tiga puluh minat dan mereka sekurang-kurangnya perlulah mendapat markah sebanyak lapan puluh peratus dan ke atas.Mengapa ianya begitu?Ini kerana mahukah sesebuah kerajaan itu dipimpin seseorang yang hanya kuat di fizikal tetapi tidak di minda?Selalunya,disinilah bermulanya tempoh masa yang menyeksa mereka yang hanya fokus kepada pengawalan elemen dan penggunaan senjata.Di akhirnya,hanya yang terbaik sahaja yang berani mendaftarkan diri,jadi tidak dapat tidak mereka terpaksa mengulang kaji untuk subjuk-subjek tersebut.
Seterusnya pula adalah pengawalan elemen,mereka akan mempamerkan elemen yang mampu dikawal mereka di tempat yang telah pun disediakan di dalam kawasan akademi tersebut.Mereka yang diuji ini akan menunjukkan sejauh mana ketahanan dan kecekapan pengawalan elemen mereka bagi dinilai oleh profesor di situ.Selalunya mereka akan menunjukkan dan menjalankan ujian itu dengan menggunakan serangan yang paling asas dalam pengawalan elemen.Tetapi,jika ada yang mampu mempamerkan selain daripada itu,maka serta-merta dia telah berjaya di dalam ujian tersebut.Pengawalan elemen ini memerlukan teras yang telah diaktifkan dan yang sudah dilatih supaya dapat mengeluarkan elemen-elemen yang tertentu dengan sempurnanya tanpa memudaratkan diri sendiri.Bahagian ini mudah sahaja buat mereka yang telah lama melatih teras masing-masing,seperti melatih diri untuk berbuat sesuatu.Alah bias,tegal biasa.Sekiranya pengawalan elemen ini telah mencapai tahap yang telah ditetapkan,telah luluslah mereka pada ujian tersebut.
Kemudian,kumpulan peserta ini akan dibahagikan kepada tiga iaitu mereka yang mengambil subjek wajib dan pengawalan elemen,dan mereka yang mengambil subjek wajib dan penggunaan senjata serta mereka yang hanya mengambil subjek wajib sahaja.Ada sahaja yang mengambil kedua-dua subjek pengawalan elemen dan penggunaan senjata tetapi hanya sedikit sahaja bilangannya.Kumpulan yang mengambil pengawalan elemen dan bukannya penggunaan senjata akan diminta untuk pulang lalu menunggu sehingga hari keputusan pemilihan pelajar Akademi Zuinuqi dikeluarkan.Maka,bermulalah ujian yang terakhir.
Ujian penggunaan senjata adalah tentang siapa yang berjaya memenangi pertarungan antara dua peserta.Setiap peserta dibenarkan menggunakan apa-apa helah dan gaya serangan masing-masing tanpa menggunakan elemen bagi memenangi pertarungan ini.Kecederaan yang tidak dapat dielakkan akan berlaku semasa ujian ini berlangsung.Ada pertarungan yang sengit,dan ada juga pertarungan yang dikusai oleh sebelah pihak sahaja.Pelajar yang memenangi pertarungan tersebut akan dikira lulus manakala yang tewas akan gagal dalam ujian penggunaan senjata.Namun,tidaklah semua yang gagal dalam ujian ini akan ditolak kemasukkannya di dalam kelas penggunaan senjata kerana ada sesetengah daripada mereka yang akan dipertimbangkan oleh akademi tersebut.Jikalau,terlalu banyak bilangan peserta yang mereka tolak,maka sedikit sahajalah bilangan yang akan ke sana.
Akhir sekali,peserta yang diterima masuk ke dalam Akademi Zuinuqi akan dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pelajar yang hanya mengambil subjek wajib ataupun digelar sebagai kumpulan pertama,kumpulan pelajar yang mengambil subjek wajib dan kelas pengawalan elemen ataupun dikenali sebagai kumpulan kedua,kumnpulan pelajar yang mengambil subjek wajib dan kelas penggunaan senjata ataupun dikenali sebagai kumpulan ketiga dan kumpulan pelajar yang mengambil subjek wajib serta kelas pengawalan elemen dan kelas penggunaan senjata yang dikenali sebagai kumpulan keempat.
Kumpulan pelajar pertama akan memakai lencana yang mempunyai lambang Akademi Zuinuqi dan logo buku yang sedang terbuka di atasnya manakala kumpulan kedua akan memakai lencana yang mempunyai lambang Akademi Zuinuqi dan logo percikan cahaya di atasnya.Kumpulan ketiga pula akan memakai lencana yang mempunyai lambang Akademi Zuinuqi dan logo sebuah pedang yang sedang dihalakan ke atasnya.Dan akhir sekali,kumpulan keempat yang akan memakai lencana yang mempunyai lambang percikan api serta sebuah pedang yang dihalakan ke atas di atasnya.Ini semua bagi membezakan setiap jenis pelajar yang memasuki akademi tersebut.
Nama-nama yang terpilih akan tersenarai di papan yang dipakukan di dinding luar Akademi Zuinuqi bagi dilihatkan kepada semua orang diluarnya.Sebelum itu,mereka akan mengumumkan tarikh dimana mereka akan memasangnya dan tarikh di mana kain yang menutupnya akan dibuka.Ini supaya peserta yang turut serta di dalam ujian kelayakan itu dapat kembali lagi ke sana untuk melihat sama ada di layak ataupun tidak.Jadi,tidak hairanlah sekiranya kawasan itu akan menjadi sibuk dalam tempoh masa yang diumukan itu.
Bermula daripada umur 13 tahun hinggalah 15 tahun mereka akan belajar subjek wajib dan subjek tambahan yang diambil mereka.Pada waktu ini,mereka akan diuji berkaitan pengetahuan asas subjek-subjek yang dipilih mereka.Ini supaya asas ilmu pelajar-peljar akademi ini kukuh sebelum ke tahap yang seterusnya.Apabila tiba sahaja seseorang pelajar pada umur 16 tahun,mereka akan mula memlih haluan masing-masing.Di antara mengawal elemen dan menggunakan senjata ataupun meneruskan pembelajaran subjek wajib.Kali ini,pengajaran mereka akan menjadi lebih teliti membincangkan setiap disipilin ilmu subjek yang dipilih mereka.Untuk kelas pengawalan elemen,ianya akan dipecahkan kepada beberapa kelas untuk melatih elemen satu-satu elemen sahaja.Contohnya,sekiranya seseorang itu merupakan pengguna elemen air,maka dia perlulah menghadiri kelas pengawalan elemen air dan belajar tentang setiap cabang-cabang dan penggunaannya.Ini dapat menjadikan pelajar itu mahir dalam menggunakan elemennya dengan lebih efektif.
Selalunya daripada mereka yang memilih kelas penggunaan elemen ataupun senjata ataupun kedua-duanya,pelajar tersebut akan ditawarkan menjadi Ranalay percubaan oleh Ranalay asal yang berminat dengan kemampuan mereka.Jadi,mereka ini akan berada di bawah Ranalay tersebut dan menjalankan misi bersama-sama mereka.Tetapi,tidaklah mereka ini akan menjadi Ranalay secara rasmi selagi ianya tidak ditawarkan sendiri oleh Raja Kerajaan Alay.Bagi pelajar yang memilih subjek yang wajib sahaja,mereka mungkin akan mendapat tawaran bekerja semasa mereka sedang belajar bagi mengisi sektor-sektor tertentu kerana mempunyai ilmu di dalam bidang tersebut.Akan ada di antara mereka yang berhenti belajar semata-mata untuk bekerja selepas menerima sesebuah tawaran yang menarik perhatian masing-masing.
Jika pelajar akademi ini menamatkan pembelajaran mereka di sini,maka seterusnya mereka akan melalui hari graduasi pada hujung tahun terakhir mereka iaitu pada usia 18 tahun.Dan,ya pada saat inilah Raja akan menawarkan jawatan Ranalay kepada pelajar-pelajar yang berbakat dalam penggawalan elemen mahupun penggunaan senjata.Buat Ranalay percubaan pula,pada waktu ini mereka sendiri akan mendapat keputusan sama ada mereka layak ataupun tidak untuk menjadi seorang Ranalay.Adapun begitu,selalunya pengawal elemen dan pengguna senjata yang lainnya pula akan berkerja di sektor ketenteraan ataupun menjadi tenaga pengajar bagi akademi-akdemi di dalam kerajaan ini.
Comments (0)
See all