Terdapat beberapa khemah didirikan diluar Hutan Utara.Besar dan luas buat sebilangan pahlawan yang kelihatan di hadapan hutan yang dihuni berpuluh malahan beratus makhluk aneh yang mengancam keselamatan rakyat kerajaan ini.Mereka tidak mengenakan zirah kerana masih lagi belum menjalankan misi yang telah diperintahkan dan masing-masing sedang menjalankan tugas yang telah ditetapkan buat mereka di sana.Arahan daripada ketua operasi itu masih lagi belum dikeluarkan,jadi mereka sedang berada di waktu yang senggang.Suasana di situ tidaklah terlalu sibuk walaupun kelihatan ramai orang sedang melakukan tugasnya.Ianya masih sunyi dan tiada bunyi riuh rendah manusia yang berbicara dengan kuatnya.Operasi di Hutan Utara,buat pertama kalinya ia dijalankan bagi meninjau dan bertembung dengan makhluk yang mampu dikalahkan mereka.Tetapi,haruslah serta merta berundur sekiranya tidak mampu untuk mengalahkan makhluk aneh yang wujud di dalam hutan itu.
Kadang-kadang akan ada beberapa pedagang yang berhenti sebentar daripada perjalanan mereka kerana tertarik untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan mereka.Oh ya,operasi ini hanya diketahui secara meluas di Zuinuqi dan samar-samar khabar tentangnya di daerah yang lain.Telah lama mereka tinggal di dalam ketenangan sejak kali terakhir Kerajaan Hindesh dan Sines menyerang mereka,jadi agak terujalah mereka apabila berlaku sesuatu yang baharu di dalam kerajaan ini.Ada juga beberapa penduduk Zuinuqi yang melihat daripada jauh kerana kagum dengan keberanian yang ditunjukkan kumpulan itu.Telah banyak nyawa yang diragut oleh penghuni hutan tersebut,tetapi masih ada yang sanggup untuk menjaga keselamatan mereka walaupun menaruhkan nyawa sendiri.
Di dalam salah sebuah khemah di situ,khemah yang mempunyai lambang Ranalay jika mahu dibicarakan dengan lebih tepat.Khemah yang mempunyai lambang yang digunakan para Ranalay iaitu sebuah insignia yang mempunyai barisan bintang yang disusun melengkung pada sebuah sebuah tulisan Halayie yang membawa maksud “Alay”.Halayie adalah nama kepada tulisan yang digunakan di seluruh Kerajaan Alay.Khemah itu berada di kawasan yang berasingan daripada khemah pahlawan yang lainnya supaya perbincangan di dalam itu kekal sulit.
Seperti yang dibicarakan tadi,sebuah perbincangan telah pun diadakan di antara ketiga-tiga Ranalay dan wakil yang menjadi ketua bagi kumpulan yang mengikuti mereka.Sebuah peta Kerajaan Alay telah dibentangkan di atas meja bagi diperlihatkan kepada semua orang di dalam perbincangan itu.Terdapat juga peta Hutan Utara yang telah dibesarkan di sebelah peta tersebut.Dan padanya juga telah diletakkan penanda bagi memudahkan penyampaian maklumat di antara mereka.
“Operasi Hutan Utara huh?Sedap bunyinya.Engkau tidak rasa begitu.”Dulan melihat Zander yang mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu.
Ketua kumpulan pahlawan di situ telah pun memasuki khemah tersebut diikuti Niniel.Mereka mengambil tempat duduk yang telah pun tersedia di situ sebelum Dulan mengeluarkan penanya.
“Ha,sampai pun.Sudah lama kami menunggu engkau tahu.”
“Bersabar,Ranalay Dulan.Terdapat banyak lagi anak buah yang perlu aku uruskan di sini.Ini pun aku sudah cuba untuk tiba ke sini sepantas yang mungkin.”ketua kumpulan tersebut membalasnya semasa menyelesakan diri di atas tempat duduk itu.
“Ha,engkau Niniel,apa pula alasan engkau?”
Niniel merenung matanya.Dulan pula membalasnya dengan mengangkat kedua-dua belah kening setelah mata mereka bertaut. Niniel masih tidak menjawab persoalannya,namun renungannya itu menjadi semakin tajam,cuba untuk menyampaikan sesuatu pada Dulan yang masih lagi tidak mengerti apa-apa.Mata Dulan membesar,serentak dengan itu mengangkat kedua-dua belah keningnya terangkat dengan bibirnya yang mengukir sebuah garisan.Suasana di situ menjadi senyap sebentar.
“Okay…aku tidak akan masuk campur.”suara Dulan memecahkan suasan tersebut.
Niniel tidak lagi merenung matanya.
“Errrr….okay jadi kita semua telah berada di sini,mari kita mulakannya.”Dulan menyatukan kedua-dua telapak tangan.
Zander bangkit. “Okay,Hutan Utara adalah tempat operasi kita kali ini,kita semua sudah maklum dengannya.Perlu aku tekankan sekali lagi di sini adalah tempat di mana beratus pahlawan yang telah dihantar untuk menguruskan penghuninya terkorban.Mati dalam keadaan yang dahsyat sekali.Tidak diketahui pula makhluk apa yang membunuh mereka itu.”Zander menunjukkan beberapa laporan tentang perkara yang disebutkannya itu.
“Panglima Kortris pernah ke Hutan Utara untuk meninjau-ninjau kawasan di sini.Dan dia diserang serigala gergasi yang besarnya seperti pokok di luar khemah ini.Aku perlu berkata bahawa misi ini mungkin akan mengorban banyak nyawa pahlawan yang meneyertai kita.Jadi,aku perlu tekankan supaya kita tidak sambalewa apabila berada di sana dan menerima rancangan Dulan semasa kita berada di dalam Hutan Utara ini.”
Ketua kumpulan itu mengangguk perlahan. “Pastikan rancangan ini bernas,aku tidak mahu kehilangan banyak lagi pahlawan-pahlawanku di sini.”
“Jangan risau,sekiranya mereka mati di sini,aku akan pastikan ianya tidak sia-sia.”Dulan memberi jaminan.
Ketua kumpulan itu hanya mendengus.Berbicara tentang kematian bukanlah minatnya kerana dia telah menyertai pelbagai siri peperangan.Matanya sahaja sudah banyak melihat kematian rakan seperjuangannya.Entah mengapa kisah hidupnya sering membawa dia kepada lebih banyak kematian pahlawannya serta rakannya.Bila pula masanya untuk dia pergi?Dia tidak tahu akannya.Sudah tidak tahan lagi dia dengan suasana itu tetapi ini sahajala hidupnya.Dia tidak dapat berlari daripadanya walaupun mencuba kerana itulah tanggungjawabnya untuk sentiasa bermandi darah.
“Okay,aku hendak bermula ni.”Dulan mendekati peta yang terbentang luas itu dengan pen di tangannya.
“Kawasan tempat kita berada sekarang ini akan menjadi tempat pertemuan buat kumpulan-kumpulan yang dibawa masuk ke dalam hutan tersebut.Dan daripada sini juga akan menjadi titik pertemuan kita juga titik terakhir buat operasi kali ini.”Dulan membulatkan tanda yang yang terdapat di hadapan Hutan Utara pada peta tersebut.
“Sekarang,bagaimana misi kita akan berjalan?Begini,telah maklum kepada kita betapa luasnya kawasan Hutan Utara yang berada di dalam kerajaan ini.Jadi,menurutku adalah lebih baik sekiranya kita tidak membazirkan masa yang lama untuk berada di dalamnya kerana misi kita ini pun bukannya untuk menghapuskan terus kesemua makhluk-makhluk yang berada di dalamnya.”terang Dulan.
“Jadi apa yang kita akan lalukan.”ketua kumpulan itu tidak sabar untuk mengetahuinya.
“Aku merancang untuk memecahkan kita kepada tiga kumpulan yang akan mengikut haluan-haluan yang telah ditetapkan melalui penanda ini.”dia menunjuk kepada tiga-tiga penanada yang terdapat di Hutan Utara pada peta itu.
“Dengan cara ini,bukan sahaja ianya tidak akan membazirkan masa dan tenaga para pahlawan yang menggunakan jalan yang sama,bahkan kita dapat pergi ke hampir setiap kawasan di Hutan Utara.Masa yang digunakan kita juga akan menjadi lebih singkat.Kita dapat memeriksa setiap kawasan itu serentak hanya dalam satu cubaan yang berisiko,namun hasilnya akan menjadi lumayan.”
“Aku faham.Rancangan engkau ini jelas dan ada baik dan buruknya.Engkau mahu memanfaatkan tenaga pahlawan yang ramai ini bukan?”
Dulan mengangguk.
“Tetapi bagaimana sekiranya salah satu kumpulan mengalami kesukaran di bahagian yang telah ditugaskan kepadanya?Kumpulan yang lain tidak akan dapat untuk menghulurkan bantuan,Jadi kita semua hanya seperti pergi membunuh diri sahaja.” Ketua kumpulan itu melihat Dulan,mahu mendengar jawapan Ranalay muda yang mengetuai operasi ini.
“Aku dah agak perkara ini akan diajukan.Tidak perlu risau tentangnya,bagi memastikan setiap kumpulan akan mendapat bantuan.Aku merancang untuk mencipta pasukan bantuan bagi misi ini supaya dapat meringankan beban kumpulan yang memasuki Hutan Utara.Mereka ini akan datang untuk menghulurkan bantuan setiap tiga hari bermula daripada hari pertama misi kita berjalan.”
“Kalian lihat di sini.”Dulan meletakkan telunjuknya pada peta itu.
“Jikalau kita mengabaikan jalan yang sukar di dalam hutan ini,kita dapat pergi sehingga ke sempadan Kerajaan Alay dalam masa 1 minggu perjalanan tanpa henti.Hutan Utara sememangnya besar tetapi jaraknya daripada sini dan sempadan itu tidaklah terlalu jauh.Dan daripada situ,kita sudah pun dapat melihat Menara Alay yang telah pun ditinggalkan di atas Bukit Vendoray.”
“Jadi,apa yang hendak disampaikan engkau?”Zander musykil.Tidak pernah pula dia mengetahui tentang rancangan yang tiba-tiba sahaja keluar daripada mulu rakannya ini.
“Maksud aku,sekiranya kita sudah tiba ke sempadan.Maka kita akan mengetahui daripada mana arah datangnya makhluk ini.Bukankah disebalik Hutan Utara yang tebal ini adalah sebuah padang berbukit yang luas.Sudah tentu,kita dapat mengetahui arah datangnya mereka dengan tepat.Lagipun,pengetahuan kita tentang apa yang berada jauh daripda menara Alay yang ditinggalkan itu terhad.Jadi,selepas ini kita dapat membuat perancangan yang baharu untuk menguruskan yang sedang melanda Hutan Utara supaya ianya dapat diselesaikan.”
“Membunuh dua burung dengan satu batu.Bijak.”Zander melihat ke kawasan yang diperkatakan Dulan sebentar tadi.
“Memanglah,rancangan aku kot.Tidak mainlah bunuh satu burung sahaja,sekurang-kurangnya mestilah dua,ataupun tiga.”Dulan menegapkan dadanya sambil bercekak pinggang.Hidungnya kelihatan seperti meninggi.
“Hei fokus,habiskan bicara engkau.”Niniel memetik jarinya beberapa kali menarik Dulan keluar daripada duniannya.
“Okay-okay…”
“Tempoh masa untuk misi adalah selama dua minggu,jadi kita perlu selesaikannya dalam masa yang ditetapkan ini sebelum kita memulakan perancangan yang lainnya.Dan aku ulanginya sekali lagi,sepanjang operasi ini berjalan,akan ada pasukan bantuan yang tiba selang tiga hari bagi meringankan beban kumpulan-kumpulan di dalam ini.Jadi,jangan lupa letakkan penanada di sekitar supaya jejak kalian dapat ditemui mereka.Sekiranya sesebuah kumpulan itu gagal untuk keluar daripadanya selepas masa yang telah ditetapkan maka pasukan bantuan akan dihantar dengan bilangan yang lebih ramai bagi menyelamatkan nyawa kalian yang mungkin terancam.Mudah bukan?”Dulan tersengih.
Tiada bantahan dapat didengari daripada mereka.Nampaknya,Dulan benar-benar memastikan rancangannya itu tidak mempunyai lompong-lompong yang nyata dan banyak.Ranalay itu mengeluarkan tiga fail lalu diletakkan di atas meja tersebut.
“Ini adalah senarai ketiga-tiga kumpulan yang akan memasuki hutan ini,aku telah pun menapisnya dan hanya mengambil yang terbaik daripada kalangan mereka yang lainnya.Jadi,nama yang tiada di dalam fail ini akan ditugaskan sebagai pasukan bantuan.”Dulan berbicara sebelum mengedarkannya kepada dua fail tersebut kepada kedua-dua Ranalay di situ.
“Kumpulan pertama yang diketuai Ranalay Zander,akan mengambil bahagian kiri hutan ini disebelah Ainaruo.Kumpulan kedua yang diketuai Ranalay Niniel,akan mengambil bahagian kanan hutan ini disebelah Ardiu.Dan akhirnya aku,ketua kumpulan ketiga akan mengambil bahagian tengah hutan ini.Setiap kumpulan ini akan mempunyai seorang ketua yakni Ranalay itu sendiri dan sepuluh pahlawan yang akan bersamanya.”Dulan duduk kembali.
“Periksa setiap ahli kumpulan kalian,pastikan engkau berdua meneliti rekod pengalamannya dan apa kelebihannya supaya dapat digunakan bagi melancarkan misi ini.”
“Bagaimana dengan aku pula?”ketua kumpulan ini pelik kerana dia seperti tidak memainkan peranan pun di dalam operasi tersebut.
“Oh,tugas engkau lain sedikit.Engkau akan tinggal di sini menaikkan moral pahlawan engkau dan memastikan bantuan sentiasa dikirim ke Hutan Utara pada masa yang ditetapkan tanpa terlewat waima satu saat pun.”ketua kumpulan itu mengangguk perlahan.
“Ha ya,dan yang terakhir untuk disampaikan kepada kalian.Elakkan daripada bertembung dengan makhluk aneh yang mampu mengawal elemen.Makhluk seperti itu akan diuruskan kita pada operasi yang selepas ini.Misi kita sekarang adalah untuk mengenal pasti bilangan makhluk aneh yang menghuni hutan ini serta mengetahui tempat makhluk-makhluk tersebut sering berada.”
“Bagaimana,sekiranya secara tidak sengaja kita bertembung dengannya?”Zander bertanya.
“Bertahan sehingga bantuan tiba,ataupun hantar seorang pahlawan untuk memberitahu kepada yang lainnya di tempat pertemuan ini.Lebih baik melarikan diri engkau dan yang lainnya.”suara Dulan tegas.
“Tetapi tolonglah,elakkan daripada bertembung dengan mereka.”dia merayu.
“Aku rasa itu sahaja untuk kali ini.Tiada apa-apa pertanyaan lagi bukan?”Zander dan Niniel menggelengkan kepala mereka diikuti ketua kumpulan di situ.
“Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Baiklah,kita bersurai di sini.Ranalay-ranalay yang menjadi ketua kumpulan misi ini pula perlu jelaskan perancangan kita kepada ahli kumpulan masing-masing.Ketua kumpulan pahlawan yang dihantar untuk membantu kami pula,engkau persiapkan segala urusan engkau dengan menyediakan mental mereka.”Dulan mengambil failnya.
“Kita akan memulakan operasi ini selepas segala persiapan telah pun lengkap.”sambungnya.
Dulan,Niniel dan ketua kumpulan tersebut bangun dan beredar daripada khemah itu meninggalkan Zander keseorangan di dalamnya.Dia sedang menggulung peta yang sedari tadi terbentang luas di atas meja sebelum dimasukkan kembali ke dalam tempat simpanannya.Matanya melihat insignia Ranalay di dalam khemah itu.
“Huh,sudah berapa lama ya sejak aku menyertai Ranalay ini?”
Comments (0)
See all