Tengku Adila dibuai perasaan dengan lagu yang diputarkan oleh DJ radio sambil memandang ke arah luar tingkap kereta mewahnya merenung jauh ke dalam kegelapan malam. Hampir 3 tahun dia tidak pulang ke tanah air.
Perlahan dia menghela nafas apabila pembantu peribadinya yang sedang memandu ketika ini bersuara. "Tengku, kita dah sampai.” Maklum Puteri Nur Sabrina ataupun Tengku Adila memanggilnya Sab, menarik brek tangan.
Penuh bergaya Tengku Adila keluar dari perut kereta mewah milik yang diparkir dihadapan pintu masuk hotel yang tersergam indah terletak di tengah ibu kota. Kayu besbol yang disuakan oleh Sab dicapai dengan senyuman sinis.
Dia menghayun kayu besbol itu ke kiri dan ke kanan dengan penuh perasaan teruja. “Hari yang baik untuk penuhkan wad hospital. What you think Sab?” Dia bertanya sambil melihat ke arah Sab yang sudah mengukir senyuman.
"Saya pun fikir macam tu Tengku. Mari.” Balas Sab menyokong majikannya itu. Dia mempersilakan Tengku Adila untuk berjalan masuk ke dalam hotel sambil dilihat oleh pengawal keselamatan yang berjaga di luar hotel itu.
Pengawal keselamatan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat melihat mereka berdua melangkah masuk menuju ke lobi hotel. Dia langsung tidak bertanya mahu pun melarang melihat kayu besbol yang dipegang kemas oleh Tengku Adila.
Ini kerana hanya satu! Tengku Adila adalah cucu kepada pemilik hotel mewah itu.
“Hari ini ada fashion show di Diamond Hall Tengku.” Laju Sab memberitahu apabila melihat Tengku Adila menjongketkan keningnya melihat masih ramai orang di lobi hotel walaupun waktu sudah menjengah ke tengah malam.
Mereka berdua tiba di hadapan pintu lif yang di eksklusifkan untuk Tengku Adila.
Baru sahaja Tengku Adila ingin melangkah, aroma wangian minyak wangi menerjah masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia berpaling serta merta.
Seorang lelaki tinggi lampai sedang berjalan persis seorang supermodel menuju ke arah laluan Diamond Hall. Sut biru gelap yang dikenakan pada badannya yang sasa menguatkan lagi daya tarikan yang ada pada dirinya. Terasa lobi hotel itu seperti pentas peragaan.
Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu kerana dia berjalan membelakanginya. Tetapi haruman yang dipakai lelaki itu menusuk ke jiwanya...
“Tengku...” Sab memanggil apabila melihat Tengku Adila masih berdiri kaku.
“Oh...” cepat-cepat Tengku Adila melangkah masuk dan lif mula menuju ke rooftop hotel mewah itu.
Suasana di rooftop hotel mewah itu sangat meriah dengan bunyi muzik kuat yang diturut serta sorak tawa daripada orang-orang di situ. Tarian yang penuh ghairah dipersembahkan di atas pentas membuatkan semakin kuat sorakan terutama daripada lelaki-lelaki di situ.
Ada yang mula naik ke atas pentas untuk meraba penari separuh bogel itu sambil meneguk arak di tangan. "Kita party sampai esok pagi...” jeritan suara seorang lelaki mabuk terhuyung hayang berjalan mengangkat botol araknya menghampiri Tengku Zafuan yang hanyut di dalam gelora asmara bersama seorang gadis montok di satu sudut.
Tidak kelihatan pula Suzi di mana-mana.
Dan tidak kalah juga pada umat manusia yang sedang bercumbuan di dalam kolam renang terletak elok dengan pemandangan KLCC membuatkan gelora nafsu mereka kian membara bersama segelas champange di tangan masing-masing dan...
PAAANNNNGGGGG!!!
Bunyi dentuman kuat dan keadaan tiba-tiba menjadi senyap menghentikan segala perbuatan maksiat mereka. Terpinga-pinga semua yang berada di situ sehinggalah suara jeritan nyaring salah seorang penari kedengaran apabila lelaki yang sedang asyik meraba dirinya kini terbaring kesakitan dipukul oleh kayu besbol oleh seorang wanita jelita tanpa berperikemanusiaan sebelum lelaki itu ditendang tergolek jatuh ke dalam renang.
Tindakan itu membuatkan mereka yang berada di dalam kolam renang mula berpusu-pusu keluar sambil menjerit untuk menyelamatkan diri apabila mula menyedari siapa wanita jelita di atas pentas itu.
Tengku Adila Sofia!
Siapa di situ tidak mengenali wanita jelita yang mempunyai aura ‘membunuh’ itu?
Tengku Adila pernah mengegarkan ibu kota 5 tahun yang lalu apabila dia bertindak membakar sebuah kelab malam ternama kerana Dato’ Khalib terlalu asyik melanggan pelacur kelas atasan di situ sehingga menyebabkan salah satu anak Syarikat Lambang Putra Sdn. Bhd jatuh ke tangan musuh ahli perniagaan mereka.
Tidak berhenti di situ, kini Tengku Adila mula memusnahkan semua peralatan dan barangan yang menghalang laluan dan pandangannya membuatkan Tengku Zafuan menjerit kemarahan. Ramai sudah yang menjauhkan diri daripada dirinya kerana mereka tahu siapa yang dicari oleh Tengku Adila.
Tengku Adila mula bertindak menyerang sekumpulan lelaki yang cuba untuk menghentikan perbuatannya. Akibat daripada tindakan itu mereka semua terbaring kesakitan sehinggakan warna jernih air kolam renang turut bertukar menjadi merah darah. Raut wajah Tengku Adila yang bengis, membuatkan mereka sudah tidak berani untuk berdepan dengan wanita jelita itu.
Wanita-wanita di situ langsung tidak berkutik ketakutan melihatkan lelaki-lelaki yang menyerang Tengku Adila sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Pergelutan itu terjadi dengan sangat cepat. Tidak ada seorang pun yang mampu untuk menandingi Tengku Adila yang semakin menggila di situ.
Malahan, tidak ada yang berani untuk menghentikan perbuatannya itu. “Guard... guard... halau perempuan gila ni... halau dia! Halau dia!” Tetapi tiada langsung sahutan daripada pengawal peribadinya yang berjaga di pintu lif tingkat itu. Persoalan itu tidak dibiarkan lama apabila Sab keluar dari balik dinding yang menempatkan lif itu.
Tahulah dia yang pengawal peribadinya sudah tumpas di tangan wanita itu.
Mengigil seluruh tubuh badan Tengku Zafuan. Botol arak dicapai lalu dilempar kepada Tengku Adila dengan harapan dapat menghentikan sepupunya daripada menghampiri dirinya tetapi dengan senang Tengku Adila memukulnya sehingga berkecai menggunakan kayu besbol di tangannya.
Tambahan pula ramai kawan-kawannya sudah mula meninggalkan rooftop untuk menyelamatkan diri mereka. Walaupun dalam keadaan mabuk mereka mengagahkan juga diri untuk berlari menuju ke arah lif dan tangga kecemasan di tingkat itu sementelah melihat kawan-kawan mereka yang sudah tidak sedarkan diri.
"Dasar kawan tak guna!" Tempiknya sekuat hati. Dalam sekelip mata sahaja rooftop itu sunyi sepi dalam keadaan seperti tongkang pecah.
Kini yang tinggal hanyalah Tengku Adila dan Tengku Zafuan yang berdiri menghadap sesama mereka. Kayu besbol diturunkan daripada bahunya. Panahan daripada mata Tengku Adila membuatkan badan Tengku Zafuan terasa berat lalu dia kembali duduk di atas sofa lesu.
Dia tahu jika dia beradu kekuatan dengan sepupunya itu pasti dia akan kalah. Walaupun dari segi ego lelaki dia tidak mahu untuk mengakuinya tetapi itu adalah kenyataan. Ada seekor raksaksa yang berselindung di balik wajah jelita itu. “Apa kau nak ha? Datang nak musnahkan hidup aku? Tak cukup lagi dengan Tok Wan dah musnahkan hidup aku? Suzi dah tinggalkan aku... kau tahu tak! DIA DAH TINGGALKAN AKU!” Jerit Tengku Zafuan sambil meracau-racau tanda dirinya dalam keadaan tertekan sekarang.
Dirinya masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Luahan hati Tengku Zafuan itu sikit pun tidak terkesan di hati sepupunya. Tengku Adila hanya memandang dengan riak wajah bersahaja. “Kau tahu kan yang bulan depan Tok Wan akan bawak rombongan meminang.” Ujar Tengku Adila mengingatkan sepupunya itu. Sebelah keningnya diangkat.
Terus muka Tengku Zafuan berubah bengis mendengarnya. Benci! Dendam! Bergabung menjadi satu di dalam hatinya kepada seorang insan yang bernama Nur Syafiqah iaitu bakal isterinya nanti. Huh? Bakal isteri? Lebih tepat lagi bakal hambanya! Perancangan demi perancangan sudah dirangka olehnya untuk membuatkan gadis kampung itu hidup di dalam ‘neraka dunia’. Barulah hatinya akan puas jika melihat gadis kampung itu terseksa sebagaimana terseksanya jiwa dan raganya.
“Tapi aku harap... kau tak akan naik tangan pada dia. Dia tak bersalah dalam hal ni Zaf.” Tengku Adila memberi amaran keras apabila dia dapat membaca daripada riak wajah Tengku Zafuan.
Amat jelas dan nyata.
“Apa hak kau nak arah aku? kalau aku suruh dia jadi pelacur pun...” Ayat itu tidak dapat dihabiskan tetapi sebaliknya digantikan dengan jeritan kesakitan keluar dari dalam mulut Tengku Zafuan apabila kayu besbol di tangan Tengku Adila mendarat tepat pada paha kanannya.
“Adik...” suara garau seorang lelaki awal 30an kedengaran tidak jauh dari situ. Pantas dia mendapatkan Tengku Zafuan yang sedang menggelupur kesakitan.
“Adik tak apa-apa.” Risau nada dia bertanya sebelum dia memandang ke arah Tengku Adila.
“Dila...”
“Tengku Adila. Mind your manner.” Dia membetulkan panggilan itu dengan rasa menyampah melihat wajah munafik di hadapannya.
“Kau jangan kurang ajar dengan Abang Saiful. Hormat sikit dia. Dia abang tiri aku.” Marah Tengku Zafuan mempertahankan abang tirinya itu.
“Abang tiri kau. Bukan abang tiri aku. Jadi buat apa aku nak hormat? Meh!” Sengaja dia memberi kenyataan itu memanaskan lagi keadaan.
“Kau... kau...” Terkedu Tengku Zafuan di situ. Lurus jari telunjuknya ke arah Tengku Adila yang masih lagi berdiri tegak di situ.
"Mari dik. Kita pergi hospital. Saya minta maaf Tengku atas ketelanjuran. Kami pergi dulu.” Badan Tengku Zafuan dipapah sebelum dirinya kaku apabila dia dapat melihat dengan jelas badan-badan yang sedang terbaring di situ.
Senyuman sinis terukir di bibir Tengku Adila. Ya! Semua itu adalah anak buah Saiful yang diletakkan di sisi Tengku Zafuan untuk meracun diri sepupunya itu. Malahan pesta liar pada malam ini juga adalah pujukan daripada anak buah Saiful untuk memerangkap Tengku Zafuan.
Melihatkan beberapa orang wartawan di lobi sebentar tadi menjelaskan semua rancangan mereka.
Saiful mengetap bibirnya dalam diam. Jelaslah yang Tengku Adila sedang memberi amaran kepadanya.
Dia berlalu bersama Tengku Zafuan dengan hati yang panas. Eloklah sekiranya dia berdiam diri seketika. Untuk berhadapan dengan Tengku Adila, dia memerlukan perancangan yang teliti kerana Tengku Adila bukan perempuan yang senang untuk dijatuhkan.
Melihatkan mereka hilang dari pandangan matanya, Tengku Adila akhirnya meletakkan kayu besbolnya itu dan menghela nafas panjang.
Rambutnya dikusutkan.
Dirinya amat kesal dengan kebodohan Dato’ Khalid dan bengang dengan kenaifan sepupunya.
“Semua saya dah uruskan Tengku. Mari, saya hantar Tengku balik. Tengku mesti penat kan.” Usul Sab yang menghampiri majikannya.
Gaya percakapannya bersahaja seolah-olah dia sudah terbiasa dengan semua perkara itu. Dia memerhati keadaan sekeliling, banyak yang perlu ‘dibersihkan’ malam ini.
“Macam mana dengan ‘hadiah’ yang kita prepared untuk wartawan dekat lobi tu? Tak elok biar tetamu pulang dengan tangan kosong.” Ujar Tengku Adila sambil tersenyum manis penuh makna.
Senyuman dibalas oleh Sab. “Jangan risau Tengku. Saya dah ‘bungkus’ hadiah tu... dengan sempurna.” Membuatkan Tengku Adila tergelak besar memerhati panorama malam dari atas rooftop itu.
Ini baru sikit... banyak lagi yang menanti...
Comments (0)
See all