“Don't even think about making any scene today Zaf.” Tengku Adila memberi amaran keras kepada sepupunya itu. Dia membetulkan sedikit baju kurung moden yang membaluti dirinya sambil memandang ke arah Tengku Zafuan menunggu jawapan.
Tengku Zafuan mendengus. Sepatutnya Abang Saiful yang berada di dalam satu kereta dengannya tetapi entah mengapa di lobi hotel tadi berlaku sebaliknya. Tok Wannya meminta Tengku Adila yang menemani dirinya. Makin rosak moodnya.
"Berapa jauh lagi Sab?" Tanya Tengku Adila apabila dia sudah mendapat jawapan walaupun tidak secara lisan. Cermin kecil dikeluarkan dari dalam tas tangannya untuk meneliti penampilannya. Ringkas sahaja mekapnya pada hari ini. Tetapi kecantikkan semulajadi pada wajahnya langsung tidak berkurang.
"Lebih kurang 20 minit lagi Tengku." Balas Sab sambil menekan sedikit pedal minyak Audi Q8 milik majikannya untuk melajukan kenderaan. Telinganya dapat menangkap dengusan Tengku Zaf untuk kesekian kalinya. Keningnya dijongketkan sedikit.
Ada juga yang makan tengahari penumbuk sulung Tengok Adila nanti kalau Tengku Zafuan terus menerus membuat perangai.
Sempat dia mengerling pada cermin pandang belakang kereta untuk melihat reaksi Tengku Adila. Majikannya masih lagi sabar ketika ini dan diharapkan begitulah hendaknya sampai majlis perkahwinan ini selesai. Angin Tengku Adila juga tidak tentu masa tambahan lagi apabila Saiful turut serta.
Dia mengeluh dalam diam.
"Cantiknya anak ibu." Puan Norlia yang masuk seketika di dalam bilik anaknya memuji. Bahu anaknya dielus lembut dari belakang. Senyuman tidak lekang dari bibirnya melihatkan anak kesayangannya yang sudah siap berhias.
Wajah anaknya tampil hampir sempurna dengan sentuhan tangan dari mekap artis yang ditempah khas oleh besannya. Akan tetapi ianya masih tidak dapat menyembunyi kan wajah sugul anak kesayangannya itu.
"Boleh saya bercakap sekejap dengan anak saya?" Tanya Puan Norlia lembut.
Mekap artis itu mengangguk senang. "Semua dah siap tinggal nanti saya nak touch up sikit. Nanti saya masuk balik." Terangnya sambil memulas tombol pintu itu untuk keluar dari bilik itu.
Terus Syafiqah mengenggam erat tangan ibunya. Dia menahan diri daripada menangis. Sungguh dia takut.
"Ibu, Fiqa takut ibu." Jujur Syafiqah kenapa ibunya. Sepanjang usianya yang sudah mencecah 27 tahun ini, dia tidak pernah membantah apa jua keputusan orang tuanya kerana dia yakin keputusan mereka adalah yang terbaik.
Tetapi hari ini dia merasa sangat takut. Takut untuk masuk ke alam perkahwinan bersama lelaki yang jelas membenci akan dirinya. Jelas dapat dilihat dari air muka suaminya.
Hatinya telah hancur berderai apabila teringat akan kata-kata yang keluar daripada mulut suaminya itu.
"Eh betina, aku nak kau dengar ni. Kau hadam betul-betul apa yang aku nak cakap ni. Buka telinga kau luas-luas." Mencerlung mata Tengku Zafuan memandang ke arah wanita yang baru sahaja menjadi isterinya sejak beberapa jam yang lalu.
Syafiqah yang baru selesai solat isyak itu terkedu. Mengigil tubuh badannya ketakutan. Air mata bergenang di kelopak matanya. Sungguh dia terkejut disergah sebegitu.
"Kau ni dalam mata aku sama je level macam pelacur-pelacur yang aku pernah tidur kau tau tak. Jadi berhenti lah angan-angan kau nak jadi mem besar. Kau jangan ingat Tok Wan backup kau, kau boleh besar kepala. Sekali kau mengadu pada Tok Wan, kau tahu lah hidup kau macam mana." Dia melangkah keluar bilik dengan panas hati. Sengaja pintu bilik ditutup dengan kuat.
Terus jatuh terjelopok Syafiqah di atas tikar sejadah mendengarkan pengakuan itu. Terkedu dia. Tiada sepatah perkataan pun yang mampu dituturkan. Dadanya terasa senak. Tangisan boleh pecah pada bila-bila masa sahaja. Pandangan matanya kosong sewaktu memandang ke arah pintu bilik hotel mewah itu. Apalah gunanya dia berada lagi di sini jika haknya sebagai seorang isteri dinafikan? Tanpa ianya sedari air mata mula mengalir perlahan membasahi pipi gebunya.
"Fiqa..."
Panggilan daripada ibunya membuatkan Syafiqah sedar semula. Berkaca matanya memandang Puan Norlia tetapi mulutnya seakan berkunci. Jauh di dalam hatinya ingin sahaja dia menjerit agar semua ini dihentikan. Tetapi mengenangkan maruah keluarganya, dia hanya mampu menelan sahaja semua itu sendiri.
"Apa yang Fiqa takutkan? InsyaAllah anak ibu akan bahagia. Doa ibu akan sentiasa mengiringi kamu ya sayang." Sejujurnya dirinya juga merasa takut. Jika diikutkan dirinya langsung tidak layak langsung untuk berbesan dengan keluarga kaya. Pernah diusulkan agar perkahwinan ini dibatalkan sahaja kerana dia sedar diri. Masakan pipit boleh terbang beiringan dengan enggang?
"Fiqa, ibu..." bunyi ketukan pintu mematikan ayatnya. Cepat-cepat Puan Norlia menyuruh anaknya mengelap air mata yang sudah bergenang di kelopak mata. Kepala anaknya diusap seakan memberi semangat.
"Ye..." Puan Norlia menyahut sambil membuka pintu. Firash melemparkan senyuman sambil berkata. "Ada orang cari Acik dekat luar."
Firash menyampaikan pesan. Puan Norlia mengangguk tanda memahami. Bingkas dia berjalan pergi meninggalkan Firash dan Syafiqah yang sedang bertentang empat mata.
Firash menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu pergi.
Melihatkan Firash yang semakin menghilang daripada pandangannya, Syafiqah mengigit sedikit bibirnya.
Suasana majlis semakin meriah apabila dimaklumkan oleh DJ jemputan para keluarga lelaki akan sampai sebentar lagi. Para tetamu jemputan semakin membanjiri perkarangan rumah Pak Mail.
“Firash kamu dah solat belum?” Abang Mat bertanya apabila melihat sedari tadi Firash kehulur-kehilir membantu di bawah khemah tempat memasak. Beberapa orang pemuda turut dilihat sedang memotong kayu api untuk dijadikan bara kerana mereka perlu menambah lagi lauk hidangan.
“Belum bang.” Beritahu Firash sambil mengacau ayam masak merah di dalam kuali.
“Kamu tinggal dulu pergi solat. Ni nanti abang panggil orang tolong. Kamu masuk je bilik abang sebab tempat solat dah penuh.” Usul Abang Mat.
Firash hanya menurut. Laju kakinya melangkah masuk kembali ke dalam rumah Pak Mail.
“Tumpang lalu… tumpang lalu…” Hakimi menyelitkan dirinya di dalam kemeriahan orang ramai apabila lebih kurang 15 buah kereta mewah mula masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Abang Mat bertindak menjadi penunjuk arah tempat parkir yang dikhaskan untuk mereka semua.
Ternganga mulutnya apabila melihat kereta-kereta mewah yang mula mengambil tempat di situ. Apatah lagi apabila seorang figura yang dihormati di ibu kota mula melangkah keluar dari dalam perut mewah itu. Mesra dia memeluk Pak Mail.
“Tan Sri Hamid?” Hakimi menjongketkan keningnya. Terkesima dia di situ. Apabila Opahnya memberitahu yang Pak Mail akan berbesan dengan orang kaya dia hanya menganggap mungkin orang kaya biasa sahaja. Tetapi ini old money! Siapa je dalam dunia korporat tidak mengenali Tan Sri Hamid? Seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya di dalam semua bidang yang diceburinya. Hartanya nescaya tidak akan habis 7 keturunan. Mungkin lebih daripada itu.
Dari mana Pak Mail kutip billionaire tu? Penuh persoalan di dalam kepala Hakimi.
“Aku kena beritahu Firash ni.” Baru sahaja dia ingin berpusing, ekor matanya menangkap satu susuk tubuh yang keluar daripada tempat pemandu yang membawa pengantin lelaki. Terkedip-kedip dia di situ. Perempuan tu… perempuan tu yang dia jumpa di Warung Kak Yah hari itu! Jerit hatinya. Macam mana dia boleh berada di situ? Jantung Hakimi mula berdegup laju apabila melihat seorang lelaki datang menghampiri perempuan itu. Hatinya sedikit pedih melihat akan kemesraan mereka. Adakah perempuan itu sudah berpunya? Hilang semangatnya.
“Abang… abang…” satu tangan kecil menepuk tangannya membuatkan dia menoleh ke bawah.
“Ye Sara, kenapa?” Hakimi bertanya sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak itu.
“Sara tengok Abang Firash sakit dalam bilik ayah.” Dia berkata sambil memeluk erat anak patungnya.
“Sakit?” Berkerut dahi Hakimi. Dia berlari anak masuk ke dalam rumah Pak Mail. Langkah semakin laju mendaki tangga menuju ke bilik Abang Mat.
“Ya Allah Firash…” mengucap Hakimi melihatkan Firash sudah tidak sedarkan diri di atas tikar sejadah. Dia memangku badan Firash. Panas badan sahabatnya itu. Nafasnya juga turun naik dengan laju. Peluh yang membasahi dahi Firash di lap menggunakan tuala di bahunya. “Firash bangun Firash… hey, kau kenapa ni?” Hakimi sudah mula panik apabila merasakan denyutan nadi Firash turut laju.
Ini hanya berlaku apabila Qayyum… tetapi cepat-cepat dia menggelengkan kepalaya. Qayyum tak akan muncul lagi. Ye… dia tak akan muncul lagi. Dia menyakinkan dirinya.
Badan Firash digoncang tetapi masih tiada jawapan. Tanpa berlengah lagi tubuh Firash dikendong dan dia berlari keluar. Pandangan orang kampung yang terkejut tidak dihiraukan. Keadaan sahabatnya itu lagi penting. Sekejap lagi pasti Atok dan Opah tahu. Dia sangat bersyukur yang kedudukan rumah Pak Mail sangat strategik dengan klinik desa.
“Kimi, Firash dah sedar?” Pak Ghani yang baru selesai solat isyak itu menegur Hakimi yang sedang membancuh air di dapur. Walaupun Hakimi ialah sahabat cucunya tetapi dia juga sudah menganggap Hakimi cucu kandungnya.
“Belum Atok. Opah ada dalam bilik tengokkan Firash.” Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dalam bilik. Terdengar esakan halus Mak Senah.
“Tadi doktor cakap apa?”
“Doktor cakap tak ada masalah apa pun. Mungkin sebab cuaca panas.” Beritahu Hakimi. Kopi o panasnya dihirup.
“Tadi dia dah sedar masa dekat klinik. Lepastu balik tadi dia terus tidur sampai sekarang tak sedar lagi. Badan dia pun masih panas.” Terang Hakimi lembut untuk tidak menambah kerisauan mereka berdua.
Mak Senah mengelap air matanya. Kain tuala kecil di atas dahi Firash diambil lalu dibasahkan semula di dalam mangkuk kecil yang dia letakkan di atas meja kecil bersebelahan katil.
“Mari. Abang teman awak makan. Awak tak jamah apa-apa pun dari petang tadi.” Pujuk Pak Ghani kepada isterinya.
“Betul tu Opah. Kimi ada jaga Firash ni. Opah pergilah makan dulu.” Hakimi turut memujuk membuatkan Mak Senah mengalah. Dengan berat hati dia bangun dari katil itu. Sempat dia mengusap lembut kepala cucu kesayangannya yang terbaring tidak sedarkan diri itu.
Waktu sudah jauh malam, yang tinggal hanya bunyi cengkerik sahaja di luar rumah. Atok dan Opah juga sudah lama tidur. Mereka orang tua tidak elok untuk tidur lambat. Itu pun puas memujuk Opahnya. Jika tidak sanggup dia tidur di atas lantai untuk menunggu Firash sehingga sedar.
Hakimi leka menonton televisyen di ruang tamu apabila deria pendengarannya menangkap tangisan halus datang daripada biliknya dan Firash. Bingkas dia bangun daripada sofa.
“Firash…”
Firash mengangkat wajahnya yang berlinangan air mata. Mukanya pucat lesi. Jika ditoreh sekalipun belum tentu berdarah. “Kimi…”
“Ye aku Kimi. Kau okay tak ni?” Hakimi mengangkat keningnya.
“Kita dekat kampung?” Firash bertanya seolah-olah inginkan kepastian.
“Ye kita dekat kampung. Kau kenapa ni? Okay tak? Hakimi mengulang persoala yang sama dalam nada risau. “Nak aku call Abang Khai?”
“Ki… Ki… Kimi…” bergetar bibir Firash. Dirinya boleh tumbang pada bila-bila masa. “Bila kita balik?”
“Bila kita balik?” berkerut dahi Hakimi memandang ke arah Firash. Kenapa macam budak ni hilang ingatan semacam ni? “Kita balik… eh?”
Membulat mata Hakimi.
Comments (0)
See all