Malam itu, bulan tergantung tinggi di langit, menyinar lembut ke atas desa kecil bernama Desa Cahaya. Desa itu mendapat nama kerana satu rahsia ~ setiap kali bulan penuh, bunga-bunga bercahaya dan tumbuh mekar di sepanjang tepi hutan. Kelopak putihnya bersinar, seolah-olah ada bintang yang jatuh lalu menetap di bumi.
Di sinilah tinggal seorang gadis bernama Lora atau lebih mesra dikenali sebagai Bunga Bercahaya kerana rambut gadis tersebut akan bersinar ketika bulan penuh. Walaupun Lora hanyalah gadis sederhana tetapi penduduk di desa itu amat mengenali dan menyayangi Lora kerana gadis itu amat bijak dan baik. Rambut yang disanggul kemas, mata bundarnya jernih seperti air sungai. Namun, ada sesuatu pada dirinya yang sering membuat orang di desa itu berbisik. Mereka kata, sejak kecil Lora selalu tertarik pada bunga cahaya itu.... seolah-olah bunga-bunga itu merespon kehadirannya.
Bagi Lora, bunga itu bukan sekadar indah. Ia membawa banyak maksud dan juga membawa ketenangan kepadanya. Setiap kali dirinya menyentuh bunga tersebut kelopaknya akan bercahaya walaupun ianya bukan waktu bulan penuh. Dia merasakan seolah-olah bunga itu ada suara lembut yang berbisik kepada dirinya tentang sesuatu. Malam itu, sekali lagi Lora keluar dari rumah, menyusuri jalan yang sunyi menuju ke hutan.
Lora berlutut di tengah-tengah rumpun bunga bercahaya itu, jari-jemarinya menyentuh lembut bunga itu perlahan. Senyum kecil di bibirnya terukir lalu berkata lembut "Cantiknya.... macam hidup" bisiknya.
Dia tidak tahu, di balik pepohon yang gelap itu, sepasang mata sedang memerhatinya dari jauh. Mata yang dalam, redup, namun penuh bayangan.
Milik seorang lelaki...... yang akan mengubah hidupnya selamanya.
Di sebuah desa dipenuhi bunga bercahaya, Lora bertemu seorang lelaki yang hidup dalam bayang. Antara cahaya dan kegelapan, rahsia apakah yang tersembunyi ?
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all