Malam itu, desa masih sunyi. Angin lembut menyapa dari arah hutan, membawa bersama aroma tanah basah selepas hujan petang tadi. Lora melangkah perlahan di jalan tanah desa, fikirannya masih lagi di penuhi dengan bayangan lelaki misteri itu yang muncul dan hilang bagai kabus.
Namun, malam itu ada sesuatu yang berbeza. Setiap kali dia mendekati hutan dimana lelaki itu muncul, hatinya berdegup kencang, seolah-olah ada yang menunggu dan memanggil namanya. Dan ketika bayangan itu muncul sekali lagi di hadapannya ~ Kael, lelaki berbalut gelap dengan mata yang seakan menyimpan seribu rahsia ~ cahaya lembut memancar dari rambut Lora.
Dia terpaku. Jemarinya menyentuh hujung rambut sendiri yang kini bersinar bak cahaya bulan.
Kael hanya memandang Lora dengan pandangan lembut. Dengan senyuman tipis yang entah kenapa terasa menyakitkan hati.
"Kenapa.... hanya bila aku jumapa kau?" bisik Lora, hampir tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi pada dirinya itu.
Kael tidak menjawab, hanya melangkah mundur ke dalam bayangan malam. Namun sebelum dia lenyap, Lora sempat mendengar suaranya, rendah dan dalam :
"Kerana cahaya wujud.... hanya bila ada bayang."
Rambut Lora sekali lagi berkilau walaupun lelaki itu sudah hilang. Dari kejauhan, beberapa penduduk desa yang kebetulan melalui jalan itu terhenti. Mereka ternganga melihat Lora berdiri dengan sinaran lembut di sekelilingnya.
"Dia.... gadis bercahaya...." bisik salah seorang dengan nada kagum bercampur takut.
Dan dari malam itulah, nama itu melekat padanya ~ Gadis Bercahaya, yang kelak menjadi sebab desa kecil itu diberi nama Desa Cahaya.
Malam itu, rahsia Lora alhirnya terbongkar. Rambutnya bersinar indah setiap kali bertemu lelaki bayang itu, membuatkan penduduk mula mengenalinya sebagai Gadis Bercahaya. Namun, semakin terang cahayanya... semakin besar pula misteri yang mengelilingi dirnya dan Kael.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all