Malam semkain pekat, desa itu terasa sunyi kecuali bunyi serangga. Lora merasa seperti ada yang memanggilnya. Suara halus yang sama memanggilnya sebelum ini. Suara itu bahkan memanggilnya ke hutan hujung desa. Dia memberanikan dirinya untuk melangkah kembali ke tempat di mana dirinya bertemu dengan Kael. Lora menarik nafas dalam lalu melangkah perlahan ke arah hutan itu. Setelah tiba di sana, sepert biasa Lora merasa kehadiran lelaki itu ~ Kael...
Rambut Lora mula bercahaya samar-samar bila dia hampir tiba di mana Kael selalu muncul. Pada saat dia tiba di bawah pohon itu, rambutnya bercahaya terang menandakan kehadiran Kael. Dia terdengar bisikan halus, tapi tak jelas dari arah mana. Kael muncul di antara kabus ~ hanya sebahagian wajahnya nampak. Aura misterinya sangat ketara hingga Lora bingung adakah Kael manusia atau bayangan.
Lora cuba mendekati Kael, tapi setiap kali Lora mendekati dirinya, Kael segera menjauh. Kael meninggalkan pesan pendek kepada dirinya, "Kau bukan sahaja gadis bercahaya.... ada rahsia di balik darah dan keturunanmu... dan.... kau amat berharga dan bermakna dalam hidup aku yang lepas..." ujarnya lalu menghilang perlahan.
Sebelum Lora sempat tanya, Kael sudah menghilang bersama kabus malam. Selepas kejadian itu, Lora kembali ke rumahnya dengan perasaan dan fikiran yang bercelaru. Apa dan mengapa Kael begitu berhati-hati tetapi dalam masa yang sama Kael amat menjaganya dari jauh, Hati Lora berdebar apabila mengingati kembali kata-kata Kael. Rambutnya sekali lagi bercahaya menandakan Kael ada berdekatan dengan dirinya.
Malam semakin pekat, dan suara misteri kembali memanggil Lora. Rambut bercahaya itu sekali lagi menuntunnya ke arah Kael… tapi kali ini, ada rahsia besar tentang keturunannya yang mula terbongkar.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all