Selepas kejadian tempoh hari, Lora kerap termenung dan memikirkan maksud yang dikatakan Kael. Kenapa Kael amat berhati-hati dan seperti cuba melindungi dirinya dari sesuatu. Malam itu, Lora rebah di katil empuknya sambil termenung dan asyik teringat kata-kata Kael itu sehinggakan dirinya tak boleh tidur. Dia cuba kaitkan mimpi pelik yang selalu dialaminya sejak kecil (istana lama, peperangan, dirinya menangis dalam gaun putih). Rambutnya masih bercahaya samar walaupun dia di rumah.
Petunjuk pertama terjadi, mimpi Lora menjadi semakin jelas. Malam itu Lora tertidur juga akhirnya. Dan saat itulah mimpinya jelas, dia bermimpi berdiri di sebuah bilik yang besar dan luas, di hadapannya terdapat cermin besar. Dalam cermin itu, dia melihat dirinya berpakaian pengantin zaman lama... berdiri di sisi lelaki yang wajahnya menyerupai Kael. Dia dengar orang memanggil nama lain (bukan Lora, tapi nama lamanya). Lora tersedar dari mimpi, berpeluh dingin. Dia mula ragu, "siapa sebenarnya aku?". Dia cuba yakinkan diri itu hanya mimpi, tapi hatinya yakin ada sesuatu lebih besar. Dia mula menulis dalam buku kecil, setiap detail mimpi supaya tak lupa.
Kael muncul di pinggir hutan, memerhati cahaya dari rumah Lora. Dia monolog sendiri, "kau masih ingat sedikit demi sedikit....". Dia menahan dirinya untuk tidak mendekati wanita yang dia cintai itu, takut akan sumpahan dulu berulang kembali.
Malam itu, Lora dengar lagi bisikan, kali ini lebih jelas: "Cari kebenaranmu... kau sudah dekat sayangku". Dia sedar jalan hidupnya baru bermula. Lora meletakkan tapak tangannya di dada yang terasa berdebar antara takut dan rindu terhadap bayangan Kael.
Mimpi mula membuka rahsia lama yang tersimpan. Lora melihat bayangan Kael bukan sekadar ilusi, tetapi serpihan kisah silamnya sendiri. Bisikan halus kian jelas, seolah mengingatkannya pada cinta yang pernah wujud di kehidupan lalu. Namun setiap kebenaran yang terungkap, semakin kuat juga bayangan sumpahan yang mengikat takdir mereka.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all