Malam itu, selepas bayangan gelap hampir menelan Lora, dia terduduk di tepi sungai dengan tubuh yang masih menggigil. Bunga bercahaya di tangannya bergetar halus, seolah-olah menyedari bahaya yang semakin dekat. Lora cuba menenangkan dirinya seketika, tiba-tiba Lora terdengar suara halus ~ bukan sekeliling tapi terus menusuk ke dalam fikirannya.
"Cahaya takkan pernah padam.... begitu juga cintaku sayang.... selagi bayangku masih hidup bersamamu...."
Lora terkejut, matanya liar mencari sumber suara itu. Tapi yang ada hanya pantulan air yang berkilau dengan cahaya bunga di tangannya. Air itu bergerak ~ bukan mengikut gerak tubuhnya, tetapi seolah-olah hidup sendiri.
Bayangan itu tersenyum samar. Walaupun senyuman itu sedikit menyeramkan tetapi senyuman itu terasa dekat.... Seperti sudah lama hidup dengannya. Terasa akrab....
"Kau belum tahu siapa dirimu, Lora... Tapi aku tahu.... kerana kau sebahagian cintaku yang hilang di rampas."
Lora kaku. Dadanya berombak, antara takut dan ingin tahu. Apakah bayangan itu musuh..... atau sebenarnya adalah orang yang pernah menjadi miliknya. Atau kunci sebenarnya untuk membuka rahsia darah bercahaya dalam dirinya.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all