Sejak hari itu, Lora masih bingung dan rasa terganggu dengan kemunculan Kael tempoh hari. Lora takut tapi dalam masa yang sama dirinya ingin mencari tahu siapa Kael sebenarnya. Atau lebih tepat kenapa Kael mengenali dirinya tapi dirinya pula sebaliknya. Akhirnya Lora tekad untuk mencari kebenaran tentang Kael dan hubungan mereka berdua. Malam itu, Lora mula mencari gambar, buku catatan lama atau barang misteri yang berkaitan dengan dirinya di masa lampau.
Setelah sekian lama mencari, akhirnya Lora menemui album lama yang berisi gambar mereka berdua. Terdapat beberapa gambar mereka bersama. Mata Lora tertumpu kepada satu gambar di mana mereka senyum gembira memakai busana perkahwinan. Hati Lora terdetik dan rambutnya bercahaya serta merta.
"Kael?? Dia......" bisik Lora sambil mengusap gambar itu. Serta merta angin halus kedengaran seperti seseorang membisik "sayanggg...". Lora tersentak lalu memaling kepalanya ke arah suara halus itu tetapi tidak melihat sesiapapun. Jantungnya berdegup laju bukan kerana takut tetapi rindu akan sesuatu atau lebih tepat seseorang.
Seminggu pun berlalu, Kael tidak menunjukkan diri sejak kejadian tersebut. Lora menjadi resah kerana Kael tidak pernah sebegini rupa. Hatinya resah memikirkan Kael. Ada sesuatu yang terjadi ataupun sesuatu yang menimpanya. Lora cuba untuk bertenang dan menarik nafas dalam dan memujuk dirinya bahawa Kael tidak apa-apa. Tapi jauh di sudut hatinya itu masih memikirkan Kael.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (1)
See all