Sejak menemui gambar perkahwinan itu, hati Lora kian bergolak. Misteri antara dirinya dan Kael semakin jelas, tapi pada masa yang sama makin sukar untuk diterima akal. Hubungan mereka bukan sekadar pertemuan kebetulan—ia sudah tertulis sejak lama. Namun, sejak seminggu lalu, Kael tidak lagi muncul seperti biasa. Kehilangan itu buatkan Lora resah, lebih-lebih lagi apabila rasa rindu dan cemas bercampur, membebankan setiap detik fikirannya.
Dia mula menyedari sesuatu—curse yang membelenggu Kael semakin kuat. Hari bulan cahaya makin dekat, dan semakin hampir waktunya, semakin terikat Kael dalam bayang yang mengekang dirinya. Lora faham, jika dia tidak bertindak sekarang, Kael mungkin akan hilang selama-lamanya.
Lora terus mencari petunjuk. Kali ini, dia menjumpai sebuah buku lama yang penuh debu, tersorok di sudut perpustakaan usang. Dalam helaian lusuh itu, tertera simbol yang sama seperti pada cincin Kael—tanda bahawa ada cara untuk memutuskan kutukan itu. Tapi setiap ayat yang tertera penuh teka-teki, seolah-olah hanya boleh difahami jika digabungkan dengan clue lain.
Di malam yang sunyi, Lora terdengar bisikan halus lagi—mirip suara Kael—memanggil namanya. Namun kali ini, suaranya kedengaran jauh, penuh kesakitan, seakan-akan dia terperangkap dalam kegelapan. Bisikan itu hanya menguatkan tekad Lora. Dia tahu, masa semakin suntuk.
Lora menutup buku itu, menatap bunga cahaya yang kian layu di dalam pasunya. “Aku takkan biarkan kau hilang lagi, Kael,” bisiknya perlahan.
Lora menemui bukti mengejutkan tentang hubungan silamnya dengan Kael, namun bayangan sumpahan semakin kuat menghalang mereka bertemu. Dengan tekad baru, Lora terus mencari jalan menyelamatkan Kael sebelum bulan cahaya tiba.
Pertemuan yang tidak sengaja antara gadis biasa bernama Lora dan lelaki misteri bernama Kael. Banyak rahsia gelap, dan cinta yang tak sepatutnya wujud. Lora & Kael - dua jiwa yang terikat dalam dunia yang penuh misteri. Berani ikut perjalanan mereka ?
Comments (0)
See all