Hari itu, studio Adrianna dipenuhi dengan hiruk-pikuk. Ada klien baru yang datang menempah hasil kerjanya, membuatkan suasana agak sibuk. Adrian duduk di sudut, hanya memerhati Adrianna bekerja. Senyuman lelaki itu sesekali muncul bila melihat wajah serius Adrianna yang fokus.
Namun di sebalik ketenangan Adrian, hatinya berkecamuk. Kata-kata yang hampir terluah semalam masih terperangkap di kerongkong. Dia mahu Adrianna tahu, tapi dalam masa yang sama dia takut merosakkan persahabatan mereka.
Adrian hanya ketawa kecil, “Tak ada apa… saya cuma rasa kagum. Awak ni… bila fokus, dunia seolah berhenti berputar.”
Kata-kata itu membuat wajah Adrianna merona merah. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan, berpura-pura sibuk menyusun kertas di mejanya. Namun jauh di sudut hati, kata-kata Adrian menggoncang benteng pertahanannya.
Sebelum sempat suasana itu jadi terlalu janggal, telefon Adrianna berdering. Nama yang tertera di skrin membuatkan wajahnya berubah. Adrian perasan—dan senyumannya perlahan-lahan hilang.
“Siapa?” soalnya perlahan.
Adrianna menggigit bibir, “Seorang… yang pernah ada dalam hidup saya dulu.”
Jawapan itu cukup untuk membuat bayang cemburu hadir di mata Adrian. Untuk pertama kali, dia sedar… janji melindungi Adrianna bukan lagi sekadar janji seorang kawan. Ia sudah jadi janji seorang lelaki yang takut kehilangan wanita yang dicintai.
Adrian hanya diam dan memberi senyum paksa walaupun dalam hatinya cemburu. Adrianna perasan lalu cuba menyejukkan hati adrian untuk tidak berfikir bukan-bukan.
"Marah ke?" tanya Adrianna lembut. Lalu Adrian hanya menggelengkan kepalanya lalu meminta diri. Kelakuan Adrian serba sedikit dapat di baca oleh Adrianna tapi mengendahkannya.
Semakin dekat mereka, semakin jelas bayang rasa yang terpendam. Tapi bila masa silam Adrianna tiba-tiba muncul kembali, janji Adrian untuk sentiasa ada mula diuji…
Usikan demi usikan, pergaduhan kecil, ego yang tak pernah surut... Begitulah hubungan dua pewaris keluarga besar sejak kecil. Semua orang fikir mereka saling benci. Tapi dalam diam, cinta itu sudah lama wujud di balik gurauan. Dan bila perkahwinan teratur mula jadi kenyataan, rahsia hati mereka pun tak mampu lagi disorok.
Comments (0)
See all