Please note that Tapas no longer supports Internet Explorer.
We recommend upgrading to the latest Microsoft Edge, Google Chrome, or Firefox.
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
Publish
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
__anonymous__
__anonymous__
0
  • Publish
  • Ink shop
  • Redeem code
  • Settings
  • Log out

The Billionaire Lover

Bab 14 : Jejak Yang Kembali

Bab 14 : Jejak Yang Kembali

Sep 14, 2025

Sejak hari itu, Adrianna mula belajar untuk membiarkan dirinya bahagia dengan kehadiran Adrian. Dia rasa lebih tenang, lebih selamat. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila sesuatu mula mengganggu.

Malam itu, selepas pulang dari studio, Adrianna menerima satu mesej yang tidak dijangka.

 “Adrianna… kita perlu bercakap. Tolong, sekali ini saja. – Rayyan”

Tangannya menggigil. Hatinya bercampur-baur—antara marah, keliru, dan takut. Dia sudah memilih untuk menutup pintu masa lalu, tapi Rayyan seolah tidak mahu berhenti.

Keesokan harinya, Adrian perasan perubahan pada wajah Adrianna.
“Awak nampak lain. Ada apa-apa yang ganggu?” soalnya lembut tetapi Adrianna seakan mengelamun seketika.  “Sayang... okay ke tak ni ?”. Adrian cuba bertanya lembut sambil memegang bahu Adrianna.

Adrianna cuba menggeleng, namun pandangan Adrian terlalu jujur untuk dia sembunyikan kebenaran. “Rayyan… dia cuba hubungi saya lagi.”

Sekelip mata, wajah Adrian berubah. Ada sinar marah yang jarang sekali Adrianna lihat. Namun dia segera menarik nafas dalam, menenangkan dirinya.
“Awak tak perlu jumpa dia,” kata Adrian tegas. “Masa lalu yang sakiti awak… tak layak lagi ada ruang dalam hidup awak.”

Adrianna terdiam. Dia tahu Adrian betul. Tapi jauh di sudut hati, dia masih takut—takut jika bayang-bayang masa lalu itu kembali merosakkan kebahagiaan yang baru hendak tumbuh.

Adrian memegang tangan Adrianna, jemarinya erat seolah mahu memberi kekuatan.
“Selagi saya ada… saya takkan biar sesiapa pun sakiti awak lagi.”

Dan saat itu, Adrianna sedar—pilihannya untuk percaya pada lelaki ini mungkin adalah keputusan paling tepat dalam hidupnya.
bungaelorea
bunga elorea

Creator

Mesej daripada Rayyan menggoncang hati Adrianna yang baru belajar bahagia bersama Adrian. Saat bayang masa lalu kembali mengetuk, adakah dia cukup kuat untuk bertahan pada pilihannya?

Comments (0)

See all
Add a comment

Recommendation for you

  • Blood Moon

    Recommendation

    Blood Moon

    BL 47.6k likes

  • Mariposas

    Recommendation

    Mariposas

    Slice of life 232 likes

  • What Makes a Monster

    Recommendation

    What Makes a Monster

    BL 75.2k likes

  • Secunda

    Recommendation

    Secunda

    Romance Fantasy 43.2k likes

  • Touch

    Recommendation

    Touch

    BL 15.5k likes

  • Silence | book 2

    Recommendation

    Silence | book 2

    LGBTQ+ 32.3k likes

  • feeling lucky

    Feeling lucky

    Random series you may like

The Billionaire Lover
The Billionaire Lover

772 views3 subscribers

Usikan demi usikan, pergaduhan kecil, ego yang tak pernah surut... Begitulah hubungan dua pewaris keluarga besar sejak kecil. Semua orang fikir mereka saling benci. Tapi dalam diam, cinta itu sudah lama wujud di balik gurauan. Dan bila perkahwinan teratur mula jadi kenyataan, rahsia hati mereka pun tak mampu lagi disorok.
Subscribe

49 episodes

Bab 14 : Jejak Yang Kembali

Bab 14 : Jejak Yang Kembali

23 views 2 likes 0 comments


Style
More
Like
List
Comment

Prev
Next

Full
Exit
2
0
Prev
Next