Adrian kelihatan tenang di hadapan semua orang, tapi jauh di sudut hatinya, ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Sesuatu yang kalau terbongkar.... mungkin mengubah cara Adrianna melihatnya.
Malam itu, selepas selesai di studio, mereka berjalan keluar bersama. Adrianna tersenyum kecil sambil merangkul fail di dadanya. Adrian cuba memecah keheningan setelah beberapa minit mereka diam.
“Awak tahu tak… saya rasa hidup saya berubah sejak awak masuk,” katanya perlahan, tapi jujur.
Adrian berhenti melangkah. Kata-kata itu sepatutnya membuat dia bahagia. Tapi entah kenapa, dada terasa sesak. Ada rasa bersalah yang menghimpit.
Dia menoleh, menatap Adrianna yang sedang tersenyum manis di bawah cahaya lampu jalan. Dalam hati, Adrian berdoa semoga dia cukup kuat untuk melindungi wanita itu—walaupun dengan rahsia yang dia simpan.
Sebaik Adrianna melangkah ke arah keretanya, Adrian menerima satu mesej. Skrinnya berkelip menayangkan nama yang dia tidak mahu lihat.
Sebaik Adrian memadam mesej itu, fikirannya bercelaru. Nama pengirim masih menghantui—Melissa.
Wanita itu pernah menjadi sebahagian besar hidupnya, seseorang yang dia percaya… sebelum segalanya hancur. Adrian tak pernah berniat untuk kembali, tapi jelas Melissa belum lepaskan dia.
"Kalau Adrianna tahu siapa kau sebenarnya, kau fikir dia masih akan pilih kau? dan kau ingat kau boleh lari dari masa lalu, Adrian? Rahsia kau tetap akan terbongkar. Dan bila dia tahu… dia akan tinggalkan kau."" — mesej terakhir yang Melissa hantar masih terngiang di kepalanya.
Adrian menutup mata rapat. Dia tak boleh biarkan masa lalunya merosakkan apa yang sedang dia bina bersama Adrianna. Tapi dalam hati, dia tahu… Melissa bukan jenis yang akan berdiam diri.
Adrian menggenggam telefon erat, wajahnya berubah tegang. Namun dalam diam, dia tahu—masa lalunya semakin hampir. Dan kali ini, dia tak pasti sama ada dia mampu lindungi cinta yang baru bertunas itu.
“Awak ? ok ke ?” ujar Adrianna lembut. Adrian hanya membalas dengan seyuman. Tapi Adrianna kenal gaya tubuh Adrian. Ada sesuatu yang menganggu lelaki itu tetapi Adrianna hanya mampu diam.
Di sebalik senyumannya, Adrian menyimpan sesuatu yang Adrianna belum tahu. Saat bahagia mula berputik, muncul tanda-tanda bahawa cinta ini mungkin tidak semudah yang disangka.
Usikan demi usikan, pergaduhan kecil, ego yang tak pernah surut... Begitulah hubungan dua pewaris keluarga besar sejak kecil. Semua orang fikir mereka saling benci. Tapi dalam diam, cinta itu sudah lama wujud di balik gurauan. Dan bila perkahwinan teratur mula jadi kenyataan, rahsia hati mereka pun tak mampu lagi disorok.
Comments (0)
See all