Please note that Tapas no longer supports Internet Explorer.
We recommend upgrading to the latest Microsoft Edge, Google Chrome, or Firefox.
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
Publish
Home
Comics
Novels
Community
Mature
More
Help Discord Forums Newsfeed Contact Merch Shop
__anonymous__
__anonymous__
0
  • Publish
  • Ink shop
  • Redeem code
  • Settings
  • Log out

The Billionaire Lover

Bab 18 : Pertemuan Tak Diundang

Bab 18 : Pertemuan Tak Diundang

Sep 16, 2025

Pagi itu, Adrianna cuba menenangkan dirinya di kafe kecil berhampiran pejabatnya. Aroma kopi hangat menenangkan, tetapi fikirannya masih dipenuhi dengan mesej misteri itu. Adrianna menghela nafas yang begitu berat. Tangannya menggenggam cawan, jemarinya bergetar halus. Siapakah Melissa ? Dan apa maksud mesej itu ?

Tiba- tiba pintu kaca kafe berbunyi. Adrianna tersentak. Seorang wanita bergaun putih elegan melangkah masuk, penuh keyakinan. Rambutnya bergelombang rapi, senyumannya manis tetapi ada sesuatu dalam matanya yang dingin, menusuk.

Adrianna kaku. Dia tahu... inilah wanita dalam foto tempoh jari. Dia menarik nafas dan mengehmbus perlahan cuba menenangkan dirinya yang kian merasa bergetar. Wanita itu berjalan terus ke arahnya tanpa ragu. “Kau mesti Adrianna.” Suaranya lembut, tetapi ada nada mencabar.

Adrianna menelan liur. “Awak… Melissa?”

Senyuman wanita itu melebar. Dia duduk berhadapan Adrianna tanpa dijemput. “Akhirnya kita bertemu. Aku tak sangka Adrian betul-betul bawa kau masuk ke dalam hidupnya.”

Degupan jantung Adrianna makin kencang. “Apa sebenarnya yang awak mahu?”

Melissa menyilangkan kaki, tenang seolah-olah dia yang mengawal permainan. “Aku cuma nak kau tahu… Adrian bukan lelaki yang kau fikirkan. Dia… masih milik aku.”

Adrianna menggenggam erat cawan kopinya, menahan gejolak hati. “Kalau betul begitu, kenapa awak muncul sekarang? Kenapa hantar mesej penuh ugutan?”

Melissa ketawa kecil, dingin. “Anggap saja itu amaran. Aku dah lama diam, tapi aku takkan biarkan seorang gadis kecil seperti kau rampas apa yang sepatutnya jadi milik aku.”

Adrianna hampir membalas, tetapi sebelum sempat, telefon Melissa berbunyi. Dia melihat skrin, senyum puas, lalu bangun. “Nikmatilah masa kau dengan dia selagi boleh, Adrianna. Sebab bila masa aku datang semula… Adrian akan memilih aku.”

Dengan itu, Melissa berlalu meninggalkan kafe, meninggalkan Adrianna yang masih terkejut, tubuhnya seram sejuk. Kata-kata Melissa bergema di telinganya, seakan racun yang perlahan-lahan meresap ke dalam hati. “Aku taknak sakit hati... aku taknak......” bisiknya perlahan.
bungaelorea
bunga elorea

Creator

Pertemuan tak terduga di sebuah kafe membuka rahsia lama. Melissa akhirnya muncul di hadapan Adrianna—membawa senyuman manis, namun sarat dengan ancaman. Antara kata-katanya, satu perkara jelas: Adrian mungkin bukan sepenuhnya milik Adrianna.

Recommendation for you

  • Blood Moon

    Recommendation

    Blood Moon

    BL 47.6k likes

  • Mariposas

    Recommendation

    Mariposas

    Slice of life 232 likes

  • What Makes a Monster

    Recommendation

    What Makes a Monster

    BL 75.2k likes

  • Secunda

    Recommendation

    Secunda

    Romance Fantasy 43.2k likes

  • Touch

    Recommendation

    Touch

    BL 15.5k likes

  • Silence | book 2

    Recommendation

    Silence | book 2

    LGBTQ+ 32.3k likes

  • feeling lucky

    Feeling lucky

    Random series you may like

The Billionaire Lover
The Billionaire Lover

767 views3 subscribers

Usikan demi usikan, pergaduhan kecil, ego yang tak pernah surut... Begitulah hubungan dua pewaris keluarga besar sejak kecil. Semua orang fikir mereka saling benci. Tapi dalam diam, cinta itu sudah lama wujud di balik gurauan. Dan bila perkahwinan teratur mula jadi kenyataan, rahsia hati mereka pun tak mampu lagi disorok.
Subscribe

49 episodes

Bab 18 : Pertemuan Tak Diundang

Bab 18 : Pertemuan Tak Diundang

23 views 2 likes 0 comments


Style
More
Like
List
Comment

Prev
Next

Full
Exit
2
0
Prev
Next