Pagi di pasar Calix bermula seperti biasa — penuh dengan bau roti panas, ikan segar, dan suara orang berkata-kata. Tapi bagi Cyrra, pagi itu terasa… ganjil. Hatinya rasa tak sedap tanpa sebab.
Dia menggenggam bakul rotan sambil menunggu neneknya menyelesaikan urusan di sebuah gerai herba. Angin yang bertiup membawa suara orang ramai, tetapi di tengah kesibukan itu… mata Cyrra tertarik pada dua bayang tinggi di hujung lorong.
Jubah perak-biru.
Mereka lagi.
Cyrra cepat-cepat tunduk, dadanya berdebar.
Di sisi lain lorong, Prince Cleo dan Prince Cael kononnya sedang “memeriksa” keadaan pasar. Hakikatnya — fikiran mereka hanya pada satu gadis.
“Aku masih terfikirkan dia,” kata Cael perlahan, seolah tidak mahu sesiapa mendengar. “Rasa tu… pelik. Macam ada sesuatu tarik aku.”
Cleo tidak membalas. Pandangannya jauh, mencari-cari seseorang yang wajahnya tidak dapat hilang dari kepala.
Sampai akhirnya…
“Cleo,” Cael menegur perlahan. “Itu dia.”
Cyrra sedang memilih buah limau, kepala sedikit tunduk, rambutnya diikat kemas seperti biasa. Tapi pagi itu, sinar matahari membuat kulitnya bercahaya lembut — dan kalung bulan separa di dadanya bersinar jelas.
Hati Cleo serta-merta mengetat.
“Kalung itu…” bisiknya.
“Ya.” Cael menelan liur. “Patung bulan separa. Sama seperti yang hilang bersama adik kita.”
Cyrra sedar seseorang memerhati. Bila dia angkat kepala, mata mereka sekali lagi bertembung.
Sekilas.
Tapi cukup untuk buat jantung tiga-tiga hampir jatuh.
“Selamat… pagi,” sapa Cael perlahan, cuba tidak menakutkan gadis itu.
Dilahirkan sebagai puteri, dibesarkan sebagai hamba — Cyrra tidak pernah tahu takhta yang sepatutnya miliknya. Namun takdir tidak pernah melupakan waris yang hilang.
Comments (0)
See all