Kerajaan Alay,sebuah kerajaan yang belum pernah mencapai zaman kegemilangannya.Kerajaan ini sering diasak kerajaan musuhnya namun masih gagah berdiri dan tidak pernah dikuasai mana-mana pihak lagi.Zaman gelap mereka seperti tiada penghujung,pemimpin yang gagah tidak wujud untuk memimpin mereka,raja yang perkasa tidak wujud untuk mentadbir mereka.
Tibalah mereka pada tahun 846,muncul raja yang baharu bersumpah untuk membawa kegemilangan kepada mereka.Janji yang sering diulang oleh raja yang berbeza.Rakyat di sana sudah menjadi lali dengan janji yang sebegitu.Namun kali ini sinar cahaya mula kelihatan memberi harapan buat kerajaan Alay.Raja itu bijak merancang strategi perang,memanfaatkan persekitaran supaya memihak kepada mereka dan membangun kota-kota di sana.Sekian lama raja itu membangunkan Kerajaan Alay,musuh sudah mula menggeruni aktiviti pembangunan yang dijalankan kerana takut raja baharu ini akan membalas kembali ancaman yang diberikan mereka.
Alay merupakan sebuah kaum asal yang menduduki tanah itu sebelum dijarah musuh disekitar.Kini kerajaan Alay hanyalah tinggal di bahagian tengah tanah itu.Kerajaan ini terbahagi kepada lima daerah iaitu Zuinuqi,tempat pemerintahan kerajaan itu dan dikelilingi daerah Ainaruo,Ardiu,Quanian dan Arlach yang menjaga kota utama supaya tidak diancam musuh.
Berdirinya kembali kerajaan ini dengan penuh sinar yang baharu.Sesuatu yang tidak dijangka musuh mereka.Kuatnya mereka tetapi tiada lagi serangan yang dilancarkan walaupun kelihatan mampu memusnahkan sesiapa yang mereka mahu.Kerajaan Hindesh dan Sines secara terus menerus melancarkan serangan tetapi binasa yang tiba kepada tentera mereka.Kerajaan Alay kebal tidak ditembusi sebelum zaman pembangunan mereka dan kekal utuh sebegitu selaras dengan kemajuan yang ditunjukkan mereka.
Namanya raja yang membawa kegemilangan ini ialah Zulka Tarbuq dan permaisurinya ialah Fia Huan.Raja ini dikurniakan lima orang anak lelaki yang masing-masing bernama Araith,Baire,Coure,Droko dan Estof.Mereka semua membesar menjadi pahlawan yang perkasa membawa kemenangan mempertahankan Kerajaan Alay.Bertambahlah suka rakyatnya dan selesalah hidup mereka tanpa ancaman musuh.Bertahun-tahun kerajaan Alay dibangunkan kembali untuk mencapai kegemilangannya,seiring dengan waktu,Raja Zulka telah dimamah usia dan sakit tuanya pula telah mencacatkan pentadbirannya.Situasi ini merisaukan rakyat dan mereka tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikannya dan terus membawa kegemilangan Kerajaan Alay.
Raja yang sedang tenat di katilnya memanggil kelima-lima puteranya dan orang-orang istananya supaya datang menghadapanya .Maka tibalah mereka seorang demi seorang,sehinggalah tiba semua yang dipanggilnya lalu raja itu mula menyampaikan wasiatnya.
“Ketahuilah bahawasanya aku akan meninggalkan dunia ini,ajal ku pun telah hampirlah rasanya.Adapun jikalau sudah ku mati,bahawasanya putera sulungku,Araith akan dirajakan menggantikanku.Dan ku amanahkan pentadbiran seluruh negeri Alay ini dijaga dengan baik olehnya.Adapun puteraku yang lain akan ku amanahkan untuk mentadbir empat daerah di luar Zuinuqi dan ku pesan kepada kamu semua supaya sentiasa patuhi perintahnya si raja.Puteraku,Baire akan dimanahkan mentadbir daerah Quanian dan puteraku, Coure akan mentadbir daerah Ainaruo dan puteraku,Droko akan mentadbir daerah Arlach dan puteraku yang terakhir,Estof akan mentadbir daerah Ardiu.Ku pesankan buat kali terakhir kepada puteraku supaya janganlah berbalah sesame kalian kerana ianya hanya akan merugikan kerajaan Alay.Hei putera-puteraku sekalian,engkau ingatlah wasiatku ini dan engkau kerjakannya,semoga segalan urusanmu dipermudahkan.”
Tahun pun kian bertambah dan sejak daripada pemergian Raja Zulka,kerajaan Alay masih kekal maju hasil pentadbiran raja yang baharu,Raja Araith.Kerajaan Hindesh dan Sines masih lagi memberi ancaman tapi berjaya dipatahkan serangannya hasil kebijaksanaan Raja Kecil Baire dan Raja Kecil Droko yang mengawal sempadan Kerajaan Alay.Semuanya kelihatan seperti dalam keadaan yang biasa tetapi tidaklah sesebuah kerajaan itu gah berkuasa tanpa sebarang konflik.
Terciptanya konflik hasil daripada ketidakpuasan hati Coure yang mentadbir daerah Ainaruo.Baginya,yang layak mentadbir kerajaan Alay hanyalah dirinya sahaja berbanding keempat-empat adik beradiknya yang lain.Apabila mengetahui bahawa ayahandanya menyerahkan takhta raja kepada Araith,dia mula merancang untuk mengambil takhta itu secara paksa.Coure merasakan bahawa Araith tidak menggunakan kuasa mutlak yang sepenuhnya untuk mengaut keuntungan yang dihasilkan kerajaan Alay.Dia jelas dengan prinsipnya bahawa seorang raja perlulah menunjukkan perbezaan tarafnya dan rakyat hanya yang biasa perlu sedar akan kedudukan mereka dan mengikut arahannya.
Ianya bermula pada 7 Juli 890,Kerajaan Hindesh melancarkan serangannya untuk mencerobohi sempadan Kerajaan Alay.Serangannya kali ini berkesan dan memberikan kekacauan kepada para pahlawan Alay yang menjaga sempadan disitu.Kerajaan Alay buat pertama kalinya ditembusi musuh.Kerajaan Hindesh seperti mengetahui lubang-lubang kelemahan pertahanan Kerajaan Alay sehinggakan pasukan bantuan daripada daerah Ainaruo dan Ardiu terpaksa dikerah.Lain pula kekacauan di daerah Zuinuqi apabila rakyatnya mengetahui bahawa Raja Araith telah mati dibunuh di istananya.Maka berita kematiannya pun tersebarlah ke seluruh Kerajaan Alay dan merataplah keseluruhan penduduk kerajaan itu apabila mengetahui perginnya Raja Araith.
Takhta raja pula diberikan kepada Coure kerana pengganti yang sewajarnya,Baire tidak merasakan dirinya layak meneruskan kegemilangan yang disambung Araith.Pada mulanya,Raja Coure bertindak seperti raja yang sebelumnya dan ini telah menenangkan hati rakyatnya tetapi hari semakin hari,kelakuan sebenarnya mula menunjukkan diri.Dihalaunya dan dipinggirkan keturunan Araith dan keluarga isterinya lalu bermulalah rancangannya untuk mengksploit kekayaan tanah Alay.Zaman tertindasnya rakyat Kerajaan Alay bermula.Raja-raja kecil yang lain tidak mampu berbuat apa –apa kerana Raja Coure akan menyekat sumber air mereka dan menghalang peniaga untuk berniaga di daerah mereka yang berani menentangnya.
Tahun semakin bertambah,raja kian bertukar dan Kerajaan Alay masih utuh berdiri.Kerajaan Hindesh dan Sines yang menghentikan serangan mereka memberikan kelegaan buat penguasa Kerajaan Alay.Raja baharu mereka melakukan pertukaran dan mula memberikan arahan yang berbeza dengan raja yang sebelumnya.Kelas social yang dicipta oleh Raja Coure masih dipegang buat beberapa bangsawan berpengaruh kerana memberi kelebihan buat mereka.Rakyat biasa sudah mula melepaskan nafas lega kerana terkeluar daripada hidup ditekan penguasa sebelumnya dan hanya segelintir bangsawan yang mengikut apa yang diperintah raja tersebut.
Akibat kesemua catatan Raja Araith sudah dibawa oleh keturunannya maka hilanglah beberapa pengetahuan yang penting buat Kerajaan Alay.Kerajaan Eleri yang merupakan sahabat mereka semasa pemerintahan Raja Araith pula tidak dapat lagi mereka ke sana kerana telah hilang laluan perjalanan bersama-sama catatan-catatan Araith.
Kedamaian ini tidak akan kekal lama kerana musuh yang dilupakan sejarah telah mula bangkit untuk menguasai kembali kegembiraan mereka.Dan bermulalah perjalanan yang penuh dengan kepayahan dan ujian untuk menggapai cahaya di hujung perjalanan.
Yang angkuh mendabik dada,
Tangan terbuka tersenyum bangga,
Renungnya tajam kepada “yang hina”,
Di atas seorang,memerintah negara,
Akalnya tajam,lidahnya berbelit,
Mematuk yang lemah,menikam yang ingkar,
Walau gelap menutup cahaya,
Tetap ada yang masih terselit,
Pabila muncul terus mencabar,
Memijak musuh,mengibar bendera.
Comments (4)
See all